-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20101210

Moh Ngayuh Basikal - basikal, berbasikal dan bersenam

Minat basikal, minat berbasikal dan minat bersenam boleh menjadi tiga minat yang boleh dibezakan. Perbezan ini kerana kita semua berbeza tetapi serupa. Tiga Minat boleh jadi Satu Minat. Manakala Satu Minat boleh juga jadi Tiga Minat. Kosong Minat boleh berubah jadi Satu Minat. Kita bersatu kerana basikal, tetapi berbeza tetap berbeza.

Ada orang minat pada 'BASIKAL'. Ada orang pula minat pada 'BERbasikal'. Ada pula orang minat 'berSENAM'.

Golongan pertama. Orang yang minat BASIKAL kerana dia minat pada rekabentuk basikal, teknologi basikal, buatan basikal, jenama basikal, asal basikal, keupayaan basikal, harga basikal dan macam-macam sebab yang berkaitan dengan basikal. Orang yang minat basikal mungkin akan membeli basikal yang paling mahal yang dia sanggup beli. Orang begini akan sentiasa berminat mengikuti perkembangan dunia basikal. Orang minat basikal biasanya tak banyak mengayuh basikal tetapi memiliki basikal yang hebat, yang mahal atau yang susah dicari dan jarang-jarang jumpa. Mereka ni kalau mengayuh ... wow! nampak sungguh hebat. Lengkap dengan semua alat kelengkapan dan keselamatan mengayuh. Malah mereka ini akan menjadi daya tarikan masyarakat setempat atau daya tarikan pelancongan.
(Gambar semasa berbasikal bersama Kemas Pahang Bentong-Kuantan pada 23.9.2008)

Orang minat basikal mungkin bermula sebagai orang yang minat berbasikal. Setelah lama mengayuh. Banyak tempat dah sampai dengan berbasikal. Apabila masa berlalu, badan makin tua atau masa makin sibuk atau tanggungjawab makin besar dan duit makin banyak, minat mengayuh basikal terpaksa dikurangkan. Minat tak lari ke perkara lain tetapi beralih kepada minat membeli, menyimpan, menjaga dan mempamirkan koleksi basikal dan barang-barang basikal. Mereka ni boleh jadi tempat rujukan tentang basikal.

Golongan kedua. Orang yang minat BERbasikal pula tak ambil pusing sangat tentang basikal yang nak dikayuh. Yang penting dia ada basikal dan basikal tu boleh dikayuh mengikut kehendak hatinya. Ada suka kayuh jauh-jauh. Ada suka kayuh lasak-lasak. Ada yang suka kayuh dalam bandar. Ada yang suka kayuh dalam hutan. Ada masa kayuh sorang-sorang. Ada masa kayuh ramai-ramai.
(Gambar Berbasikal Temerloh-Bera pada 9.3.2008)

Orang macam ni tak risau pasal nak jaga 'standart' bila mengayuh basikal. Tak rasa malu jika orang kata dia kayuh basikal murah. Kalau orang pakai basikal RM1500, dia tak malu mengayuh basikal harga RM150. Kalau ada orang bangga dangan basikalnya yang berharga RM10,000. Orang minat berbasikal tak malu kayuh basikal RM500 atau RM1,000. Yang penting mengayuh basikal. Orang minat berbasikal ni banyak mengayuh dan mahir mengayuh. Mereka sentiasa mengkaji teknik-teknik mengayuh. Macam mana kayuhan jimat tenaga, macam mana kayuhan naik bukit, macam mana kayuhan turun bukit, macam mana kayuhan pecut, macam mana kayuhan berpasukan. Mereka juga mahir mengenali laluan merbahaya dan mengenali suasana merbahaya. Mereka tahu bila anjing jadi ancaman. Mereka tahu bila anak lembu jadi ancaman.

Mereka ni banyak menyelesaikan sendiri masalah pembaikan basikal. Tak perlu bawa ke kedai basikal. Mereka ada macam-macam alat untuk baiki basikal. Mereka ni boleh meleraikan basikal dan memasangnya semula. Kadang-kadang ada antara mereka yang boleh membetulkan rim basikal yang 'oleng' (goyang). Pendek katanya, seronok tengok alat-alat yang mereka ada dan seronok dengar pengalaman mereka mengayuh berbelas-belas tahun.

Bila masa berubah, pendapatan bertambah dan masa makin banyak terluang, mereka ini akan ada rasa yang cinta yang mendalam pada basikal. Timbul rasa nak kayuh basikal yang baik-baik dan mahal. Mereka ini akan membeli dan mengayuh basikal yang satu masa dahulu hanya angan-angan.

Biasanya orang yang minat berbasikal, banyak mengayuh, suka berpeluh, nak jaga kesihatan, nak jaga jantung, nak jaga paru-paru, nak kurangkan pencemaran .... mereka katakan 'TAK NAK' pada MEROKOK.

Golongan ketiga. Akhir sekali pasal orang yang minat berSENAM. Orang ini suka bersenam dan mengeluarkan peluh. Yang penting berpeluh. Mengayuh basikal boleh, main bola boleh, main badminton, berlari pun boleh. Ada masa kayuh basikal untuk berpeluh. Ada masa dia buat aktivit lain untuk berpeluh. Yang penting berpeluh. Apa cara yang digunakan tidak penting.

Golongan ini jika mereka banyak berkawan dengan orang yang minat mengayuh mungkin cintanya pada bersenam akan menjurus pada berbasikal sahaja. Seterusnya masa bersenam lebih banyak digunakan untuk berbasikal. Jika mereka banyak berkawan dengan orang yang minat basikal, mungkin minat bersenam mereka akan berpindak kepada aktiviti lain. Tambahan pula jika dikatakan untuk mengayuh perlukan basikal yang baik dan ada 'standart', yang harganya ribu-ribu ringgit. Ada yang takut mendengarnya.

Kesimpulannya, tak kisah anda kategori mana. Yang penting kita sama-sama minat basikal, minat berbasika dan minat bersenam dengan berbasikal. Ada 10 sebab kenapa kita masih berbasikal pada zaman moden ini:
Sebab A:
1. Berbasikal Untuk Kuatkan Otot 2. Berbasikal Untuk Kuatkan Sendi 3. Berbasikal Untuk Kuruskan Badan 4. Berbasikal Untuk Kuatkan Jantung 5. Berbasikal Untuk Kuatkan Paru-Paru
Sebab B:
6. Berbasikal Untuk Aktiviti Senaman 7. Berbasikal Untuk Jaga Kesihatan 8. Berbasikal Untuk Orang Yang Sibuk 9. Berbasikal Untuk Orang Yang Stress 10. Berbasikal Untuk Rekreasi.

Ada kesempatan kita boleh berkongsi cerita 10 sebab diatas.

Akhir sekali Moh Kita Ngayuh Basikal. Tak kisah basikal apa. Katakan "TAK NAK" pada merokok

No comments: