PERINGATAN

Pada setiap negeri dijadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Perbaikilah diri, keluarga, masyarakat dan pembesar kamu adalah kunci utama untuk Allah SWT memperbaiki negeri kamu.
Showing posts with label Moh Ngayuh Basikal. Show all posts
Showing posts with label Moh Ngayuh Basikal. Show all posts

20111005

Laluan Basikal untuk bandar Kuantan (Town Ride)


PINDAAN TARIKH: 9.10.2011 (Ahad)
-------------------------------------------------------
Pelancaran Laluan Basikal Untuk Bandar Kuantan (Town Ride)
akan diadakan pada:
Tarikh: 23hb. Oktober 2011 (Ahad)
Tempat: Padang MPK Hospital
Masa: 7.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Anjuran: Pelancongan Pahang

Mengayuh basikal di bandar terutama bandar Kuantan bukan suatu aktiviti yang mudah dilakukan. Kadang-kadang naik motosikal pun bukan semua orang berani. Apatah lagi mengayuh basikal. Melihatkan kenderaan seperti kereta, lori, van dan motosikal yang bertali arus bukanlah suatu perkara yang menyeronokkan untuk pengayuh basikal malah ada yang amat ngeri untuk mengayuh seiring dengan pelbagai kenderaan yang bertali arus.

Ibu bapa juga ada yang merasa bimbang jika anak-anak mereka mengayuh di bandar. Tetapi bagi anak-anak fixie pula mengayuh di bandar ada daya tarikan tersendiri. Ada banyak tempat atau bangunan yang menarik. Perkara inilah yang menarik minat anak-anak muda fixie. Dengan menggunakan basikal fixie anak-anak muda boleh mengembara dengan cepat didalam bandar. Jauh lebih cepat jika dibandingan dengan berjalan kaki. Malah, kadang-kadang jauh lebih cepat jika dibandingkan dengan kereta.

Bagi penduduk negara asing yang datang bekerja di Malaysia sebagai buruh dan pembantu kedai, mereka amat senang menggunakan basikal sebagai kenderaan ke tempat kerja. Jauh lebih senang jika dibandingkan dengan menggunaka motosikal. Mereka tidak perlu memiliki lesen dan tiada belanja duit minyak. Tetapi bagi sesetengah penduduk di Malaysia ini, mungkin belum sampai masanya untuk mengayuh ke tempat kerja.

Tetapi 'City Of San Francisco' merancang untuk meningkatkan penggunaan basikal sebagai kenderaan pengangkutan sebanyak 20% menjelang tahun 2020. Adakah kita hendak menunggu den melihat sebelum memulakan perancangan seperti San Francisco atau mahu menunggu 2020 untuk baru mahu mula bertindak. Adakah kita masih seronok bersesak-sesak dengan kereta masing-masing di jalan-jalan bandar. Jika jawapannya adalah TIDAK, mungkin inilah masanya untuk anda membeli basika untuk diri sendiri.

Untuk itu, pihak kerajaan mahu menyediakan satu laluan khas untuk basikal di bandar Kuantan. Sebagai peringkat permulaan Laluan Basikal Untuk Bandar Kuantan akan dikhaskan pada satu hari sahaja dalam sebulan. Pada hari tersebut penduduk sekitar Kuantan atau sekitar Pahang atau sekitar Malaysia boleh mengayuh pada satu laluan khas dalam bandar Kuantan.

Jika ada keperluan dan sambutan maka Laluan Basikal Untuk Bandar Kuantan akan dijadikan dua hari sebulan. Jika program ini mendapat sokongan padu pelbagai pihak mungkin Kuantan akan menjadi Bandar Mesra Basikal. Pelancong yang datang ke Kuantan boleh memilih basikal sebagai kenderaan pengangkuta untuk jalan-jalan pusing bandar. Kalau nak diharapkan beca, pengayuhnya dan tak ada, becanya mungkin masih ada lagi. Jadi pilihan lain adalah pelancong kayuh sendiri basikal untuk jalan-jalan pusing bandar. Mungkin pada suatu masa nanti akan ada pula keperluan untuk kayuh basikal tepi sungai atau kayuh basikal tepi pantai.

Laluan Basikal Untuk Bandar Kuantan akan meliputi Jalan Tanah Puteh, Jalan Mahkota, Jalan Telok Sisik, Jalan Beserah, Jalan Dato' Lim Hoe Lek, Jalan Bukit Ubi, Jalan Penjara dan kembali ke Jalan Tanah Puteh.

Pelancaran Laluan Basikal Untuk Bandar Kuantan akan diadakan pada:
Tarikh: 23hb. Oktober 2011
Tempat: Padang MPK Hospital
Masa: 7.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Semua mereka yang berminat untuk mengayuh atau menyokong boleh berkumpul di Padang MPK Hospital. Beberapa acara turut diadakan di padang tersebut.

Kalau ada yang merasa bimbang tentang keselamatan berbasikal dijalan raya anda boleh membaca Tesis Audi Keselamatan Pejalan Kaki dan Penunggang Basikal di Kampus UITM. Tesis ini diusahakan oleh Ros Airien bt Ibrahim yang telah siap pada 23hb April 2007.

20110714

Nak kayuh dengan siapa?

Ada orang yang tiba-tiba timbul minat mengayuh setelah tengok orang lain atau sekumpulan orang mengayuh basikal. Kadang-kadang juga minat timbul secara tiba-tiba setelah diajak oleh kawan atau teringatkan kenangan lama berbasikal. Ada juga yang tiba-tiba mengayuh kerana nak selesaikan masalah kesihatan. Ada cerita 'kononnya' apabila mengayuh boleh menurunkan tahap penyakit kanser. Ada juga 'kononnya' mengayuh boleh memulihkan sakit lutut yang berpunca dari kekurangan minyak grease. Lagi seronok apabila ada yang tiba-tiba mengayuh setelah tak tau nak buat apa, maka diambilnya basikal anak terus dibawa kayuh keliling taman.
13
Bagi mereka ini yang telah melepasi tahap SATU iaitu timbulnya minat mengayuh akan berhadapan dengan tahap DUA iaitu basikal apa nak beli (racing atau mtb atau rac+mtb) dan berapa harga yang sanggup dibayar. Seterusnya mereka akan berhadapan dengan tahap TIGA dengan sapa nak kayuh (kayuh sorang atau kayuh kumpulan kecil atau kayuh kumpulan besar atau kayuh dengan keluarga). Jika mereka telah berjaya mereka akan maju ke tahap EMPAT iaitu nak kayuh ke mana (nak terus kayuh dari rumah atau nak kena punggah dengan kereta ke tempat mula mengayuh) dengan kumpulan yang dipilih.
12
Sekarang kita kembali kepada tajuk, Nak Kayuh Dengan Siapa (tahap tiga). Untuk menjawab soalan 'Nak Kayuh Dengan Siapa' kita kena kembali kepada apa tujuan kita mengayuh. Jika kita telah mengenal pasti tujuan yang benar-benar tersirat dalam hati kita maka senanglah kita membuat keputusan nak kayuh dengan siapa.
11
Orang yang mengayuh basikal racing mempunyai tujuan sebenar yang berbeza dengan orang yang mengayuh basikal mtb. Bagi pengayuh mtb yang menggunakan tayar offroad mempunyai tujuan yang berbeza dengan orang yang mengayuh menggunakan tayar mtb onroad.
10
Orang yang baru nak mula mengayuh basikal boleh mengayuh sorang-sorang dulu. Tak menjadi kejanggalan jika kita mengayuh basikal sorang-sorang kerana berbasikal adalah sukan individu. Tak perlu ada dua orang nak mula mengayuh macam main ping-pong atau badminton atau tenis. Tak perlu ada 6 orang macam takraw atau 22 orang macam bola sepak. Ada basikal boleh terus mengayuh sorang-sorang, tak perlu tunggu ada 2 orang atau 6 orang atau 22 orang. Nanti anda akan berjumpa dengan kumpulan yang sesuai dengan anda.
09
Mengayuh ni macam main main squash, ada reket ada bola dan ada dinding boleh mula. Macam juga menambak dan memanah, ada kelengkapan memanah/menembak dan lapang sasar boleh mula. Berbasikal juga macam kayak individu, ada kayak ada paddel ada tasik/sungai/laut boleh mula.
08
Bezanya berbasikal dengan sukan-sukan tersebut adalah berbasikal boleh bermula terus dari rumah dan tamat setelah kembali semula ke rumah. Ad juga yang gagal kembali, sampai separuh jalan telefon isteri mintak datang ambil dengan kereta.
07
Bila ngayuh sorang-sorang ni ada masanya bosan juga. Teringin nak kayuh berkawan-kawan macam orang lain. Nak cari kawan mengayuh mtb onroad susah sikit. Kalau kita berkawan dengan orang yang kuat kita tak boleh ikut, tak boleh nak kejar. Kalau kita berkawan dengan orang yang tak kuat, kita pula tak berpeluh mengikut belakang kawan yang kayuh perlahan ni.
06
Kita kena cari orang yang sama kuat atau sama tak kuat macam kita. Susah juga nak cari orang yang macam ni.
05
Caranya, kalau kita nak berkawan dengan orang yang kuat kita kena banyak berlatih supa sama kuat macam mereka. Kalau kita nak nak berkawan dengan orang tak kuat macam kita kiat kena dapat timbulkan rasa seronok 'kayuh slow rock' atau 'kayuh sentimental' ni. Kalau kita selalu pecut dan tinggalkan mereka macam mana nak berkawan.
04
Kita kena cari orang yang jiwanya sama dengan kita baru kita boleh mengayuh sama-sama. Individu yang jiwanya gila-gila dan hotfm tentu nak kayuh gila-gila dan hot-hot, tentu tak sesuai kayuh dengan kumpulan yang jiwanya romantis. Mereka yang jiwanya gila akan kayuh 'bersempudai', ( ada yang belah kanan, ada yang jauh kedepan, ada yang jauh kebelakang dan ada yang tak tau dimana).
03
Mereka yang jiwa romantis, jiwa 60an, jiwa klasik, jiwa ikim tentu mahu mengayuh tertib dan berdisplin. Bila kumpulan mereka mengayuh nampak macam pergerakan keretapi atau ular anaconda. Panjang tapi tak terputus-putus. Kita boleh kenal kumpula ini adalah apabila pakaian mengayuh mereka adalah biasa-biasa aja. Cara mereka bercakap dan bergurau adalah lembut dan sopan. Bila berjumpa orang baru mereka akan bersalam dan bertanya khabar.
02
Akhir cerita, teruskan mengayuh walaupun seorang pada peringkat permulaan, satu masa nanti anda akan jumpa orang yang sehati dan sejiwa untuk dijadikan rakan mengayuh.
01
Berbalik kepada gambar basikal yang ada. Basikal ni masih lagi menggunakan rangka Jamis Trail X 3.0. Berbanding Jamis Trail X 3.0 yang sebelum ini, menggunakan rim regeda, hub formula dan lidi bukan aloi. Sekarang Jamis Trail X 3.0 ini telah bertukar kepada rim mevik, hub deore dan lidi aloi. Jamis Trail X 3.0 ini telah dijual kepada orang lain.

20110628

Moh Ngayuh Basikal : Harga kesihatan kita

Basikal ada macam-macam jenis dan harganya juga ada macam-macam peringkat. Orang yang mengayuh ada macam-macam kategori. Ada yang tak hiraukan apa basikal yang dikayuh, yang penting seronoknya mengayuh. Ada yang amat pentingkan basikal, kalau nak kayuh mesti kayuh basikal yang mahal. Kalau tengok basikal yang murah langsung tak ada selera nak mengayuh.
07 Jamis Trail-X 3.0 menonjolkan jelas huruf X.

Bagi mendapatkan sebuah basikal pun ada macam-macam cara. Ada yang mahukan basikal percuma sahaja. Ada yang sanggup bayar RM50 sahaja. Ada juga yang sanggup bayar sampai RM5 ribu hingga RM15 ribu untuk sebuah basikal. Itu pasal harga yang orang sanggup bayar untuk sebuah basikal.
06 Jamis Trail-X 3.0 mempunyai tempat untuk pasang tempat barang

Sekarang mari kita pandang dari sudut lain pula.

Bila kita mengayuh basikal maksudnya kita mahu bersukan, bersenam dan rekreasi. Tujuannya yang tersirat adalah untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Kalau semata-semata nak mengayuh untuk bersukan, bersenam dan berhibur kita hanya dapat kulitnya sahaja. Inti kepada mengayuh iaitu mendapatkan kesihatan dan kecergasan yang baik untuk tubuh badan dan akal fikiran kita.
05 Jamis Trail-X 3.0 menampal pelekat menunjukkan saiz body 17 inci

Mungkin ada yang akan mempertikaikan, betul ke, berbasikal boleh menjadikan kita sihat dan dapat menyembuhkan penyakit. Ramai yang merasakan tidak logik apabila dinyatakan bahawa kita boleh berubat dengan basikal. Kalau basikal boleh mengubat kita, tidak perlu kita berjumpa doktor. Kerajaan pula tidak perlu membazir membina hospital dan klinik serta melatih doktor, pembantu perubatan dan jururawat. Akan lebih banyak tumbuhnya kedai-kedai basikal berbanding klinik. Kerajaan dikehendaki menyediakan kedai basikal kerajaan berbanding klinik desa. Akan lebih banyak tumbuh kedai basikal swasta berbanding klinik swasta.

Persoalan diatas saya biarkan masing-masing jawab ikut pengalaman masing-masing.

04 Jamis Trail-X 3.0 menggunakan tayar onroad 26x1.75

Kita berbalik kepada 'harga yang orang sanggup bayar untuk sebuah basikal'. Harga tersebut adalah harga yang orang sanggup bayar supaya mereka tidak dihampiri oleh penyakit-penyakit yang biasa kita dengar.

Mudah katanya begini, bagi mereka yang sanggup bayar RM2 ribu untuk sebuah basikal bermakna mereka sanggup bayar RM2 ribu supaya mereka jadi sihat dan tidak dihampiri oleh penyakit-penyakit seperti yang biasa kita dengar. Lebih baik bayar RM2 ribu untuk membeli basikal supaya kita jadi sihat daripada kita membayar RM2 ribu untuk berubat penyakit-penyakit seperti yang biasa kita dengar.

03 Jamis Trail-X 3.0 menggunakan part LX

Tetapi kalau dah beli basikal sampai RM2 ribu, tetapi kayuh 2 bulan sekali. Macam mana nak jauhkan diri dari penyakit-penyakit. Kalau nak berubat dengan basikal kenalah mengayuh sampai berpeluh bukan macam makan ubat lepas makan boleh baring dan tunggu kesan ubat meresap. Kalau beli basikal untuk menjadi sihat dan cergas kenalah keluar mengayuh sampai peluh. Kalau mengayuh 'jalan-jalan makan angin' lepas tu singgah kedai mamak makan roti canai dan teh tarik sambil berharap menjadi bertambah sihat dengan cara begitu. Akan bertambah cepat penyakit-penyakit datang. Membazir saja beli basikal sampai RM2 ribu.

Lebih baik pergi berlari atau berenang atau sewa kayak. Jumat duit, boleh tambah pelaburan dalam ASB.
02 Jamis Trail-X 3.0 menggunakan Rock Shok Dirt two

Berlari, berenang, berkayak dan berbasikal adalah sukan yang seimbang. Kita menggunakan serentak kesemua anggota kita ketika menjalankan aktiviti tersebut. Kebanyakan sukan lain menggunakan sebelah anggota tubuh badan kita sahaja. Kalau main ping-pong dan badminton kita akan guna sebelah tangan sahaja. Kalau main bola den takraw kita sepak dengan sebelah kaki sahaja. Kalau berlari, berenang, berkayak dan berbasikal kita perlu gunakan serentak kaki dan tangan kita. Tetapi berlari, berenang dan berkayak banyak bezanya dengan berbasikal. Semasa berlari berbasikal dan berenang, ada orang membuat hayunan yang tidak seimbang antara kaki dan tangan masing-masing. Tetapi semasa berbasikal kedudukan dan pergerakan telah dikawal oleh bentuk basikal. Semasa mengayuh hayunan kaki adalah sama antara kanan dan kiri kerana kaki akan mengikut putaran pengayuh secara sama rata.
01 Jamis Trail-X 3.0 menggunakan crank truvetive

Akhir sekali, kita semua berhak memilih cara bersukan dan cara menjaga kesihatan masing-masing. Mana ada tempat atau negara yang semua orangnya menggunakan basikal lebih banyak berbanding kenderaan bermoto?

Gambar basikal yang ditunjukkan disini adalah model Jamis Trail-X 3.0 warna merah. Rangka basikal ini sesuai untuk dijadikan touring bike. Pada rangka Jamis Trail-X 3.0 ada tempat untuk pasang tempat duduk belakang atau tempat bawa barang. Basikal ini berharga RM1,500.00.

20101210

Moh Ngayuh Basikal - basikal, berbasikal dan bersenam

Minat basikal, minat berbasikal dan minat bersenam boleh menjadi tiga minat yang boleh dibezakan. Perbezan ini kerana kita semua berbeza tetapi serupa. Tiga Minat boleh jadi Satu Minat. Manakala Satu Minat boleh juga jadi Tiga Minat. Kosong Minat boleh berubah jadi Satu Minat. Kita bersatu kerana basikal, tetapi berbeza tetap berbeza.

Ada orang minat pada 'BASIKAL'. Ada orang pula minat pada 'BERbasikal'. Ada pula orang minat 'berSENAM'.

Golongan pertama. Orang yang minat BASIKAL kerana dia minat pada rekabentuk basikal, teknologi basikal, buatan basikal, jenama basikal, asal basikal, keupayaan basikal, harga basikal dan macam-macam sebab yang berkaitan dengan basikal. Orang yang minat basikal mungkin akan membeli basikal yang paling mahal yang dia sanggup beli. Orang begini akan sentiasa berminat mengikuti perkembangan dunia basikal. Orang minat basikal biasanya tak banyak mengayuh basikal tetapi memiliki basikal yang hebat, yang mahal atau yang susah dicari dan jarang-jarang jumpa. Mereka ni kalau mengayuh ... wow! nampak sungguh hebat. Lengkap dengan semua alat kelengkapan dan keselamatan mengayuh. Malah mereka ini akan menjadi daya tarikan masyarakat setempat atau daya tarikan pelancongan.
(Gambar semasa berbasikal bersama Kemas Pahang Bentong-Kuantan pada 23.9.2008)

Orang minat basikal mungkin bermula sebagai orang yang minat berbasikal. Setelah lama mengayuh. Banyak tempat dah sampai dengan berbasikal. Apabila masa berlalu, badan makin tua atau masa makin sibuk atau tanggungjawab makin besar dan duit makin banyak, minat mengayuh basikal terpaksa dikurangkan. Minat tak lari ke perkara lain tetapi beralih kepada minat membeli, menyimpan, menjaga dan mempamirkan koleksi basikal dan barang-barang basikal. Mereka ni boleh jadi tempat rujukan tentang basikal.

Golongan kedua. Orang yang minat BERbasikal pula tak ambil pusing sangat tentang basikal yang nak dikayuh. Yang penting dia ada basikal dan basikal tu boleh dikayuh mengikut kehendak hatinya. Ada suka kayuh jauh-jauh. Ada suka kayuh lasak-lasak. Ada yang suka kayuh dalam bandar. Ada yang suka kayuh dalam hutan. Ada masa kayuh sorang-sorang. Ada masa kayuh ramai-ramai.
(Gambar Berbasikal Temerloh-Bera pada 9.3.2008)

Orang macam ni tak risau pasal nak jaga 'standart' bila mengayuh basikal. Tak rasa malu jika orang kata dia kayuh basikal murah. Kalau orang pakai basikal RM1500, dia tak malu mengayuh basikal harga RM150. Kalau ada orang bangga dangan basikalnya yang berharga RM10,000. Orang minat berbasikal tak malu kayuh basikal RM500 atau RM1,000. Yang penting mengayuh basikal. Orang minat berbasikal ni banyak mengayuh dan mahir mengayuh. Mereka sentiasa mengkaji teknik-teknik mengayuh. Macam mana kayuhan jimat tenaga, macam mana kayuhan naik bukit, macam mana kayuhan turun bukit, macam mana kayuhan pecut, macam mana kayuhan berpasukan. Mereka juga mahir mengenali laluan merbahaya dan mengenali suasana merbahaya. Mereka tahu bila anjing jadi ancaman. Mereka tahu bila anak lembu jadi ancaman.

Mereka ni banyak menyelesaikan sendiri masalah pembaikan basikal. Tak perlu bawa ke kedai basikal. Mereka ada macam-macam alat untuk baiki basikal. Mereka ni boleh meleraikan basikal dan memasangnya semula. Kadang-kadang ada antara mereka yang boleh membetulkan rim basikal yang 'oleng' (goyang). Pendek katanya, seronok tengok alat-alat yang mereka ada dan seronok dengar pengalaman mereka mengayuh berbelas-belas tahun.

Bila masa berubah, pendapatan bertambah dan masa makin banyak terluang, mereka ini akan ada rasa yang cinta yang mendalam pada basikal. Timbul rasa nak kayuh basikal yang baik-baik dan mahal. Mereka ini akan membeli dan mengayuh basikal yang satu masa dahulu hanya angan-angan.

Biasanya orang yang minat berbasikal, banyak mengayuh, suka berpeluh, nak jaga kesihatan, nak jaga jantung, nak jaga paru-paru, nak kurangkan pencemaran .... mereka katakan 'TAK NAK' pada MEROKOK.

Golongan ketiga. Akhir sekali pasal orang yang minat berSENAM. Orang ini suka bersenam dan mengeluarkan peluh. Yang penting berpeluh. Mengayuh basikal boleh, main bola boleh, main badminton, berlari pun boleh. Ada masa kayuh basikal untuk berpeluh. Ada masa dia buat aktivit lain untuk berpeluh. Yang penting berpeluh. Apa cara yang digunakan tidak penting.

Golongan ini jika mereka banyak berkawan dengan orang yang minat mengayuh mungkin cintanya pada bersenam akan menjurus pada berbasikal sahaja. Seterusnya masa bersenam lebih banyak digunakan untuk berbasikal. Jika mereka banyak berkawan dengan orang yang minat basikal, mungkin minat bersenam mereka akan berpindak kepada aktiviti lain. Tambahan pula jika dikatakan untuk mengayuh perlukan basikal yang baik dan ada 'standart', yang harganya ribu-ribu ringgit. Ada yang takut mendengarnya.

Kesimpulannya, tak kisah anda kategori mana. Yang penting kita sama-sama minat basikal, minat berbasika dan minat bersenam dengan berbasikal. Ada 10 sebab kenapa kita masih berbasikal pada zaman moden ini:
Sebab A:
1. Berbasikal Untuk Kuatkan Otot 2. Berbasikal Untuk Kuatkan Sendi 3. Berbasikal Untuk Kuruskan Badan 4. Berbasikal Untuk Kuatkan Jantung 5. Berbasikal Untuk Kuatkan Paru-Paru
Sebab B:
6. Berbasikal Untuk Aktiviti Senaman 7. Berbasikal Untuk Jaga Kesihatan 8. Berbasikal Untuk Orang Yang Sibuk 9. Berbasikal Untuk Orang Yang Stress 10. Berbasikal Untuk Rekreasi.

Ada kesempatan kita boleh berkongsi cerita 10 sebab diatas.

Akhir sekali Moh Kita Ngayuh Basikal. Tak kisah basikal apa. Katakan "TAK NAK" pada merokok

20101209

Moh Ngayuh Basikal - 10 sebab

(Gambar semasa bawa budak-budak berbasikal pada 9.3.2008)

Bulan lepas koi ada gi mesyuarat basikal. Bincang-bincang pasal nak buat Tahun Basikal Pahang 2011. Koi ni orang minat ngayuh aja, bukan orang minat lumba ngayuh. Orang macam koi ni kayuh memain aja. Kayuh nak lepaskan gian. Dato' pengerusi mesyuarat cakap kat koi, kita patut ada info mudah tentang berbasikal. Supaya orang yang tak minat mudah nak minat. Kalau bagi info yang panjang-panjang dengan istilah sains sukan tahap 3, macam mana orang nak faham.

Jumpa kali kedua, Dato' bertanya lagi pasal 'info mudah tentang berbasikal'. Ralat sangat koi pasal tak sempat nak siapkan. Lagipun idea tentang 'info mudah tentang berbasikal' belum cukup masak, kena proses lagi. Kalau silap tulis, koi sendiri jadi tak paham.

Bila dah pikir-pikir koi rasa ada 2 sebab besar ngapa orang nak ngayuh, iaitu sebab untuk individu dan sebab untuk bermasyarakat. Dari dua sebab tu, boleh dipecahkan jadi 10. Akhirnya boleh koi senaraikan 10 sebab ngapa molek berbasikal. Sebabnya adalah:

A. BERBASIKAL UNTUK INDIVIDU
1. Berbasikal Untuk Kuatkan Otot
2. Berbasikal Untuk Kuatkan Sendi
3. Berbasikal Untuk Kuruskan Badan
4. Berbasikal Untuk Kuatkan Jantung
5. Berbasikal Untuk Kuatkan Paru-Paru

B. BERBASIKAL UNTUK BERMASYARAKAT
6. Berbasikal Untuk Aktiviti Senaman
7. Berbasikal Untuk Jaga Kesihatan
8. Berbasikal Untuk Orang Yang Sibuk
9. Berbasikal Untuk Orang Yang Stress
10. Berbasikal Untuk Rekreasi

LINKS:
1. basikalgunung.blogspot.com -
2. basikal.wordpress.com -
3. www.basikalbaru.com -
4. orangbasikal.blogspot.com -
5. nostalgiabasikaltua.wordpress.com -
6. mybasikal.blogspot.com -
7. basikalmalaya.wordpress.com -

20101129

Header Laman Pahang No.5 -Mari berbasikal

Berbasikal adalah aktiviti yang menyeronokkan pada kanak-kanak. Apabila meningkat dewasa kadang-kadang kita terlupa bagaimana seronoknya berbasikal. Sambil mengayuh terasa angin lembut menyapu lembut ke muka.

Ada beberapa ketika, berbasikal menjadi tidak seronok, pertama apabila dipaksa pergi kekedai membeli barang yang tiada kaitan dengan kita. Kedua adalah apabila rantai basikal putus. Dan ketiga adalah apabila tayar bocor. Keciwa yang dirasakan tidak terhingga terutama dalam jiwa kanak-kanak.

Bila dah besar, sebenarnya berbasikal masih boleh menjadikan kita seronok. Apabila kita seronok berbasikal, akan keluar bahan kimia dari dalam badan kita. Bahan kima ini berkeupayaan untuk memperbaiki organ-organ dalam yang rosak.

Kita semua tentu pernah dengar cerita orang dikejar anjing. Dalam keadaan ketakutan yang amat sangat ketika dikejar anjing, kita boleh melompat pagar yang sama tinggi dengan kita. Apa yang menyebabkan kita tiba-tiba kuat macam pendekar. Bahan kimia 'adrenaline' lah yang menyebabkan tiba-tiba kita boleh melompat pagar setinggi kita. 'Adrenaline' ini juga boleh memperbaiki organ-organ dalam yang rosak.

Orang-orang yang banyak stress boleh mengurangkan stress dengan berbasikal. Basikal terbukti boleh tenangkan fikiran berdasarkan pengalaman saya sendiri. Bila mengerah keringat semasa mengayuh basikal fikiran kita akan fokuskan kepada kerja mengayuh basikal. Letih dan peluh dirasakan satu nikmat. Bila siap mengayuh dengan nafas yang tercungap-cungap dan peluh yang mengalir laju maka terasa fikiran menjadi tenang. Sungguh seronok.

Stress boleh menjadi musuh dalam selimut bagi kebanyakan orang yang bekerja di pejabat. Antaranya adalah kesan stress adalah:
1. Frequent headaches, jaw clenching or pain 2. Gritting, grinding teeth 3. Stuttering or stammering 4. Tremors, trembling of lips, hands 5. Neck ache, back pain, muscle spasms 6. Light headedness, faintness, dizziness 7. Ringing, buzzing or "popping sounds 8. Frequent blushing, sweating 9. Cold or sweaty hands, feet 10. Dry mouth, problems swallowing

11. Frequent colds, infections, herpes sores 12. Rashes, itching, hives, "goose bumps" 13. Unexplained or frequent "allergy" attacks 14. Heartburn, stomach pain, nausea 15. Excess belching, flatulence 16. Constipation, diarrhea 17. Difficulty breathing, sighing 18. Sudden attacks of panic 19. Chest pain, palpitations 20. Frequent urination

21. Poor sexual desire or performance 22. Excess anxiety, worry, guilt, nervousness 23. Increased anger, frustration, hostility 24. Depression, frequent or wild mood swings 25. Increased or decreased appetite 26. Insomnia, nightmares, disturbing dreams 27. Difficulty concentrating, racing thoughts 28. Trouble learning new information 29. Forgetfulness, disorganization, confusion 30. Difficulty in making decisions.

31. Feeling overloaded or overwhelmed. 32. Frequent crying spells or suicidal thoughts 33. Feelings of loneliness or worthlessness 34. Little interest in appearance, punctuality 35. Nervous habits, fidgeting, feet tapping 36. Increased frustration, irritability, edginess 37. Overreaction to petty annoyances 38. Increased number of minor accidents 39. Obsessive or compulsive behavior 40. Reduced work efficiency or productivity

41. Lies or excuses to cover up poor work 42. Rapid or mumbled speech 43. Excessive defensiveness or suspiciousness 44. Problems in communication, sharing 45. Social withdrawal and isolation 46. Constant tiredness, weakness, fatigue 47. Frequent use of over-the-counter drugs 48. Weight gain or loss without diet 49. Increased smoking, alcohol or drug use 50. Excessive gambling or impulse buying
Rujukan:
DPortal.com-
[http://www.dportal.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=45&Itemid=67]

LINK BERKAITAN:
Laman Pahang - kayuhan mahkota pahang 2010