KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20101202

01/01 MAHA 2010 -selamat datang

Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA 2010) telah menjadi tajuk hangat yang sering dibincangkan dikampung-kampung. Mereka yang pergi menceritakan kehebatan tempatnya, orangnya dan pamerannya. Buka setakat yang tua dan yang muda mengidam nak pergi ke Pameran MAHA 2010 tetapi kanak-kanak sekolah rendah dan tadika juga sibuk nak ikut.
07
Bawak bebudak kecik kena jaga betul-betul. Kalau bawa yang kurang aktif mungkin senang sikit. Kalau bawa yang 'over' aktifnya ... 10% masa digunakan untuk melihat Pameran MAHA 2010, manakala 90% masa digunakan untuk melihat 'pameran' gelagat anak-anak yang kita bawa. Itulah bebudak namanya. Kita pun gitu juga masa kecik dulu.
06
Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA 2010) kali ini berlangsung bermula pada 26hb November 2010 hingga 5hb Disember 2010. Kita boleh masuk bermula jam 10 pagi hingga jam 10 malam.

05
Masa dalam bas digunakan untuk tidur sepenuhnya. Apabila sampai nanti tentulah tak ada masa nak tidur. Banyak tempat yang nak dilawati.

04
Semasa menghampiri pintu masuk, kita akan dapat melihat tulisan MARDI dan papan tanda 'DIPERSIJILKAN DENGAN MS ISO 9001 % MS ISO/IEC 17025
03
Semasa Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA 2010) rakyat Malaysia berpeluang melihat pertunjukan RODEO. Inilah bebudak tadika kata ada pertunjukan 'Lembu Gila'.
02
Pintu masuk. Kenderaan sudah berbaris panjang menunggu giliran.
01

LINKS:
1. mahamalaysia.com - Mahathir Mohamad
2. www.mahaexpo2010.com -
3. www.mstar.com.my - MAHA 2010 jadi pekan koboi

No comments: