-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
[Statistik Pengunjung Blog][Portal Diraja Pahang] [Senarai Penulis Pahang] [Waris Perang Saudara Pahang]
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .
20170212
Makam Pawang Nong (Ulu Cheka) dan Muzium Mat Kilau (Pulau Tawar)
dilaluan jerantut,
telah di tegakkan beberapa singbord,
ulu cheka ...km,
[oleh tourist],
baguslah tu:,sebaliknya,
apa sebenar yang nak diberitakan
kepada orang ramai
yang lalu lalang pada papan kenyataan itu?
oleh agensi itu...
kampung ulu cheka ke
atau tempat sejarah ke atau
kubur sejarah pawang nong ke?
maka bergitu juga dengan muzium mat kilau,
di pulau tawar,jerantut:
usaha mereka bagus,
sebaliknya tiada apa yang menarik perhatian
yang tercatat dalam bangunan tersebut,
boleh dikatakan kebanyakannya
separuh jalan belaka.
maka sebab itulah,orang yang ramai tidak berminat
untuk menziarahi(melawat)
pada kedua tempat itu,
terutamanya waris cucu cicit mereka itu sendiri.
dan makanya,,
bagaimana kami nak membentangkan
sejarah,teramba dan mitos yang lain,
jika kerja-kerja bahagian lain
sentiasa separuh jalan
dan hanya setakat batuk ditangga sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
saya cuma nak tahu cam mana nak post mohon c ari susur galur dan kesahihan cerita moyang saya Syed Husin yang berhijrah ke Kelantan bersama adik beradik beliau kerana merajuk dgn sultan Pahang ( Marhum Ahmad kalau x silap ) apabila adik beliau di bunuh di Temai kerana bercinta dengan adik baginda.
Dengar cerita Syed Husin ni juga yang menangkap Mat Kilau dan mayat Nye diganti dengan batang pisang ketika dibawa ke Pahang ... makna Nye dia yang membantu menyorokkkan Mat Kilau ...
Betul ke????
salam,
syed husain,ayahnya bernama syed ali.[penghulu dilanchang]
cerita kelahi anak beranak,maaf kami malas campur tangan.[kalau kami tahu pun ,kami tidak akan buka]
buang masa aje.
dendam dah dimasukkan dalam tong sampah.
teremba dan mitos,
maka macammana nak kenal diri dan tuhan,sedangkan nasab keturunan diri sendiri pun tak dapat di susun dengan sempurna; diri sendiri,kedua ibu bapa,keempat-empat datuk dan nenek, kelapan-lapan moyang lelaki dan perempuan,,dan enam belas moyang-moyang lelaki dan perempuan,dan tiga puluh dua moyang-moyang lelaki dan perempuan,dan naik susun keatas lagi sehingga kepada nabi ibrahim.
maka nak pakai susur jalur mana nak sampaikan diri kepada nabi ibrahim;susur jalur nabi muhammad saw kepada nabi ismail melalui siti hajar,susur nabi yusuf atau nabi yaakob kepada nabi ishak melalui siti sara,susur iskandar zulkarnai melalui siti katurah.
maka bagaimana sejarah perjalan keturunan yang diakui punya diri boleh sampai kepada nabi ibrahim dan kepada nabi noh untuk menyampaikan diri kepada diri adam dan hawa itu.
maka ini adalah satu dari ilmu yang wajib diketahui dalam islam.
maka tiada kebanggaan dalam penyusunan keturunan diri itu. sebab tujuannya adalah bagi urusan mengenal diri sendiri dan mengenal tuhan yang maha esa.siapa diri kita ini yang sebenarnya,dan maka siapa pencipta yang mencipta akan diri kita ini serta dengan sejarah kejadian penciptaannya makhluk yang disebut manusia.
dan maka setakat nak tahu diri kita dari keturunan raja itu atau raja ini atau sultan itu dan sultan ini,itu dinamakan buat perabih beras aje. makan berak,makan berak.maka;ada ilmu yang meninggi langit pun tidak berguna pada diri sendiri dan orang yang ramai.
maka inilah satu dari cara yang bagi mempelajari rukun iman dan rukun islam dan sifat dua puluh. dan penafsiran bagi sabahagian ayat dalam al quraan dan al sunnah.
dan bukannya untuk memperbanyakkan pahala,kita datang,dari allah dan kita akan kembali kepada allah. maka masa datang kenal dan berjanji,makanya masa kembali dah tak kenal dan langgar aku janji yang dah dibuat dahulu antara diri kita manusia dengan allah.
maka benarkah diri kita mengenal allah?
mengenal rasulullah saw?
mengenal adam?
mengenal hawa?
mengenal jibril?
mengenal al quraan?
mengenal solat?
mengenal dua kalimah syahadah?
maka tanya dan renung dalam hati sendiri? dan kalau tidak tanyakan kepada sijauhari yang mengenal manikam.
salam,
perasan atau tidaknya orang yang ramai,tidak lah diketahui,tapi ini adalah kisahnya sekumpulan makhluk yang terpaksa meminta sedekah di tepi jalan-jalan,dan laluan jalan-jalan raya diseluruh kawasan.
dahulunya mereka bermukim dalam rimbunan pokok yang kaya dengan buah-buah bagi makanan mereka,dan sebaliknya sekarang mereka terpaksa menjadi peminta sedekah kepada orang ramai yang lalu lalang,dan ada dikalangan mereka yang menjadi pencuri,dan ada yang berkeliaran seperti samseng[mereka tidak takut kepada orang yang ramai lagi]. maka ramai tanaman yang ditanam dicuri dan rumah digeledar dimasa tuan rumahnya lepa atau tiada dirumah.menjadikan orang yang ramai pula yang takut kepada mereka].
walaupun mereka dijamin dan dilindungi oleh pihak berkuasa tetapi mereka terbiar,sedangkan kampung halaman mereka di musnahkan dan mereka terpaksa merempat di pinggir bandar,tepi-tepi jalan dan tepi kampung orang dan ada kalangannya dikalangan mereka yang dilanggar kenderaan,[langgar lari].
dan ada kalangan mereka atau kebanyakan dari mereka adalah terpelajar yang keluar dari kawasan pusat pengajian tinggi dan mereka di halau ketempat lain.maka mereka menjadi setinggan,gelanggangan dan pelarian.
maka tidak lagi sekarang pepatah lama digunakan,sebaliknya telah digantikan dengan kata-kata yang baru: SEPERTI MATI KERA. bukan lagi seperti mati katak.
itu baru satu dari kisah kelompok makhluk yang menyedihkan. yang disisihkan walaupun dibawah perlindungan pihak berkuasa.
itu adalah kisah kera di malaysia.
salamun,
neguai;
baca betul,niat tergelincir.
sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.
harta yang telah diwakafkan oleh orang zaman dahulu;atau[sebagai tanah perkuburan]
ada kalangan mereka-mereka diluar sana masih tidak serik dengan kifarah yang diterima oleh mereka,perkara itu seperti menjadi satu permainan bagi mereka dan keuarga mereka.
apabila diamanahkan untuk menjaga harta wakaf,terutamanya tanah; wakaf tanah atau harta yang diamanahkan kepada mereka untuk dijaga atau ditakbir bagi pihak orang yang ramai;mereka mengambil mudah dalam soal fekah ini.dan apabila mereka tidak memperdulikan hukum dan tidak mahu mempelajari serta memahami dalam bab urusan wakaf dan amanah harta, maka akibat dari itu natijahnya mereka tunggu bala yang akan sampai kepada diri atau keluarga mereka.
mereka menjadikan harta wakaf yang diamanatkan kepada mereka sebagai harta pusaka diri dan keluarga. dan maka apabila mereka membuat jual beli keatas harta atau tanah wakaf yang dalam jagaan mereka itu. ketahuilah jual beli itu tidak sah dari sisi fekah[hasilnya menjadi haram]. kerana itu adalah harta atau tanah orang yang ramai dan bukannya harta atau tanah persendirian atau keluarga.[hasilnya juga adalah mesti dikembalikan kepada orang yang ramai untuk dinikmati] dan[ bukan untuk diri dan keluarga sendiri].
hanya amil atau pentadbir baitulmaal yang layak melakukan urusan yang tersebut itu selepas dibuat muzakarah atau di mesyuaratkan bagi tujuan kebaikan permasalahan masyarakat dan bukan untuk mendapatkan untung,untuk dimajukan,untuk di bangunkan bagi kegunaan dan kemudahan pihak orang yang ramai.
seluruh hasil dari jual beli itu adalah hak baitulmaal dan bukan poket diri atau keluarga.[modalnya,untungnya].bergitu juga jika dijadikan perniagaan dari wakaf[modalnya,untungnya,barang jualannya,peralatannya seluruhnya adalah milik baitukmaal,dan orang yang menjaga atau yang menjalankan urusan atau perniagaannya hanya boleh mengambil gaji atau upah sahaja dan tiada hasil selain dari pada itu.
maka sebab itu hasil zakat dan hasil baitulmaal yang telah di kumpulkan, wajib di agihkan kepada asnafnya dengan segera dan adil.
maka tanah kubur zaman yang lampau itu adalah khazanah wakaf orang yang ramai atau baitulmaal.[tidak boleh dibuat sesuka hati oleh penjaganya tanpa bermusyuarah]
inshaallah.
Post a Comment