-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
MESTI BUAT SEMAKAN DAN PENGESAHAN SEBELUM MENGGUNAKAN MAKLUMAT DISINI.

20130510

L10 TAFAKKUR berfikir

*TAFAKKUR [berfikir][dalam ilya ulumuddin, oleh imam al ghazali]
Tafakur itu bermaksud berfikir, bukannya seperti yang kita buat sekarang ni… bertafakur[ duduk@berdiri senyap lima saat macam batu tu ]

Keutamaan tafakkur;
Ketahuilah, bahwasanya allah swt telah menyuruh hamba-hambanya untuk bertafakkur atau berfikir sambil meneliti segala yang tertera didalam kitabnya yang mulia, dengan memuji-muji orang-orang yang berfikir itu.
Firman allah[maksud dari]
“ mereka yang mengigati allah, baik diwaktu bediri, duduk dan ketika berbaring, dan mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi seraya berujar: wahai tuhan kami! Tiada engkau menjadikan semua ini dengan sesia.”

Ketahuilah, bahwasanya teras fikiran itu ialah ilmu pengetahuan, untuk mencungkil makrifat yang tidak bisa dihasilkan melainkan dengan berfikir.[boleh dikatakan] Pemikiran itu adalah pokok atau kunci kepada seluruh kebajikan.

No comments: