-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20170227

Dua Kerajaan Dua Ahmad Dua Abdullah Dua Beradik

pada zaman yang lepas
terdapat dua kerajaan yang tengka terdirinya,
diantara satu dengan yang lain itu beberapa ratus tahun.

satu letaknya di lamir
atau;itu kerajaan pahang tua.
dan raja nya bernama ahmad
dan memanda menterinya bernama abdullah.[dua beradik]

dan satu lagi [beberapa ratus tahun kemudian],
terletak di kuala pahang;
itu pula kerajaan kuala pahang.
dan rajanya bernama ahmad
dan memanda menterinya bernama abdullah.[juga dua beradik]

 maka kedua-dua kerajaan itu
adalah kesenambungan kerajaan pahang yang lama,
dan gelaran kepada mereka itu berlainan
[tidak akan dimaklumkan,tuan puan kena cari dan selesaikan sendiri]

ini adalah bab membetulkan susur
dan salasilah
dan juga sejarah diri
dan keluarga]
dan ;nama mereka memang sama
yang menyebabkan orang
yang ramai terkeliru
dan tersalah sangka diantara keduanya sejarah kerajaan mereka itu.
maka cari
dan bacakan semula,agar pembetulan dapat dibuat.

on Masjid Al Hidayah Alor Akar Kuantan. Pahang.
on 2/26/17

20170226

Lagu Rejimen Ke-10 Nanyian Pak Awang Hatta

Lagu Rejimen Ke-10 Nanyian Pak Awang Hatta

Tak ada gunung
terlalu tinggi
buat kami
daki tengah panas

Tak ada lurah
terlalu dalam
buat kami turun
malam gelap

Hutan rimba
padang lalang,
padang lalang

Dusun sunyi
jalan yang jauh
panas terik
hujan berangin

Jalan terus,
maju terus,
maju terus

Haram patah
hati kami,
hati kami

Kerana telitinya
barisan gerila Malaya
hancurkan musuh semua.

Haram patah
hati kami,
hati kami

Kerana telitinya
barisan gerila Malaya
hancurkan musuh semua.

Lagu ini telah dinyanyikan oleh Pak Awang yang juga dikenali dengan nama Hatta. Perjuangan Rejiment 10 telah mencatatkan sejarah perjuangan Hatta dalam mengangkat senjata berperang untuk menghalau penjajah. Perjuangan Hatta bersama rakan-rakan semata-semata untuk memerdekan Tanah Melayu.

Pak Awang Pak Hatta telah berkesempatan pulang ke Temerloh dari Kampung Perdamaian Sukhirin, Thailand. Tujuan pulang ke bumi Temerloh hanyalah untuk menziarah adiknya yang meninggal dunia.

Penduduk Temerloh Pahang amat bertuan kerana berkesempatan untuk mendengar dendangan lagu Lagu Rejimen Ke-10 oleh Pak Awang Pak Hatta. Lagu didendangkan dengan penuh syahdu. Setiap perkatan mempunyai maksud yang amat mendalam dan hanya boleh difahami oleh mereka yang benar-benar sayangkan Tanah Melayu.

Lagu Rejimen Ke-10 telah dinyanyikan oleh Pak Awang Pak Hatta di Esplanede Temerloh Pahang Malaysia.

Sama-sama kita cuba memahat perasaan Pak Awang Pak Hatta ketika menyanyikan lagu Rejimen Ke-10 Rejimen Melayu PKM. Masih banyak yang kita tidak faham tentang perjuangan Hatta dan rakan-rakannya. Inilah nasib mereka.

Negara Merdeka Mereka Tersangkar Di Negara Lain

untuk dengan [KLIK]

Keyword Analizer

tools.seobook.com - keyword density
webseoanalytics.com - keyword density
seocentro.com - keyword analyzer (Please enter the access code as displayed above)
keywordtool.io - The Keywords That People Are Typing Into Google Search Box

pagetraffic.com - most popular keywords

trends.google.com - keyword trends at Malaysia

20170224

Masjid Al Hidayah Alor Akar Kuantan. Pahang.

24.2.2017
Masjid Al Hidayah Alor Akar Kuantan

Khutbah 1:
Disebut tentang kejadian fitrah manusia yang memerlukan pasangan. Ianya bermula dengan Nabi Adam dan Hawa.

Tetapi dorongan syaitan, berjaya mendorong manusia supaya cenderung kepada kaum sejenis. Perkara ini telah tersebar luas di negara barat. Malah perkahwinan sejenis diluluskan. Makmum ditunjukkan juga statistik pada layar putih.

Tetapi dalam Islam perkara ini amat tidak dibenarkan. Malah ada kisahnya iaitu kisah Nabi Luth Dan Kaum Sodom. Nabi Luth adalah anak dari saudara Nabi Ibrahim. Ayah Nabi Luth yang bernama Hasan bin Tarikh adalah saudara kandung Nabi Ibrahim. Nabi Luth ikut serta bersama Nabi Ibrahim berhijrah ke Mesir. Di sana, Nabi Luth tinggal bersama Nabi Ibrahim. Mereka mengusahakan ternak dan tanaman.

Kota Sodom pula adalah salah satu kota di Yordania. Salah satu akhlak yang sangat buruk mereka adalah homoseksual. Menyalurkan nafsu antara laki-laki dan laki-lak atau antara perempuan dan perempuan.

Perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh kaum sebelum mereka. Perbuatan itu merajalela di Kota Sodom. Apabila datang orang luar kaum perempuan, makan wanita Sodom akan mengganggunya. Apabila yang datang adalah lelaki, maka lelaki Sodom akan memperebutkannya.

Allah swt memerintahkan Nabi Luth untuk mengembalikan kaum Sodom di jalan Allah. Nabi Luth diminta mengajak kaum Sodom meninggalkan perbuatan-perbuatan maksiat. Nabi Luth memberi nasehat dan peringatan kepada kaumnya.

Nabi Luth berkata, “Sesungguhnya aku adalah seorang Rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.

Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu, upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.

Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu.

Kalian adalah orang-orang yang melampaui batas”.
Mereka menjawab, “Hai Luth, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti, kami akan benar-benar mengusirmu”. Luth berkata, “Sesungguhnya aku sangat benci pada perbuatanmu”.

Khutbah 2:
Makmum diingatkan kepentingan solat berjemaah di masjid. Setiap orang lelaki boleh solat bersendirian selama seminggu tetapi dalam satu minggu mesti solat berjemaah. Ini kerana soalat jamaah ada rahsianya kenapa Allah wajibkan kita berjemaah sekurang-kurangnya seminggu sekali. Bukan setak gandaan pahalanya.

Pakar fizik telah membongkar rahsia solat jemaah.

Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dr. Abdul Ghaffar Surip menyebut kajian oleh John Herbert (pakar sains fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat) membukitkan bahawa sentuhan antara bahu jemaah ketika solat mampu menyeimbangkan cas elektrik positif dan negatif. Dapat tubuh lebih segar dan bertenaga.

Tubuh kita terdiri dari dua cas elektrik iaitu cas positif dan negatif. Aktiviti harian kita menyebabkankan berlakunya pertukaran cas positif dan negatif. Akibatnya berlaku ketidakseimbangan cas tersebut di dalam tubuh kita.

Ini menyebabkan tubuh kita cepat letih dan tidak bermaya. Cas ini boleh diseimbangkan semula supaya memulihkan tubuh badan kita dengan cara menunaikan solat berjemaah. Ia merangsang proses pertukaran cas elektrik dalam tubuh kita tersebut.

Surau Al-Mukmin, Desa Pasifik Ampang (Surau Jumaat)

25.2.2017 Jumaat
Surau Al-Mukmin, Desa Pasifik Ampang (Surau Jumaat). Kuala Lumpur.

Tajuk Mencorak Ketamadunan Islam Baru
Ganerasi Qurani sekarang adalah pemegang amanah dan pewaris dalam meneruskan proses pengembangan tamadun ummah masa kini. Masyarakat bertamadun adalah masyarakat yang menguasi aspek rohani dan jasmani diri masing.

Apa perlu dilakukan oleh kita adalah:
-Melakukan perubahan yang menyeluruh
-Menjaga kesucian akidah
-Mempunyai sikap perikemanusiaan

Seterusnya makmum dibawa menghayati surah Al-Baqarah 2:143

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus),

Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil,

supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah)

dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.

(Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad),

melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya

dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya)

dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah

dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu.

Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan

dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).

Rujukan
En Zainal Abidin

RISDA Ampang.

20170223

Meninggal Dunia

Al Fatihah untuk arwah.
Sila laporkan disini jika ada maklumat yang mahu dikongsi.

Tengku Faridah Almarhum Sultan Abu Bakar, 70 - Adinda Sultan Pahang - Dise­madikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang - (malaysianreview.com

Abdullah Mat Akil 69- Bekas pemain Pahang era 70 dan 80an - Kampung Baru Permatang Badak - Dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Rangin - 28 Disember 2016(hmetro)

Wan Razali Wan Mahussin, Datuk Seri, 64 - ADUN Chini, Bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang - Dikebumikan di Kampung Belimbing Pekan. - 22 November 2015 (hmetro)

Zakaria Man, 59 - Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang - Dikebumikan di Kuala Sentul, Maran - 9 September 2014 (mstar) (bharian)

Tengku Muhammad Tengku Jaafar, - Mudir Maahad Tahfiz Muhammadi - Di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Rangin - (pahangdaily)

Norilhal Ali Ilhal, Cikgu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Karak- Meninggal ketika menyanyi lagu Cinta Kristal (Rahim Mahroof) - 17 Mei 2016(sinaronline

Chu Haris Kampung Kuala Sanggang - dikebumikan di Tanah Perkuburan Sanggang pada 23hb November 2012 (Jumaat) 

Ruhani Ismail - isteri kepada Ustaz Mahayudin Awang Chik, Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Temerloh - Kebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tualang -19 April 2016 (ismaweb.net

Abd Rahim Abd Latif,Ustaz, 52 - Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Temerloh - Disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Berhala Gantang - (harakahdaily)

Suhaimi Said, 69 - Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan orang Asalnya - Batu 4, Jalan Maran- Temerloh - (keadilandaily)

Sudirman Haji Arshad - Lahir 25 Mei 1954- Kebumi di Tanah Perkuburan Chengal - 22 Februari 1992 (pekhabar)

Abdul Majid Hashim, 59 - Bekas Pegawai Polis - Kampung Tebing Tinggi Sanggang, Temerloh - 20 dis 2016 (themalaysiantimes)  

Zaharuddin Abu Kassim,Datuk, 63 - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau - 12 Feb 2011 (utusan)

Ramlah Uda, 75 -ibu kepada Ahli Parlimen Temerloh Datuk Saifuddin Abdullah -Rumah di Taman Seri Semantan, Batu 3 Temerloh - kebumikan di Rawang - 25 Jan 2011 (selamatkanpahang

Tan Mohd Aminuddin Ishak -Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor - dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Chenor - (pahangdaily

Ibrahim Chik-Lahir Dis 1922, di Kampung Sungai Dingin,Mentakab -ANGGOTA MARKAS BESAR REJIMEN KE-10 DAN ANGGOTA JKP PKM -Disember 2011 (matamin02)

Adnan Mamat (Pak Usop) - Peniaga Gulai tempoyak ikan patin Gerai Pak Usop - 2009 (skyscrapercity

Khairudin Mas'ud,54 - Asisten Supretenden Polis (ASP) Khairudin Mas'ud, Ketua Cawangan Khas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran - disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Embun Kampung Awah - 28 Februari 2015 (harakahdaily)

Muhammad Imran Rasip, 17 - tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerantut - pelakon tambahan drama Cinta Si Wedding Planner - di Tanah Perkuburan, Kampung Teluk, Kuala Linggi, Melaka - 18 Mei 2016  (sinarharian

Mohd Khairuddin Mohd Kawi, 85,Dato’ Kurnia Budiman - Bekas speaker Dun Pahang - dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mat Kilau - 21 Januari 2013 (sinarharian

Nawawi Sulaiman - Penyanyi Orkestra Jabatan Pelajaran Negeri Pahang -  SMK Agama Ampuan Afzan Pahang (TAHAP) Jerantut -Penyanyi lagu "Jerantut Kampungku" ciptaan Ikhtiman Ismail - Dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teh - 10 Dis 2011 (akuanakpahang)

Ibrahim Omar, 77 - cucu pahlawan terkenal Pahang Mat Kilau dari isteri pertamanya - (dupahang

Harun Mat Saat, 50 - ketua kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' - Tanah Perkuburan Islam Batu Talam - 17 Ogos 2016 (malaysiakini)

Abdullah Suhaimin Mat Saat,ustaz, 64 - bekas Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Raub - 00.02.2012 (pahangdaily

Shaikh Hj. Umar bin Muhammad - guru Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah - dimakamkan di perkuburan khas Durian Sebatang, Mukim Gali, Raub, Pahang - 1936 (naqshabandiyyah

Mohd Atar Karim, 56 - Bapa wartawan Sinar Harian Lipis, Norfarhiza Mohd Atar - Tanah Perkuburan Islam Felda Tersang - 13 Jan 2014 (sinarharian

 Teh Te’ek, 91 - nenek Penyanyi Siti Norhaliza - dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Tempoyang, Kuala Lipis - 14 Mei 2015 (rotikaya)

Abu Hassan Hj Mohamed, 57,(8 Julai 1952) - pesara RTM - Setiausaha PAS Kawasan Parlimen Lipis - rumah di Kg. Relong - 18 Jun 2009 (ramli67

Taruddin Ismail, 67 - Bapa penyanyi Dato' Siti Nurhaliza - dikebumikan di Kampung Tempoyang, Kuala Lipis - 15 Feb 2009 (sultanmuzaffar

Chik Muhamad Noor, 79 -  Ibu Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman - dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kampung Serdang, Mela - (beritabentong)

 Yahaya Ahmad, Tan Sri - Pengerusi Kumpulan DRB Hicom - terbabit dalam nahas helikopter terhempas di Kampung Atong, Jerangsang, Kuala Lipis, Pahang.- dikebumikan di Marang Terengganu -3.3.1997 (iniceritadunia)

Ibrahim Omar, 74 (17 Julai 1936) - sasterawan, wartawan dan novelis “Desa Pingitan”- dikebumikan di Kampung Mela di Kuala Lipis - 29 Oktober 2002 (dpmp238

Wong Bentong,87 - anak terakhir kepada mendiang Datuk Wong Ah Jang, seorang ahli perniagaan yang dikenali di sini kerana menamakan hampir kesemua anaknya dengan nama daerah di Pahang - meninggal di di Rawang - (mstar

Wan Hamidi bin Wan Abdul Razak,40 - Adik Dato' Wan Amizan bin Wan Razak, ADUN Tahan - kediaman bonda ADUN Tahan di Felda Jengka 12 Jerantut.- 00.02.2014 (beritabentong)

Abdullah Mohd Taib, 68, lahir 1949 di kampung Paya Bungor, Kuala Lipis - Pengasas PAS Bentong meninggal - 08 Feb 2006 (arkib)

Fatimah Abu Bakar, 82 - bu kepada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Datuk Norol Azali Sulaiman - isolatkan di rumahnya dekat Kampung Durian Tawar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mengkarak -13 Oktober 2015 (pdtbera)

Sulaiman Muhamad,Ustadz, 52 - Yang Dipertua PAS Kawasan Bera - pentadbir pondok pengajian Padang Luas - disolatkan di masjid Padang Luas dan Bukit Keledang -  disemadikan di tanah perkuburan Bukit Keledang - (pahangdaily)

Zulkifli Wahab, 60 - Pengerusi tetap PAS Kawasan Bera  - ikebumikan di tanah perkuburan Islam Kuala Triang - 18 September 2008 (dupahang)

Kassim Yahaya, 70 - Bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Cameron Highlands - Tanding lapan kali didalam pilihan raya diatas tiket PAS - 9 Sept 2017 (pekanawah)

Ahmad bin Ludin (28 Mei 1946 - Yang Di Pertua PAS Kawasan Cameron Highlands - di Masjid Kg Keledek, Bukit Betong, Kuala Lipis - 20 nov 2009 (ramli67)

Meninggal Dunia 2017

Al Fatihah untuk semua arwah.
Sila laporkan disini jika ada maklumat yang mahu dikongsi. Sila betulkan jika ada kesilapan.

Putih Hasan, 92,  -  Bidan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - di sembahyangkan di Surau Mawaddah Mutiara Bangi - dikebumi di Kuala Lipis - 23 Feb 2017 (sinarharian)

Mohd Rosdi Alizah, Datuk, -Pengerusi Kelab Anak Wawasan Pekan (Kawan) - 23. Feb 2017 (facebook)

Ahmad Baharudin bin Mohd Akil, (Tok Muda Dato Majer(B) Ahmad Baharudin bin Dato Setia Amar Segara Mohd Akil bin Khatib Mohd Amin bin Shahrom - Orang Besar 16 Pahang (Cucu Saudara Orang Kaya Maharaja Indera Setia Gajah Pahang) -Kebumikan Di Tanah Perkuburan Ampang KL - 23. Feb 2017

Tengku Razman Shah bin Tengku Ahmad, Tok Muda, 64 - Orang Besar Enam Belas Istana - Kebumikan di Makam Diraja Pekan - 3 Febuari 2017 (dirajapahang)
 
Alias Sichik, Ustaz, 78 - Bekas Pemimpin ABIM Pahang - Kampung Durian Tawar, Bera - 10 Februari 2017 (harakahdaily)

Tuan Man Tuan Mat, 83 - Bapa kepada Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man - di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Balai - 9 Jan 2017 (antarapos)

Tengku Zakian binti Tengku Arif Bendahara Mahmud. 23.3.2017

Abdul Kadir Abdul Manaf, 68 - Dikenali dengan nama L. Man Kadir Shamsi dan Pak Jabit- di Tanah Perkuburan Islam Kampung rantau Panjang, Lanchang, Pahang. - 6.8.2017

Fuzzeimi Ibrahim, 60 - Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP). Pernah menjadi jurulatih Pahang pada tahun 1999 hingga 2000 - dikebumikan di Tanah Perkuburan Kempadang - 8 Julai 2017

Habib Hassan bin Ahmad Al Atthos, 96 (1921) - Habib Hassan Al Attas. Ayahnya berasal dari Hadhramaut Yaman telah berhijrah ke Tanah Melayu dan meninggal pada usia 102 tahun. Habib Hassan dikatakan khatam Quraan setiap 2 minggu. - Dikebumikna di Tanah Perkuburan Islam Tanah Putih Pekan Pahang - 23.8.2017

Gelombang Semut Hitam Di Batu Hitam Pada Malam Hitan Pekat

Menjual agama untuk dapatkan dunia adalah perkara boleh menjadikan kita islam pada waktu-waktu tertentu sahaja. Kalau dibiarkan berterusan, kita boleh terperangkap dalam Lingkaran Murtad. Berpusing-pusing mencari jalan keluar tetapi setelah berjaya keluar pintu murtad masuk pula pintu murtad yang lain. Maka berterusanlah perkara ini terjadi. Dalam keadaan kita selalu ke surau, ke masji, ke ceramah, ke Mekah, selalu bersedekah dan selalu bernikah.

Inilah gelombang yang telah muncul iaitu gelombang murtad. Bukan macam tsunami yang boleh nampak dari jauh. Yang boleh dilihat kesan kemusnahan dan kesedihan. Bukan macam banjir yang tengelamkan semua benda yang dia harung. Yang boleh dilihat kesannya selut dan lecah. Bukan macam ribut taufan yang memutarkan semua benda dilaluannya.Yang boleh dilihat kesannya tiang dan tunggul. Gelombang murtad akan datang merayap macam semut hitam atas batu hitam diwaktu malam yang gelap gulita.

Apakah yang menyebabkan kita lalai mengesan gelombang ini.

Siapakah yang mampu menghadapi gelombang ini.

Kenapakah kita biarkan gelombang ini.

Berapa lamakan gelombang ini merayap.

Bagaimanakah untuk hadapi atau elakkan dari gelombang ini.

Kita sebenar sedar dan telah diingatkan sejak sekian lama. Teapi dikalangan kita yang bertugas menyelewengkan cerita-cerita kehebatan Islam dizaman dahulu. Cerita tersebut digunakan untuk mengerakkan puak islam supaya berlawan dengan puak islam yang lain. Supaya dua puak yang berlawan boleh dikawal.

Dahulu tentera salib kalah dengan Orang Islam kerana mereka menyerang kita dengan pedang. Sekarang mereka menang kerana mereka 'menyerang' akidah kita.

Dahulu tentera salib kalah dengan kita kerana Orang Islam berperang untuk mati syahid. Zaman sekarang Orang Islam kalah kerana kita 'berperang' sesama sendiri untuk hidup senang lenang.

Dahulu gelombang 'tentera salib' merayap keseluruh dunia untuk menjajah amalan kita, akidah kita, akhlak kita, adap kita dan akal kita. Setelah 5A tersebut dijajah dan dirosakkan, mereka tingalkan kita untuk terus menjajah sesama sendiri.

Sekarang kita perlu tukar strategi, kita perlu memahami secara lebih IKHLAS tentang Allah, Adam, Ahmad dan Aku. Untuk memahaminya kita perlu sandarkan pada satu-satunya 'KITAB YANG TIADA KERAGUAN PADANYA'. Manakala kitab-kitab lain dijadikan sandaran kepadaNYA.

Kita perlukan menyusun semula dasar kita berkaitan MASJID, MUAMALAT, MUAFAKAT. Kita jangan gunakan tiga perkara ini untuk umpat, keji, caci, kutuk, hina, sindir, kaya, tindas, puja dan puji sesama kita. Kerana apabila dua puak islam bergaduh, akan hasilkan PUAK YANG KETIGA yang akan menjadi 'Semut Hitam Di Batu Hitam Pada Malam Gelap Gulita'.

Kita perlu gunakan keadah SEDEKAH. Jika dilihat dari sudut MUAFAKAT, ia memberi impak yang besar apabila kita sentiasa sedekahkan senyuman. Jika dilihat dari sudut MUAMALAT, ia bertentangan dengan prinsip ekonomi kapitalis apabila kita sentiasa bersedekah dalam perniagaan. Jika dilihat dari sudut MASJID, ia menjadi tempat terhimpunnya SEDEKAH MUAMALAH dan SEDEKAH MUAFAKAT. Tetapi jangan terbitkan PUAK YANG KETIGA dalam MASJID.

Pihak 'tentera salib' ada bermacam institusi yang digunakan untuk mengerakkan gelombang 'Semut Hitam Di Batu Hitam Pada Malam Hitan Pekat' ini. Pada masa yang sama, kita juga mempunyai ramai pelajar-pelajar madrasah yang sudah IKHLAS. Biarkan mereka ini yang jadi DURI DALAM DAGING terhadap institusi 'tentera salib' ini.

Atau pelajar ini tubuhkan NGO yang mempunyai tujuan kebajikan dan kemasyarakatan. Yang IKHLAS dalam tujuannya. Bukan untuk berpuak-puak. Biar kewujudannya tidak dinanti dan tidak ditakuti. Bergeraknya macam 'Semut Hitam Di Batu Hitam Pada Malam Hitam Pekat'. Tidak disedari dan dihiraukan oleh 'tentera salib'.

Perkara yang akan diserapkan dan diterapkan adalah ANTI SEKULARISMA. Semua perkara MESTI dikiaskan kepada YANG MAHA ESA. Evolusi akan menghasilkan Revolusi.

Kalau dahulu mereka rancang supaya selalu berlaku revolusi dalam puak-puak bangsa kita. Nanti dalam puak-puak mereka akan berkembang evolusi mencari YANG MAHA ESA. Jika 'ulamak mereka' gagal memberikan jawapan yang IKHLAS maka puak-puak mereka akan melakukan Revolusi menuntut jawapan.

Tetapi bagaimana kita hendak pastikan 'SENJATA TIDAK MAKAN TUAN'. Keadah yang sama digunakan oleh mereka. Mempopularkan maksiat. Kita biarkan maksiat ini berterusan TETAPI dikalangan 'tentera salib' sahaja. Kita difinasikan semula MAKAN, MINUM, MAKSIAT, MUZIK.

Kita gunakan JOM KURUS JOM SIHAT. Element ini telah sedia ada dalam masyarakat kita. Tetapi tidak dikaitkan dengan JOM NGAJI JOM PUASA. Pertalian IKHLAS antara JOM KURUS JOM SIHAT dengan JOM NGAJI JOM PUASA perlu dibuat tafsiran semula. Jika disusun dengan rapi dan IKHLAS program ini boleh menarik minat pelbagai puak dan kaum.

Kita tidak perlu ramai untuk bermula. Boleh bermula dengan diri sendiri. Kalau masih tidak faham juga, sama-sama kita rujuk 'KITAB YANG TIADA KERAGUAN PADANYA'.

Marilah kita berpegang pada ISLAM ADALAH AGAMAKU.Janganlah terpesong dengan:
Islam adalah ..........ku
Islam adalah ..........ku
Islam adalah ..........ku

Akhir sekali carilah buku dan ilmu di perpustakaan awam. Mungkin situlah tempat memulakan kajian untuk kita mengenal ilmu sebelum kita mula mencari ilmu. Moga Allah SWT berikan hidayah yang berterusan kepada kita.

20170217

Ikhtibar Perang Mu'tah antara Islam Dengan Rom Jangan Dipesongkan.


Perang Mu’tah bersebabkan Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam mengirim utusan bernama al-Harits bin Umair al-‘Azdi ke penguasa Bushra. Di tengah perjalanan, utusan itu ditangkap Syurahbil bin ‘Amr al-Ghassani dari Bani Gasshaniyah (daerah jajahan romawi) dan dibawa ke hadapan Maharaja Rom iaitu Heraklius lalu dibunuh. Membunuh orang utusan negara dianggap mahu berperang.Pada masa itu juga, 15 orang utusan Rasulullah dibunuh di Dhat al Talh daerah disekitar negeri Syam (Irak).

sumber gambar: satujam.com

Maka perang perlu dilakukan. Walaupun Bangsa arab menganggap keputusan menyerang Rom sama dengan bunuh diri.

Tetapi ini bukanlah perang untuk mendapat kemenangan, mengalahkan musuh dan mendapat harta rampasan perang. Perang ini akan menjadi lambang keberanian umat Islam dan langkah meluaskan pengaruh Islam. Sebab itulah Rasulullah saw tidak turut serta.

3000 orang pejuang yang dipilih adalah kekuatan yang paling ramai dapat dihimpun pada masa itu. Mereka adalah orang-orang yang bertakwa, berani, dan taat kepada para pemimpin.

Ini juga buat pertama kali Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengangkat TIGA panglima perang sekaligus. Karena baginda saw kekuatan tentera elit Rom yang tidak dapat ditanding pada waktu itu.

Panglima yang dipilih adalah:
Zaid bin Haritsah
Ja’far bin Abu Thalib
Abdullah bin Rawahah

Perang terjadi di tahun 629 Masehi atau 5 Jumadil Awal tahun 8 Hijriah, di sebuah kampung bernama Mu’tah di bahagian timur Sungai Yordan dan Karak.

Masyarakat ramai mengucapkan selamat jalan kepada komandan-komandan beserta pasukannya itu, dan Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam juga turut mengantarkan mereka sampai ke luar kota di Tsaniatul Wada’. Mereka diingatkan supaya
Jangan membunuh wanita, bayi, orang-orang buta atau anak-anak,
Jangan menghancurkan rumah-rumah
Jangan menebang pohon-pohon.

Akhirnya Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam dan kaum Muslimin mendoakan dengan berkata: Allah menyertai dan melindungi kamu sekalian. Semoga kembali dengan selamat.
Heraclius mengerahkan lebih dari 100.000 tentara Rom sedangkan Syurahbil bin ‘Amr mengerahkan 100.000 tentara yang terdiri dari Kabilah Lakham, Juzdan, Qain dan Bahra‘.
Ketika pasukan kaum muslimin tiba di daerah Mu’aan, sampailah risikan kepada Heraclius tentang kedatangan tentera Islam. Heraklius di wilayah Ma’aab, yaitu Al-Balqaa’ mengumpul 100.000 pasukan Rom. Syurahbil bin ‘Amr mengerahkan 100.000 tentara yang terdiri pasukan Nashrani ‘Arab.Kedua pasukan bergabung menjadi 200,000 orang tentera.
Dalam pertemputan tersebut ketiga-tiga Panglima Islam telah terkorban.

Maka muncul Khalid bin Walid Radhiyallâhu ‘anhu untuk meneruskan psikologi perang.

Tidaklah mungkin 3000 dapat kalahkan 200,000 tentera Rom tanpa hidayah Allah. Dengan izin Allah, lalu diatur strategi yang dapat timbulkan rasa takut musuh.
Pada awam pagi, Khalid bin Walid mula memerintahkan beberapa kelompok tentera Islam berjalan menuju ke medan perang dengan menarik pelepah-pelepah pohon. Maka terlihat seperti kedatangan pasukan bantuan yang ramai dengan debu-debu berterbangan. Pasukan musuh sangkakan tentera bantuan Islam telah sampai
Formasi pasukan diubah setiap hari. Pasukan di barisan depan ditukar dibelakang, dan yang dibelakang berada didepan. Pasukan sayap kanan berganti posisi ke kiri begitupun sebaliknya. Tujuannya adalah agar tentera Rom mengira pasukan Islam mendapat bantuan tambahan pasukan baru. Tentera Rom tidak berani mengejar kerana sangkakan tentera Islam sengaja mengumpan supaya mereka mengejar.
Mereka gementar, dengan 3000 orang tentera saja merasa susah dikalahkan, apalagi jika datang pasukan bantuan. Pasukan musuh merasa takut dan akhirnya mereka mengundurkan diri dari medan pertempuran.
Dengan berundurnya pasukan Rom berarti Islam sudah berjaya menakutkan harimau yang buas.
Jika dikira jumlah korban dalam perang itu siapapun akan membayangkan korban yang ramai dikalangan tentera Islam.
Pasukan Islam kembali ke Madinah, orang-orang berteriak dengan ucapan, “Wahai orang-orang yang lari! Kalian lari dari jalan Allah.”
Kisah perang Mun'tah adalah suatu keajaiban sepanjang zaman. Tiga ribu orang melawan dua ratus ribu orang pasukan elit yang terlatih. Ini memberi bukti bahwa kaum Muslimin bukan umat yang lemah sebagaimana mereka anggap. Sebaliknya merekalah yang lemah. Kita adalah umat yang santiasa dikuatkan dengan pertolongan Allah. Akhirnya memberi kesedaran kepada kabilah-kabilah yang selama ini memberontak terhadap kaum muslimin mula tunduk pada islam. Di antaranya Bani Sulaim, Asyja, Ghathafan, Dzubyan, Fazarah.
12 orang tentera Islam syahid sementara korban tentera Rom dianggarkan 3,000 atau 20,000 orang. Masih menjadi misteri.Dalam perang Mu‘tah ini, sembilan bilah pedang patah di tangan Khalid (Panglima Keempat) kecuali sebilah pedang dari Yaman.
Perang ini juga merupakan awal dari perang besar berikutnya antara pasukan Islam melawan pasukan Rom. Bahkan lebih dari itu, ini adalah tahap pertama pembebasan wilayah Rom, dan Agama Islam disebarkan negeri-negeri yang lebih jauh.

Syuhada perang Mu’tah hanya berjumlah 12
(1) Ja’far bin Abi Thalib,
(2) Zaid bin Haritsah Al-Kalbi (mantan budak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam )
(3) Mas’ud bin Al-Aswad bin Haritsah bin Nadhlah Al-Adawi,
(4) Wahb bin Sa’d bin Abi Sarh. Sementara dari kalangan kaum Anshar,
(5) Abdullah bin Rawahah,
(6) Abbad bin Qais Al-Khazarjayyan,
(7) Al-Harits bin an-Nu’man bin Isaf bin Nadhlah an-Najjari, dan
(8) Suraqah bin Amr bin Athiyyah bin Khansa Al-mazini.
(9) Abu Kulaib dan
(10) Jabir.
Dua orang ini saudara sekandung,
(11)Amr dan
(12)Amir bin Sa’d bin Al-Harits bin Abbad bin Sa’d bin Amir bin Tsa’labah bin Malik bin Afsha. Mereka juga berasal dari kaum Anshar.

Kalau diambil kesimpulannya, antara ikhtibar cerita ini adalah "Dengan keyakinan hanya pada Allah, yang sedikit boleh kalahkan yang banyak jika bersabar.Jika ada 20 orang yang bersabar maka boleh mengalahkan 200 orang. Tetapi jangan digunakan untuk berperang atau bermusuhan atau membenci atau mencerca sesama kita. Rasulullah saw menerima 'PERINTAH' dari Allah swt untuk berperang. Jangan kita dengan mudah menyalin perintah ini supaya kita boleh menjadi 'garang' terhadap sesama Islam. Jangan terlalu berana mengatakan bahawa Islam kita adalah yang sebenar-benar Islam. Yang lain adalah Islam tipuan.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh dikaji dari peperangan ini. Sama-samalah kita mengkaji supaya kita boleh berbaik sangka sesama kita.

Masjid Fatimah Az-Zahra Indera Sempurna, Kuantan. Pahang

17.02.2017 Jumaat
Hari Jumaat ini akan dikongsikan tentang khutbah di Masjid Fatimah Az-Zahra Indera Sempurna. Imam Masjid Fatimah Az-Zahra Indera memilih tajuk Perang Mu'tah. Imam menyebut sejarah dan latar belakang perang ini. Disebut juga perang ini melibatkan 300 orang tentera Islam berperang dengan 100,000 tentara Rom.Tentera Islam berjuang dengan sungguh berani. Inilah semangat yang mahu diterapkan dikalangan umat Islam masa kini. Kekuatan umat Islam masa kini boleh menjadi sekuat panglima-panglima perang Mu'tah. Maka imam menyeru supaya semua yang mendengar khutbah Jumaat hari ini supaya menyokong Rang undang-undang 355. Makmun semua diseru supaya menyertai perhimpunan menyokong Rang Undang-undang 355 yang akan diadakan esok hari. Pergilah semua biarlah solat subuh esok tinggal imam sahaja yang bersolat subuh di masjid ini.

Seterusnya solat Jumaat diteruskan dengan dua surah:
Al Duha dan Al Tin

Tok Bentara Raja Yang Zahirnya DiRaub


Saya mencari seseorang yg zahir
di mana nama batinnya
'Tok Bentara Raja'.
Dikata berada di Raub.

Kata kunci - penghubung luar dan dalam.
Sesiapa tahu
WhatsApp no 0129877050 

on Tengku Makhota Indera Sakti, Sang Prabu Dewata Indera Sakti, Tengku Syah Indera Sakti, Puteri Siti Ayu Norhidayah 
on 2/16/17

by Hamidi Zaaimuddin

Tok Mamat Pendekar Togeh Puak 16

Asslm.
saya mencari susur galur tok mamat
( di knali juga nme pendekar togeh)
Sye di beritau sye dr puak-16.
tok mamat adik beradik dgn arwah tok saye.awang diah.
Ade tak keturuan/ yg tahu salasilah saya ni

on Nama yang ada kaitan dengan Mat Kilau
on 2/16/17

by mazzccarrycinta
About me
GenderFEMALE
Industry Arts
Occupation pelukis & juru mekup
Location bandar jengka , pahang, Malaysia
Interests tulis puisi...melukis

Boleh hubungi fb saya mazzccarrycinta/ no hp 0169844219

20170213

Siapakah Syed Husin Yang Menangkap Mat Kilau

saya cuma nak
tahu cam mana nak post
mohon cari susur galur dan
 kesahihan cerita moyang saya

Syed Husin yang berhijrah ke Kelantan
 bersama adik beradik beliau
kerana merajuk
dgn sultan Pahang ( Marhum Ahmad kalau x silap )
apabila adik beliau
di bunuh
di Temai
kerana bercinta dengan adik baginda.

Dengar cerita
Syed Husin ni juga yang menangkap Mat Kilau
dan mayat Nye diganti dengan
batang pisang ketika dibawa ke Pahang ...
makna Nye dia yang membantu menyorokkkan Mat Kilau ...
Betul ke????

on Makam Pawang Nong (Ulu Cheka) dan Muzium Mat Kilau (Pulau Tawar)
by Azalan Shah
on on 2/13/17

20170212

Makam Pawang Nong (Ulu Cheka) dan Muzium Mat Kilau (Pulau Tawar)


dilaluan jerantut,
telah di tegakkan beberapa singbord,
ulu cheka ...km,
[oleh tourist], 

baguslah tu:,sebaliknya,
apa sebenar yang nak diberitakan
kepada orang ramai
yang lalu lalang pada papan kenyataan itu?
oleh agensi itu...

kampung ulu cheka ke
atau tempat sejarah ke atau
kubur sejarah pawang nong ke?

maka bergitu juga dengan muzium mat kilau,
di pulau tawar,jerantut:
usaha mereka bagus,
sebaliknya tiada apa yang menarik perhatian
yang tercatat dalam bangunan tersebut,
boleh dikatakan kebanyakannya
separuh jalan belaka.

maka sebab itulah,orang yang ramai tidak berminat
untuk menziarahi(melawat)
pada kedua tempat itu,
terutamanya waris cucu cicit mereka itu sendiri.
dan makanya,,

bagaimana kami nak membentangkan
sejarah,teramba dan mitos yang lain,
jika kerja-kerja bahagian lain
sentiasa separuh jalan
dan hanya setakat batuk ditangga sahaja.

Tiba-tiba Disebut TOK GAJAH BIN IMAM RASUL dalam siaran Radio Klasik FM 8.30 malam pada 11/2/2017

Teremba dan Mitos,

maka kami telah membentangkan perkaranya;
pada pembentangan yang terdahulu.
tok gajah dengan imam rasul abd salam itu adalah orang yang sama.
dan ayahnya bernama tok sharom[gelaran].

sebaliknya ada diantara cucu-cicitnya sendiri membuat fitnah kepada moyangnya sendiri;
dengan menyebutkan: tok gajah bin imam rasul
dan disebutkan melalui siaran berita radio;
Radio Kelasik
jam 8.30 malam
pada 11/2/2017.

adakah kami akan memberitahu siapa nama
dan tempat tinggalnya cicitnya yang memberitakan cerita sangkaannya itu
dan telah menjadi berita angin fitnah bermula malam tadi itu kepada orang yang ramai.
maka selepas dari ini kami akan bentangkan nama,tempat tinggal dan susur keturunan mereka
yang membawa angin fitnah dalam apa jua urusan fekah,adat,adab dan ilmu.

jika dibenarkan
dan dengan izin @ perintah allah ,
inshaallah.

mereka sendiri yang merosakkan,
dan akan kami memerhatikan keadaan mereka itu.
inshaallah

20170210

Masjid Al-Muttaqin, Tanah Putih Baru, Kuantan. Pahang.

10.02.2017 Jumaat
Dimasjid Tanah Putih Baru ini makmum berpeluang mengimbas kembali tentang takwa. Perkataan Takwa ini amat sering kita dengar dan amat mudah disebut. Tetapi bukan mudah untuk kita memahami pegertian sebenarnya.

Jika masih dibeli peluang oleh Allah untuk bernafas maka kita boleh menambah kefahaman masing-masing tentang takwa sehinggalah selepas solat Jumaat ini.. Imam masjid hanyalah pembuka hidayah kepada sesiapa yang mendengar dan menghayati tajuk yang disampaikan.

Kita perlu memahami Al Quraan supaya memahami tentang takwa. Kerana pada Al Quran tidak ada  yang boleh diragukan. Maka iulah petunjuk bagi mereka yang bertakwa yaitu mereka
-yang beriman kepada yang ghaib,
-yang mendirikan shalat dan
-yang menafkahkan sebahagian rezki mereka
-yang yakin akan adanya kehidupan akhirat.
-yang tetap mendapat petunjuk
-yang beruntung.

Bukanlah mudah untuk kita menghimpunkan amalan takwa kita. Banyak rantaian perkara yang kita perlu lakukan. Semuanya berkisar tentang diri kita bukan Bukan berkisar tentang apa yang kita hadapi sekarang semata-mata. Tetapi apa yang telah disebut dalam Al Quraan.

Untuk bertakwa kita perlulah
1-Beriman kepada
a--Allah,
b--Hari kemudian,
c--Malaikat-malaikat,
d--Kitab-kitab,
e--Nabi-nabi dan

2-Memberikan harta yang dicintai kepada
a--Kerabat masing-masing,
b--Anak-anak yatim,
c--Orang-orang miskin,
d--Musafir yang memerlukan pertolongan dan
e--Orang-orang yang meminta-minta; dan

3-Memerdekakan hamba sahaya,
4-Mendirikan salat, dan
5-Menunaikan zakat; dan
6-Menepati janjinya apabila ia berjanji, dan
7-Bersabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan.

Sampai kesaat ini saya tidak sedar bahawa memberi kepada ORANG-ORANG YANG MEMINTA-MINTA adalah salah satu jalan takwa.

Akhirnya sama-samalah kita menilai takwa pada diri masing-masing. Bukan menilai takwa pada orang lain. Sehinggalah kepada kesimpulan bahawa apa yang ditulis disini adalah untuk diri saya sendiri. Ilmu yang ditimba di khutbah Jumaat ini akan digabungjalinkan dengan khutbah Jumaat seterusnya.

[Kebijikan Khairat Al Muttaqim]

Tengku Makhota Indera Sakti, Sang Prabu Dewata Indera Sakti, Tengku Syah Indera Sakti, Puteri Siti Ayu Norhidayah

Salam , 
maaf saya sedang mencari susurgalur keluarga saya , 
tapi saya tidak tahu dari mana hendak mulakan ... 
Mohon sahabat didalam ruangan ini Boleh membantu saya ... 
Disini saya akan ceritakan serba sedikit yg saya tahu tentang keluarga saya ... 
 
Nenek saya bernama Siti Fatima Zahara . 
dahulu nenek saya pernah tinggal di istana bersama emak saya . 
sewaktu umur emak saya dlm lingkungan 6-9 tahun , 
mereka telah lari dari istana bersama beberapa org istana .
 
nenek saya ada bawa bersama gambar beserta akar yg terletak didalam Botol yg bercampur dgn minyak ... Masih disimpan hingga sekrang ... 
Akar tersebut masih hidup dan skrg menjadi banyak ... 
 
Keluarga saya mempunyai nama2 gelaran yg telah diberikan oleh org Alam ... Seperti 
Tengku makhota Indera sakti @ 
Sang prabu dewata Indera sakti , 
tengku syah indera sakti , 
puteri siti ayu norhidayah 
dan banyak lagi .. 
 
Kalau siapa ada info boleh WhatsApp saya 
01114478781 yuss 
utk berkongsi info .. 
Tq 
 
on 2/10/17
-Gender     MALE
-Industry     Business Services
-Location     Alor setar, Kedah, Malaysia
-Introduction:     Kami membekal cenderahati korporat untuk tujuan keperluan persendirian mahupun syarikat,sekolah,kelab,persatuan dengan harga yang murah.

20170209

AWANG ( IMAM ) PENGIKUT MAT KILAU.

AWANG ( IMAM ) PENGIKUT MAT KILAU.

Mohon pencerahan admin,
adakah awang@imam ni individu
sama dengan
haji ahmad bin bilal lumus/raja hussein.

Dalam manuskrip sejarah gendang pahang,
haji ahmad disebut sebagai
imam ahmad. Pusara
beliau di bandar Maran.

Terima kasih.
on Nama yang ada kaitan dengan Mat Kilau
by Anonymous (Orang Tak Ada Nama)
on 2/9/17

ULANG MAKLUMAN
ADMIN BARU LAMAN PAHANG TIDAK DIBENARKAN MENJAWAB.
Sila tuan/puan bantu membantu sesama sendiri.

Kami pernah diludah, maki hamun dan umpat keji 
kerana pencerahan admin yang dibuat disini.

20170205

Kekuatan Negeri Bonjol Adalah Dalam Kebulatan Muafakat Asal Bertingkah Pasti Hancur

Dari buku karangan; 
Prof Dr. Hamka:[antara fakta dan khayal]
Tuanku Rao kata sepakat tidak terdapat.
sedangkan Tuaku Imam merasa yakin,
dalam perjuangannya menegakkan bonjol 
adalah lebih dari 20 tahun,
tiang kekuatan Negeri Bonjol 
adalah dalam kebulatan muafakat.
asal bertingkah,pasti hancur.
terus terang beliau katakan: 
dalam kata yang tidak bulat ini,
saya tidak dapat memimpin negeri ini lagi
tiang kekuatan saya selama ini 
ialah kebulatan penghulu-penghulu.
kalau begini halnya 
saya harus tarik diri 
dari negeri ini,bersama-sama anak bini saya. 
dan mencari negeri lain 
 yang sefaham dengan saya. 
besok paginya beliau berangkat 
meninggalkan alahan panjang.
kepada pengiringnya 
Tuaku Sabar,
beliau menyatakan hendak menuju lubuk sikaping. 
tiga hari sepelinggalannya; 
tiga penghulu membuat perjanjian 
dengan b, 
dan pada 21 september 1832,
masuklah b ke bonjol dan 
perjanjian mereka di dirobek oleh b. 
dengan demikian 
kekuasaan bonjol telah punah. 
 
 

20170202

Moyang 16 Semantan

moyang 16 semantan[badok]:
[anak-anak muhammad sikal];
[anak perempuannya] tok muluk bersuamikan tun kudus bin bendahara abd samad pattani[keluarga orang besar perba jelai]. bermukim di kampung luit, maran. kuburnya[tok muluk] dan suaminya[tun kudus] dan ayahnya [muhammad sikal] dan abangnya [wali nongsari];ada di kampung luit maran.
inshaallah