PERINGATAN

Pada setiap negeri dijadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Perbaikilah diri, keluarga, masyarakat dan pembesar kamu adalah kunci utama untuk Allah SWT memperbaiki negeri kamu.
Showing posts with label Daerah Kuantan. Show all posts
Showing posts with label Daerah Kuantan. Show all posts

20130516

Restoran Jebat Kampung Ketapang Kuantan

Walau Hang Jebat bukanlah nama yang dianggap sehebat nama Hang Tuah tetapi seorang pengusaha kedai makan di Kampung Ketapang Kuantan telah memilih nama Warong Jebat untuk menarik perhatian pelanggan. jangan salah faham pula Logo Warong Jebat ini menggunakan gambar keris yang dan terkeluar sarung. Adakah inilah rupa keris sebenar Hang Jebat ketika berlawan dengan Hang Tuah yang berkeriskan keris Taming Sari.
 01. nasi lemak bungkus di Warong Jebat adalah antara menu yang popular. Nasi lemak ini dibungkus secara berperingkat-peringkat oleh tukang buatnya. Jadi nasi lemak ini sentiasa suam. Bila makan nasi lemak Jebat ini kita tak akan puas dengan sebungkus. Mesti nak dua bungkus.
02. Warong Jebat juga menyediakan roti canai jebat. Mungkin tukang tebarnya akan bersilat macam Hang Jebat ketika menabar roti canai ini.

20130327

JPAM Kuantan hantar ular ke Mini Zoo Teruntum Kuantan

Pada 24hb Mac 2013 (Ahad), pengunjung ke Mini Zoo Teruntum Kuantan berpeluang melihat kerja-kerja penghantaran ular-ular yang ditangkap oleh Jabatan pertahanan Awam (JPAM) Kuantan. Ular tersebut diserahkan ke Rumah Ular Mini Zoo Teruntum Kuantan untuk jagaan.

Kalau sesiapa yang ada masalah dengan ular ditempat masing-masing segeralah minta bantuan JPAM Kuantan. Mereka akan menangkap ular tersebut. Ular yang ditangkap akan disimpan dan di pamirkan di Mini Zoo Teruntum Kuantan. Jadinya 'tuan asal' ular tersebut boleh sentiasa berkunjung ke Mini Zoo Teruntuk untuk melihat ular 'kesayangan' yang ditangkap di tempat mereka.

 01. Ular dipindahka kedalam kandang ular di Rumah Ular di Mini Zoo Teruntum Kuantan.
 02. Ular yang telah disediakan untuk dimasukkan kedalam rumah ular Mini Zoo Teruntum Kuantan.
 03. kakitangan JPAM Kuantan sedang membawa karung yang berisi ular yang telah ditangkap oleh mereka.
 04. Memeriksa keadaan ular yang ditangkap sebelum dimasukkan dalam Rumah Ular di Mini Zoo Teruntum Kuantan.
 05. karung-karung guni yang berisi ular yang sedang menunggu giliran dimasukkan kedalam kandang mengijuk jenis ular.
 06. Ular hitam berjalur kuning yang telah ditangkap dan akan di pindahkan dalam kandang ular  Rumah Ular di Mini Zoo Teruntum Kuantan.
 07. Kerja memindahkan ular ke dalam kandang masing-masing dilakukan dengan berhati-hati.
 08. Ada juga yang dilepaskan ke kawasan semak dalam kawasan Mini Zoo teruntum Kuantan.
 09. Kerja memindah ini diawasai sarjan JPAM yang berpengalaman.
 10. Koleksi ular yang paling banyak adalah ular hitam. Ada yang cuba memanjat keluar dari kandang tetapi sentiasa gagal.
 11. berkunjunglah ke Rumah Ular di Mini Zoo Teruntum Kuantan untuk melihat ular hidup. Untuk melihat ular mati kita boleh temui dijalan-jalan raya kerana dilangar oleh kenderaan.
12. kalau sesiapa yang berminat dengan ular boleh sertai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kuantan. Tetapi bagi sesiapa yang minat 'meng-ular' datuk/dato/datin/tuan/puan/cik kena 'jawad di akhirat'.

Sebelum terlupa, yang dilepaskan ke kawasan semak dalam kawasan Mini Zoo teruntum Kuantan bukan ular tetapi musang.

20110706

Makan-makan di Tanjung Api Kuantan

Kedai makan di kawasan Tanjung Api iaitu di kawasan Kompleks Hasil Laut Kuantan menyediakan pelbagai makanan popular untuk pengunjung. kawasan ini juga memudahkan pengunjung menikmati makan minum pagi dan membeli hasil laut yang masih segar di pasar ikan yang berhampiran.
16
15
Disamping makan dapat menikmati pemandangan kapal-kapal menangkap ikan.
14
13
12
11
Kedai Azani gerai makan kompleks hasil laut 25000 KUANTAN. Sedia menerima tempahan.
10
kita turut juga akan dihiburkan dengan gelagat kucing-kucing Tanjung Api. Ada yang suka bermain dan ada juga yang suka meminta makanan. tetapi mereka semua sopan-sopan, tiada yang suka melompat atas riba orang yang sedang makan.
09
08
07
06
05
04
03
02
Jika kita tidak mempunyai angan-angan terlebih dahulu, sampai disini akan membuatkan kita rambang mataa untuk memilih apa yanh hendak dimakan.
01
Menikmata selera disamping pemandangan tepi jeti suatu yang menambah selera makan.

20110626

Rojak bawah pokok ceri di Kuantan

Gerai bawan pokok ini menyediakan rojak, mee goreng dan sup ayam. Bagi minuman pula kita boleh minta abc atau cendol. Tapi bukanlah cendol yang terbaik di Kuantan tetapi sesuai dinikmati oleh orang yang lapar.
02
01

20110612

Restoran Under Tree Telok Cempedak

Ada menyediakan roti canai. Menjadi tempat lepak untuk pengayuh basikal.
05
04
03
02
01

20110601

Telok Cempedak 24.03.2011 - Pemandangan

Kera adalah icon harian yang boleh kita temui di Pantai Telok Cempedak.
07
06
Mencari makan.
05
Amaran DILARANG MEMBERI MAKAN KEPADA KERA. DO NOT FEED THE MONKEYS. Amaran oleh Jabatan Perlilitan.
04
Awan, hutan, laut dan batu.
03
Hutan, batu, awan, air dan pasir.
02
Sungguh menghiburkan kepada sesiapa yang dapat menghargi keindahan alam.
01
Berapa lamalagikah kita dapat menikmati pemandangan seperti ini. Adakan anak cucu kita akan dapat menikmatinya.













20110529

Telok Cempedak 24.03.2011 - Aktiviti Pengunjung

Banyak aktiviti yang boleh dijalankan di Pantai Telok Cempedak. Ada yang suka berjalan-jalan samada sendirian atau berpasangan.
08
Menikmati hembusan angin pantai.
07
Ada yang sedang mencari satu kepastian, satu kemestian, satu kewajipan atau satu tanggungjawab
06
Ada yang mencari satu tempat yang mempunyai seribu pengalaman atau mencari satu pengalaman yang memberikan seribu bebanan.
05
Ada juga pengunjung yang sedang mencari makna untuk satu hati dalam dua jiwa. Supaya mereka dapat mencari satu kata yang mempunyai dua makna.
04
Ramai yang tidak hiraukan apa yang oran lain buat.
03
Ada juga yang ditemani oleh sang kucing.
02
Menikmati hembusan angin laut adalah satu rahmat Allah swt.
01
Rama yang kita lihat membawa kamera ke pantai Telok Cempedak. Ada yang malu-malu untuk ambil gambar. Ada juga yang tidak hiraukan orang lain ketika menangkap gambar.