-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20101216

Panduan persediaan menghadapi banjir

Ada banyak perkara yang boleh dilakukan oleh kita semua sebagai persediaan menghadapi banjir. Banyak juga perkara yang boleh dilakukan ketika kita berhadapan dengan banjir. Banyak juga perkara-perkara penting yang kita perlu tahu selepas di landa banjir. Bagi tempat-tempat yang tidak pernah mengalami banjir, jangan terlalu yakin yang kita tidak akan menghadapi. Tidak rugi juga membaca info-info tentang persediaan menghadapi banjir. Berikut disediakan senarai yang dapat disediakan untuk pembaca Laman Pahang:

SENARAI SEMAKAN TINDAKAN MENGHADAPI BANJIR:

A. Persediaan awal - Sebelum banjir

A1* Dapatkan maklumat tentang sistem amaran banjir
A2* Dapatkan maklumat tentang pusat pemindahan
A3* Maklumkan tindakan kepada ahli keluarga
A4* Bersihkan saluran air yang tersumbat
A5* Sediakan peralatan kecemasan peribadi dan keluarga

B. Bila air sungai naik - Dekat nak banjir

B1* Sentiasa dengar radio.
B2* Simpan air bersih
B3* Simpan barang boleh hanyut dalam rumah
B4* Letakkan dokumen penting dalam bekas kalis air.
B5* Bersedia untuk tutup suis elektrik, bekalan air dan kepala gas.
B6* Dapatkan maklumat perancangan jiran
B7* Alihkan barang ke tempat tinggi
B8* Maklumkan kepada ketua tempatan jumlah

C. Bila air sungai melimpah - Banjir - Bantuan belum sampai

C1* Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat.
C2* Elakkan kawasan arus yang deras.
C3* Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
C4* Awasi kanak-kanak
C5* Jangan minum air banjir.
C6* Bawa dokument dan peralatan penting
C7* Bawa keperluan peribadi yang asas

D. Bila air sungai melimpah - Banjir merebak - Bantuan sampai

D1* Bersedia untuk dipindahkan
D2* Pegang dokument dan peralatan penting sahaja
D3* Berikan kerjasama apabila menerima arahan pindah
D4* Ikut laluan yang ditentukan sahaja

E. Bila air sungai surut

E1* Berpindah balik apabila dibenarkan
E2* Pastikan rumah selamat untuk dimasuki
E3* Pakai kasut.
E4* Periksa kerosakan rumah
E5* Periksa kehadiran binatang atau serangga berbisa
E6* Periksa paip saluran gas
E7* Periksa wayar elektrik
E8* Periksa peralatan elektrik
E9* Periksa bahan-bahan mudah terbakar
E10* Buang bahan-bahan makanan yang terendam
E11* Periksa kerosakan tangki septik

LINKS:
1. jpsphg.gov.my - Persediaan menghadapi banjir
2. h2o.water.gov.my - Persediaan Menghadapi Banjir
3. pmr.penerangan.gov.my - Panduan dan Langkah Menghadapi Banjir
4. water.gov.my - Laman web rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
kemaskini: 16.12.2010

No comments: