KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.
Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

20110106

Program Rasmi Pahang - Januari 2011

(Gambar pengunjung Pekan Sehari Temerloh Pahang)

4 Jan 2011
Jerantut
Majlis Pelancaran Tapak Pasar Malam Inderapura Majlis Daerah Jerantut
Majlis Daerah Jerantut akan melancarkan Pelancaran Tapak Pasar Malam Inderapura seperti ketetapan berikut :
TARIKH : 4 Januari 2011 (Selasa )
MASA : 6.00 Petang
TEMPAT : Tapak Pasar Malam Inderapura

7 Jan 2011
Rompin
Hari Terbuka Pusat Jalur Lebar Komuniti Kg Setajam
YB. Kapt (B) Dato'' Haji Johari Hj Hussin ADUN Tioman akan merasmikan Hari Terbuka Pusat Jalur Lebar Komuniti Kg Setajam di PJK Kg.Setajam pada 07 Januari 2011 jam 03.00 petang.

Bera
Ceramah Sambutan Maal Hijrah 1432H Oleh Ustazah Asni Bt.Mansor
YB Dato'' Sri Haji Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan merangkap Ahli Parlimen Bera akan merasmikan program tersebut. Tarikh, masa dan tempat adalah seperti berikut :-
Tarikh : 07 Januari 2011. ( Jumaat )
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Dewan UMNO Bahagian Bera.

Maran
Majlis Pelancaran Pengeluaran Suratan Hak Milik Sementara Dalam Tempoh Satu Hari Oleh Ketua Setiausaha Negara
Majlis Pelancaran Pengeluaran Suratan Hak Milik Sementara Dalam Tempoh Satu Hari Oleh Ketua Setiausaha Negara Dato Sri Tan Sri Mohd Sidek Bin Haji Hassan di Perkarangan Pejabat Daerah Dan Tanah Maran pada 7 Januari 2011 jam 10.00 pagi.

8 Jan 2011
Kuantan
Program Daftar Pemilih dan Sembang Petang Bersama YAB Menteri Besar Pahang.
Dewan Pusat Latihan KEMAS, Jalan Tok Sira, Kuantan pada 08 Januari 2011 (Sabtu), jam 9.00 pagi.

Cameron Highlands
Program Rakan Alam Sekitar Parlimen Cameron Highlands
Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Cameron Highlands akan menganjurkan Program Rakan Alam Sekitar Parlimen Cameron Highlands pada 08 Januari 2011 ( Sabtu ) bertempat di Estet Blue Valley yang bermula jam 8.00 pagi. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh En. Yogendran A/L Ganapathy ( Jurutera Daerah JPS).

Rompin
Majlis Ramah Mesra Bersama YB. ADUN Tioman
YB. Kapt ( B) Dato'' Haji Johari Haji Hussin, ADUN Tioman akan mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama YB. ADUN Tioman di Dewan Teluk Gading ,Kampung Tanjong Gemok pada 08 Januari 2011 jam 02.00 petang.

9 Jan 2011
Pekan
Majlis Perasmian Penutup Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) Inspirasi Nelayan Oleh YB Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia
Majlis Perasmian Penutup Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) Inspirasi Nelayan Oleh YB Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia Datuk Maglin Dennis D'Cruz di Tapak Pasar Tani Kampung Kuala Pahang Pekan pada 9 Januari 2011 jam 8.30 malam.

Cameron Highlands
Program Yellow Rides Sempena Le Tour De Langkawi Peringkat Daerah.
Program " Yellow Rides" Sempena Le Tour De Langkawi Peringkat Daerah Cameron Highlands akan dilangsungkan pada 09 Januari 2011 ( Ahad ) bertempat di Tapak Letak Kereta MDCH, Tanah Rata bermula jam 8.00 pagi. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Y.H. Dato'' Abdull Muain Bin Abdul Hamid ( Pegawai Daerah Cameron Highlands). Berbagai acara menarik telah disediakan oleh pihak penganjur seperti senamrobik, gerai jualan dan juga pameran.

(sumber gambar http://www.ltdl.com.my/)

Bera
Program Gotong-Royong Membuat Bubur Lambok K-BESTARI Kg.Sri Buntar Mukim Triang 1 bersama Kariah Surau Taman Triang Maju
K-BESTARI Kg.Sri Buntar ( Mukim Triang 1 ) bersama khariah Surau Taman Triang Maju akan mengadakan aktiviti gotong-royong membuat Bubur Lambok sepetimana ketetapan dibawah ini :-
Tarikh : 09 Januari 2010. ( Ahad )
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Surau Taman Triang Maju.
Orang Ramai dijemput hadir.

Kuantan
Majlis Gotong-Royong Zon A Tanah Putih Baru Bersama YB Dato Wan Adnan bin Wan Mamat, ADUN Kawasan Tanjung Lumpur merangkap EXCO Kerajaan Negeri Pahang
YB Dato'' Wan Adnan bin Wan Mamat, ADUN Kawasan Tanjung Lumpur merangkap EXCO Kerajaan Negeri Pahang akan menghadiri Majlis Gotong-Royong Zon A Tanah Putih Baru bertempat di kawasan ADABI Tanah Putih, Kuantan pada 9 Januari 2011 (Ahad), jan 9.00 pagi.

(sumber gambar Facebook)

Kuantan
Taklimat Isu-Isu Semasa Bahagian Kuantan Oleh YB Dato Wan Adnan bin Wan Mamat Exco Kerajaan Negeri Pahang
YB Dato Wan Adnan bin Wan Mamat , ADUN Kawasan Tanjung Lumpur merangkap EXCO Kerajaan Negeri Pahang akan menyempurnakan Taklimat Isu-Isu Semasa Bahagian Kuantan bertempat di Dewan Seminar Kompleks Dagangan Bandar Indera Mahkota, Kuantan pada 9 Januari 2011(Ahad), jam 2.00 petang.


13 Jan 2011

Maran
Festival Memasak Bubur As-Syura Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Maran 1432H
Festival Memasak Bubur As-Syura Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Maran 1432H akan diadakan pada 13 Januari 2011 ( Khamis ) bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 mlm bertempat di Masjid Kampung Luit, Maran.

(sumber gambar hariscollection.com) "Mewakafkan diri hanya kepada Allah s.a.w."

16 Jan 2011

Bera
Majlis Perasmian Program ZOOM Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan KPDNKK Daerah Bera
YB Dato'' Sri Haji Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan merangkap Ahli Parlimen Bera akan turut sama memeriahkan program tersebut. Tarikh, masa dan tampat adalah seperti berikut :-
Tarikh : 16 Januari 2011. ( Ahad )
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Laman Kerayong, Bera.


Bera
Program Aplikasi Teknologi MOSTI Bersama Komuniti ( TAPMOSTI@COMMUNITY ) - Teknologi Pemprosesan Makanan Haiwan Berasaskan Pelepah Sawit
YB Dato'' Sri Haji Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan merangkap Ahli Parlimen Bera akan turut hadir dalam program tersebut. Tarikh, masa dan tempat adalah seperti berikut :-
Tarikh : 16 Januari 2011. ( Ahad )
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan PPRT Paya Serai, Kuala Bera.



17 Jan 2011

Jerantut
Majlis Perasmian Bangunan Tambahan Sekolah Kebangsaan Kampong Pagi Ulu Tembeling Jerantut Oleh YB Timbalan Menteri Pelajaran
Perasmian Bangunan Tambahan Sek Keb Kampong Pagi Ulu Tembeling akan diadakan seperti berikut sempena lawatan kerja Tim Menteri Pelajaran ke sekolah pedalaman Ulu Tembeling Jerantut.
TARIKH : 17.01.2011 (Isnin)
MASA : 10.00 Pagi
TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Kampong Pagi Ulu Tembeling.Jerantut


Jerantut
Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia ke Sekolah Kebangsaan Kuala Sat, Ulu Tembeling Jerantut
Lawatan Kerja Tim. Menteri Pelajaran ke Sekolah Kebangsaan Kuala Sat akan diadakan seperti berikut :
TARIKH ; 17.01.2011 (Isnin)
MASA : 3.45 Petang
TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Kuala Sat,Ulu Tembeling


Jerantut
Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Sempena Lawatan Kerja ke Pedalaman Ulu Tembeling Jerantut
Satu Program pemimpin Bersama Rakyat bersama Timbalan menteri Pelajaran Sempena lawatan kerja ke pedalaman Ulu Tembeling akan diadakan seperti berikut :
TARIKH : 17.01.2011 (Isnin)
MASA : 8.45 Malam
TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Mat Daling, Ulu Tembeling


Kuantan
Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kerja Kepada Kontraktor Bagi Kerja-Kerja Rutin Jalan Persekutuan Pakej Negeri Pahang DM Bagi Tahun 2011-2012
Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kerja Kepada Kontraktor Bagi Kerja-Kerja Rutin Jalan Persekutuan Pakej Negeri Pahang DM Bagi Tahun 2011-2012 Oleh YAB Menteri Besar Pahang Dato'' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob pada 17 Januari 2011 jam 10.00 pagi.

18 Jan 2011

Jerantut
Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia ke Sekolah Kebangsaan Kampong Bukit Mat Daling, Jerantut
Lawatan Kerja Tim. Menteri Pelajaran ke Sekolah Kebangsaan Kampong Bukit Mat Daling akan diadakan seperti berikut :
TARIKH : 18.01.2011 (Selasa)
MASA : 8.00 Pagi
TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Kampong Bukit Mat Daling


19 Jan 2011

Temerloh
Lawatan Kerja YB.Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia ke Stesyen Keretapi Kuala Krau
Y.B.Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim bin Bakri akan melakukan lawatan kerja ke Stesyen Keretapi Kuala Krau, Temerloh di Stesyen Keretapi Kuala Krau pada hari Rabu, 19 Januari 2011 jam 12.00 tengahari.

24 Jan 2011

Bentung
BENTONG ; Majlis Penyerahan Kunci Projek Penempatan Semula Orang Asli Sungai Temir Ke Sungai Bilut
Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air akan Mengadakan Majlis Penyerahan Kunci bagi Projek Penempatan Semula Orang Asli Sg. Temir ke Sg. Bilut yang disampaikan Oleh Menteri Besar Pahang pada 24 Januari 2010 bertempat di Sungai Bilut, Bentong jam 10.00 pagi

Rompin
Lawatan Kerja Bersepadu YB.Senator Dato Timbalan Menteri Sumber Manusia Ke Perkampungan Orang Asli DUN Muadzam Shah

Kuantan
Majlis Pelancaran Kempen Kami Prihatin

Temerloh
Majlis Perjumpaan Penduduk Bersama Majlis Perbandaran Temerloh dan Agensi Kerajaan

26 Jan 2011

Maran
Pertandingan Berzanji / Marhaban Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang 1432H / 2011M

Kuantan
Sidang Media Sempena Lawatan Kerja YB Datuk Lee Chee Leong Timbalan Menteri Dalam Negeri Ke Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pahang

Kuantan
Majlis Ramah Mesra YB Datuk Lee Chee Leong Timbalan Menteri Di Kementerian Dalam Negeri Anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pahang

Kuantan
Majlis Ramah Mesra YB Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri KDN Bersama Pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS) Negeri Pahang
27 Jan 2011

Maran
Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah Pertandingan Berzanji / Marhaban Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang 1432H / 2011M


Bentung
CERAMAH AGAMA SEMPENA MAAL HIJRAH
Ceramah Agama sempena Maal Hijrah oleh Ybhg. Us. Badlishah Bin Alauddin Penolong Pengarah Jab. Agama Islam Pahang pada 27/01/2011 di Masjid FELDA Kemasul, Pelangai jam 7.00 mlm.

29 Jan 2011

Kuantan
Majlis Cabutan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional Bagi Bulan Januari 2011 Oleh YAB Menteri Besar Pahang.

(sumber gambar gumokhazri.blogspot.com)

Majlis Cabutan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional Bagi Bulan Januari 2011 Oleh YAB Menteri Besar Pahang Dato'' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob di Pusat Membeli Belah East Coast Mall Kuantan pada 29 Januari 2011 jam 3.00 petang.

(sumber gambar Facebook)

Kuantan

Majlis Perasmian Kempen Mengosongkan Tangki Septik di Perkampungan Sungai Isap Kuantan Oleh YB Dato Wan Adnan Bin Wan Mamat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang
di Dewan Perkampungan Sungai Isap 2 Kuantan pada 29 Januari 2011 jam 11.00 pagi.

30 Jan 2011

Kuantan

(sember gambar: barisan-nasional-news.newslib.com)
Konvensyen Barisan Nasional BN Negeri Pahang DM 2011 Oleh YAB Menteri Besar Pahang Dato'' Sri Diraja aji Adnan Bin Haji Yaakob di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan pada 30 Januari 2011 Jam 10.00 pagi.

20101209

Larian YAKEB 5km Serentak 1Malaysia

YAYASAN Kebajikan Atlit Kebangsaan (YAKEB) telah bekerjasama dengan Maybank, Kumpulan NSTP, TV3 dan Kesatuan Olahraga Amatur Kebangsaan (KOAM) bagi menganjurkan ‘Larian Serentak 1Malaysia’ di semua 14 negeri serentak pada 11 Disember 2010. Larian adalah sejauh 5km sahaja.

Bagi peserta larian 1Malaysia di negeri Pahang, semua peserta akan berkumpul di Stadium Darul Makmur. Peserta akan berlepas dari stadium melalui Jalan Bukit Ubi, Jalan Mahkota, Jalan Teluk Sisik, Jalan Beserah, Jalan Lim Hoe Lek dan kembali ke stadium.
(Peta Larian Satu Malaysia YAKEB Pahang)

Sepanjang larian ini peserta akan berlari dihadapan Pasar Besar, Padang MPK 3, Balai Bomba, Padang MPK 2, Taman Kerang, Masjid Negeri, Telekom Malaysia, Pejabat Pos, Hotel Suraya, Hotel Kosma dan MS Garden Hotel. Peserta juga akan menempun 7 lampu isyarat.

Pelepasan peserta di Dataran Merdeka akan disempurnakan oleh Penaung YAKEB, Datin Seri Rosmah Mansor tepat jam 7.30 pagi. Serentak dengan pelepasan tersebut akan berlepas juga peserta di 14 lokasi di setiap negeri.

1 Pahang - Stadium Darul Makmur, Kuantan [Peta]
2 Melaka - Stadium Bukit Serindit [Peta]
3 Negeri Sembilan - Padang MPS, Seremban [Peta]
4 Selangor - Stadium Petaling Jaya, Petaling Jaya [Peta]
5 Wilayah Persekutuan - Dataran Merdeka, Kuala Lumpur [Peta]
6 Perak - Stadium Indera Mulia, Ipoh [Peta]
7 Kedah - Taman Jubli Perak, Sg Petani [Peta]
8 Pulau Pinang - Kompleks Belia dan Sukan, Batu Uban [Peta]
9 Perlis - Stadium Kangar [Peta]
10 Kelantan - Stadium Sultan Mohd IV, Kota Bharu [Peta]
11 Terengganu - Taman Awam Batu Burok, K Terengganu [Peta]
12 Johor - Dataran Bandaraya, Johor Bharu [Peta]
13 Sarawak - Padang Merdeka, Kuching [Peta]
14 Sabah - Padang Merdeka, Kota Kinabalu [Peta]

Bayaran yang dikenakan adalah RM3 untuk bawah 17 tahun dan RM10 untuk atas 17 tahun. Peserta terbahagi kepada (1) Bawah 17 tahun, (2) 18 hingga 46 tahun dan (3) Atas 47 tahun.

Tiga kategori tersebut menyediakan hadiah pertama RM500, kedua RM300, ketiga RM200. Keempat hingga ke-10 akan menerima RM50 dalam akaun Maybank selain kesemua peserta akan diberikan sijil penyertaan.

Peserta akan mendapat sehelai t-shirt dengan borang penyertaan yang didapati di semua akhbar kumpulan NSTP hari Rabu dan Ahad ataupun di laman web YAKEB, laman web Maybank2u atau di seluruh cawangan Maybank di seluruh negara.

LINKS:
1. derkeenrunner2009.blogspot.com - larian serentak 1malaysia 2010
2. www.bharian.com.my - Larian Serentak 1Malaysia 11 Disember
3. www.bernama.com - YAKEB Anjur Larian Serentak 1Malaysia Semarak Perpaduan
4. yakeb.org.my - Larian serentak satu Malaysia
5. www.kamb.org.m -
6. chap-ayam-runners09.blogspot.com -

Program Rasmi Pahang -Disember 2010

7 Disember 2010
Kuantan - Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang Tahun 1432 Hijrah / 2010 Masihi

KDYMM Sultan Pahang telah berkenan berangkat ke Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang Tahun 1432 Hijrah / 2010 Masihi bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Teluk Sisek, Kuantan pada 7 Disember 2010 ( Selasa ), jam 9.00 pagi.


8 Disember 2010
Kuantan - Majlis Persembahan Taklimat Persiapan Menghadapi Musim Tengkujuh 2010/2011 Negeri Pahang

Majlis Persembahan Taklimat Persiapan Menghadapi Musim Tengkujuh 2010/2011 Negeri Pahang kepada KDYMM Sultan Pahang di Bilik Gerakan Negeri Tingkat 7, Wisma Persekutuan Kuantan pada 8 Disember 2010 jam
9.15 pagi.


9 Disember 2010
Rompin - Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Daerah Rompin 2010 Oleh YB Kapten (B) Dato Haji Johari Hj Hussin, ADUN Tioman

YB. Kapten (B) Dato'' Haji Johari Hj Hussin, ADUN Tioman akan merasmikan Program Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Daerah Rompin di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Rompin pada 09 Disember 2010
jam 11.00 pagi.


Bentung - Taklimat Mengenai Strategi Baru Kawalan Nyamuk Aedes Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Pejabat Daerah Bentong akan mengadakan Taklimat Mengenai Strategi Baru Kawalan Nyamuk Aedes pada 09.12.2010 di Dewan Majlis Perbandaran Bentong
jam 2.30 petang.


Kuantan - Majlis Perasmian Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Negeri Pahang

Majlis Perasmian Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Negeri Pahang Bandar Indera Mahkota Kuantan Oleh KDYMM Sultan Pahang pada 9 Disember 2010 jam 10.00 pagi.


10 Disember 2010
Bera - Program Karnival Sukan Parlimen Bera

Program Karnival Sukan Parlimen Bera diadakan selama dua (2) hari dan aktiviti futsal akan diadakan sempena pembukaan gelanggan baru. Tarikh, masa dan tempat adalah seperti berikut :-

Tarikh : 10 & 11 Disember, 2010.
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Gelanggan Futsal Taman Jaya Kemayan.
Belia dan beliawanis yang berminat dijemput hadir.

Bera -Program Konvoi Singgah Mesra Sinar Harian Pahang ke Bera

Sinar Harian Pahang akan mengadakan Program Konvoi singgah Mesra Sinar Harian Pahang selama 2 hari di Daerah Bera ini dan pelbagai aktiviti telah diatur bagi memeriahkan program tersebut. Tarikh, masa dan tempat adalah seperti berikut :-
Tarikh : 10 & 11 Disember,2010.
Masa : 2.00 petang
Tempat : Sekitar Daerah Bera
11 Disember 2010
Cameron Highlands - Program Intervensi Mengawal Penyakit 2010 Cameron Highlands

Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands akan melangsungkan Program Intervensi Mengawal Penyakit 2010 dirasmikan oleh Y.B. Dato' SK Devamany ( Timbalan Menteri di JPM / Ahli Parlimen Cameron Highlands) pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 11 Disember 2010 ( Sabtu )
Masa : 8.00 pagi.
Tempat : Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands.
* Media dan orang ramai dijemput hadir.

Bera -Majlis Pelancaran Briged Orang Asli RELA Peringkat Kebangsaan oleh YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri

YB Dato'' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri akan melancarkan Majlis Pelancaran Briged Orang Asli RELA Peringkat Kebangsaan sepertimana ketetapan dibawah ini :-
Tarikh : 11 Disember, 2010. ( Sabtu )
Masa : 1.30 tengahari
Tempat : Padang SK Pos Iskandar, Bera.

Kuantan - Majlis Perasmian Program Gerak Usahawan Kolej Komuniti Wilayah Timur 2010 Oleh KDYTM Tengku Puan Pahang

Majlis Perasmian Program Gerak Usahawan Kolej Komuniti Wilayah Timur 2010 Oleh KDYTM Tengku Puan Pahang di Teluk Chempedak Kuantan pada 11 Disember 2010
jam 11.00 pagi.


Bera -Program Gotong-Royong Anjuran Parlimen Bera Bersama Majlis Daerah Bera

YB Dato'' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunan merangkap Ahli Parlimen Bera akan turut serta dalam program tersebut. Tarikh, masa dan tempat adalah seperti berikut :-
Tarikh : 11 Disember, 2010. ( Sabtu )
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari.
Tempat berkumpul : Pusat Komuniti BESTARI Kg.Sri Buntar, Triang.
Wakil Media dan orang ramai dijemput hadir.

Kuantan - Majlis Anugerah Kecemerlangan UPKK KAFA Dan Khatam AlQuran Beramai-Ramai Peringkat Daerah Kuantan

Majlis Anugerah Kecemerlangan UPKK KAFA Dan Khatam AlQuran Beramai-Ramai Peringkat Daerah Kuantan oleh Timbalan YDP MUIP di Dewan SAR KAFA AlHuda Sungai Isap 2 Kuantan pada 11 Disember 2010 jam
8.30 pagi.


12 Disember 2010
Bera -Majlis Pelancaran Kempen Tanam Sendiri-Jimat Belanja oleh YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Merangkap Ahli Parlimen Bera

YB Dato'' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan merangkap Ahli Parlimen Bera akan melancarkan Kempen Tanam Sendiri - Jimat Berbelanja sempena Kempen Konsumer Kebangsaan (3K). Kempen tersebut dianjurkan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Tarikh, masa dan tempat adalah seperti berikut :-

Tarikh : 12 Disember 2010. ( Ahad )
Masa : 3.00 petang.
Tempat : Kompleks Rakan Muda Daerah Bera.
Wakil Media dan orang ramai dijemput hadir.

14 Disember 2010
Kuantan - Majlis Perasmian Penutup Festival Seni Cipta Bersama KDYTM Tengku Puan Pahang

KDYTM Puan Pahang telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Penutup Festival Seni Cipta bertempat di East Coast Mall Kuantan pada 14 Disember 2010 ( Selasa ), jam 2.30 petang.

- Festival Seni Cipta Bersama KDYTM Tengku Puan Pahang berlangsung pada 12 hingga 14 Disember 2010 ( Ahad, Isnin dan Selasa).
- Media & orang ramai dijemput hadir.

15 Dis 2010
Cameron Highlands -Program Komuniti dan Agenda Tempatan Majlis Daerah Cameron Highlands Bersama Regional Enviromental Awareness Cameron Highlands ( REACH)

Maran -Majlis Perasmian Penutup Program Gerak Mesra Rakyat DUN Luit 2010 Oleh YAB Menteri Besar Pahang

16 Dis 2010
Rompin -Majlis Gempur NKRA Dan Pengagihan Kotak Makanan,Uniform Sekolah,Tilam Dan Bantal Mengikut Parlimen Dibawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)Meningkat Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah.

Kuantan -Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Kerja Raya Malaysia 2010 Oleh YB Menteri Kerja Raya

Raub -Majlis Ramah Mesra YB Menteri Pelancongan Malaysia Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen Ke Kampung Orang Asli Daerah Raub
17 Dis 2010
Kuantan -Majlis Penyerahan Dan Agihan Zakat Siri 7/2010 Pusat Kutipan Zakat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

Kuantan -Majlis Jamuan Malam Kerajaan Negeri Pahang Sempena Kejohanan Sukan Kerja Raya Malaysia 2010

18 Dis 2010
Rompin -Majlis Penyerahan Suratan Hak Milik Tanah,Rancangan Tanah Kelompok (RTK ) Muadzam Shah

Kuantan -Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Sukan Kerja Raya Malaysia 2010 Oleh YB Timbalan Menteri Kerja Raya

19 Dis 2010
Jerantut -PROGRAM TARANNUM MUSIM CUTI SEKOLAH PERINGKAT MUKIM CHEKA 1

Maran -Majlis Perasmian Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) Ekspresi Belia FeldaOleh YB Timbalan Menteri 2 Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia

Rompin -Program Jelajah One Malaysia (JOM )Pemuda BN

21 Dis 2010
Rompin -Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah Peneroka Felda Selancar 2, Gugusan Selancar

Rompin
Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah Peneroka Felda Selancar 2, Gugusan Selancar Oleh YAB. Menteri Besar Pahang Dato' Sri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob

Maran
Majlis Perasmian Taklimat Prosedur Pendaftaran Baru Kontraktor CIDB Dan Pembiyaan Kontrak CGC Peringkat Zon Tengah Oleh YB Dato Hj Tan Mohd Aminuddin bin Hj Ishak, Exco Kerajaan Pahang
23 Dis 2010

Cameron Highlands
Ceramah Perdana Maal Hijrah 1432 Daerah Cameron Highlands Anjuran Bersama Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highlands dengan kerjasama Majlis Daerah Cameron Highlands, Pejabat Daerah & Tanah, BAKA dan Al-Mashoor

Jerantut
Hari Memperingati Asyura Anjuran Unit Pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Jerantut

Temerloh
Majlis Penyerahan Sumbangan Deepavali 2009 dan Sumbangan Aidilfitri 2010 Kepada Warga Emas Berumur 80 Tahun Keatas Dun Kerdau.

24 Dis 2010
Temerloh
Majlis Penyampian Bonus Tahunan Peserta TSK Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Daerah Temerloh, Maran, Bera & Jerantut Oleh Ketua Pengarah JHEOA Malaysia

Jerantut
Forum Perdana Sempena Program Juara Rakyat
Temerloh Sambutan Maal Hijrah 1432 Peringkat Daerah Temerloh

25 Dis 2010
Temerloh
Mesyuarat Agong Kali ke-4 Persatuan Penduduk Taman Bukit Cermin Perasmian Oleh YB Ahli Parlimen Temerloh Dato Haji Saifuddin bin Haji Abdullah

Jerantut
Sambutan Hari Aids Sedunia Peringkat Daerah Jerantut
Temerloh Perasmian Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Pahang Tahun 2010 Parlimen Kuala Krau
26 Dis 2010
Temerloh
Perayaan Ulangtahun ke-4 Kelab Sukan dan Rekreasi Saudagar Malaysia YB.Menteri Kesihatan, Dato' Sri Liow Tiong Lai

Kuantan
Majlis Perasmian Penutup Cherating Surf Festival 2010 Oleh YB Dato' Haji Shafik Fauzan Haji Sharif
27 Dis 2010

Jerantut
PROGRAM SANTAPAN ROHANI BULANAN PERINGKAT DAERAH JERANTUT

Jerantut
Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Jerantut

Raub
PROGRAM PENYAMPAIAN SUMBANGAN SEMPENA HARI DEEPAVALI 2010

29 Dis 2010

Jerantut
PROGRAM SANTAPAN ROHANI BULANAN PERINGKAT DAERAH JERANTUT

Jerantut
Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Jerantut

Raub
PROGRAM PENYAMPAIAN SUMBANGAN SEMPENA HARI DEEPAVALI 2010

Kuantan
Majlis Penyampaian Sumbangan Wang Ihsan Kepada Penerima Warga Emas dan Penerima Berbangsa Hindu Dalam Kawasan DUN Panching

30 Dis 2010

Cameron Highlands
Sambutan Hari Aids Sedunia Peringkat Cameron Highlands

Pekan
Majlis Gempur (NKRA) Meningkat Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah, Peringkat Parlimen Pekan

Pekan
Festival Asyura Peringkat Parlimen Pekan Anjuran Jabatan Agama Islam Pahang

sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

20101125

Kayuhan Mahkota Pahang 2010

Peminat basikal di Negeri Pahang tentu merasa amat gembira kerana berpeluang mengayuh bersama Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang melalui program KAYUHAN MAHKOTA PAHANG 2010. Program Kayuhan Mahkota Pahang 2010 akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh: 18.12.2010 (Sabtu)
Tempat: Istana Abdul Aziz - Telok Cempedak
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengahari

Aturcara:
7.30 pagi -Ketibaan tetamu jemputan, Ketua Jabatan dan Ahli Mesyuarat Negeri.
7.45 pagi - Ketibaan YAB Menteri Besar Pahang
8.00 pagi - Keberangkatan tiba Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang. - Jamuan ringan - Penyerahan basikal kepada Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang oleh YB Dato' Haji Shafik Fauzan bin Haji Sharif. - Aktiviti regangan dan memanaskan badan - Keberangkatan Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang ke garisan permulaan. - Bacaan doa.
8.30 pagi - Pelepasan peserta Kayuhan Mahkota 2010
8.30 pagi - Acara sampingan di Telok Cempedak dimulakan.
9.15 pagi - Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan peserta dijangka tiba di Taman Kerang. Jamuan Ringan
9.45 pagi - Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan peserta menyambung kayuhan ke Telok Cempedak
10.10 pagi - Acara sampingan di Telok Cempedak tamat.
10.20 pagi - Majlis penyampaian hadiah acara sampingan.
10.45 pagi - Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dijangkakan sampai di Telok Cempedak.YB Dato' Haji Shafik Fauzan bin Haji Sharif. - Ucapan Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang - Titah pelancaran Pahang BicycleMania 2011 disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang - Jamuan Makan tengahari. - Persembahan - Sidang akhbar - Keberangkatan pulang Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang diiringi oleh tetamu jemputan dan ketu-ketu jabatan - Acara cabutan bertuah - Peseta bergerak ke 'picuk-up point' di Taman Teruntum.

Untuk makluman lanjut, boleh hubungi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (Badan Pelancongan Negeri Pahang). Bangunan JKR, Jalan Masjid, 25000 Kuantan. Pahang Darul Makmur. (Pengurus Besar PKBF adalah Datuk Hanafiah Abdul Talib)

Turut membantu menjayakan program Kayuhan Mahkota 2010 ini adalah: Majlis Perbandaran Kuantan(MPK), Ibupejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang, Pegawai-pegawai Daerah di Negeri Pahang, Balai Polis Daerah Kuantan, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pahang, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), Jabatan Penerangan Negeri Pahang, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang, Majlis Sukan Pahang (MSP), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Rela Negeri Pahang, Jabatan Kerjaraya (JKR) Negeri Pahang, Jabatan Intergrasi dan perpaduan Negeri Pahang, Kraftangan Malaysia Negeri Pahang, Persatuan Berbasikal Negeri Pahang, Angkatan Tentera Malaysia (Darat/Udara/Laut), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pertanian Negeri Pahang, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Tenaga Nasional Berhad.

Semak senarai program rasmi Negeri Pahang,
klik DISINI. [http://media.inform.gov.my/e-press/n-pahang.asp]

20101116

Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan "Suatu Pengkisahan" (TERKINI))

PINDAAN TERBARU. Majlis Perasmian Program Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan "Suatu Pengkisahan" akan diadakan pada:
Tarikh: 22 November 2010 (Isnin)
Masa: 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat: Auditorium Darul Makmur (ADAM), kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Dirasmikan oleh: DATO' SRI DIRAJA DR. HAJI ADNAN BIN HAJI YAAKOB
Penaung: YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin
Kerjasama: Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan Orlaith Inc Sdn Bhd

Pengisian:
- Sesi Pengkisahan
--Tan Sri Dato' Mohd Yusof Hitam, Dato' Haji Mohd Khairuddin b Mohd Kawi, Dato' Hamidin b Abdullah dan Dato' Haji Zainuddin b Jumaat.

Sesi rumusan
- Muhammed b Salleh (CEO) Generisi pertama DEB dan Cik Julita Ilhani bt Abdul Jabar (Peguam) Genarasi kedua DEB.

-Persembahan Dokudrama Tun Razak
-Pementasaan Teater Tun Razak
-Pemeran Agensi Kerajaan dan swasta
-Terowong Masa tun Razak
-Gerai-gerai jualan

Siri jelajah ini dirancang untuk menjelajah negeri-negeri di seluruh Malaysia dan sebahagiannya akan mengikuti tujuh laluan penamat Le Tour de Langkawi 2010. Acara kemuncak siri Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan "Suatu Pengkisahan" adalah persembahan di The Royal Albert Hall di London pada penghujung tahun 2010.

Dokumentari keseluruhan program Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan "Suatu Pengkisahan" akan diserahkan untuk disimpan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Maklumat yang disiarkan ini adalah untuk pembetulan bagi maklumat yang disiarkan di Laman Pahang pada 27.10.2010.

20101111

Siapa Dato Bahaman (10) Tokoh 8: Encik Nazri Arkib

Diakhir program 'Jejak Bahaman' ini Encik Nazri dari Arkib telah mengambil kesempatan menerangkan tentang koleksi arkib yang masih tersorok. Kata beliau banyak gambar dan maklumat tentang Dato Bahaman akan dipamirkan kepada penduduk Pahang setelah bangunan Arkib cawangan Pahang siap. Ada antara gambar atau maklumat yang tersimpan tidak pernah dikeluarkan kepada orang ramai. Sama-samalah kita menunggu pembukaan bangunan baru Arkib Cawangan Pahang.
02
01

20101109

Siapa Dato Bahaman (9) Tokoh 7: Encik Bahrin

Encik Bahrin kata dia sebenarnya tidak dijemput secara rasmi ke program ini. Dek kerana minat, dia datang juga dari Temerloh. Beliau memperkenalkan diri beliau sebagai Bahrin cucu Mat Kilau anak Nilam Sari. Beliau membawa bersama buku lama tentang Mat Kilau.
08
Encik Baharin telah mengambil kesempatan untuk memberikan sedikit pendapat tentang Tok Bahaman. Encik Baharin yakin Tok Guru Peramu adalah Tok Bahaman. keyakinan beliau adalah berasaskan kepada kemunculan Mat Kilau pada masa yang hampir sama.
07
Kata Encik Bahrin lagi, Mat Kilau sendiri pernah mengaku bahawa Tok Guru Peramu tulah Tok Bahaman. Kalau ada sesiapa yang nak tahu lebih lanjut tentang pengakuan Mat Kilau (apa, siapa, dimana, bila, kenapa dan bagaimana) kena buat kajian lanjut. Saya hanya menulis sedikit cerita tentang 'apa yang orang cerita'. Bukan nak minta orang percaya tetapi nak cerita tentang apa yang orang kita cerita.
06
Saya pernah berkunjung ke Kubur Mat Kilau di Durian Tawar Jerantut. Untuk melihat anda boleh klik links berikut:
1. jerantut-kubur-mat-kilau-f
2. jerantut-kubur-mat-kilau-e
3. jerantut-kubur-mat-kilau-d
4. jerantut-kubur-mat-kilau-b2
5. jerantut-kubur-mat-kilau-b1
6. jerantut-kubur-mat-kilau-b3
7. jerantut-kubur-mat-kilau
05
04
03
02
01
LINKS MAT KILAU:
1. sirnik.blogspot.com - Mat Kilau: Kemunculan Paling Menggemparkan Negara
2. pewira79.wordpress.com - KISAH PERJUANGAN MAT KILAU…..
3. tempur363.multiply.com - MAT KILAU B. IMAM RASU
4. abuikhwan.blogspot.com - Wira yang tak didendang..??
5. www.utusan.com.my - Bangunkan Pulau Tawar sesegar nama Mat Kilau, Tok Gajah
6. parlimen81.blogspot.com - Bangunkan Pulau Tawar sesegar nama Mat Kilau, Tok Gajah
7. abdullatip.blogspot.com - JEJAK MAT KILAU DI PULAU TAWAR - TERBUANG TAPI TERBILANG
8. anokpahang.blogspot.com - Pahlawan Mat Kilau
9. wzwh.blogspot.com - Waris Keturunan Mat Kilau dan Pawang Nong ( WAPS ) oleh Wan Zamzuri Wan Hasenan AMP


LINKS BUKU MAT KILAU
1. Sumpah Pulau Tawar - Zailiani Taslim
2. Sejarah politik Pahang, 1880-1935 - Aruna Gopinath
3. Tradisi persejarahan Pahang Darul Makmur, 1800-1930 - Yusoff Iskandar, Aruna Gopinath

kemaskini: 10.11.2010

20101107

Siapa Dato Bahaman (8) Tokoh 6: Haji Azahar Rahman

Seterusnya tibalah pula giliran Encik Azahar. Cerita yang diceritakan oleh Encik Azahar makin lain dan makin unik jadinya tentang siapakah diri Dato Bahaman Pahlawan Pahang.

Beliau berpendapat Dato Bahaman berasal daripada Negeri Sembilan. Nama asal Dato Bahaman semasa di Negeri Sembilan adalah Tengku Abdul Rahman Alam Shah. Semasa di Negeri Sembilan beliau diberi gelaran Datuk Siamang Gagap. Beliau telah melarikan diri ke Pahang dan menggunakan nama Dato Bahaman.

Pada kajian Encik Azahar Datuk Siamang Gagap = Tok Guru Peramu = Dato Bahaman. Pernah suatu ketika ada rombongan dari Negeri Sembilan datang ke Pahang hendak membawa balik Tok Guru Peramu ke Negeri Sembilan.
03
02
01

LINKS
1. http://abdullatip.blogspot.com/2010/07/menjejak-makam-datuk-siamang-gagap.html

2. http://hazis.wordpress.com/salasilah-sultan-pahang/

3. http://ceritakosong.blogspot.com/2010/08/puasa-10-nogori-somilan.html

20101105

Siapa Dato Bahaman (7) Tokoh 5: Mocktar Baginda

Haji Mokhtar Baginda adalah Bekas Setiausaha Akhbar Dato Najib semasa menjadi Menteri Besar Pahang. Tentu saya akan mendengar suatu yang menarik daripada seorang bekas setiausaha akhbar Menteri Besar Pahang.

Apa yang lebih lebih menarik adalah tentang Haji Mokhtar Baginda adalah apabila beliau bercerita tentang pengalaman beliau memulakan usaha kearah perundingan damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dan Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah ditandatangani di Hotel Gardens Haadyai pada 2 Disember 1989.

Rupanya Haji Mokhtar Baginda adalah orang yang sama dalam cerita "MOKHTAR BAGINDA HERO TIDAK DIDENDANG LAGI TERPINGGIR ". Abdullah C.D yang menjadi Pemimpin Rejimen Ke 10 PKM telah menulis dalam bukunya yang bertajuk 'Perang Anti-British dan Perdamaian' ada menyatakan peranan terbitan Nan Dao Publisher Hong Kong 1998 dipetik sebagai Haji Mokhtar Baginda sebagai perintis perjanjian damai ini.
04
(pada 25.01.2011 gambar ini telah diedit semula kerana gambar ini tidak boleh dikongsi)

Kali ini saya berpeluang mendengar sendiri daripada Haji Mokhtar Baginda. Mungkin tidak ketara rasa terkilan pada diri Haji Mokhtar Baginda apabila namanya tidak muncul dalam sejarah perundingan damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dan Parti Komunis Malaya (PKM) di Hotel Gardens Haadyai pada 1989.
03
(pada 25.01.2011 gambar ini telah diedit semula kerana gambar ini tidak boleh dikongsi)

Berbalik semula kepada cerita Dato Bahaman Pahlawan Pahang. Cerita Haji Mokhtar Baginda lagi, beliau ada berjumpa dengan satu keturunan di Thailand yang berasal dari keturunan Dato Bahaman Pahlawan Pahang. Dirumah-rumah keturunan tersebut ada gambar Mr. Bahaman. Haji Mokhtar Baginda yakin ini adalah Dato Bahaman Pahlawan Pahang. Setelah Dato Bahaman melarikan diri ke Siam, beliau terus menetap disana. Bekerja sebagai penangkap gajah untuk raja Siam juga berkahwin dengan orang Siam.
02
(pada 25.01.2011 gambar ini telah diedit semula kerana gambar ini tidak boleh dikongsi)

Bahaman akhirnya meninggal dunia di Siam. Dibakar menurut adat istiadat hindu. Sampai takat 'dibakar menurut istiadat hindu' saya terus tergaman kerana tidak pernah mendengar cerita ini. Sebagai kesimpulannya sudah tentu Tok Guru Peramu Bukan Dato Bahaman.
01
(pada 25.01.2011 gambar ini telah diedit semula kerana gambar ini tidak boleh dikongsi)

LINKS
1. http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com/2009/08/wira-yang-terpinggir.html
2. http://wanangsari.blogspot.com/2009/08/mokhtar-baginda-wira-negara-yang.html
3. http://lanailestari.blogspot.com/2009/06/tun-ghaffar-bersedia-terima-pkm.html
4. http://thekedaihitamputih.blogspot.com/2010/08/buku-sejarah-dan-perjuangan-kemerdekaan.html (Penulis: Abu Samah Mohd Kassim)

20101103

Siapa Dato Bahaman (6) Tokoh 4: Encik Alang

Encik Alang mulanya memulakan ceritanya di bangku penonton, sebagai menghormati orang lama beliau telah diminta kedepan untuk bercerita. Encik Alang telah bercerita tentang isteri-isteri dan anak-anak Dato Bahaman


1. Cik Mukut, anak angkat Tun Ali adalah isteri pertama Dato Bahaman. Bersama Cik Mukut Dato Bahaman telah mendapat anak yang dinamakan:
•Idrus (Tok Muda Haji )
•Mat Lela (Tok Muda )
•Siti Hajar
•Matebah.

[Cik Mukut anak Cina Taicu yang menjadi anak angkat Bendahara Ali] [Rujuk]

2. Perkahwinan Dato Bahaman seterusnya adalah dengan orang Kampung Penjom, Raub yang bernama Cik Nik. Bersama Cik Nik Dato Bahaman mendapat:
•Yang Saadiah
•Muhammad (Penghulu Semantan)
•Teh
•Awang Ahmad (Penghulu Padang Tengku)

Ada sumber menyatakan Cik Nik ini adalah anak orang Tembeling Jerantut. Cik Nik ini adalah anak Encik Buang dan ini menjadikan nama penuh isteri kedua Dato Bahaman adalah Cik Nik binti Cik Buang.

3. Perkahwinan Dato Bahaman dengan anak orang Rawa bernama Cik Bai’yah Binti Malim Kuning telah melahirkan:
•Yang Ba’lah
•Cik Awang Perang
•Sa’idah

4. Perkahwinan Dato Bahaman berikutnya adalah dengan Yang Burbah, anak Tok Setia Lela Kerdau. Melalui perkahwinan ini mereka mendapat seorang anak bernama:
•Jantan (Mat Hussin b. Bahaman)

5. Dato Bahaman juga pernah berkahwin dengan orang Kelang dari Permatang Pasir bernama Yang Chik binti Aman. Encik Alang menceritakan lagi bahawa perkahwinan dengan orang Kelang ini tidak dikurniakan anak. Tetapi ada cerita yang mengatakan mereka sempat mempunyai seorang anak tetapi anak tersebut meninggal dunia sebelum sempat besar.

Sebagai kesimpulan pembentangan Encik Alang, "Saya yakin Tok Peramu bukan Bahaman".
03
Isteri-isteri Datuk Bahaman adalah: Cik Mukut, Cik Nik binti Encik Buang, Cik Bai’yah Binti Malim Kuning, Yang Burbah binti Tok Setia Lela Kerdau, Yang Chik binti Aman.
02
•Idrus (Tok Muda Haji ) •Mat Lela (Tok Muda ) •Siti Hajar•Matebah.•Yang Saadiah •Muhammad (Penghulu Semantan)•Teh •Awang Ahmad (Penghulu Padang Tengku)•Yang Ba’lah •Cik Awang Perang •Sa’idah•Jantan 
01

INI DINAMAKAN SUSUNAN ALANG.
Sila buat semakan untuk melihat susunan lain.
Sila buat pengesahan untuk menggunakan mana-mana susunan yang ada.

20101030

Siapa Dato Bahaman (5) Tokoh 3: Daeng Ramli Akil

Tokoh seterusnya adalah Daeng Ramli Muhammad Akil atau lebih dikenali sebagai Daeng Ramliakil. Beliau mengaku bahawa beliau bukan orang dalam bidang sejarah. Tetapi minat dalam bidang sejarah menyebabkan beliau berminat dengan Dato Bahaman Pahlawan Pahang.
04
Beliau berpendapat Dato Bahaman Pahlawan Pahang adalah pejuang Fisabilillah. Dato Bahaman berjuang kerana agama. Dato Bahaman adalah pejuang Fisabilillah kerana perjuangannya menantang penjajah yang kafir yang hendak menawan Negeri Pahang.

Tok Gajah, Mat Kilau dan Dato Bahaman adalah Pejuang Fisabilillah(Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang jihad)
03
Selain itu Daeng Ramliaki ada juga menyebut bahawa pejuang Islam akan mati dan hidup kembali tetapi bertukar nama.
02
Ada juga disebut bahawa mereka ini ada bersumpah dekat busut jantan di Kampung Mat Daling.
01
Akhir sekali beliau tidak dapat nak tegaskan bahawa Tok Guru Peramu adalah Dato Bahaman.

LINKS
1. http://daengramliakil.blogspot.com/
2. http://penaklmalaysia.blogspot.com/2010/01/baca-puisi-pena-8-januari-2009.html
3. http://penaklmalaysia.blogspot.com/2009/11/baca-puisi-bukti-perpaduan-5-jun-2009.html
4. http://praharaseni.blogspot.com/2002/02/kembara-puisi-pahang-meriah.html
5. http://sasterapicisan.blogspot.com/2010/10/benar-kata-daeng-ramliakil.html
6. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pelukis-melukis-syaitan/Article/index_html

20101028

Siapa Dato Bahaman (4) Tokoh 2: Zainuddin Jumaat

Tokoh yang kedua semasa program 'Jejak Bahaman' Pahlawan Pahang ini adalah Dato Haji Zainuddin b Haji Jumaat. Beliau adalah bekas ADUN Penor dan sekarang orang kuat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Pahang serta DPMP Pahang dan Kuantan.

Pembentangan beliau banyak difokuskan pada, adakah Dato Bahaman adalah Tok Guru Peramu?
03
Dato Haji Zainuddin b Haji Jumaat ada menulis kepada Prof Datuk Khoo Khay Kim. Surat tersebut bertanyakan tentang cara nak dapatkan pengesahan siapakah Tok Guru Peramu. Prof Datuk Khoo Khay Kim menjawab surat Dato Haji Zainuddin b Haji Jumaat pada 8 Mac 1976. Antara jawapan Prof Datuk Khoo Khay Kim kepada Dato Haji Zainuddin b Haji Jumaat adalah:
- Orang yang mengaku perlu diasingkan segera daripada masyarakat.
- Tidak benarkan sesiapa membantu beliau
- Paling penting perlu ada orang yang mengaku.
02
Dari segi fakta sejarah, kita tidak boleh mengatakan Tok Guru Peramu adalah Dato Bahaman Pahlawan Pahang. Mungkin ada niat atau perjanjian bahawa dengan sesiapa bahawa Tok Guru Peramu tidak boleh mengaku dirinya sebagai Dato Bahaman Pahlawan Pahang. Tetapi niat itu tidak membolehkan kita membuat pengesahan bahawa adalah benar bahawa Tok Guru Peramu adalah Dato Bahaman Pahlawan Pahang.
01
Dato Haji Zainuddin b Haji Jumaat ada membuat lawatan dan perjumpaan dengan Tok Guru Peramu. Bukan semata-mata untuk meminta supaya Tok Guru Peramu mengaku bahawa beliau adalah Dato Bahaman Pahlawan Pahang. Dato Haji Zainuddin b Haji Jumaat akan bertanyakan soalan yang mampunyai kaitan dengan cerita-cerita yang berkaitan dengan Dato Bahaman Pahlawan Pahang. Tetapi apa yang ditanya lain yang dijawab.

Antara jawapan yang diberikan oleh Tok Guru Peramu kepada Dato Zainuddin Jumaat adalah:
-Batu sawar Kuala Kedah
-Mengeja mengaji angkat sembahyang
-Batu Bara Kuala Belah
-Kerusi kayu
-Kitab 18 buah keris 18 bilah

Secara rasminya dari sudut sejarah Dato Zainuddin Jumaat boleh mengatakan bahawa Tok Guru Peramu BUKAN Dato Bahaman Pahlawan Pahang.

Link
1. http://ms-my.facebook.com/people/Zainuddin-Jumaat/100000653766907
2. http://dpmpkuantan.blogspot.com/
3. http://asia.groups.yahoo.com/group/dewan_persuratan_melayu_pahang/

20101027

Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan "Suatu Pengkisahan"

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang yang mewakili Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Orlaith Inc Sdn Bhd akan mengadakan Majlis Perasmian Siri Jelajah Pahang. Dalam jelajah ini Orlaith Inc Sdn Bhd akan mengadakan Program Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan "Suatu Pengkisahan".

Majlis Perasmian Siri Jelajah Pahang: Program Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan "Suatu Pengkisahan" akan diadakan pada:

Tarikh: 22 November 2010 (Isnin)
Tempat: Dewan Jubli Perak, Kuantan, Pahang
Dirasmikan Oleh: YAB Menteri Besar Pahang

Antara pengisian program tersebut adalah:
-Pengkisahan oleh tokoh-tokoh ekonomi dan politik
-Persembahan teater
-Persembahan dokudrama
-Terowong masa
-Pameran agensi kerajaan dan swasta
-Gerai-gerai jualan produk tempatan

LINKS:
1. http://charmphoenix.blogspot.com/2010/07/tun-abdul-razak-bapa-pembangunan-suatu.html
2. http://pekan98.tripod.com/sejarah/riwayat.htm
3. http://www.budiey.com/mengenang-tokon-negarawan-tun-abdul-razak/
4. http://www.quebec-montreal.info/Tun_Abdul_Razak
5. http://www.arkib.gov.my/pra_pelancaran

Perakuan: Gambar yang disiarkan ini adalah gambar yang telah saya 'edit' berdasarkan gambar asal yang bertajuk 'The 34 miles Songsang-Jerantut road', tetapi saya telah terlupa dimana saya mendapat gambar ini.

20101026

Siapa Dato Bahaman (3) Tokoh 1:Noriah Sulung

Pembentang pertama adalah Puan Noriah bt Sulung, beliau membentangkan kajian ilmiah yang dilakukan tentang tulisan-tulisan yang berkaitan dengan Dato Bahaman Pahlawan Pahang.

Kata beliau, "Cliford ada anak angkat bernama Mariam yang dibela kerana ibunya telah ditembak oleh askar Sheikh ketika mereka mengejar Dato Bahaman di Kuala Tembeling.
03
Beliau ada juga menyebut nama-nama yang berkaitan dengan keturunan Dato Bahaman iaitu:
- Salahudin
- Nilam Sari
- Raja Hamzah
- Cik Supian Salahuddin
02
Berdasarkan bahan-bahan kajian beliau, Puan Noraini berpendapat Tok Guru Peramu Bukan Dato Bahaman.
01

20101024

Siapa Dato Bahaman (2) Ahli Panel

Inilah gambar barisan ahli panel yang membuat pembentangan tentang 'Jejak Bahaman' Pahlawan Pahang..
02

-Encik Daeng Ramli Akil
-Puan Noriah bt Sulong
-Dato' Haji Zainuddin b Haji Jumaat
-Encik Zainuddin b Azahari
01
Ketika saya sampai pada jam 10.36 pagi, Puan Noriah bt Sulong sedang membuat pembentangan. Apa yang dibentangkan sebelumnya saya tak sempat nak bertanya kepada orang lain.

20101022

Siapa Dato Bahaman (1) Penonton

Pada 8.7.2010 telah diadakan satu program Pengkisahan Sejarah tentang Dato Bahaman. Tokoh yang dijemput memberikan ceramah sudah tentu orang-orang lama. Manakala penonton yang mendengarnya pula juga orang-orang lama ada yang lebih lama makan garam daripada penceramah. Orang-orang muda yang kelihatan adalah kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Ini kerana kebetulannya program yang dinamakan 'Jejak Bahaman' ini diadakan di Dewan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
06
Saya ni, walaupun tak dijemput tetapi amat berminat untuk turut hadir bagi meramaikan penonton. Bukan pasal nak makan. Tak makan pun makanan yang dihidangkan. Tengok pun tidak. Perkara yang paling penting saya nak rakamkan gambar-gambar orang-orang lama yang hadir pada hari ini. Supaya saya boleh kenal. Juga supaya pembaca Laman Pahang boleh kenal. Kerana mereka yang hadir adalah mereka yang berminat dengan cerita Dato Bahaman.
05
Saya datang pun dah lewat. Program dah pun bermula. Seorang penceramah sedang menceritakan pengalaman beliau. Pandang kiri dan pandang kanan, saya nampak seorang dua yang saya kenal. Dengan alasan ada orang yang saya kenal, saya terus masuk dan duduk. Masuk pun ikut pintu belakang dan duduk pun kat belakang.
04
Sebelum menghadiri program ini saya rasa saya mempunyai sedikit sebanyak pengatahuan tentang Datuk Bahaman. Dalam program ini orang-orang lama telah bercerita tentang pelbagai perkara berkaitan dengan Dato Bahaman Pahlawan Pahang. Baru sedikit cerita yang saya dengan saya dapat rasakan bahawa 'rupanya banyak sangat yang saya tak tau'.
03
Memang betul ... makin lama saya rasa pengatahuan yang saya ada tentang Dato Bahaman makin kecil dan makin tak berguna untuk orang lain. Semua orang bercerita tentang perkara yang kemungkinan orang lain tak tau. Memang betul sekali lagi ... banyak sangat yang saya tak tau.
02
Jangan kata nak bercerita tentang Jejak Dato Bahaman, malah lebih teruk lagi, saya tak boleh nak ceritakan semula pada orang lain siapa sebenarnya Dato Bahaman. Asal usul Dato Bahaman ada beberapa cerita. Kesudahannya (meninggalnya) pun ada beberapa cerita.
01
Saya tak layak untuk berkata tentang pendapat atau pengatahuan saya tentang Dato Bahaman. Kerana apa yang saya tahu amat amat amat sedikit. Apa yang boleh saya ceritakan adalah cerita-cerita orang lama. Semuanya yakin dengan cerita masing-masing. Bagi saya pula .. saya yakin mereka yakin dengan cerita mereka. Saya dengar ajalah. Jangan pandai-pandai nak beri pendapat.

20101020

Hari Kanak-kanak Sedunia 2010 (C)

Selain menanam minat dan rasa suka dan cinta pada pakaian tradisional Melayu, anak-anak yang menyertai Pertunjukan Pakaian Tradisional ini berpeluang untuk melatih diri menjadi model. Mungkin dikalangan peserta ini yang akan menjadi The Next Top Model From Pahang.
08
Jikalau tuan tajuk cendana, Ambil gantang jemurkan pala,
Jikalau tuan bijak laksana, Binatang apa ekor di kepala?
07
Jikalau tuan tajuk cendana, Ambil gantang sukatkan padi,
Jikalau tuan bijak laksana, Binatang apa bertanduk di kaki.
06
Jikalau tuan tajuk cendana, Ambil gantang sukatkan pulut,
Jikalau tuan bijak laksana, Binatang apa tanduk di mulut
05
Burung nuri burung dara, Terbang ke sisi taman kayangan,
Cubalah cari wahai saudara, Makin diisi makin ringan.
04
Hari-hari ke rumah Cik Hitam, Melihat orang memotong tebu,
Apa binatang darahnya hitam, Janggut delapan tulangnya satu.
03
Kalau tuan bawa keladi, Bawa juga sipucuk rebung,
Kalau tuan bijak bestari, Apa binatang tanduk di hidung
02
Ambil betik potongkan pisau, Buah masak pokoknya rendah,
Kecil-kecil berbaju hijau, Sudah besar berbaju merah.
01

Kalau nak tahu jawapan pantun teka teki sila klik
DISINI
http://klasik.blogmas.com/2007/10/03/pantun-kanak-kanak-teka-teki/