-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20131025

C11 KEMBALILAH KEPADA TUGAS DAN AMANAH ASAL

Ada tiga golongan kumpulan yang ada tanggungjawab yang mesti mereka terima dan mesti jalankan.

1.Golongan kumpulan pertama dari kalangan ahli agama
2.Golongan kedua dari kalangan ahli perubatan tradisional
3.Golongan ketiga dari kalangan ahli persilatan

Tuan-puan tidak diberi kemahiran dan keilmuan dalam bidang agama,perubatan dan persilatan dengan tanpa sebab musabab dan untuk suka-suka sahaja dan juga tuan-puan tidak diberi kerana dipusakai dari nenek moyang.

Apabila tuan-puan menerima kebolehan  yang tersebut , tuan-puan mempunyai kewajipan menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan keatas tuan-puan daripada ALLAH TA’ALA dan bukanlah keistimewaan yang dianugerahkan itu untuk dijadikan hiasan dunia semata-mata. Tugas dan amanah asal itu adalah sebagai pendiri islam dan fiisabilillah.

1. Tuan-puan harus berpegang kepada; Amanah, Syukur dan Redho kepada semua perkara.

2. Tiada pengecualian atas tugas ataupun menarik diri tanpa menyusahkan orang lain.

3. Jangan berlaku ingkar atas diri sendiri dan orang lain. Kerana ianya menyebabkan pincangnya Islam dan runtuhnya tauhid.

20131018

C10 Pahlawan-pahlawan abad ketujuh belas di nusatara


1.Sultan agong mataram@mas ransang@ panembahan agong senopati ing alogo ngabdur’rahman bin mas jolang bin senopati.

2.Sultan iskandar muda mahkota alam acheh;
-sultan hasanuddin, sultan banten  pertama berkhawin dengan anak sultan inderapura dari keturunan sultan  ali moghayat shah

-raja mughal@ alauddin mansor shah bin sultan ahmad perak,menantu kepada al-kahhar@ sultan ali riayat shah 1 dan ipar kepada ali riayat shah[anak sultan ali riayat shah 1]

-sultan iskandar sani, adalah menantu kepada sultan iskandar muda. Isterinya bernama safiah@ sutanah tajul alam safiayatuddin shah@puteri seri alam permaisuri, cucu kepada sheikh daim bin sheikh Abdullah al-malikul amin@daeng mansor[anak daeng mansor,puteri sani berkhawin dengan sultan iskandar muda].

3.Sultan hasanuddin makasar bin sultan alauddin awwalul islam@karaeng tonigallo.

4.Sultan ageng tirtayasa banten@ sultan abu’I fat’h abdulfattah bin abu’lma’ali rahmatullah bin sultan abu’l mafakhir.
(jangan buat andaian yang melampau)

5.Yang dipertuan minangkabau.[rasanya tidak perlu dicoretkan kerana ramai yang mengetahuinya]

6.Trunojoyo Madura, cucu kpada chakraninggrat 1 dan menantu kepada raden kejoran@panembahan rama.

7.Karaeng galesong dari makasar ,menantu kepada trunojoyo Madura.

8.Untong surapati@pangeran wiroguno ,anak bangsawan bali, adipati arya jajanegara dan lain-lain.

20131011

C09 Tafakkur (berfikir)

Ketahuilah,
bahawa Allah swt telah menyuruh hamba-hambanya untuk bertafakkur
atau berfikir
sambil meneliti segala yang tertera didalam kitabnya yang mulia
dalam beberapa tempat,
dengan memuji-muji orang-orang yang berfikir itu.

Asy-syafii rahimahullah berkata:
ambillah kesempatan kebolehan bicara itu
dengan berdiam diri
dan carilah idea
untuk menghuraikan sesuatu perkara
dengan berfikir.

Ketahuilah,
bahawasanya teras fikiran itu ialah
ilmu pengetahuan.

20131004

C08 Mencela ghurur


Adapun ghurur atau tipudaya orang-orang yang ashi[derhaka], mereka akan menenangkan diri mereka dengan berucap: sesungguhnya Allah maha pemurah dan kami sekalian mengharapkan pengampunannya.

Mereka bertawakal sepenuhnya kepada Allah taala, sedang mereka melalaikan amalan mereka.
Mereka sampai mengatakan: betapa pun banyaknya maksiat-maksiat makhluk itu, namun ia akan tenggelam didalam lautan rahmat Allah taala.

Mereka ini sebenarnya hanya menggantungkan harapan sepenuhnya dengan menerusi wasilah iman semata-mata.

Taqwa kepada Allah taala ialah suatu fardhu ain yang wajib atas setiap manusia, tidak mencukupi taqwa siayah untuk meliputi sianak barang sedikitpun. Dan demikianlah  juga sebaliknya.

Kerap pula berlaku seseorang itu menggantungkan harapan kepada amalan saleh nenek moyangnya atau kemuliaan nasab keturunannya, seperti orang yang mengagung-agungkan kemuliaan dirinya kerana bernasabkan keturunan kepada keluarga alawiyin [keturunan ali bin abu talib]. 

Tetapi dia tidak pula menuruti jejak langkah nenek moyangnya yang terkenal sebagai orang-orangyang berada dipuncak takut, takwa dan wara. Ada yang menyangka bahawa dirinya lebih dimuliakan oleh Allah taala dari nenek moyang sendiri, sebab nenek moyangnya meskipun amat taqwa dan amat wara namun mereka masih menyimpan perasaan takut didalam hati. 

Sedang ia meskipun berada ditingkat fasik dan selalu berbuat salah, namun begitu ia tetap aman, tidak khuatir akan ditimpa bala dari Allah taala. Inilah yang dikatakan sifat ghurur yang amat dahsyat terhadap Allah taala.