PERINGATAN

Pada setiap negeri dijadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Perbaikilah diri, keluarga, masyarakat dan pembesar kamu adalah kunci utama untuk Allah SWT memperbaiki negeri kamu.
Showing posts with label Antara Mitos dan Amanah Orang Tua (F). Show all posts
Showing posts with label Antara Mitos dan Amanah Orang Tua (F). Show all posts

20130318

F13 erti surah Al-Fath


hadis diriyayatkan oleh bukhari bermaksud:
“sesungguhnya telah diturunkan kepadaku pada waktu malam sebuah surah yang aku cintai lebih dari dunia ini dan isinya.” Pada riwayat yang lain,” yang lebih aku cintai daripada apa yang disinari oleh cahaya matahari” dan kemudian baginda membaca: ‘ innafatahna laka fathan mubinan’.(sila rujuk ayat arab sebenar)

hadis diceritakan oleh thalabi bermaksud:
“sesiapa membaca surah al-fath, maka seolah-oleh ia turut menyasikan pembukaan dan penaklukan Makkah bersama Muhammad Rasulullah.”

surah al-fath [erti]

Dengan menyebut nama allah yang maha pemurah dan maha penyayang.

Sesungguhnya kami telah memberi kepadamu kemenangan yang nyata.[a.1]

Supaya Allah memberi keampunan terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmatnya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus.[a.2]

Dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat.[a.3]

Dialah yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah disamping keimanan mereka. Dan kepunyaan Allah lah tentera langit dan bumi dan adalah Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana.[a.4]

Dan kepunyaan allah lah tentera langit dan bumi. Dan adalah allah maha perkasa dan lagi maha bijaksana.[a.7]

Supaya kamu sekalian beriman kepada Allah dan rasulnya, menguatkan, mambesarkannya. Dan bertasbih kepadanya diwaktu pagi dan petang.[a.9]

Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji kepada Allah. Tangan Allah diatas tangan mereka. Maka berangsiapa yang melangar janjinya nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allahmaka Allah akan memberinya pahala yang besar.[a.10]

Orang-orang badui yang tertinggal akan mengatakan:’ harta dan keluarga kami telah merintangi kami, maka mohonkanlah ampunan untuk kami” mereka mengucapkan dengan lidahnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Katakan lah:” maka siapakah yang dapat menghalang-halangan kehendak Allah jika dia mengkehendaki kemudharatan bagimu atau jika dia menghendaki manfaat bagimu. Sebanarnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.[a.11]

Sebagai suatu sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekal-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu.[a.23]

Dialah yang mengutus rasulnya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkannya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi.[a.28]

Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka: kamu lihat kereka rukuk dan sujud mencari kunia allah dan keredhaannya, tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam taurat dan sifat-sifat mereka dalam injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus diatas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir. Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh diantara mereka ampunan dan pahala yang besar.[a.29]

Wallahualam…inshaallah.

20130311

F12 kalau tersesat jalan


Orang tua ada berkata: 
kalau tersesat jalan, 
sila balik ke pangkal semula, 
ulang dan bertanya, 
mohon keampunan, 
perlindungan, 
rahmat serta rahim dari Allah 

dengan izin dan restu Allah swt, 
inshaallah, 
tuan-puan akan jumpa jalan pulang 
yang tuan-puan cari-cari selama ini


Koi hanya lah pertugas yang diamanahkan untuk menegur dan memperingatkan sahaja dan yang selebihnya, pada ALLAH, dia yang berhak atas segala-galanya, tuhan sekalian alam yang selayak-layak disembah, tiada yang selainnya.ALLAH HUU AKBAR. assalamualaikum…inshaallah…waallahuallam.

20130304

F13 Ada ramai lagi pemegang amanah dan petugas


ADA ramai lagi pemegang amanah/petugas diluar sana
(mereka asal dan bertugas  di seluruh pelusuk negeri nusatara).

Mereka tidak mengenal antara satu dengan lain 
dan mereka ini kebanyakannya tidak mengenal akan amanah 
dan tugas atas diri mereka (tidak tahu siapa diri ), 
walaupun ada yang menjaga mereka 
dan mereka tidak pernah hendak bertanya akan hal wajib mutlak 
dan hal wajib amanah atas diri mereka kepada penjaga 
dan orang yang mengawasi diri.

Kebanyakan dari mereka bertanya akan hal rezeki 
dan kesihatan sahaja 
dan ada dikalangan mereka itu yang menyalah gunakan 
akan kemudahan yang dianugerahkan pada diri mereka 
dengan perkara yang tahyul 
dan menyebabkan diri mereka terjerumus 
dikalangan cerdik bodoh sombong.

20130227

F10 Ajk persatuan sejarah jelebu


Yang ini koi berhubung melalui laman blog (sejarah jelebu. Ajk persatuan sejarah) untuk beberapa bulan, baru dia beri lampu hijau untuk berhubung dengan yang lain, itupun selepas dia dapat kepastian diri koi dan kebenaran untuk bercakap[buka mulut].

Macam-macam benda yang koi tanyakan pada dia [mitos dan silah dan nama kuno] dan ada masanya macam bertekak dah jadinya. Sehingga  dia diberi maklumat diri koi dari seseorang tua kedah. Dia kata dia tak dibenarkan menjelaskan semua soalan koi dan minta koi berjumpa dan berhubung dengan seseorang tua di Pahang sebab koi berada di Pahang. 

Orang tu je yang akan beri penjelasan sebenar pada koi.

sumber gambar: psbjelebu.fotopages.com

pemengang amanah/petugas.8;( negeri sembilan)

20130218

F9 Dialog dengan Si Polan


Ng;”dari mana” 

Pa/p7;”dekat sini je, p.ng ada?

Ng;”dalam rumah sembahyang asar, sambil tunggu awak”(koi pun menanyalah pada dia sebab itu kali pertama koi jumpa dia, soalan nya yang koi tanya , asal dia [ssilah].koi cuba teka diri dia beberapa kali  tapi semua salah, jadinya koi minta susur dia yang paling atas [teperanjat dia dengar pemintaan koi tu].

Pa/p.7; kata dan ceritanya;” syeh maulana ibrahim dan sunan ampel”. Dan dia tunjuk beberapa barang pada dia sebagai bukti. Koi Cuma tengok je, tak pegang pun dan koi suruh dia simpan je barang dia tu. Satu lagi nama yang dia beri adalah kiyai salleh dan sebab dia adalah waris nya. Apabila dia nampak p.ng  keluar dari rumah, terus dia memutuskan ceritanya tu dan bercerita bab lain. Koi diamkan je lah.
sumber gambar: cari-kubur-lama-pahang-5

Pemegang amanah/petugas.7;(johor)