-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20151225

Batu Hampar dan Minyak Beku

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

kilaf@kiasnya kepada... hilangnya kota dan kerajaan tua ditanah melayu.

kerajaan jugra batu hampar adalah teletaknya di[nama sekarang] selangor[itu adalah kerajaan selangor tua] tapak istana lamanya terletak, yang sekarang ini disebut putraja.

selepas bubar kerajaan ini,mereka mendirikan semula satu kerajaan baru dengan nama kerajaan batu hampar di sumatra. keturunan ini masih ada dan hidup mereka seperti orang biasa sahaja. hanya mereka yang boleh menjawab kenapa kerajaan mereka lenyap.

kilaf@kiasnya kepada johor tua... selepas tok johor menghilangkan diri ada...
ada dua pemerintahan di johor tua
satu ditadbir oleh raja hussin.
kedua ditadbir oleh raja ibrahim
[mereka adalah dua beradik] yang membawa kepada terbinanya kota batu pahat minyak beku. hanya keluarga mereka sahaja yang tahu akan kejadian pembinaan kota batu pahat.

kilaf@kiasnya kepada... kerajaan kota padang saujana@dan raja tenggano. kerajaan kota kuala berang@
   
Anonymous
on 12/21/14

20151218

Kota Lima Puluh Pagar Ruyung Minangkabau

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...
kilaf@kias nya kepada... kota lima puluh pagar ruyung@kota lima puluh minangkabau.[disebut dalam adat, dan kilaf untuk

disebut dan disandar kembali dalam fekah]
disebut kota lima puluh....betul.
disebut kota lima puluh empat...juga betul.
disebut kota lima puluh enam...pun juga betul.

kesemua sebutan diatas adalah betul kerana kilaf@kiasnya akan disandarkan kembali kepada al quran dan hadis nabi saw. ulamak fukaha menjadi jurucakap bagi perincian @huraian akan ceritanya.

mereka diperintah berkias dengan kebenaran@izin allah.kerana kesemua ilmu dan pengetahuan itu adalah milik kepunyaannya yang mutlak.
   
Anonymous
on 12/21/14

20151211

Antara Tun Teja dan Cik Teja

salamun,,, tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

kilaf@kiasnya kepada...
tok jergoh hanya gelaran kepada salah seorang anak moyang 16 semantan atau adik beradik kepada tok long dan wali nong sari.

cik teja adalah bini kepada sultan mahmud mangkat dijulang dan
dia adalah waris kerabat kepada
moyang tok sharom
dan malim yunus
dan malim kuning.

jangan tersalah faham dan jangan tersalah tafsir,,,

tun teja adalah bini sultan mahmud shah melaka dan
cik teja adalah bini kepada sultan mahmud mangkat dijulang.
[apabila tersalah sejarah, akan terjadi tersalah keturunan dan tersalah adat dan tersalah fekah dan tersalah ilmu...habis sesia belaka ibadat dan pahala]

[itulah yang dikatakan fitnah tanpa tersedar].
   
Anonymous
on 12/21/14

wali tersebut yang melawan raksasa

P.U.R.B.A said...

    Assalammualaikum sekalian pembaca dan juga kerabat kerja LamanPahang,semoga rahmat dan kasih sayangNya sentiasa menaungi kita semua. Amien Allahumma Amien.

    Anonymous terima kasih berkongsi maklumat tuan...semoga Allah memberi kesihatan walafiat dan ilmu yg luas supaya dapat memberikan lagi pencerahan.

    Siapakah dia wali tersebut yang melawan raksasa?adakah Syeikh Subakir yang tuan maksudkan?

    Waris Keturunan Tok Linggi?Membuka pondok agama,tuan agak2 timeline/waktu/tahun beliau ke Pahang sekadar yang tuan bole beri pencerahan?

    Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih atas budi baik tuan
    Selawat313.99.33.13.9.3

20151210

Ziarah Ke Makam Adityawarman

Sutan Silo said...

Asslm . . Salam persaudaraan utk smuanya.
Sy ada kisah yg sampai yg saya alami kira2 2 tahun yg lalu. Tepatnya di awal 2013 tanggalnya sy lupa tp itu terjadi saat siang menjelang sore.

Saat itu sy sedang plesiran ke Istana Pagaruyung,lalu singgah ke batu kasur lalu ke makam2 raja ustano rajo alam dan mengirimkan doa,setelah itu sy lanjut ke batu batikam dilanjutkan ziarah ke makam Adityawarman.

Disana di makamnya sy sempat berdoa dan berkata dalam bathin:

Siapapun engkau dan agamamu pd saat itu aku akn Hadiahkan enkau doa&@lfatehah.
Lalu sy merasakan Sensasi yg luar biasa yg belum pernah sy alami selama ini.

Ada getaran aliran listrik masuk ke dalam dada saya lalu merambat ke kaki dan rambatan ini benar2 terasa sampai ke persendian Tulang.

Dari kaki naik sampai keatas kepala dan sampai ke Ubun2.

Dan energie yg merambat ini sangat kuat hingga sy bergetar sambil pada besi pembatas makam.

Sy sampai saat ini tidak mengerti akan makna gejala n arti dari tafsir tersebut? Krn beberapa orang yg sy tanyakan tidak memberikan jawaban yg dpt menjawab rasa penasaran sy. Mereka hanya tersenyum penuh arti tanpa memberi jawaban yg gamblang?

Mohon sekiranya ada yg dapat memberikan jawaban yg baik dan Benar.

20151209

Tajuk popular dalam tempoh 7 hari

  1. Berikut adalah nama-nama yang dipetik dari mozaikminang.wordpress.com. Pihak kami telah menyenaraikan nama-nama yang ada dalam salasilah ter...
  2. Racik adalah peralatan tradisional yang digolongkan sebagai alat memburu atau lebih jelas lagi menangkap ayam dan burung. Racik dihasilkan d...
  3. Berikut adalah serba ringkas catatan oleh Neguai tentang Rawa di Pahang. RAO [RAWA]{diPAHANG} DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI ...
  4. 12 Untuk mahir dalam bidang anyaman tali plastik ini dia terpaksa berkorban masa, wang ringgit dan keluarga semata-mata untuk mencari kepu...
  5. Sempurna Resort Kuantan , dibina pada tahun 2009. Tempat untuk kita nikmatilah percutian bersama keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang k...
  6. Tun Teja puteri Seri Amar Diraja, Bendahara Pahang abad ke-15. Tun Teja telah diculik dari Pahang untuk dijadikan permaisuri kepada Sultan M...
  7. Bukit Gambang Water Park mungkin jauh lebih baik dari Berhala Gantang Water Park (Kolam Tahfiz Temerloh) ini. Tetapi bagi sesetangan orang, ...
  8. 1. Kg Buntut Pulau: Imam Muda Mamat@ Keramat Buntut Pulau}Dikawasan Perkuburan Buntut Pulau. 2. Kg Bangau: Haji Ismail Bugis@Tok Bangau Ke...
  9. SENARAI NAMA PENGHULU PAHANG 1856 HINGGA 1886 Sumber: bendaharazamineran.blogspot.com 1) Penghulu Panglima Kakap Hussin Bin Mohd Salleh (...
  10. Susur dari keturunan Minang dan Bugis dan juga keturunan yang lain akan turut dipaparkan bersama-sama bagi mendapatkan kebenaran yang mungki...

20151204

Hang Tuan dan Bilah Panai

Salamun tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...
kilaf@kias kepada hang tuah...

dia adalah anak waris kepada seorang dari wali tujuh tanah melayu@anak daik tujuh beradik dan puteri tujuh itu kaum kerabatnya.[cukup setakat itu sahaja...maaf].

kilaf@kias kepada raja@kerajaan bilah panai atau bilal panai adalah merujuk kepada susur keturunan hang nadim. hang nadim berbini dua orang,
bini pertama dari bukit segumpal dan
bini kedua dari kuala triang.
dan [kuburnya ada dikawasan perkuburan kuala triang].

kilaf@kias dari perkara ini;tanpa sedar ada dikalangan kita melakukan fitnah@mengkeji dalam memuji sebahagian dari kita, tanpa menyelidik perkara yang sebenar.[ini yang terdapat dalam beberapa hadis rasullah saw dan al quran;{maksud terjemahannya];

hendaklah kamu selidik apabila mendpat sesuatu berita dari orang...dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu ke dalam golongan orang-orang yang...dan tidakkah sampai berita...jikalau kamu orang-orang yang berfikir...syaitan itu musuh yang ...
   
Anonymous
on 12/21/14

20151127

Majid Akob dan Abdullah Tulis

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara... kilaf@kias

bagi waris ini[siapa dan dimana]
majid
bin akob
bin buruk
bin derus
bin abdullah[tulis]
bin nuh@ngah
bin tengku umbak[pupu 40 pagar ruyung]

susur bini pertama abdullah tulis].
susur waris bini keduanya[abdullah tulis] ada di benta,
guna gelaran tok lasam dan
bininya bersusur kepada
tok jergoh[waris dari susur raja hitam@matan yang dipertuan negeri sembilan]
   
Anonymous
on 12/21/14

20151120

Raja Diulu dan Raja Tatah Bertam

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara... kilaf@kias

susur keturunan raja diulu@tatah bertam yang sekarang ini dipanggil slim river perak.

gelaran kepadanya adalah tok anjang@batin bujal yang bersusur keatas kepada sultan badrul shah.

keturunan ini melarikan diri ke hutan bersama pengikutnya.[jawapan ada pada tuan@puan dan waris ini kena jawab sendiri persoalan mereka]
   
Anonymous
on 12/20/14

20151113

3 Perang Besar Negeri Sembilan

salamun,,, tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

ada tiga perang besar dinegeri sembilan pada zaman dahulunya; [ada kilaf@kiasnya dalam ketiga-tiga peperangan ini]

1] apa dia perang pertama?[ilmu@akal dan al quran@hadis sebagai kamus pencariannya]

2] perang naning[yang diketuai oleh tok naning atau syed kuning]

3] perang diseri menanti[yang membawa kepada memutuskan tali ke istana minangkabau pagar ruyung]
   
Anonymous
on 12/20/14

20151106

Iskandar Zukarnai dan Merong Mahawangsa

salamun tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

iskandar zukarnai itu adalah cucu nabi ibrahim as + siti katurah.[anak lelaki siti katurah @ayah iskandar zulkarnai tidak akan diberitakan]...maaf.

bukan untuk dirasiakan tetapi tuan@puan gunakanlah ilmu serta akal tuan@puan dalam pencarian. [gunakan al quran dan hadis nabi saw sebagai kamus serta rujukannya].

merong mahawangsa itu datangnya dari susur keturunan ini.
mereka adalah pembawa syariat yang dibawa oleh nabi ibrahim as.
[kilaf@kias]
   
Anonymous
on 12/19/14

20151030

Ilmu Martaba Tujuh

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara... kilaf@kias
susunan maksud kepada pagar ruyung@martabat tujuh...[adat@fikah@ilmu] yang dikatakan pagar ruyung dan yang dikatakan ilmu martabat tujuh itu adalah seperti dibawah dan penggenapnya adalah ISLAM; mutlak pusaka wakaf amanah redho syukur iklas *islam

1]mutlak-[menceritakan keesaan@ hak tunggal serta keagungan allah semata-mata, tiada yang selain darinya].

2]islam-sebagai pemagar atau landasan ikutan dalam menjalankan

3]pusaka-[menceritakan hal kerasulan nabi muhammad saw seluruhnya].


4]wakaf-[menceritakan urusan nabi adam sebagai bapa manusia@khalifah dibumi].

5] amanah-[memberitahu urusan@perkerjaan manusia[kita] sebagai penyambung tugas khalifah di muka bumi].

6]redho-memberitahu urusan manusia[kita] apabila menjalankan amanah.

7]syukur-memberitahu urusan manusia[kita]apabila menjalankan amanah.

8]iklas-amanah/redho/syukur perlu ada dalam diri kita semasa@dalam hal menjalankan urusan@hak wakaf/hak pusaka/hak mutlak.
   
Anonymous
on 12/19/14

Panglima Hj Mat Akik dan Bendahara Megat Koming

Assalamualaikum
Saya Faizal dari Maran.
Saya ingin bertanya tentang
Panglima Hj Mat Akik,Dikebumikan di Mana?.
Satu lagi,
Anak Bendahara Megat Koming
yaitu
Mangku Kasim.Dikbumikan dimana.

Tok Tanggok dan Tok Adi Kaya Pagar Ruuyung

Kalau tidak silap Tok Tanggok adalah keturunan Tok Adi Kaya Pagar Ruuyung.

Keturunan inilah yang membuka Mukim Sabai.

Tetapi Tok tanggok tidak menetap di Sabai, sebaliknya ke Jerantut.

dari
Shamsul Rijal Mohamed Saleh

20151023

Wali 7 Tanah Melayu dan Anak Daik 7 Beradik

salamun,,, tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

gelaran kepada wali 7 tanah melayu@anak daik 7 beradik.

tok johor-buka johor
tua tok gombak-buka bukit payung@seri menanti
tok mekong-buka pattani
tok muda-buka anak bukit[kedah]
tok melukut-buka kuala berang
tok yang sulung.-buka kelantan
tok rompin-buka bukit betong@jelai pahang.

mereka ada gelaran nama lain lagi
dan ada nama adat dan ada nama fekah.
dan ada nama samaran.
dan adik-beradik perempuan mereka seramai 6 orang memerintah@berkhawin di tanah sumatra menggunakan gelaran puteri 7.

puteri ketujuh itu adalah ibu kepada wali 7 tanah melayu dan puteri 6 di sumatra.

mereka ini[13 orang] adalah pemagang amanah istana@kerajaan pagar ruyung.

nama-nama puteri ini guna gelaran bunga
atau selendang mengikut warna masing-masing.

mereka datang membuka negeri sebelum negeri melaka dibuka@ditubuhkan, untuk membuka laluan bagi pembinaan empayar kerajaan melaka.[kilaf@kias]

Anonymous
on 12/17/14

20151016

Moyang 16 Semantan, Baduk dan Bukit Segumpal

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

moyang 16 semantan@baduk dan moyang 16 bukit segumpal@chenor.

moyang 16 semantan
bin muhammad sikal
bin sharul nizam[adik beradik zainal abidin kepayat negara].

diantara anak-anaknya;
1.tok long[kubur digunung senyum]
2.wali nong sari.
3.awang lirai imam daud kuala kaung.

lebai said chatin.
cucu-cicit waris moyang 16 semantanlah.

moyang 16 chenor
bin awang sin [ibunya awang sin adalah hang li po]
bin mansur shah.

adik-beradik awang sin bermukim di pattani.
[mereka dua beradik sahaja]
[kilaf@kias]
   
Anonymous
on 12/17/14

20151009

Pawang Nong, Imam Ali, Hang Lipo, Cheng Ho dan Hang Nadim

Salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

pawang nong bin tengku putih bin tengku umar bin wan ahmad.
pawang wok bin tengku umar bin wan ahmad,
mereka adalah adik-beradik.

pawang kadir bin imam awang bin imam kasim@mangku kasim bin komeng@tengku azlan bin wan ahmad.

imam ali@tengku ali@raja muda ali bin wan ahmad.
mereka dua beradik seibu seayah,
pupu kepada orang kaya lela bin bahaman[ibu adik beradik][orang besar berlapan].

hang lipo itu anak saudara benar laksamana cheng ho [anak kakaknya].
bini tok kadok adalah adik laksamana cheng ho.

hang nadim bin laksamana cheng ho.
dari keluarga maharaja china islam.
[kilaf@kias]
   
Anonymous
on 12/17/14

20151002

Merah Silu dan anak-anak.

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

merah silu dan anak-anak.

merah silu adalah pemerintah akhir kerajaan enpayer samudera pasai dengan gelaran sultan alauddin.

tun abd jambi@tok jambi@syeh maulana@zaharum nizam bin merah silu, yang memerintah kerajaan jambi

dan sultan aripin pulau besar itu adalah menantunya.

tun linggi@tok linggi bin merah silu, yang memerintah [ ]dan kemudiannya digelar kerajaan minangkabau.[kilaf@kias]
   
Anonymous
on 12/17/14

20151001

Mufti Pahang - HAJI OSMAN BIN HAJI SENIK (UTHMAN BIN SENIK)

Utsman Senik - Mufti Pahang selama 20 tahun

Nama lengkapnya ialah Tuan Guru Haji Utsman bin Haji Senik bin Haji Ibrahim bin Haji Salim. Diriwayatkan bahawa beliau adalah keturunan Bugis. Tetapi jika diperhatikan nama ayahnya Haji Senik, menurut lazimnya nama Senik digunakan oleh masyarakat di Patani dan tidak pernah digunakan oleh orang Bugis. Namun, dengan pasti dapat diketahui bahawa Haji Senik mahupun ayahnya Haji Ibrahim meninggal dunia di Kampung Gaung Pendik, Kelantan. Sedangkan yang bernama Haji Salim pula meninggal dunia di Singapura. Tahun kelahiran Haji Utsman belum diketahui dengan pasti. Beliau meninggal dunia di Kampung Ketapang, Pahang pada 12 Ramadan 1336 Hijrah/21 Jun 1918 Masihi)

PENDIDIKAN

Utsman dipercayai mendapat pendidikan awalnya di Kelantan, terutama daripada ayahnya atau datuknya. Pendidikan tentang keIslaman secara mendalam dilanjutkan ke Pondok Bendang Daya, Patani daripada Syeikh Abdul Qadir (Tok Bendang Daya II) bin Syeikh Haji Wan Mustafa al-Fathani. Selain itu beliau mempelajari ilmu Arabiyah seumpama nahwu, sharaf dan lain-lain, asas tauhid, fikah dan tasawuf. Beliau juga mempelajari ilmu hikmat yang dibangsakan kepada Imam al-Buni seperti tersebut dalam Syamsul Ma'arif al-Kubra, Mujarrabat dan lain-lain.

Dipercayai bahawa Utsman belajar langsung kepada Syeikh Haji Wan Mustafa al-Fathani, pengasas Pondok Bendang Daya, dan beliau pula adalah seorang hulubalang Patani yang sangat handal. Syeikh Haji Wan Mustafa al-Fathani adalah sahabat Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Kedua-duanya bersama Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani ikut dalam satu peperangan besar ketika Kedah dan Patani melawan Siam.

Ilmu hikmat tersebut sangat berguna untuk menghadapi cabaran zamannya, kerana pada zaman itu orang ramai masih menghandalkan kekuatan fizikal berupa pencak silat untuk menghadapi pergaduhan. Permusuhan seringkali terjadi bukan sahaja terhadap sesama manusia tetapi juga dengan haiwan seumpama harimau, ular besar, buaya dan sebagainya.

Ilmu hikmat itulah yang telah dipergunakan oleh Tuan Guru Haji Utsman Pahang sewaktu beliau membuka hutan membuat perkampungan. Kampung yang dibuka itulah yang dikenali dengan nama Kampung Ketapang yang terletak di Pekan, Pahang. Menurut ceritanya, ketika membuka hutan tersebut binatang buas memang tunduk kepada beliau.

Seiring dengan mempelajari ilmu hikmat, Utsman juga mendalami ilmu perubatan tradisional. Beliau pandai membuat berbagai-bagai jenis makjun. Semua ilmu tersebut diperoleh daripada Tok Bendang Daya II al-Fathani tersebut. Setelah itu beliau melanjutkan pelajarannya ke Mekah dan belajar kepada Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, guru thala'ah kitabnya di bawah bimbingan Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani dan Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman al-Kalantani. Sungguhpun Syeikh Ahmad al-Fathani jauh lebih muda daripadanya, Utsman mendalami nahwu dengan menggunakan kitab Tashil Nailil Amani kepada pengarangnya, iaitu ulama Patani tersebut. Kitab Tashil Nailil Amani itulah yang beliau ajar hinggalah beliau menjadi Mufti di Pahang.

AKTIVITI DI PAHANG

Dari Mekah Utsman langsung menuju ke Pulau Tawar, Pahang. Sewaktu di Pulau Tawar beliau tidak memperlihatkan dirinya sebagai seorang ulama kerana beliau bergaul dengan orang-orang kebanyakan. Pada peringkat awal dakwahnya, beliau hanya memperlihatkan kebolehan dalam bidang ilmu hikmat. Pada suatu ketika Utsman pernah mengeluarkan sebuah kapal yang telah karam. Pada kesempatan lain beliau pernah didatangi buaya ganas yang telah memakan manusia sehingga buaya tersebut dapat dibunuhnya. Pada kali yang lain pula beliau pernah menangkap harimau buas yang selalu mengancam ketenteraman manusia dan binatang ternakan.

Melihat hal-hal pelik yang menyalahi adat itulah, maka Mat Kilau sejak kecil diserahkan oleh kedua-dua orang tuanya kepada Tuan Guru Haji Utsman untuk diajar berbagai-bagai ilmu fardu ain. Umur Mat Kilau sama dengan anak sulungnya, Haji Juned.

Setelah masyarakat mengetahui bahawa Utsman adalah seorang ulama, maka ramai yang berminat untuk menuntut ilmu kepada beliau. Sehingga Sultan Pahang ketika itu, Sultan Ahmad berkenan melantik beliau sebagai Mufti Kerajaan Pahang Darul Makmur. Sekali gus beliau menjadi orang terkemuka di Kerajaan Pahang, mengajar kaum keluarga Diraja Pahang di istana, selain mengajar orang awam. Beliau menjadi Mufti Pahang selama 20 tahun hingga meninggal dunia dalam tahun 1918 Masihi.

Diriwayatkan bahawa Utsman menjadi mufti selama itu dalam tiga pemerintahan Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad, Sultan Mahmud dan Sultan Abdullah. Selain sebagai mufti, Utsman juga mengasaskan pengajian pondok. Lokasi pondok pengajian, surau dan rumah Utsman terletak di Kampung Ketapang Tengah. Setelah Utsman meninggal dunia pada tahun 1918 Masihi dalam usia hampir 100 tahun, pondok tersebut diteruskan oleh dua orang anaknya.

Perlu juga dicatat bahawa pondok yang diasaskan oleh Utsman di Kampung Ketapang Tengah, Pekan Pahang tersebut adalah pondok pengajian menurut sistem pondok cara Patani yang pertama sekali dalam Kerajaan Pahang Darul Makmur. Pada tahun 1922 Masihi, pondok tersebut berubah sistem menjadi pengajian madrasah. Setelah berbentuk madrasah, bantuan pembiayaan diterima daripada seorang saudagar Arab bernama Habib Hasan al-Attas dan madrasah tersebut dinamakan Madrasatul `Arabiyah Islamiyah Al-Attas. Pada tahun 1966 Masihi, pondok pengajian bekas peninggalan Mufti Haji Utsman itu dijadikan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang. Guru Besarnya yang pertama ialah Ustaz Abdul Qadir Kamaluddin, cucu beliau.

Sewaktu Utsman menjadi Mufti Pahang, beliau bergerak cergas membawa ulama-ulama terkenal dari luar dengan tujuan menambah semangat anak tempatan mempelajari agama Islam. Antara ulama besar terkenal yang pernah dijemput datang ke Pahang ialah gurunya Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani. Menurut riwayatnya, ulama tersebut datang ke Terengganu pada tahun 1912 Masihi atas permintaan muridnya, Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu. Kedatangan beliau ke Terengganu itu dimanfaatkan oleh semua kerajaan di Semenanjung termasuk Pahang atas kehendak Mufti dan Sultan Pahang sendiri.

Utsman sangat mengasihi gurunya dan bersikap tawaduk kepadanya sehingga beliau mengerahkan murid-muridnya menandu dan mengayuh sampan ketika menjemput dan menghantar pulang Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani itu. Ketika itu perjalanan masih banyak menggunakan perjalanan darat dengan berjalan kaki dan mengharung sungai. Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani berada di Pekan Pahang kira-kira sebulan sahaja, namun dalam waktu singkat itu telah dipergunakan oleh Utsman untuk mempelajari ilmu tafsir al-Quran bagi dirinya sendiri. Sedangkan ilmu-ilmu fardu ain lainnya beliau bukakan kepada masyarakat untuk bertanya langsung kepada ulama besar dunia Melayu yang datang dari Mekah itu.

MURID-MURIDNYA

Adapun murid-murid Utsman yang menjadi tokoh terkenal antaranya ialah:

1. Tuan Guru Haji Daud, ketika hidupnya banyak mengajar masyarakat. Beliau berasal dari Patani dan ayah kepada ibu Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia yang kedua).

2. Haji Mat Daud bin Zainal Abidin. Beliau pernah menjadi Qadi Besar Pahang.

3. Lebai Yusof pernah menjadi Qadi Kuantan.

4. Haji Abu Bakar (Datuk Seri Penggawa) bin Haji Abdul Halim (Imam Perang Indera Mahkota).

5. Mat Kilau, Pahlawan Melayu yang terkenal sangat memusuhi penjajah Inggeris.

Dengan mengetahui bahawa Haji Utsman bin Haji Senik, Mufti Pahang ini adalah guru kepada sebahagian besar para tokoh di Pahang termasuk Mat Kilau, ia dapat menambah pengetahuan kita betapa hebatnya peranan ulama silam dalam membina umat di negara ini. ia juga menambah maklumat sejarah, terutama mengenai Mat Kilau yang selama ini kebanyakan para penulis tidak menyebut peranan guru dan ayah angkatnya, iaitu Utsman bin Haji Senik, Mufti Pahang yang sangat berpengaruh dalam lingkungan masyarakat Pahang.

PENULISAN

Utsman bin Haji Senik tidak banyak menghasilkan karangan, yang diketahui hanya dua buah, iaitu: 1. Majliatul Mushalli yang pernah dicetak dengan huruf batu di Singapura. Penulis hanya diperlihatkan oleh Ustaz Haji Abdul Qadir bin Kamaluddin, beberapa lembaran sahaja kerana halaman yang beliau miliki ternyata banyak yang hilang.

2. Kitab Perubatan. Kitab perubatan secara tradisional susunan beliau ini tidak dijumpai lagi. Namun sebagai kesan peninggalan beliau, terkenal suatu makjun yang dinamakan Makjun Telor. Beberapa orang anak cucu beliau masih mengusahakan pembuatan makjun tersebut.

KETURUNAN

Utsman bin Haji Senik berkahwin dua kali. Perkahwinan pertamanya dengan Syarifah berasal dari Kelantan. Perkahwinan ini dianugerahkan beberapa orang anak; 1. Haji Juned. Beliau adalah sahabat Mat Kilau ketika kecilnya. 2. Haji Jamaluddin (meninggal dunia di Mekah) dan 3. Haji Kamaluddin.

Haji Juned pula memperoleh beberapa orang anak. Antaranya, yang men- jadi tokoh masyarakat ialah: Abdul Basit, menjadi guru Kulliyatul Lughah wad Din Sultan Abu Bakar (sekarang Sekolah Tinggi Agama), Dr. Su'udi yang ketika hidupnya menjadi Pensyarah Bahagian Syariah di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Haji Kamaluddin pula memperoleh anak bernama Ustaz Haji Abdul Qadir, bekas guru Kulliyatul Lughah wad Din Sultan Abu Bakar. Beliau pula pernah bertugas sebagai Pemeriksa Hal Ehwal Agama Pahang.

Utsman bin Haji Senik berkahwin kali kedua dengan seorang wanita berasal dari Pahang bernama Naubah, iaitu anak saudara kepada isteri Khatib Rasu atau Imam Perang Indera Gajah. Perkahwinan keduanya ini bererti menjalin tali persaudaraan antara keluarga pembesar Pahang dengan ulama.

Rujukan:
1. carigold.com (Mufti Pahang selama 20 tahun)

20150930

Mat Lela Anak Tok Bahaman

Anonymous said...

    Assalamualaikum Wmt Wkt semua, sy terbaca Mat Lela anak Dato' Bahaman berkahwin dengan salah seorang anak Tok Gajah, betul ke?

Elly Suhaili92 said...

    Sy cicit met lela ank kpd datuk bahaman..agak luar biase..dan sunguh mistik...sdang sy seorng wnita brusia 22thn..genap thun 2014 sy bru mngenali n ptot brbangga

20150929

Pesta Buku Popular Mega Zenith Kuantan Pahang 2015

 01. Air pancut depan Hotel Zenith Kuantan Pahang.
 02. Pintu masuk pesta buku popular
 03. percuma baucar RM10
 04. Promosi untuk Pesta Buku Popular Mega 2015
 05. Tawaran istimewa untuk Pesta Buku Popular Mega 2015
 06. Jualan istimewa untuk Pesta Buku Popular Mega 2015
 07. Tawaran khas untuk Pesta Buku Popular Mega 2015
 08. Ailah Diela, Nuril Bahanudin dan CT Azhar
 09. Ameera Ameer dan Aidah Firaisaa
 10. Hananee Amir dan Aisyah Madadiy
 11. Pertandingan mewarna yang menawarkan hadiah RM4,000
 12. Bengkel belajar dan penerokaan
 13. Jualan makanan dan minum depan pintu masuk dalam dewan
 14. macam-macam buku.
 15. macam-macam plihan
 16. Belian pada harga RM10 sahaja.
 17. Buku Dinasours
 18. Sasbadi
 19. jualan alat tulis
 20. Jualan cenderamata
 21. Boleh menghasilkan kada yang menarik
 22. mainan kreativiti
 23. Kanak-kanak menyertai pertandingan mewarna
 24. Ibubapa turut memberi sokongan kepada peserta pertandingan mewarna
 25. jualan komik
26. jualan mainan kreativiti

20150925

Abdul Kadir Jailani dan Syeh Abdullah Kumairi Jailani

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

keluarga nabi saw.
syeh abdullah@abdul kadir jailani dan
syeh abdullah kumairi jailani[kedah]
adalah adik beradik
dari susur keturunan
saidina hassan
bin saidina ali
bin abu talib
bin abu muttalib.

syed husiin jamadil qubro[ayah maulana ibrahim@wali sogo]
dan syed nuruddin[acheh]
adalah adik beradik
dari susur keturunan
saidina hussin
bin saidina ali
bin abu talib
bin abu mutalib.

[kilaf@kias]

Anonymous
on 12/17/14

20150921

Sajak: Maafkan aku Dinda

Maafkan aku Dinda
oleh Penaluka Kersani

Maafkan aku Dinda
lewat menghantar
jambangan aksara
dihalaman hatimu

hari sudah mula hitam
kelam
tetapi hatiku ini
tidak pernah kelam
dari mengingatimu

maafkan aku Dinda
hilangkan rajukmu
hanya secebis aksara
ku gubah
buat menghentikan
air mata dijiwamu

jangan disamakan aku
dengan air matamu
yang pernah gugur dahulu
aku adalah aku
insan biasa
yang tiada istimewa

maafkan aku Dinda
senyumlah
sebaris puisi
khas buatmu....

Pelangi Cinta
Lara Layla

Yang bersalah
TEMERLOH
29 OGOS 15

20150919

Karnival Pertanian Chenor Maran Pahang 2015

 01. karnival Pertanian Chenor ini telah berlangsung di Sekolah Menengah pertanian Chenor pada 11-12 September 2015.

Allah SWT berfirman yang bermaksud :
”Dia-lah, yang Telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, korma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” – Surah an-Nahl, ayat 10-11.
 02
Islam telah berkembang dan tersebar secara meluas sekali ke seluruh pelusuk dunia selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW, sehingga menjangkau ke Sepanyol dan Perancis di Barat, dan menjangkau ke China serta Filipina di Timur.
 03
 Para pendokoong dan pejuang Islam yang membawa tamadun Islam ke tempat-tempat ini, bukan sahaja arif dalam bidang agama, tetapi telahpun menerap dan meneroka pelbagai ilmu baru.
 04
 Daripada orang-orang Arab Jahiliyyah, yang cuma tahu menggunakan unta dan kuda untuk merentasi padang pasir, mereka sudah menjadi satu bangsa yang tahu menyeberangi laut dengan menggunakan Celestial Navigaton, tahu mencipta dan menggunakan kompas, memiliki kepakaran dalam pelbagai bidang astronomi, architecture, berkemampuan mengubati pelbagai jenis penyakit, mempelopori kepakaran dalam bidang pembedahan untuk tujuan oerubatan, menggunakan logam, mencipta ilmu hisab baru termasuk algebra serta bermacam-macam lagi ilmu selepas memeluk agama Islam.
 Jelas sekali Islam telah membuka minda dan mata hati masyarakat Arab Jahiliyyah yang memeluk Islam sehingga mereka menjadi bangsa yang bertamadun.
 Syahadah yang mereka lafazkan menanam pasak keyakinan kepada hari akhirat namun tidak menghalang mereka berusaha bersunguh-sungguh meneroka ilmu dunia.
 Di dalam banyak-banyak ilmu yang diterokai oleh orang-orang Islam ialah ilmu pertanian.
 Di dalam ayat, tadi Allah SWT telah menyatakan kuasaNya yang menurunkan hujan dari langit dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dari bumi yang kering kontang sepeti zaitun, kurma dan anggur.
 Ayat-ayat seperti ini secara tidak langsung merupakan gesaan kepada setiap pembaca al-Quran untuk mengkaji dan menerokai ilmu pertanian.
 Di dalam sejarah, inovasi pertanian diperkenal oleh jurutera dan peladang Muslim seperti bentuk baru penyewaan tanah, pembaikan dalam penyaliran, pelbagai kaedah pengairan yang moden, pengenalan baja dan sistem pengaliran yang meluas serta pembangunan sistem penyaliran berasaskan aliran graviti dari sungai dan mata air.
 Berdasarkan catatan sejarah dan para ilmuwan termasuk dari Barat, sistem pertanian pada era Kerajaan Islam Sepanyol merupakan sistem pertanian yang paling canggih yang pernah disusun oleh kecerdikan manusia.
 Ini kerana budaya ilmu yang ada di dalam Islam telah menghasilkan banyak perubahan.
 Pada masa itu, seluruh Eropah sedang bergelut dengan isu perhambaan, namun tanah di bawah kekuasaan Islam mengalami kemajuan pesat di bidang pertanian. Inilah hasil daripada anjuran Rasulullah SAW di dalam sabdanya yang bermaksud :
 ”Tiada seorang muslim menanam dan bertani maka hasil pertaniannya itu dimakan oleh manusia, binatang dan sebagainya melainkan dia akan menerima ganjaran pahala sedekah” (Hadis riwayat Bukhari)
 Slogan Bertani Satu Ibadah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri merupakan satu gagasan yang dibentuk berasaskan cita-cita murni untuk melihat para petani berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan daya usaha dan pengeluaran.
 Ini akan dapat dicapai sekiranya golongan petani ditanamkan dengan kefahaman bahawa bertani bukan sahaja menjadi satu punca pendapatan bahkan ia juga merupakan satu ibadah tanda pengabdian kepada Allah SWT.
 Betapa mulianya kerja seorang petani sehingga disebut oleh Rasulullah SAW di dalam sabdanya yang bermaksud :

”Seorang lelaki daripada ahli syurga memohon kepada Allah SWT untuk bertani, lalu Allah SWT bertanya kepadanya : Bukankah kamu mendapat segala yang kamu hajati? Dia menjawab : Ya, tetapi aku suka untuk bertani. Lalu dia menaburkan benih dan tumbuh dalam sekelip mata, sehingga membesar seperti bukit. Lalu berfirman Allah SWT : Makanlah tanamanmu wahai anak Adam kerana kamu tidak kenyang daripada menikmati nikmat itu..” – Riwayat Bukhari.

sumber:
http://qlateboy86.blogspot.my/2010/05/bertani-satu-ibadah.html