PERINGATAN

Pada setiap negeri dijadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Perbaikilah diri, keluarga, masyarakat dan pembesar kamu adalah kunci utama untuk Allah SWT memperbaiki negeri kamu.
Showing posts with label Balai Seni Visual Negeri Pahang. Show all posts
Showing posts with label Balai Seni Visual Negeri Pahang. Show all posts

20140715

rajawaliartgallery - Zuhairi

Zuhairi adalah pelukis yang memiliki Balai No. 5 di Balai Seni Lukis Negeri Pahang di Perkampungan Cenderawasih. Lokasi Balai Seni Lukisini adalah bersebelahan Sekolah Cenderawasih. Berhadapan dengan Rajawali Art Galeri. Disitu terdapat satu Rimba Lereng Bukit Pokok Akasia yang menempatkan balai-balai melukis untuk pelukis Pahang.
 Rimba Lereng Bukit Pokok Akasia adalah usaha membina 5 unit balai seni lukis di tanah milik Jabatan Pengairan dan Saliran Kuantan (JPS Kuantan). Diusahakan oleh Bert Ramli, Azizi Md. Zain, Munif Md.Nor, Abdullah Hamdan (acai), Hj. Zakaria Adam. Pemaju: Rajali Arts Group Internationale. Kontraktor: Nazri Chot (M) Bhd. Arkitek: Tetuan Nazri Chot. Tarikh mula: 8.1.2014. Tarikh siap: 20.12.2014. PROJEK INI T I D A K  MELIBATKAN  KERAJAAN NEGERI PAHANG.
 Rajawali Art Studio adalah sebuah studio lukisan yang secara bebasnya menjemput siapa sahaja yang berminat dalam apa juga jurusan seni untuk datang dan berkarya dipremisnya. Rajawali Art Studio hanya menyediakan tempat.Segala keperluan untuk berkarya adalah tanggungan pelukis yang berminat.

20140615

rajawaliartgallery - Osman Limat

Saudara Osman Limat telah mempunyai balai melukis di Balai No. 5 Balai-balai Seni Lukis Negeri Pahang yang berada di Perkampungan Cenderawasih. Lokasi Balai-balai Seni Lukis Negeri Pahang ini adalah di Lereng Rimba Akasia bersebelahan Sekolah Cenderawasih.

 Bagi Osman Limat, beliau adalah Pelukis Burung Walit - Dimana Ada Rezeki - Disitulah beliau Terselit. Inilah kehidupan sebenar diri beliau setelah lama melukis. Dan Osman Limat tidak malu untuk mengakuinya. Tetapi dalam hati mungkin masih berharap untuk menjadi kaya dengan melukis. Beliau tidak mahu ada ibubapa yang akan menentang keras cita-cita dan minat anak-anak mereka untuk menjadikan pelukis sebagai
 "Osman Limat pelukis miskin.." kata Mr Jeffery,Konsultan Hospital Besar Kuantan. Osman dikatakan miskin, dalam konteks ini, diisbatkan kepada 'rumah murahnya',kereta kancilnya' dan murahnya harga karya beliau.

Osman Limat adalah pelukis yang paling mudah untuk kita berurusan. Jika karya beliau berharga RM500 dan kita minta kurangkan harganya kepada RM200. Berbincang lebih kurang dengan beliau dan Osman Limat akan jual dengan harga RM200. Ini kerana Osman Limat adalah pelukis produktif. Osman Limat boleh menghasilkan bepuluh karya dalam masa sebulan.Tetapi menuduh beliau pelukis miskin adalah satu kenyataan yang terpaksa dihadapi dengan reda oleh beliau.
 Pelukis boleh menjadi bodoh sombong apabila hanya berharap untuk pembeli datang berjumpa tanpa ada usaha untuk berjumpa dengan pelanggan bagi memasarkan diri. Osman Limat adalah pelukis unit yang jarang ditemui kerana Osman Limat boleh melukis dengan kedua-dua tangan dalam masa yang sama.
 Mungkin 'rumah murah','kereta kancil' dan murah karyanya menjadi sebab untuk dilabelkan Osman Limat pelukis miskin. Apa itu kaya dan apa itu miskin adalah subjektif. Dengan tinggal dirumah murah dan memandu kereta kancil tanpa sebarang hutang. Bercerai dengan isteri Indonnya telah menamatkan tugas beliau balik ke kampung isteri Indon di Indonesia pada setiap bulan.

Mungkin kepada sesetengah orang, rumah dan kereta besar pula adalah kejayaan dalam kerjaya,lalu tidak adil bagi siapa pun menuduh mereka yang tidak memiliki apa yang kita miliki sebagai miskin.

Bukan membela Osman tetapi nada 'osman limat pelukis miskin' saya lihat sebagai satu bentuk "pukulan padu' kepada semua pelukis yang seperti beliau. Kata-kata ini boleh 'dilihat' dan 'dirasakan' oleh siapa sahaja yang panjang usaha. 
Osman Limat juga boleh melukis dengan kaki kiri sambil berstokin. Walau bagaimana pun, beliau tidak boleh melukis dengan kaki kanan dengan berstokin atau tanpa stokin. Osman Limat juga boleh melukis menggunakan mulut.

TV3 pernah membeli lukisan kecil beliau dengan harga RM15,000.

20140613

Osman Limat; Pelukis dan Pelumba Basikal yang terselit

Atlit negara pada Sukan SEA Singapura pada 1972 yang kini berusia 66 tahun dan menghabiskan masanya setiap hari di Galeri Rajawali yang terletak di Taman Cenderawasih, Kuantan.

Ditanya bagaimana beliau boleh merangkul gelaran Raja Bukit sedangkan kedua tangannya tidak sempurna, Osman Limat berkata: "Nak naik bukit bukan perlukan tangan, tetapi kita perlu ada akal fikiran dan kaki yang kuat."

Kali terakhir Osman Limat menyumbang bakti kepada negara adalah ketika menjadi pembantu jurulatih pasukan berbasikal pada Sukan SEA Indonesia 2011.

Osman Limat pernah mendapat gelaran Raja Bukit pada tahun 70an. Walaupun Osman Limat anak kelahiran Muar Johor tetapi usianya banyak habis di negeri Pahang tersayang. Osman Limat yang lebih mesra dengan panggilan Pak Man. Osman Limat menganggap dengan perhatian kerajaan, akan lahir lebih ramai Osman Limat di negara ini pada masa depan.
 Bekas pembantu jurulatih dan jaguh lumba basikal negara, Osman Limat berharap kerajaan dapat merangka perancangan rapi untuk pembantu dan jurulatih separuh masa di peringkat negeri dan kebangsaan supaya dapat meneruskan kehidupan dengan selesa.

Ketika berkunjung ke galeri itu, Osman Limat sibuk menyiapkan lukisan bertemakan alam yang memaparkan suasana nyaman dan tenang di Hutan Royal Belum, Perak di teratak yang dibina menggunakan kayu terpakai.
 "Jangan jadi macam saya, dulu masa jadi atlit dan jurulatih nak tukar tayar basikal pun tak mampu sampaikan kena berhutang dengan ceti. Nasib baik ada bakat melukis, jadi kalau poket kosong boleh jual lukisan untuk tampung belanja keluarga ketika sesak dan sampai sekarang hasil lukisan juga yang banyak membantu saya meneruskan hidup.
 "Malahan, basikal yang saya guna ketika menang gelaran Raja Bukit pun saya terpaksa jual kira-kira 15 tahun lalu," katanya yang meninggalkan dunia sukan berbasikal atas faktor usia dan menumpukan perhatian dengan menghasilkan karya seni lukisan.
 Osman Limat memperoleh sijil kejurulatihan lumba basikal di Bangkok dan Majlis Sukan Negara (MSN) menganggap personalitinya yang sentiasa 'happy go lucky' membolehkan beliau meneruskan hidup walaupun ramai yang sudah melupakan sumbangannya kepada arena sukan lumba basikal di peringkat Pahang dan negara.
 Osman Limat kini mahu dikenali sebagai pelukis burung walit, dimana ada rezeki di situ Osman Limat terselit untuk meneruskan hidup.
 Osman Limat telah lama menetap di Kuantan, Osman Limat terkilan kerana pengorbanannya ketika zaman muda untuk kecemerlangan sukan negara berakhir dengan memori pahit. Kini Osman Limat hanya bergantung kepada wang pencen RM800 sebulan hasil bertugas sebagai pegawai landskap di Kementerian Kesihatan selain hasil jualan lukisannya.
 "Memang dah beribu-ribu lukisan saya hasilkan tapi yang ada sekarang hanya kira-kira 80 sahaja, lainnya dijual terutama bila sesak. Apa pun saya bersyukur kerana memiliki keluarga dan rakan yang memahami diri saya, walaupun tidak hidup senang tetapi saya tidak merempat.
 Sokongan isteri Jamilah Jais selalu memberi semangat untuk Osman Limat berkarya walaupun di galeri yang dibina menggunakan kayu terpakai. Anak-anak tiri seramai tujuh orang turut menjadi pendorong untuk Osman Limat terus menjadi pelukis setia di Galeri Rajawali Cenderawasih.
 "Galeri ini belum siap sepenuhnya sebab tak cukup duit, jadi cara terbaik untuk mendapat bekalan kayu adalah  dengan menukarkan kayu terpakai dengan lukisan saya, macam sistem tukar barang.
"Kalau ada yang masih mengingati sumbangan saya, jenguklah galeri tidak seberapa ini," katanya yang pernah menjadi pembantu jurulatih untuk pelumba basikal negara, M Kumaresan.

"Memang sebelum ini ada beberapa pihak berjanji nak bantu, tapi janji hanya tinggal janji, lagi pun saya dah tua dan tak aktif bersukan lagi," katanya yang lahir dengan hanya memiliki empat daripada 10 jari di kedua-dua tangannya.

Rujukan:
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/05/27/osman-limat/

20140515

rajawaliartgallery - Nazri Chot

Kini Nazri Chot telah sama-sama bernaung di balai seni lukis pelikis pahang di Lereng Rimba Akasia di Perkampungan Cenderawasih hasil usaha Galeri Rajawali (rajawali art gallery)
 Nazri Chot bermula sebagai pelukis potret dan walau pun masih melukis potret. Nazri Chot  kini mula melangkah kearah membina nama sebagai salah seorang pelukis realis yang menampakkan daya maju dan tidak takut untuk bersaing.
 Malah boleh dikatakan Nazri Chot antara pelukis realis yang amat berjaya dan sangat 'fokus' jika melihat gaya beliau memegang puntung rokok.
 Karya-karya Nazri Chot banyak menghiasi kulit novel keluaran Creative Enterprise. Nazri Chot memilih ayam serama sebagai subjek , ini bukan menghairankan jika kita melihat siapa guru Nazri Chot. Guru Nazri Chot  tidak lain dan tidak bukan adalah pelukis 'hutan' yang terkenal di Malaya iaitu pelukis Jaafar Taib.
 Keputusan untuk berkarya sepenuh masa lebih kurang tiga tahun sudah adalah satu keputusan yang paling benar yang pernah diambil oleh Nazri Chot. Tambahan pula beliau memang seorang artis yang prolifik. Sama-sama kita sokong bila Nazri Chot sudah membuat keputusan ini.
Kepada peminat seni Nazri Chot, anda boleh berkunjung ke Balai Seni Lukis Negeri Pahang di Perkampungan Cenderawasih dan bersebelahan dengan Sekolah Cenderawasih.

Rujuk:
http://abdullahjones.blogspot.com/2011/03/dan-rimba-pong-bersalam-lah.html

20140423

Balai Seni Lukis Pahang - rajawaliartgallery - Galeri Rajawali

Inilah Perkampungan Pelukis 'Balai Seni Visual Negeri Pahang' yang terbaru. kini pelukis-pelukis Kuantan Pahang berteduh dibawah tedohan pokok akasia disatu kawasan Bukit Akasia di Perkampungan Cenderawasih Kuantan Pahang. Perkampungan pelukis Kuantan/Pahang ini diusahakan oleh Galeri Rajawali Kuantan (Rajawali Art Studio). Galeri ini ada berhadapan dengan Rimba Bukit Akasia tempat Pelukis 'Balai Seni Visual Negeri Pahang' berteduh.

Cadangan membina 5 unit balai seni lukis di tanah milik Jabatan Pengairan dan Saliran Kuantan (JPS Kuantan). Diusahakan oleh Bert Ramli, Azizi Md. Zain, Munif Md.Nor, Abdullah Hamdan (acai), Hj. Zakaria Adam.

Pemaju: Rajawali Arts Group Internationale
Kontraktor: Nazri Chot (M) Bhd.
Arkitek: Tetuan Nazri Chot

Tarikh mula: 8.1.2014
Tarikh siap: 20.12.2014

Rajawali Art Studio adalah sebuah studio lukisan yang secara bebasnya menjemput siapa sahaja yang berminat dalam apa juga jurusan seni untuk datang dan berkarya dipremisnya. Rajawali Art Studio hanya menyediakan tempat.Segala keperluan untuk berkarya adalah tanggungan pelukis yang berminat.
 Rajawali Art Studio tidak mengenakan apa-apa bayaran atau yuran keahlian atau apa-apa bayaran tersembunyi. Rajawali Art Studio juga tidak mengambil sebarang peratusan dalam mana-mana karya telah dibeli.
 Rajawali Art Studio adalah bebas dari membuat sebarang keuntungan.Tetapi segala bayaran bil air,bil letrik,bil internet juga sewa premis adalah tanggungan Rajawali Art Studio. Pelukis tidak terikat dengan bayaran tersebut.
Cadangan membina 5 unit balai seni lukis di tanah milik Jabatan Pengairan dan Saliran Kuantan (JPS Kuantan). Diusahakan oleh Bert Ramli, Azizi Md. Zain, Munif Md.Nor, Abdullah Hamdan (acai), Hj. Zakaria Adam. Pemaju: Rajali Arts Group Internationale. Kontraktor: Nazri Chot (M) Bhd. Arkitek: Tetuan Nazri Chot. Tarikh mula: 8.1.2014. Tarikh siap: 20.12.2014. PROJEK INI T I D A K  MELIBATKAN  KERAJAAN NEGERI PAHANG.
 Rajawali Art Studio akan berusaha mengadakan pameran lukisan setiap bulan. Siapa sahaja boleh mengadakan pameran lukisan masing-masing di sini. Tetapi buat permohonan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh pameran. Tiada sebarang peratusan yang akan dipotong dari hasil jualan dipameran.
 Dia yang tidak tebang pokok adalah dia yang kami sayang.
 Rajawali Art Studio diuruskan oleh Acai,Abu Yusof,Abdul Malik Maliki dan Nur Najihah Lee Abdullah. Untuk pertanyaan boleh cuba hubungi mereka.
doc ali - 013 934 2121
najihah - 013 907 0798
acai - 012 954 4094
abu yusuf - 012 951 4325
 Rajawali art studio bertegas menyatakan bahawa mereka tidak pernah menerima apa-apa bantuan kewangan dari mana-mana ,kerajaan atau swasta kecuali sekali dari Balai Seni Lukis Negara.
 Adalah amat-amat diharapkan Rajawali Arts Group Internationale berjaya memajukan tempat ini bagi menghimpunkan pelukis-pelukis di Kuantan Pahang dibawah satu lokasi yang berangin, santai dan tenang. Sesuai untuk pelukis-pelukis menghasilkan karya-karya yang dapat menunjukkan keunikan pelukis 'Balai Seni Visual Negeri Pahang'.
 Selain terhimpunnya tukang-tukang lukis di Perkampungan Pelukis Lereng Bukit Bersebelahan Sekolah Cenderawasin ini turut menompang bertelor adalah Burung Tukang Kubur, Burung Tukang Padang atau Burung Tukang Malas (Night Savannah). Kami berharap burung tukan ini berjaya menetaskan telornya dengan dikelilingi oleh tukang-tukang lukis.
 Usaha Rajawali Arts Group Internationale bagi membina balai-balai untuk pelukis di Perkampungan Cenderawasih ini bukanlah usaha yang mudah. Mungkin banyak pihak yang boleh memberi sokongan kata-kata hikmat tetapi 'kata-kata hikmat' tersebut kadang-kadang tidak cukup.
Kepada sesiapa yang berminat untuk melihat perkembangan usaha membina 5 unit balai seni lukis di tanah milik Jabatan Pengairan dan Saliran Kuantan bolehlah datang melawat. Sesuatu yang amat seronok jika kita dapat melihat rupanya balai seni ini sebelum siap dan selepas siap. 

Mungkin juga Syarikat-syarikat pelancongan dan pemandu pelancong boleh membawa pelancong melawat tempat ini. Walaupun balai seni ini belum siap sepenuhnya tetapi BSVNP juga ingin turut terlibat dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014. Mungkin ada orang berpendapat 'nak tengok apa ... kalau benda tak siap?". Tapi itulah yang ada pada masa ini. BSVNP bersedia menerima pelawat dari seluruh dunia untuk melihat suatu keunikan dunia pelukis yang ditonjolkan oleh Rajawali Arts Group Internationale.

Sokonglah Rajawali Arts Group Internationale dengan cara yang anda mampu.

20140416

Osman Limat berkarya di Galeri Rajawali Cenderawasih Kuantan

Kini Osman Limat - Pelukis Burung Walit - Dimana Ada Rezeki - Disitulan Dia Terselit, berpeluang untuk 'memondok' di pondok nombor 4 di Balai Rimba Seni Lukis Pahang yang diusahakan oleh Galeri Rajawali Kuantan.di Perkampungan Cenderawasih. Galeri Rajawali (Balai Rimba Seni Lukis Pahang) ini bersebelahan dengan Sekolah Cenderawasih.
Osman Limat adalah orang yang paling gembira apabila berjaya membantu Abu Samah Abd Waha menjadi priseden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM). Abu Samah bergelar Presiden PKBM pada 1990 dan tidak pernah dicabar dan sentiasa menang tanpa bertanding. Nama  Abu Samah Abd Wahab sudah cukup sebati dengan diri saudara Osman Limat kerana saudara

Kini saudara Osman Limat aktif dalam bidang seni lukis setelah meninggalkan tugas jurulatih pasukan lumba basikal Pahang.

  Osman Limat sering mengenangkan nasib beliau sebagai Peukis Burung Walit, dimana ada rezeki, disitulah dia terselit...begitulah kehidupan Osman Limat sekarang.
Osman Limat sering berpindah dari satu galeri melukis ke satu galeri melukis. Berbeza dengan burung walit yang seronok dapat menetap lama di satu-satu tempat yang disediakan oleh 'tuannya'. Tetapi kehidupan Osman Limat sebagai pelukis tidak menetap. Sering terpaksa menompang melukis dan menjual di 'celah' tempat yang terselit. Pernah juga menjual di pasar tani.
Inilah kehidupan yang ditempoh oleh Osman Limat. Melukis tidak boleh dijadikan kerja sepenuh masa kerana pelukis burung walid menyebabkan beliau terpaksa juga membuat kerja mengoreng pisang selain melukis. Nak buat macam mana, terpaksalah cari makan dengan dua kerja. Bukan suka-suka tetapi terpaksa. masih boleh diteruskan kerana minat mendalam dalam seni lukis.
Kali terakhir Osman Limat menompang melukis adalah di Kedai Bingkai Gambar Maju berhampiran Shahputra dan Kolej Komuniti Kuantan dan Santoria Harta. Lebih kurang setahun Osman Limat tak maju. Kedai gambar tu terus maju kerana namanya Kedai Bingkai Gambar Maju.
Banjir yang melanda bandar kuantan telah ditakdirkan kena pada rumah Osman Limat yang menyimpan pelbagai bahan-bahan untuk melukis. Banjir telah merosakkan semua bahan-bahan tersebut. Orang lain sedih kerana banyak rosak barang-barang dan perabut. Tetapi Osman Limat susah hati kerana barang-barang melukis untuk mencari rezeki habis 'dimakan' oleh banjir.
Orang meletakkan Osman Limat sebagai OKU. Osman Limat tidak malu. Dengan semangat Orang Kuat Umno (OKU) Osman Limat mencuba nasib dengan mengadu kepada YB Shafik. Dengan izin Allah SWT terbuka hati YB Shafik untuk memberikan bantuan RM1,000 bagi Osman Limat membeli semula peralatan melukis untuk meneruskan tugas mencari rezeki yang tak seberapa.
Ini adalah lukisan yang dihasilkan oleh Saudara Osman Limat pada tahun 60an ketika beliau berumur 21 tahun. Bingkai gambar turut dihasilkan sendiri oleh Osman Limat. Lukisan ini disimpan di Balai Rimba Seni Lukis Pahang. Balai seni lukis ini akan menjadi Perkampungan Pelukis Bukit Akasia di Perkampungan Cenderawasih Kuantan. Balai Rimba Seni Lukis Pahang di Perkampungan Pelukis Bukit Akasia ini diuruskan oleh Galeri Rajawali Kuantan. Balai Pelukis di Bukit Akasia ini mendapat kunjungan dari peminat seluruh dunia. Ianya bukanlah pondok yang mewah dan TIDAK mendapat geran kewangan dari pihak tertentu. Semua pelukis menyediakan sendiri pondok seni masing-masing. Tetapi perlu mendapat kebenaran Galeri Rajawali Kuantan.