*KEFAHAMAN DAN SALAH FAHAM BERKENAAN KIAMAT
[hal berkenaan………..] menurut al-quran serta al-hadis dan pendapat para ulama salaf.
Kiamat hidup@kiamat kecil
Ianya berlaku keatas seluruh hamba allah mengikut ketentuan dan peraturan yang telah diberi tetap(umur masa hidupnya) dan pengakhiran hidup atau kematian keatas setiap hamba allah itulah dinamakan atau dipanggilkan kiamat@(KIAMAT KECIL). Perkara ini lah, ramai orang yang memperlekehkannya.
Perkara @ … sebagai contohnya;
“Dah tak ada dah sianu tu”. Memberi maksud kawan nya yang dikenali telah mati@ajalnya telah sampai.
Dalam hal yang tersebut;
Soalan yang sering diperingatkan kepada kita yang hidup bukan mengajar yang telah mati…..
Apabila imam membacakan talkin di atas kubur…diantara nya…
Siapa tuhan mu
Siapa imam@ ikutan mu
Siapa nabi @penghulu mu
Siapa saudara-saudara mu
Dari mana dan ke mana ilmu dipergunakan
Dari mana dan ke mana harta dipergunakan
Kesempatan Hidup mu didunia dipergunakan untuk apa????????????.
Kebanyakan dari kita yang hidup dan mendengar talkin yang dibaca oleh imam itu, tidak mengendahkannya persoalan yang dipertuturkan dan beranggapan ungkapan imam itu ditujukan khas kepada kawannya yang terbaring dibawah tanah yang tersebut itu. Dan selepas dari tujuh langkah anak adam bergerak dari tanah kubur, kebanyakan dari kita telah lupa akan ingatan(talkin) yang dibacakan oleh tuan imam kepada kita dan hanya mengingatnya kembali apabila berjumpa kepada kematian yang seterusnya (atas kawan yang lain atau atas dirinya sendiri).
Kiamat pengakhiran@ perkara besar
Ianya perkara yang kerap diperkatakan oleh orangramai dan ramaiorang. Dan mereka merasa cemas apabila di ceritakan@ dikisahkan berkenaan kiamat,… semasa itu sahaja.(dimasa diterangkan oleh tuan-tuan imam dan penceramah) selepas dari itu dan semasa dan selepas jamuan, perasaan cemas di hati mereka-mereka sudah hilang dan dimata mereka terpacak bayangan hidup dunia hari besok (pagi esok nak makan apa, kerja esok macammana…dan adamasa mereka permainkan ungkapan dari ceramah dan teguran tuan imam).
Mengikut maksud; kiamat adalah suatu perkara besar yang telah dijanjikan oleh allah dan termasuk dalam sebahagian dari rukun iman(perkara sah yang ghaib). Perkara ini akan terjadi setelah berlaku dan akan berlaku mengikut tertib perkara-perkara semasa akhir zaman(akhir zaman dimaksud kepada penghujung hidup atau nyawa bumi dan dunia keseluruhan, yang telah dicipta serta atas kehendak allah yang maha agong lagi maha tunggal dan maha bijaksana).
Tuan-puan sekalian…
Untuk menerangkan bercerita bab kiamat ni, kita perlu berbalik semula kepada cerita dan perkara asal yang asas yang diperturunkan dan…, oleh allah melalui malaikatnya kepada muhammad rasulullah dan dikisahkan serta diterang kan oleh nya rasul kepada makhluk seluruh alam, didalam yang dinamakam al quran dan sunnah nabi@hadis dan diperjelas serta diperincikan oleh ulamak dan fukaha silam dan sekarang.
PENAFIAN: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ Ini koleksi Pengurusan Ilmu peribadi kami untuk pendidikan & pembelajaran, bukan perdebatan. Allah SWT beri ruang bertanya & berbincang. Perlu ada sabar & cerdik supaya tahu, kenal, faham, mengerti dan pasti dengan dalam iman. Inilah dakwah kecil (الدَّعْوَةُ الصَّغِيرَةُ) kami. Moga Allah SWT jauhkan kita dari keburukan, kerugian, kehinaan & kesombongan melalui apa yang dikongsi di sini. آَمِيْن.
KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah:
PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.
No comments:
Post a Comment