*Cuba anda fikir-fikirkan [ akhlak dan budipekerti].
Syair oleh imam syafi’I kepada hammad bin abu sulaiman;
[kisah hammad bin abu sulaiman dengan tukang jahit”minta maaf, pemberian itu sedikit sangat.” Sambil menghulurkan satu pundi-pundi berisi sepuluh dinar]
Wahai hati yang tergopoh-gapah!
Atas harta yang kan kudermakan terhadap manusia melarat
Manusia perwira dan terhormat
Keuzuranku kepadamu yang datang meminta
Aku tak punya
Itulah salahnya yang ada pada diriku.
Pada suatu ketika datang seorang lalu memegang palana kuda imam syafi’I, maka berkata amam syafi’I; wahai rabi’! berikan dia empat dinar dan kata kepadanya, maaf kerana tak dapat memberikan lebih dari itu.
Diriwayatkan pada suatu hari saidina ali bin abu talib menangis. Beliau ditanya; apa yang membuatkan engkau menangis?. Beliau menjawab; kerana dalam masa tujuh hari yang lalu, tidak ada seorangpun tetamu yang datang kepadaku. Aku merasa bimbang, jika allah ta’ala telah mensia-siakan aku.
Diriwayatkan, ada seorang telah mendatangi rumah sahabatnya, lalu ia mengetuk pintunya. Sahabat itu membuka pintu dan bertanya; apa sebab engkau datang? Jawabnya; aku ada hutang sebanyak 400 dirham. Maka sahabat tadi [un mengira wang sebanyak 400 dirham, lalu memberikannya kepada kawannya itu. Kemudian ia masuk menemui isterinya sambil menangis. Isterinya bertanya; mengapa menangis? Jawabnya; aku menangis, kerana aku tidak pernah bertanyakan hal sahabatku itu, sehingga ia terpaksa mengetuk pintuku meminta pertolongan.
No comments:
Post a Comment