-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20101103

Siapa Dato Bahaman (6) Tokoh 4: Encik Alang

Encik Alang mulanya memulakan ceritanya di bangku penonton, sebagai menghormati orang lama beliau telah diminta kedepan untuk bercerita. Encik Alang telah bercerita tentang isteri-isteri dan anak-anak Dato Bahaman


1. Cik Mukut, anak angkat Tun Ali adalah isteri pertama Dato Bahaman. Bersama Cik Mukut Dato Bahaman telah mendapat anak yang dinamakan:
•Idrus (Tok Muda Haji )
•Mat Lela (Tok Muda )
•Siti Hajar
•Matebah.

[Cik Mukut anak Cina Taicu yang menjadi anak angkat Bendahara Ali] [Rujuk]

2. Perkahwinan Dato Bahaman seterusnya adalah dengan orang Kampung Penjom, Raub yang bernama Cik Nik. Bersama Cik Nik Dato Bahaman mendapat:
•Yang Saadiah
•Muhammad (Penghulu Semantan)
•Teh
•Awang Ahmad (Penghulu Padang Tengku)

Ada sumber menyatakan Cik Nik ini adalah anak orang Tembeling Jerantut. Cik Nik ini adalah anak Encik Buang dan ini menjadikan nama penuh isteri kedua Dato Bahaman adalah Cik Nik binti Cik Buang.

3. Perkahwinan Dato Bahaman dengan anak orang Rawa bernama Cik Bai’yah Binti Malim Kuning telah melahirkan:
•Yang Ba’lah
•Cik Awang Perang
•Sa’idah

4. Perkahwinan Dato Bahaman berikutnya adalah dengan Yang Burbah, anak Tok Setia Lela Kerdau. Melalui perkahwinan ini mereka mendapat seorang anak bernama:
Jantan (Mat Hussin b. Bahaman)

5. Dato Bahaman juga pernah berkahwin dengan orang Kelang dari Permatang Pasir bernama Yang Chik binti Aman. Encik Alang menceritakan lagi bahawa perkahwinan dengan orang Kelang ini tidak dikurniakan anak. Tetapi ada cerita yang mengatakan mereka sempat mempunyai seorang anak tetapi anak tersebut meninggal dunia sebelum sempat besar.

Sebagai kesimpulan pembentangan Encik Alang, "Saya yakin Tok Peramu bukan Bahaman".
03
Isteri-isteri Datuk Bahaman adalah: Cik Mukut, Cik Nik binti Encik Buang, Cik Bai’yah Binti Malim Kuning, Yang Burbah binti Tok Setia Lela Kerdau, Yang Chik binti Aman.
02
•Idrus (Tok Muda Haji ) •Mat Lela (Tok Muda ) •Siti Hajar•Matebah.•Yang Saadiah •Muhammad (Penghulu Semantan)•Teh •Awang Ahmad (Penghulu Padang Tengku)•Yang Ba’lah •Cik Awang Perang •Sa’idah•Jantan 
01

INI DINAMAKAN SUSUNAN ALANG.
Sila buat semakan untuk melihat susunan lain.
Sila buat pengesahan untuk menggunakan mana-mana susunan yang ada.

1 comment:

Anonymous said...

salam,tuanpun.

makluman sahaja;


dan kalau dapat cerita dan tak dapat disahkan,atau dan kalau tersalah dan tak dapat diperbetulkan...jangan bentang kepada orang yang ramai.berita sebegitu menyusahkan orang dan warisnya.

orang yang berilmu,kalau main bersangka-sangka,tak senonoh namanya.