-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20201030

Berebut harta yang subahah

salam;

pekong di dada.

selalunya telah dikiaskan kepada diri,dalam bentuk penyakit,[salahlaku atau dosa yang terkumpul]. dan pekong itu hanya menunggu masa sahaja untuk meletup.

makanya; selidiklah apa kandungan pekong pada diri memasing dan dari sebab apa, dengan ilmu,dan bukan dengan sangkaan semata-mata.
[kalau hanya dengan teori tidak akan dapat membantu untuk menyelesaikan].

salah satu sebabnya adalah dari sebab makanan.bukan sebab makan banyak,tetapi makan yang bukan milik kita[memakan hak atau makanan orang lain tanpa kebenaran atau haq.[harta yang subahah].

dalam bab harta pusaka dan harta wakaf[termasuklah zakat dan baitulmaal].
makanya; ramai yang tidak sedar yang mana mereka sedang memakan dan menggunakan harta yang bukan haq mereka. terutamanya dalam bab pusaka amanah dan harta amanah.

sebabnya mereka lansung tak mahu belajar dan menolak untuk mengetahui apa itu pusaka amanah dan harta amanah. tanpa disedari mereka telah dengan sendirinya atau tidak disengajakan mengambik dan memakan haq orang lain.

yang banyak terjadi pada masa ini keatas harta pusaka [tanah akta gsa] dan tanah harta adat. termasuklah haq berkerajaan memerintah @ mentadbir, adalah satu dari pusaka amanah dan menjaga harta amanah.

inshaallah.
15:43

20201023

Menjaja dan menyebarkan berita yang tidak sahih kepada orang yang rama

salam;

pekong di dada:

mengumpat,mamcaci cerca,memaki,pertuduhan melulu tanpa periksa,adalah fitnah;dari sebab menjaja dan menyebarkan berita yang tidak sahih kepada orang yang ramai yang membolehkan menjadi metelingkahan ramai,dengan sengaja atau dengan tidak sengaja atau ada udang disebalik batu atau yang bersamaan dengan nya.

dalam sebutan lainnya; dari sebab nila setitik rosak susu sebelanga atau seekor kerbau membawa lumpur satu kampung terpalit dengannya.

gelonjak api apa yang tersimpan dalam dada[dendam,kecik hati,ego,hidung tinggi atau suka-suka sebagai permainan,atau mendapat upah]. kesemuanya itu wajib dinyahkan dari dalam hati sanubari. dari kerana apabila mendidih dan mengelegak api itu makanya akan terkeluarlah melalui mulut dan sekarang hujung jari akan sebutan fitnah.

perbuatan itu tidak akan melegakan hatidiri,sebaliknya akan lebih manjadikan ianya membuak-buak apabila ada batu api yang mendokong.

membuat fitnah bagi melindungi orang atau perbuatan yang baik sekalipun,tetap akan dikenakan timbalbalasnya bagi membersihkan silap fitnah itu. inikan pulok,fitnah yang mendatangkan bala malapetaka.

inshaallah.

20201016

Membiarkan haiwan ternakan makan di tanah orang

salam;

pekong di dada:

kepada manusia yang jauhari, ilmunya[dari izin allah], mereka akan senyap dan tidak akan menceritakan sebab musababnya,apabila mendengar atau mengetahui akan atau seseorang atau sipulan mendapat atau mengidap penyakit,yang mereka akan membantu hanyalah dalam kiasan nasihat mereka kepada sipulan yang sakit itu.

mereka tidak akan membuat pertuduhan kepada barang makanan,itu adalah salah.masa kan makanan menjadi punca kesakitan dan penyakit; sedangkan punca sebenar kepada penyakit itu adalah tabiat manusia itu sendiri,yang makan gelojoh,makan dengan tamak,makan dengan lahab,makan makanan yang bukan rezeki untuknya atau bukan haqnya,makan makanan yang kotor, dan kedekut untuk memberi makan kepada manusia lain,hatta kepada haiwan sekalipun.

contoh: menternak haiwan; haiwan ternakannya itu makan rumput milik dari harta tanah siapa,dengan izin atau tanpa izin tuan tanah. lalu di jual ternakan itu,dan hasil jualan ternakannya dibolotkan seluruh untuk dirinya dan keluarganya.

dan adakalanya; ternakan yang berlepas itu,di beri makan kepada masyarakat, dengan menjamu mereka. atau di berikan kemasjid atau surau atau dibuat akikah,atau dibuat korban.

makanya; disitu ada terdapat beberapa ketogeri salahlaku dan subahat.

yang membuat salahlaku,dah tentu salah.
yang tahu, memanglah salah.[subahat dalam sedar]
yang tak tahu, turut salah.[subahat tanpa sedar]
yang buat tak tahu,pun salah.[membiarkan amar makruf nahi mungkar bermaharajalela].

dan apabila kejadian, gejala sakit dialami oleh si pemakan haiwan ternakan itu, alasan apa yang akan bergema ketelinga?

lembu yang disalahkan?.

inshaallah.
22:12

20201009

Kalau muallaf jadi pendakwah, kita jadi apa?

salam;

manusia islam dari bangsa lain diseluruh dunia yang baru muallafnya telah jauh meninggalkan bangsa melayu.

mereka berdakwah lalu mengislamkan manusia lain[walaupun baru beberapa hari menjadi muaallaf],maka lihatlah bagaimana mereka lakukannya,sebaliknya tidak berlaku dalam kalangan manusia bangsa melayu sekarang ini yang lebih suka beramok sesama sendiri.

mana perginya dalaman orang melayu yang mengaku bangsanya,beradab,beragama,dan berbangga dengan keberadaan ulama yang terkenal dalam kalangan mereka[wali-walinya].

kalau situasi pada orang bangsa melayu tidak berubah,
masih lagi aku adalah aku,
dan engkau adalah engkau,
makanya,tidak perlulah hendak mendabik dada dengan kemashuran zaman lampau.

al quraan serta al sunnah, hanya digunakan sebagai alat untuk mendapatkan pahala semata.dan sebagai hiasan kecantikan. lalu tugas menarik manusia kejalan yang lurus dibebankan kepada manusia bangsa lain,yang dianggap sebagai muaallaf itu. dan bangsa melayu sendiri bertolak tarik atau berdolak dalih untuk kembali kejalan yang lurus. sehinggakan suatu masa nanti bangsa yang di remehkan atau ditempelak oleh orang melayu itu akan datang menasihati atau berdakwah orang melayu agar kembali kejalan yang lurus.

pada saat ini,orang melayu sendiri yang mencoteng arang dimuka orang melayu sendiri,dan bukannya orang dari bangsa lain. dari sebab orang melayu bercakaran sensama sendiri dalam segala bidang khasnya bidang fekah adab adat sejarah bangsa sendiri.

jadinya,bila mau berenti dari sangkaan cakar mencakar dalam kalangan orang melayu? besok,lusa,tulat,tulin,atau setelah nasi menjadi bubur.

inshaallah.
11:56

https://twitter.com/ebitlew_?lang=en

20201002

Apabila kurang celik maka semua benda jadi pelik

salam;

ini salah satu kepelikan orang melayu;
semua benda akan menjadi kepelikan kepada mereka.

terjumpanya fosil dinasour di tasek kenyir;
mereka pelik dan merasa bangga dengan terjumpanya bahan ekologi tersebut.

menda sangat yang jadi peliknya. disuruh belajar memahami dan mangkaji urusan tersirat dalam al quraan serta al sunnah,mereka fikirkan itu hal agama sahaja,dan dinasour itu adalah hal sains. cerdik tak boleh di ajar,itu yang menbuatkan orang melayu ni jadi babel.

perkara dinasor itu adalah satu dari urusan dalam al quraan serta al sunnah[perkara yang tersirat ghaibnya dari pandangan dan pendengaran manusia.

sebab itu lah kena belajar sungguh-sungguh ilmu al quraan serta al sunnah itu. jangan dok mencebir sebelum belajar,dan bila dah tergadah,baru nak gosok benjol pada kepala tu.

babnya itu adalah dalam urusan fekah serta adat nya ilmu kaji[alam kajian].

inshaallah.
19:31

RUJUK
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/fosil-dinosaur-berusia-hingga-65-juta-tahun-ditemui-di-hulu-terengganu-48500

https://www.hmetro.com.my/node/9437

https://www.bharian.com.my/node/17769

https://www.nst.com.my/news/2015/09/fossils-dinosaurs-found-tasik-kenyir-area