KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20101203

02/44 MAHA 2010 - Selamat sampai

Akhirnya ahli rombongan JKKK Kampung Kuala Sanggang, Temerloh, Pahang Darul Makmur selamat sampai dan menjejakkan kaki ke Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA 2010).
10
Belon besar ini jelas kelihatan dari jauh. Terasa kegemiraan di hati apabila melihat balon besar ini melambai-lambai peserta supaya lebih ramai lagi datang ke Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA 2010). Pada balon ini ada iklan KFC, Ayamas, Piza Hut dan Rasa Mas.
09
Sebelum datang dah ada orang pesan supaya baya payung sendiri. Kalau tak mahu bawa tak apa, pasal ada ramai peniaga yang menual payung. Harga payung RM10 sahaja. Kualitinya ikut nasib. Mungkin ada yang tahan 10 hari, mungkin juga ada yang tahan 10 minit sahaja.
08
Pengunjung dah makinramai, hari dah makin panas.
07
untuk pergi ke satu-satu tempat pameran, perlu naik bas percuma yang disediakan. Untuk naik bas percuma perlu beratur. Beratur panjang.
06
Laluan ke dewan pameran.
05
Dewan A pameran jabatan kerajaan. Dewan B pameran syarikat swasta. Dewan C pameran syarikat antarabangsa. Dewan D pameran Industri Kecil dan Serdahana (IKS), gerai makanan ringan dan gerai makan popular Malaysia.
04
Khemah yang menempatkan gerai buah-buahan tempatan.
03
Terdapat juga pelbagai barangan selain hasil pertanian.
02
Laluan ke dewan pameran disambut oleh penjual balon dan penjual payung.
01
Bas Srai Raya yang digunakan untuk mengangkut penumpang ke tempat-tempat pameran. Bertanyalah kepada 'orang berbaju biru' untuk tahu hala tuju bas percuma ini.

No comments: