-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20130531

B38 Tok ombak, tengku umbak, tok deraman pekasa, tok dagang


Tok ombak@
tengku umbak@
tok deraman pekasa@
tok dagang khawin dengan

Isteri 1.(raub)tengku rokiah [dapat anak perempuan].
Isteri 2.(guai)[dapat anak lelaki bernama yusuf].
Isteri 3 (lanchang)[dapat anak 3 orang]

-1. tok omar@awang kobat.
-2. imam kasim@imam ngah@nuh.
-3. bidan besar bersuamikan malim kuning.

20130529

G21 sultan abd ghafur muhiuddin(raja pahang)

sultan abd ghafur muhiuddin(raja pahang)

berkhawin dengan
puteri syah alam/raja ungu(raja pattani)
bt sultan bahadur syah

beranakkan raja kuning(raja pattani)

**raja kuning pattani(puteri)
bt sultan abd ghafur muhiuddin(raja pahang)
dan ibunya raja ungu berketurunan sultan qunbul

berkhawin dengan putera
sultan johor,
yang dipertuan muda
bin sultan alauddin riayat shah lll.

Sumber: NEGUAI2012

20130524

B37 Perang 4 kali

TAHUN MASIHI 1700@1800

Disinilah barisan ahli bait terpecah dua angkara fitnah yang tidak diperiksa dengan adil dan bersangka-sangka .

1. Perang saudara Pahang.
2. Perang 1,perang 2,perang 3.
3. Perang kelang@selangor
4. Pemberontakaan orang Pahang terhadap inggeris dipahang dan tanah melayu.

Zaman yang mengucar-kacirkan seluruh waris-waris dipahang  dan waris tanah melayu

20130522

G20 TOKKU PULAU MANIS

Syeikh abdul malik
bin syeikh abdullah/
TOKKU PULAU MANIS

berketurunan
syarid muhammad al baghdadi
(memerintah di kota temir dihulu terengganu)

bersusur berketurunan
sultan qunbul pattani.

Sumber: NEGUAI2012

20130517

B36 Abdul Ghafur, Puteri Unggu dan Raja Munghal

Sultan abdul ghafur mohidin khawin dengan puteri ungu (anak raja pattani)[isteri 2]

Raja munghal adalah anak sultan abdul ghafur mohidin(yang memerintah acheh)[anak isteri1]

Motosikal unik dan pelik Collector B8-8164 Ace33i

 01. Motosikal Collector
 02. Motosikal Collector
 03. Motosikal Collector
 04.Motosikal Collector
 05. Motosikal Collector
 06. Motosikal Collector
 07. Motosikal Collector
 08. Motosikal Collector
 09. Motosikal Collector
 10. Motosikal Collector
 11. Motosikal Collector
 12. Motosikal Collector
13. Motosikal Collector

Qanthura binti Yaqthan Kan’ani isteri ketiga Nabi Ibrahim

Pernikahan antara Nabi Ibrahim As dan Qanthura tidak seperti pernikahan Nabi Qanthura binti Yaqthan Kan’ani Isteri ketiga Nagi Ibrahim

Ibrahiim dengan Hajar dan Sarah yang merupakan suatu hal yang pasti dalam sejarah. Namun pada sebagian literatur terdapat beberapa hal yang akan kami singgung dalam tiga poin :

Sesuai dengan nukilan dari sebagian orang Nabi Ibrahim memiliki delapan putra. Ismail adalah putra Hajar Qibti, Ishaq berasal dari ibunya Sarah dan enam putra lainnya yang merupakan anak-anak dari Qanthura binti Yaqthan Kan’ani yang dinikahi oleh Nabi Ibrahim As pasca wafatnya Sarah. Adapun nama keenam putra Ibrahim dari Qanthura ini adalah sebagai berikut: Madyan, Madain, Zamran, Yaqsyan (Yahsyan), Yasbaq dan Nukh.

Penulis kitab Anwâr al-Masyâriq berkata, “Akar keturunan orang-orang berbahasa Turki adalah berasal dari anak-anak Qanthura. Ia merupakan kaniz (budak) Nabi Ibrahim As dan melahirkan anak-anak yang di antaranya adalah orang-orang Turki sebagai keturunannya.

Allamah Majlisi berkata, “Disebutkan bahwa Qanthura adalah budak Nabi Ibrahim al-Khalil yang melahirkan anak-anak. Di antara anak-anak tersebut adalah orang-orang Turki dan Cina sebagai keturunannya.”

Patut untuk diketahui bahwa kendati secara lahir terdapat perbedaan antara riwayat pertama dan ketiga namun dengan sedikit meneliti persoalan ini maka akan menjadi jelas bahwa tidak terdapat perbedaan di antara dua riwayat tersebut. Karena boleh jadi Qanthura tadinya adalah budak Nabi Ibrahim As kemudian dinikahi olehnya.

[1]. Ismail Haqqi Burusuwi, Tafsir Ruh al-Bayân, jil. 1, hal. 238, Dar al-Fikr, Beirut. 

[2]. Ibid, jil. 5, hal. 297. 

[3]. Allamah Majlisi, Bihâr al-Anwâr, jil. 18, hal. 114, Muasssah al-Wafa, Beirut, 1404 H.

20130516

Restoran Jebat Kampung Ketapang Kuantan

Walau Hang Jebat bukanlah nama yang dianggap sehebat nama Hang Tuah tetapi seorang pengusaha kedai makan di Kampung Ketapang Kuantan telah memilih nama Warong Jebat untuk menarik perhatian pelanggan. jangan salah faham pula Logo Warong Jebat ini menggunakan gambar keris yang dan terkeluar sarung. Adakah inilah rupa keris sebenar Hang Jebat ketika berlawan dengan Hang Tuah yang berkeriskan keris Taming Sari.
 01. nasi lemak bungkus di Warong Jebat adalah antara menu yang popular. Nasi lemak ini dibungkus secara berperingkat-peringkat oleh tukang buatnya. Jadi nasi lemak ini sentiasa suam. Bila makan nasi lemak Jebat ini kita tak akan puas dengan sebungkus. Mesti nak dua bungkus.
02. Warong Jebat juga menyediakan roti canai jebat. Mungkin tukang tebarnya akan bersilat macam Hang Jebat ketika menabar roti canai ini.

20130515

M5 BANI ISRAIL BANI TAMIM, BANI JAWI

*APABILA TIGA BANI [KELOMPOK MANUSIA]TERBESAR BERKUMPUL DAN BERCANTUM.[bani membawa maksud keturunan]

BANI ISRAIL     [bukan yahudi dan negara israil]
BANI TAMIM   [ bukan kicap tamim dan …]
BANI JAWI       [ bukan tulisan jawi dan jawa]

Ketiga-tiga  bani ini pernah menjadi mashur dengan perjalanan sejarah dan mitos mereka asalnya ,pada pangkalnya mereka ini[susur asal yang tidak lari dari akidah tauhid@islam dan pemegang amanah tauhid,,,tidak termasuk yahudi dan nasrani,,, majusi] [pembawa perjalanan tauhid [allah], tetapi lama kelamaan ahli bani ini berpecah dan terpecah oleh kelalaian diri sendiri dari laluan kebenaran allah.

Diantara mereka ini menyimpang teramat sangat jauh seperti  orang  yahudi dan nasrani dari bani israil[ rujuk sirah dalam al-quran ]
Sampai diantara mereka ini ada yang sama taraf@darjat atau lebih lagi dari iblis yang dilaknat oleh allah.

Dimasa [akhir zaman] itu bani manusia[adam] dari kelompok berbeza dari yang tiga itu, wajib memilih memihak kepada jalan allah atau memusuhi jalan allah.

G19 raden sahur dan arya wilatika

raden sahur/
arya wilatika)
adipati tuban)
bin syeikh subakir
bin sayyid ali nuruddin
bin sayyid ahmad syah jalal al azhamatkhan

Sumber: NEGUAI2012

20130514

Restoran D'Ayub Maran Pahang

Nama YB Ayub adalah nama yang tidak asing bagi penduduk daerah Maran pada suatu masa dahulu. Kini nama tersebut telah disematkan pada sebuah restoran di Bandar Maran yang dinamakan Restoran D'Ayub.
Jika ada yang berminat untuk bolehla bertanya kepada penduduk asal Maran.
 01. Restoran D'Ayob turut menerima pengunjung dari luar negara.
 02. Pengunjung Restoran D'Ayob rasa berselera dengan pelbagaim pilihan lauk-pauk.
03. Pengunjung boleh memilih makanan dan minuman yang ingin dicuba.

M4 BANGSA APA?

*SUSUR KETURUNAN-KETURUNAN [BANGSA APA?]

Yunan+rawa+campa+bugis+minang+arab+india+cina+jawa+dan lagi+ ….., KITA NAK SEBUT BANGSA ATAU KETURUNAN APA?.
Apabila darah dari seluruh keturunan yang dari berbagai suku dipersatukan semula menjadi satu darah, mereka ini telah diistihar sebagai melayu dan diperkukuhkan dengan islam sebagai pegangan hati dan allah sebagai tuhan pemerintah sekalian alam.

“Tidak melayu hilang didunia”, itu dikatakan oleh hang tuah. Melayu memang tidak hilang tapinya orang melayu yang menghilangkan indintiti melayu mereka, apabila mereka mengaku mereka suku-suku. Tidak ada sesiapa semenda atas siapa sebab melayu itu telah ada 1000 tahun lalu[DIISTIHAR KALI KEDUA], Cuma nak dipersatukan semula  sahaja dan islam sebagai tonggak utamanya penyatuan. Tetapi mereka-mereka ini banyak gah nya dalam diri masing-masing. Sebab itu kerap allah hantar pasukan bagi memberi amaran dan ingatan(sebagai ujian) kepada bangsa melayu supaya jangan lupa  usul diri mereka. (tuan-puan cubalah semak semula untuk tempoh 1000 tahun yang lepas, berapa kali pasukan dari luar menyerang bangsa melayu dan berapa kali bangsa melayu kalah) dan apa yang menyebabkan bangsa melayu kalah. Jadinya jangan persalahkan bangsa lain tanpa usul periksa.

Pageviews today 15.5.2013

Pageviews yesterday 572
Pageviews last month 12,823
Pageviews all time history 138,375

20130513

M3 SUSUR DUA BERADIK DARI KETURUNAN MUHAMMAD RASULULLAH

*SUSUR DUA BERADIK  DARI KETURUNAN MUHAMMAD RASULULLAH
[dari hussin binti fatimah binti muhammad rasulullah dan berbinkan ali bin abi talib]
[ dari hassan binti fatimah binti muhammad rasulullah dan berbinkan ali bin abi talib]

Syeh abd kadir jalani dan syeh abdullah al qumairi;
Mereka berdua ini adalah dua beradik. Susur mereka berdua memang tidak pernah di ceritakan oleh sesiapapun.
Perkara yang mengatakan  syeh abdullah adalah anak murid kepada syeh abd kadir, hanya lah untuk mengelak dari diketahui oleh musuh islam pada masa itu dan mereka dari keturunan( hussin bin fatimah binti muhammad rasulullah dan berbin kepada ali bin abi talib)[keturunan ahli bait]… juga tidak dan memang disengajakan, tidak diberitahu walau pun kepada anak-cucu-cicitnya sehingga……,[pemegang amanah waris yang tersebut dengan terpaksa…, bagi memperbetulkan waris-waris keturunannya]…, kisah mereka terbuka adalah disebabkan waris keturunan mereka ini ramai yang telah lari@ menyimpang dari landasan sebenar islam[tarikat ilmu dan kumpulan]. Dan kebanyakan dari mereka mengangap  kedua syeh yang tersebut adalah guru semata-mata dan bukannya  moyang keturunan mereka. Oleh sebab itulah waris mereka dizaman akhir-akhir ini, ramai yang tidak keharuan fikiran dan tidak dapat bersandar tegak dan juga tidak lagi mampu mendukung amanah yang telah dibawa oleh moyang mereka. Kerana mereka tidak mahu mengaku yang moyang mereka adalah pemegang dan penjalan bagi amanah tauhid@islam diatas muka bumi ini.
Mereka beragapan tugas memikul dan menjalankan amanah islam@tauhid itu adalah tanggungjawab para ulamak dan fukaha tetapi tidak menerima ulamak dan fukaha itu adalah jalur keturunan mereka[moyang mereka], tetapi mereka masih berani mengaku adam as itu adalah bapa manusia dan mereka adalah dari keturunan adam.
Mereka berani bermohon dan berdoa kepada allah bagi keselamatan dan kesejehteraan diri mereka dan keluarga mereka tetapi mereka tidak mengenal moyang keturunan mereka yang selama ini yang membawa sinar islam dan tauhid kepada @dalam  diri mereka.(dengan izin dan ehsan allah)

20130512

M2 Manusia

*MANUSIA

Ketahuilah tuan dan puan,,, kita , bila beranggapan yang kita dari susur keturunan yang baik-baik, maka hendaklah  dengan dapat, seboleh-bolehnya mengambil tahu dan cuba mencapai dan mengesahkan perkara yang sebenar dan bukan hanya bersangka-sangka semata-mata. Dan juga tidak berputus asa dan hendaklah berharap yang allah akan memberi pertunjuk kepada kita perkara yang baik itu.

“Apa ada pada nama?” Atau “kita semua manusia dari keturunan adam as” Ayat-Ayat itu sentiasa digunakan oleh mereka-mereka yang sebenarnya… , ayat berputus asa dari rahmat allah.

Nabi adam dan hawa ada 20 pasang anak kembar[mengikut sirah yang ada diterbitkan oleh ulamak indonesia]. Dan ramai darinya telah luput dari muka bumi semasa bah besar zaman nabi nuh, dan yang tinggal hanya 80 orang sahaja dan dari 80 orang ini lah membiaknya umat manusia yang ramai diatas muka bumi ini.

Yajuj dan majuj itu pun asal keturunan dari sumber yang sama tetapi mereka ini adalah musuh islam[allah] dan manusia lain di akhir zaman [rujuk sirah @hikayat iskandar zulkainal] dan tengok dari siapa keturunan mereka.

Dajjal itu pun asal keturunan dari sumber yang sama tetapi dia ini adalah wahid musuh islam (allah), dari kalangan manusia, yang mempunyai sihir yang terbesar diakhir zaman. Dengan nya lah ,manusia islam yang diketuai oleh imam mahdi akan berperang.

Penasihat kepada dajjal itu adalah iblis dan askar-askarnya itu adalah yajuj dan majuj dan disertai oleh satu kaum dari bangsa jin yang diketuai oleh iblis dan aprit.

Bukan lah perkara diatas yang hendak diketengahkan tetapi perkara lain yang orang beraku-akukan tetapi enggan menerima kenyataan berkenaan perkaranya;

L12 MENGINGATI MATI

*MENGIGATI MATI[dalam ihya-ulumuddin,oleh imam al-ghazali]
Sabda dari rasulullah saw. Maksud dari]
“cukup mati itu menjadi penasihat(mengisafkan).”

Dari firman allah[maksud]rujuk ayat]
Al-jumu’ah;8

Manusia itu terbahagi kepada tiga kategeri;

1.Orang yang tenggelam dalam urusan keduniaan
2.Orang yang bertaubat atau mula bertaubat
3.Orang yang mengenal diri sendiri yang selalu merasakan hayatnya akan habis

“ sesungguhnya kami menghitung dengan hitungan yang cermat”.[maryam;84]

Kata seorang penyair.
Tak pernah selesai keperluan manusia dari dunianya.
Melainkan bila selesai yang satu berpindah pula kepada yang lainnya.

Selain dari itu mengigati sakaratul-maut dan mengambil tauladan dari jenazah, dan ziarah kubur, alam barzakh dan hari kiamat,,, diantara cara yang boleh menginsafkan diri. Dan kalu tak boleh menginsaf kan juga diri, perlu diingatkan;
“dan ditiuplah sangkakala, maka pinsanlah setiap penghuni dilangit dan dibumi, melainkan orang-orang yang dikecualikan oleh allah. Kemudian ditiuplah sekali lagi, maka berbondong-bondonglah mereka berdiri menantikan.” [az-zamar;68]

Ayat lain,[Rujuk]
Al-haj;2
Al-anbia;1-3
Al-qamar;1
Al-ma’arij;6-7
Al-ahzab;63
Az-zamar;69
Al-maidah;109
Al-mu-min;17
Ibrahim;42-43
Maryam;7-72
Al-infitar;13-14
Ar-rahman;46
Ali-imran;133

Assalamualaikum…inshaallah…waallahualam.

20130511

M1 KEUTAMAAN ILMU PENGETAHUAN

*KEUTAMAAN ILMU PENGETAHUAN [ILYA’ ULUMIDDIN, OLEH IMAM AL GHAZALI]

Didalam al quran al karim terdapat banyak sekali ayat-ayat yang menunjukkan keoada keutamaan ilmu itu.
Diantaranya:[ali imran,18.maksud darinya]
“allah telah menyasikan bahawasanyan tiada tuhan melainkan dia jua, begitu pula para malaikat dan para ahli ilmu pengetahuan turut menyasikan sama, iaitu tuhan yang berdiri di atas keadilan.”

Firman allah lagi:[ rujuk ayat berikut]
Al mujadalah; 11]
Az-zumar; 9]
Fatir;28

Keutamaan belajar

“mengapa tidak ada sekelompokpun dari setiap golongan mereka itu, yang berangkat untuk menambah ilmu pengetahuan agama.” [at-taubah; 122]
Ayat lain,rujuk:
An-nahal; 43

Keutamaan mengajar

Hendaklah mereka memberikan peringatan kepada kaumnya, apabila telah kembali kepada mereka nanti, moga-moga mereka berhati-hati.”[alt-taubah,122]
Ayat lain,rujuk:
Ali-imran;187
Al-baqarah;146
Al-baqarah;283
Fushshilat;32
An-nahal;125

L11 Bidang kemaksiatan

Bidang kemaksiatan
Ketahuilah, bahwasanya bidang-bidang yang harus difikirkan itu adalah empat;
Bidang ketaatan
Bidang kemaksiatan
Sifat-sifat yang membinasakan
Sifat-sifat yang menyelamatkan

Bidang-bidang yang harus difikirkan
Manusia
Bumi
Binatang
Laut
Angin dan keajaipannya langit
Meneliti tubuh badannya, akan kejadian,[adakah anggotanya telah berbuat dosa atau berbuat ibadah]
Semasa, sebelumnya atau permikirannya  berbuat sesuatu untuk masa kedepan dari [ketujuh-tujuh anggotanya];lidahnya,telinganya perutnya dan hatinya.
Demikianlah seterusnya, cara seseorang itu memikirkan terhadap anggota-anggotanya yang lain, sehingga ia bisa memeliharanya dari bahaya-bahaya yang boleh membinasakan amalan dan dirinya sendiri.

Rujuk ayat berikut;
Az-zuriat;21
Abasa;17-22
Ar-rum;20
Al-qiamah;37-38
Al-mursalat;20-22
Al-mu’minun;12-14
An-nazi’at;27-29
Ad-dahr;1-3
Al-mursalat; 25-26
Al-hijr;22
Al-qamar;19-20
Ad-dukhan;38
Al-baqarah;164
At-tariq;1
Al-waqi’ah;75-76
Adz-dzariat;22
Ali-amran;191

Selamat merujuk…inshaallah…moga-moga berjaya dan mendapat pertunjuk hidayah dengan izin allah.

20130510

B35 Anak Awang Sin dengan Raja Cik Cahaya

35
Awang sin@ lim tau kim@lim tau kiam berkhawin dengan raja cik cahaya [saudara raja pattani]. Ada anak yang ramai, asalnya  mereka bermukim di bukit segumpal semasa masuk  ke Pahang dan selepas itu anak-anaknya keluar bermukim rata dalam Pahang (anaknya enam belas orang)
AWANG SIN KHAWIN RENDAH

ANAKNYA
1] Teh
2] Mena
3] Awang chik
4] Nendang
5] Kelimah
6] Ahmad
7] Koming
8] Yang wook
9] Komot
10] Tunggal
11]…………?
12] Kenet
13] Awang simbang
14]…………?
15] Lebar
16] Maheran

Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah ibni Daeng Celak (1784)


Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah ibni Daeng Celak.
Pahlawan besar Melayu-Bugis yang mangkat ketika diserang Belanda di Teluk Ketapang, Melaka 1784

Ketahuilah olehmu wahai umat Melayu, peperangan ini bukanlah peperangan orang-orang Bugis. Tetapi ini adalah peperangan untuk mengembalikan maruah dan kehormatan sekalian diri orang-orang Melayu yang telah dipijak-pijak oleh penjajah Belanda laknatullah. Akan tetapi Belanda itu telah mencanangkan bahawa aku dan sekalian orang Bugis tidak berpuas hati dengan pengagihan hasil rampasan tembakau dari Kapal Betsy kepunyaan Perancis yang menceroboh Selat Melaka itu.

Adapun kita adalah orang-orang Melayu yang beriman kepada Allah Taala juga menyakini bahawa peristiwa itu hanyalah asbab yang telah menyatukan orang-orang Melayu dari Teluk Ketapang, Selangor, Rembau dan dari Batang Tiga untuk menghambat Belanda keluar dari Punggor, Duyung, Pernu, Semabok, Ujung Pasir, Bunga Raya, Bandar Hilir, Bukit Cina, Tanjung Keling dan Tengkera sebelum kita berkubu di Teluk Ketapang. Orang Serani, Cina dan India turut bergabung dengan kita dalam peperangan ini. Kini Gabenor Belanda menjadi seperti tikus dikejar naga berkubu di Kota Melaka. Ke hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja.

Yakni dengan kata lain, peperangan ini adalah untuk mengembalikan tanah, udara, air dan laut yang telah dirampas oleh penjajah kepada orang-orang Melayu yang sudah beratus tahun membina kehidupan, membina kota dan pelabuhan di tanah air ini. Jikalau terdapat satu pun kampung, daerah, kota dan pelabuhan yang terbakar dan ditawan oleh penjajah, maka seluruh orang Melayu di seluruh kampung, daerah, kota dan pelabuhan wajiblah bangun menentang dan menghalau mereka. Sesungguhnya orang-orang Melayu itu bersaudara dan kita tidak akan kalah dalam mana-mana peperangan pun, jika kita bersatu padu di jalan Allah.

Syahadan untuk kita bersatu di jalan Allah bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia bagai mengepal pasir yang kering. Syaitan adalah musuh yang nyata sama ada yang terang-terang terlihat pada mata kasar mahupun yang berselindung di sebalik hati manusia. Terbukti kebenaran wahyu sejak kakiku berjejak di Terengganu, Pahang, Johor, Selangor, Kedah, Langkat, Inderagiri, Jambi, Bangka, Pontianak, Mempawah dan negeri-negeri Melayu yang lain.

Telah bersungguh-sungguh aku membantu meleraikan persengketaan yang berlaku sesama sendiri dan mematahkan muslihat penjajah laknatullah. Mana dapat dibuat damai, maka damailah yang kumeterai. Mana yang berkehendakkan peperangan, maka peperanganlah yang kupimpin kerana sudah dua ratus tahun lebih kita masih dijajah bahana berebutkan kuasa yang tidak habis-habisnya, saling berhasad dengki dan bersubahat dengan musuh. Yang ruginya rakyat jelata. Tanah diambil, hasil diperas dan tubuh diperhamba.

Maka pada hari ini, tanggal 19 Rejab 1198 Hijrah bersamaan dengan 17 Jun 1784, di Tanjung Palas Teluk Ketapang inilah warkah yang tertulis. Warkah ini kutulis di atas sejadah, mengadap kiblat dalam keadaan berwuduk setelah selesai solat dan doa panjang untuk sekalian umat Melayu. Al-Quran di sebelah kananku. Kitab Dalilul Khairat di sebelah kiriku. Badik pusaka di pinggangku.

Sungguhpun demikian, aku amat menyedari bahawa terdapat di kalangan armada perang Melayu yang aku satukan dan pimpin ini terdapat golongan Melayu yang menjadi musuh dalam selimut. Berwajah Melayu berhati Belanda. Usahlah ditanya bagaimana aku mengetahuinya kerana tahu di angin turun naiknya. Apabila Allah mengkehendaki terjadi sesuatu perkara, maka tiadalah siapapun yang dapat mengelakkannya.

Biarkan sahaja mereka menyelinap ke dalam kubu kami dan mengepung aku. Syak fasik, yakin salih; batulah yang jadi juadah! Nah, wahai si munafik! Aku sesekali tidak pernah takut kepada kalian. Marilah kita berdepan sebagai seorang lelaki Melayu yang sejati! Engkau kendonglah panji perjuanganmu. Aku junjung panji perjuanganku! Nyawa kita di tangan Allah. Matiku di medan perang ini, tandanya sentiasalah aku hidup di sisi Allah Taala. Matimu di medan perang ini, tandanya celakalah engkau di akhirat kelak.

Seyogia, ketahuilah saudaraku. Walau apapun yang terjadi kepadaku janganlah dimungkirkan kafiat jalanku ini kerana ia akan hanya mengulangi kekhilafan malaikat apabila Allah menyatakan kehendak-Nya mahu menciptakan manusia untuk dijadikan khalifah di atas muka bumi yang akan ada di kalangan manusia saling menumpahkan darah.

Janganlah kita lupa pengakuan azali kita di depan Allah. Janganlah kita melupai ilmu yang Allah ajarkan secara langsung daripada sisi-Nya kepada kita. Kerana dengan itulah kita, manusia ini, dibangga-banggakan Allah di hadapan para malaikat-Nya, kata Allah ‘Sudah kunyatakan bahawa aku lebih mengetahui daripada apa yang kamu tahu.’

Allah Maha Besar!

Andai aku mati di medan perang ini akan berlanjutan fitnah demi fitnah yang tidak habis-habis, menghujani orang-orang Melayu di sepanjang sejarah akan datang. Manusia Melayu munafik, pengkhianat, pendengki dan petualang akan sentiasa muncul di kalangan kalian sebagai semut hitam yang melata di atas batu hitam pada waktu malam, tanpa bulan dan bintang.

Akan ada di kalangan kalian, Melayulah juga ia, yang akan menyambung lidah Belanda menuduh aku berjuang dan berperang kerana mabukkan harta dan kuasa. Sesungguhnya moyang poyangku para Opu Daeng Lima Bersaudara bukanlah mahu disanjung-sanjung dan dimegah-megah. Memadailah kukatakan apa yang kami inginkan ialah bangsa kita umat Melayu ini hidup bermaruah dan mempunyai kehormatan diri.

Maka Maha Adillah Allah Taala sebagaimana terdapat golongan yang munafik dan petualang bangsa, akan ada golongan di kalangan umat Melayu sesudah kami ini yang akan menyambung perjuangan kami. Mereka menyambut panji perjuangan kami dengan penuh harga diri. Dalam hati merekalah aku hidup dan menjadi cita-cita mereka pula mati kerana berjuang. Semangat mereka menyerupai kami, walaupun bilangan mereka tidaklah seramai golongan munafik dan petualang.

Mereka berani mati sehinggalah si petualang bangkit daripada sujud tatkala imam dan jemaah masih bersujud, lalu ditancamkan pisau di belakang antara mereka. Maka sesekali tidak mengundang gundah kerana apabila sudah datang janji Allah, maka syahid lah dia. Jika yang ditikam itu masih terus hidup, maka dia akan menjadi saksi kepetualangan si munafik tersebut, lalu mudahlah dicam dan diberkas seketika itu juga. Maha Besar Allah Yang Awal dan Yang Akhir.

Ketahuilah wahai saudaraku. Bahawasanya umat Melayu tidak akan sesekali ghaib daripada muka bumi ini yang Allah telah takdirkan gunung, dataran, sungai, kuala, selat dan lautan untuknya. Semuanya akan diwariskan Allah kepada raja yang adil lagi saksama dan pembesar yang mukmin dan mukminat untuk memerintah. Maka Allah mengurniakan rahmat dan berkat daripada tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan semua penduduk bumi dan langit mendoakan kesejahteraan bagi segenap isi negeri.

Sesungguhnya akan tibalah pada hari dan zaman itu orang-orang Melayu semuanya akan bersatu dan sanggup mati di jalan Allah. Mereka bersedia berperang dengan musuh daripada belahan dunia mana sekalipun. Kota-kota mereka terbina daripada peradaban ilmu yang dihiasi dengan mutiara kebijaksanaan. Ulama dan cendikiawan diterima sebagai penasihat ulil amri. Para ahli sufi terbebas daripada fitnah ajaran sesat dan batil. Rakyatnya cukup makan dan untung berniaga, tanpa ada penindasan dan perampasan. Kaum-kaum lain mendapat naungan dan jaminan keadilan sehingga taat dan setia mereka tidak berbelah bahagi lagi. Zaman makmur itu akan tiba juga apabila hak-hak Allah dipenuhi. Hak-hak rakyat dilaksanakan. Peraturan-peraturan mereka ditimbang dengan syariat dan disukat dengan adat.

Syahadan, ketahuilah olehmu wahai saudaraku. Ingatlah bahawa ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencucuk dan duri yang akan mengait. Justeru tetapkanlah waspada sebagai pengawal di pintu gerbang zaman makmur. Bulan terang paksa baik: payang ke laut, baluk pun ke laut juga. Runtuhnya zaman makmur kerajaan Melayu sebelum ini adalah kerana raja dan pembesarnya sudah ada biduk, tetapi serempu pula. Lalu timbullah perebutan, hasad, iri hati dan sengketa. Kalau rakyatnya pula suka menuntut piutang lapuk. Ditelan kemewahan dilambung mabuk. Ada juga yang menjadi seperti itik bertaji. Tandanya, keris tersisip di dinding, pedang tajam dalam sarungnya sahaja.

Musuh yang nyata disetiakawankan. Manakala sesama sendiri sanggup ‘berjuang’ hingga memancung leher. Kesudahan mereka adalah dengan suul khatimah kerana lekat pada ingatan mereka akan harta dan kuasa yang terlepas daripada tangan. Dipamerkan pula tempatnya di neraka jahanam, wa nauzubillah. Itulah jihad di jalan syaitan adanya. Benarlah, ujian-ujian daripada Allah turun bersama-sama zaman makmur.

Maka jika kita alpa dan lalai diri dengan melakukan kegiatan dan perbuatan yang dilarang Allah, maka tunggulah bala bencana daripada tujuh petala bumi dan tujuh petala langit bertali arus menimpa umat Melayu itu. Ya Allah menitis pula air mataku. Ketahuilah bahawa aku tidak pernah menitiskan air mata sebagai seorang lelaki Melayu berhati kecut. Tetapi air mataku ini mengalir apabila memikirkan anak cucu cicit yang terkemudian hari. Apalah pula ujian dan balanya; apalah pula sengketanya; apalah pula pengkhianatannya; apalah pula penyelewengannya dan apalah pula kesudahannya.

Segala ribut badai perasaanku menyatu bersama ingatan terhadap junjungan nabi kita ketika saat-saat sakaratulmaut menjelang, telah terucap di mulutnya yang mulia ‘umatku, umatku, umatku!’ Aduhai Nabi kekasih Allah! Ingatlah pada zaman manapun kalian berada sentiasalah berselawat ke atas nabi dan beramal dengan sunnah-sunnahnya kerana itulah penyelamat agung penyedar daripada alpa dan lalai, pengikis sifat munafik dan menghidupkan jiwa.

Ya Allah limpahkan selawat dan salam ke atas Muhammad pada awalnya

Ya Allah limpahkan selawat dan salam ke atas Muhammad. pada akhirnya.

Ya Allah limpahkan selawat dan salam ke atas Muhammad pada setiap ketika.

Tatkala sampai di baris ini, aku sedang melihat berpuluh kapal perang armada Belanda pimpinan Peter van Braam dari Betawi itu, sudahpun tiba di pantai. Demi Allah, yang hidup dan matiku hanyalah di tangan-Nya, sedikitpun aku tidak berasa gentar, apatah lagi untuk berundur walau seinci pun ke belakang kerana kuyakini Allah sentiasalah ada bersamaku dengan panji janji-Nya dan panji kebenaran-Nya. Biarlah luka di dada jangan luka di belakang.

Rencana si munafik itu sampailah ke kemuncaknya apabila mereka dapat masuk menyelinap ke dalam kubuku, merampas pemurasku yang disandarkan ke dinding, maka ketika itu sampailah ilham daripada Allah kepadaku. Bahawa aku kini hanya ada sebilah badik tersisip di pinggang dan hijap yang terangkat antara aku dengan Tuhanku. Seraya langsung aku memanjatkan doa, “Ya Allah sesungguhnya aku telah dizalimi dan dikhianati. Aku bentangkan ke hadrat-Mu seluruh pengharapan-Mu dengan segala fakir dan hina diriku, Engkau jadikanlah warkahku ini terhijab daripada pandangan mata setiap munafik dan musuh-musuhku serta Engkau peliharakanlah warkahku ini hingga sampai ke hujung zaman agar dapat dibaca dan ditilik oleh anak cucu cicit kami pada kemudian hari.

“Ya Allah. Tidak sampai hati mahu ku pinta celaka untuk segolongan Melayu yang bersubahat dengan penjajah itu. Ya Allah jadikanlah anak cucu cicit kami di kemudian hari berjuang dan berperang dengan lebih berani dan gagah di jalan-Mu. Ya Allah tempat aku juga di sisi kekasih-Mu, Rasulullah yang aku rindui dan cintai segenap hatiku sekiranya aku gugur di jalan-Mu Ya Allah. Sungguh Engkau Maha Mengabulkan doa.”

Tatkala itu munafik-munafik itu mahu menangkap aku yang masih bertimpuh di atas sejadah. Namun demikian dengan kuasa Allah Taala segala sendi pada tubuh mereka, terkunci kaku seperti patung adanya. Maka bingkaslah aku daripada duduk lalu aku pandang satu persatu wajah-wajah Melayu munafik itu. Benarlah, peluru perak pemecah kubu yang kuat. Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang. Tiada gunanya lagi kata-kata kerana perut tidak bertelinga. Sesudah itu berjalanlah aku menuju ke muka kubu dan tersergamlah kapal perang penjajah laknatullah itu pada pandanganku. Inilah Raja Haji yang kalian cari-cari. Syarak yang mengata, adat yang memaksa. Dengan badik di tangan kanan dan Dalilul Khairat di tangan kiri, lidahku berwiridkan selawat.

Bammm!!!

Bunyi bedilan sebuah meriam daripada salah sebuah kapal Belanda yang muncungnya dihala ke batang tubuhku, bergema ke udara. Ah! Sungguh beruntung pengkhianat itu kerana dapat menyaksikan lagi kuasa Allah apabila peluru lela rentaka meletup di dalam lubangnya sendiri, lalu terpelantinglah askar Belanda berselerak di atas kapal dan sebahagiannya pula jatuh ke dalam laut. Beranak pinaklah pula bunga-bunga api membakar kapal perang itu. Panglima Perang Belanda Peter van Braam nyatalah amatlah terkejut adanya. Bertambah maraklah lagi semangat jihad yang menjulang-julang dalam dada pejuang-pejuang Melayu. Bertambah amuklah mereka hingga berkecamuk barisan penembak pasukan askar Belanda itu.

Lantas bertafakurlah aku apabila melihat keadaan itu. Aku berserah sepenuhnya kepada Allah untuk menetapkan apa jua keputusan-Nya. Beberapa ketika kemudian dapatlah aku ilham daripada-Nya seraya aku bermohon, “Ya Allah aku berserah kepada-Mu seluruh jiwa dan ragaku. Aku rela syahid Ya Allah di jalan-Mu, daripada kehormatanku dan kehormatan umat Melayu ini dipijak-pijak oleh penjajah laknat ini setelah ditipudayakan oleh petualang daripada bangsa kami sendiri.” Arakian Panglima Perang Belanda itu sendiri segera menyalakan sumbu ubat bedil merim lela rentaka yang muncungnya dihalakan tepat ke dadaku.

Bammm!!!

Maka sampailah janji Allah. Mencurahlah darah daripada dadaku.

Jasadku rebah ke tanah. Tiada Tuhan Melainkan Allah. Maka terpinga-pingalah para munafik dan petualang apabila melihat askar penjajah memijak-mijak batang tubuhku, membakar al-Quran dan Dalilul Khairat. Badikku pula dilemparkan ke dalam laut. Pecahlah kapi, putuslah suai. Datanglah masyghulku, tetapi seketika itu juga difahamkan Allah kepadaku bahawa itulah tanda-tanda doaku yang telah dimakbulkan Allah.

Sumber: amz-eli.blogspot.com

L10 TAFAKKUR berfikir

*TAFAKKUR [berfikir][dalam ilya ulumuddin, oleh imam al ghazali]
Tafakur itu bermaksud berfikir, bukannya seperti yang kita buat sekarang ni… bertafakur[ duduk@berdiri senyap lima saat macam batu tu ]

Keutamaan tafakkur;
Ketahuilah, bahwasanya allah swt telah menyuruh hamba-hambanya untuk bertafakkur atau berfikir sambil meneliti segala yang tertera didalam kitabnya yang mulia, dengan memuji-muji orang-orang yang berfikir itu.
Firman allah[maksud dari]
“ mereka yang mengigati allah, baik diwaktu bediri, duduk dan ketika berbaring, dan mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi seraya berujar: wahai tuhan kami! Tiada engkau menjadikan semua ini dengan sesia.”

Ketahuilah, bahwasanya teras fikiran itu ialah ilmu pengetahuan, untuk mencungkil makrifat yang tidak bisa dihasilkan melainkan dengan berfikir.[boleh dikatakan] Pemikiran itu adalah pokok atau kunci kepada seluruh kebajikan.

20130509

L9 Cuba anda fikir-fikirkan tentang akhlak dan budipekerti

*Cuba anda fikir-fikirkan [ akhlak dan budipekerti].

Syair oleh imam syafi’I kepada hammad bin abu sulaiman;
[kisah hammad bin abu sulaiman dengan tukang jahit”minta maaf, pemberian itu sedikit sangat.” Sambil menghulurkan satu pundi-pundi berisi sepuluh dinar]
Wahai hati yang tergopoh-gapah!
Atas harta yang kan kudermakan terhadap manusia melarat
Manusia perwira dan terhormat
Keuzuranku kepadamu yang datang meminta
Aku tak punya
Itulah salahnya yang ada pada diriku.

Pada suatu ketika datang seorang lalu memegang palana kuda imam syafi’I, maka berkata amam syafi’I; wahai rabi’! berikan dia empat dinar dan kata kepadanya, maaf kerana tak dapat memberikan lebih dari itu.

Diriwayatkan pada suatu hari saidina ali bin abu talib menangis. Beliau ditanya; apa yang membuatkan engkau menangis?. Beliau menjawab; kerana dalam masa tujuh hari yang lalu, tidak ada seorangpun tetamu yang datang kepadaku. Aku merasa bimbang, jika allah ta’ala telah mensia-siakan aku.

Diriwayatkan, ada seorang telah mendatangi rumah sahabatnya, lalu ia mengetuk pintunya. Sahabat itu membuka pintu dan bertanya; apa sebab engkau datang? Jawabnya; aku ada hutang sebanyak 400 dirham. Maka sahabat tadi [un mengira wang sebanyak 400 dirham, lalu memberikannya kepada kawannya itu. Kemudian ia masuk menemui isterinya sambil menangis. Isterinya bertanya; mengapa menangis? Jawabnya; aku menangis, kerana aku tidak pernah bertanyakan hal sahabatku itu, sehingga ia terpaksa mengetuk pintuku meminta pertolongan.

20130508

L8 POKOK AKHLAK YANG MULIA

*POKOK AKHLAK YANG MULIA DAN ASASNYA ADA EMPAT (DARI IHYA’ ULUMUDDIN OLEH IMAM AL GHAZALI)

1. Hikmat atau kebijaksanaan
2. Syaja’ah atau keberanian
3. Iffah atau kebersihan jiwa
4. Adl atau keadilan

Untuk mendapatkan akhlak yang baik, kita digalakkan@harus mengenal kaaiban-keaiban diri. (contoh sahaja)
Umar ibnul khattab ra. Pernah berkata: semoga allah merahmati orang yang menunjuki aku akan keaibanku. Beliau pernah bertanya kepada huzaifah, katanya: engkau adalah tempat rasulullah saw menyimpan rasianya mengenai orang-orang munafikin. Adakah kiranya padaku ini tanda-tanda nifaq?.

Rujuk ayat@maksud al quran berikut:
[al-mu’minin;1-11]
[at-taubah;112]
[Al-anfal;2-4]
[al-furqan;63-77]

G18 PUTERI RAJA JOHOR

PUTERI  RAJA JOHOR(           )

berkhawin dengan
sayyid husein jamadil kubro

beranakkan (         )

Sumber: NEGUAI2012

20130507

L7 LAIN PUNYA CERITA, LAIN PUNYA ZAMAN

*LAIN PUNYA CERITA, LAIN PUNYA ZAMAN TAPI SIKARANGPUN GUNA BOLEH APA…(sebagai sandaran kias)
 (dari ihya’ulumuddin olen imam al ghazali )

Diriwayatkan, ada seorang khalifah pada zaman dahulu, pada suatu malam beliau sedang berputar keliling kota, lalu mendengar suara seorang lelaki sedang bernyanyi didalam sebuah rumah. Beliau pun memanjat rumah itu, dan dilihatnya disamping orang lelaki itu ada seorang wanita, dan bersama mereka ada minuman arak. Khalifah berujah: wahai musuh allah! Apakah kau kira allah akan menutupi kelakuan yang keji ini, padahal kau sedang berpoya-poya dengan maksiat ini?. Lelaki itu segera menjawab: dan engkau juga wahai amirul mu’minin, jangan terburu nafsu. Kiranya aku telah bermaksiat kepada allah, hanya satu maksiat saja. Tetapi  kau kini telah membuat tiga maksiat sekaligus dalam suatu masa.

Tuhan telah berfirman: jangan kamu mengintip-intip, sedang perbuatanmu ini adalah mengintip hal orang lain.
Tuhan berfirman lagi: bukanlah kebaikan itu, dengan kamu mendatangi rumah-rumah dari pintu belakangnya, tetapi kini kau talah memanjat rumahku.
Tuhan berfirman lagi: jangan sekali-kali kamu memasuki rumah, selain rumah kamu sendiri(yakni tanpa izin), tetapi kini kau talah memasuki rumahku tanpa izin dan tanpa memberi salam pula.

Berkata khalifah: adakah padamu sesuatu yang baik (untuk mempertahankan dirimu), andaikata aku mengampunkan kamu. Berkata lelaki itu: saya ada! Demi allah, jika engkau ampunkan perbuatanku ini, aku berjanji tidak akan kembali kepada perbuatan yang sama lagi sepanjang umurku. Maka khalifah pun mengampunkannya dan beredar dari situ.

20130506

L6 SEBAB-SEBAB TIMBULNYA TAKABBUR

*SEBAB-SEBAB TIMBULNYA TAKABBUR@ BANGGA DIRI(ujub) [IHYA’ULUMUDDIN oleh imam al-ghazali]
1.Takabbur kerana keturunan
2.Takabbur kerana kecantikan
3.Takabbur kerana kekuatan
4.Takabbur kerana kekayaan
5.Takabbur kerana banyak wang
6.Takabbur kerana ilmu
7.Takabbur kerana wara’ dan banyak ibadat

Ketahuilah, bahawanya sifat takabbur itu termasuk sifat yang membinasakan. Oleh itu menghapuskan sifat takabbur itu terkira fardhu AIN. Ia tidak akan terhapus dengan semata-mata berangan-angan sahaja, malah dapat mengubat diri dari sifat takabbur pula dengan berubat.
Mengubati Penyakit takabbur ini mestilah menerusi teori ilmiah dan teori amaliah; iaitu dengan @ hendaklah dia mengenal dirinya supaya dia mengenal tuhan nya, kerana sifat itu bukan sifat bagi bani adam atau makhluk  yang lain. Sifat takabbur itu adalah sebahagian sifat dari sifat bagi zat mutlak allah.

Sifat takabbur itu tidak sepatutnya ada walaupun secebis kumanpun dalam diri manusia@ bani adam, kerana kalau ada, mereka itu samalah tarafnya dengan iblis yang dilaknat allah.[ dengan memahami dan mendalami al quran serta sunnah nabi ,,,rujuk kisah perintah allah, supaya iblis memberi penghormatan kepada nabi adam].

Sifat takabbur itu ada dua;
1.Takabbur batin; iaitu perkerti diri yang digerakkan oleh  hati
2.Takabbur lahir@zahir; iaitu gerak geri badan yang ditimbulkan oleh badan.

Maksud dari firman allah swt:
“celakalah manusia, alangkah ingkarnya ia! Dari apa ia diciptakannya? Dari setitis air mani dia menciptakannya, lalu dia menentukan bentuknya. Kemudian dia memudahkan baginya jalan. Kemudian dia mematikannya lalu dikuburkannya. Kemudian apabila dia kehendaki dia bangkitkannya.” [abasa;17-22]

Sabda rasulullah sawdari hadis qudsi[maksud darinya]
Berfirman allah swt:“Sifat kesombongan itu kain selendangku dan sifat kebesaran itu kain sarungku. Maka barang siapa merampas dariku salah satu dari keduanya, nescaya kulemparkan dia kedalam neraka jahannam dan tidak akan kupedulikannya lagi.”

Berkata ibnu mas’ud: kebinasaan itu berlaku dalam dua perkara; putus asa dan bangga diri@ujub.

Maksud dari Sabda rasulullah saw:
“tiga perkara akan membinasakan (diri manusia); iaitu kikir yang diikutkan, hawanafsu yang diturutkan dan seseorang yang suka membanggakan diri sendiri.”

Ketahuilah, bahawanya akhlak ini sama seperti akhlak-akhlak yang lain mempunyai dua penghujung dan pertengahan.
Penghujung yang condong kedarjat berlebih-lebihan dinamakan takabbur dan penghujung yang condong ke darjat mengurang-ngurangkan dinamakan kehinaan. Sifat pertengahan antara keduanya pula dinamakan tawadhu atau merendah diri.