-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20170418

Saya nak kurus tetapi siapa nak tolong

Ini adalah persoalan sebenar kepada semua cerita moh kurus moh sihat. Kita perlu ada orang yang boleh tolong kita. Kita perlu ada guru. Kita perlu ada jurulatih.

Masalahnya bagaimanan nak cari orang yang benar-benar sesuai dan ikhlas. Orang yang ada ilmu dan ada pengalaman. Orang yang pernah membantu diri sendiri dan pernah membantu orang lain.

Caranya hanyalah satu iaitu mohon pada Allah SWT.

Kerana Jom Kurus Jom Sihat ini adalah kesenimbungan kepada Jom Puasa Jom Sihat.

20170416

Talib Samat dan Azhar Wahid Menelusuri Perjuangan Tiga Tokoh Pahlawan (RAWA) Pahang Tok Shahrom Tok Gajah dan Mat Kilau

Ini adalah buku Menelusuri Perjuangan Tiga Tokoh Pahlawan (RAWA) Pahang Tok Shahrom Tok Gajah dan Mat Kilau yang ditulis oleh Talib Samat dan Azhar Wahid.

Menelusuri Perjuangan Tiga Tokoh Pahlawan (RAWA) Pahang Tok Shahrom Tok Gajah dan Mat Kilau, menceritakan tentang susur galur hidup dan perjuangan tiga orang pahlawan Pahang berketurunan Rawa (Rao) untuk mempertahankan maruah, harga diri dan tanah air tercinta dalam perjalanan hidup masing-masing.

Tok Shahrom yang sebenarnya adalah Tengku Ali merupakan bapa kepada pahlawan Tok Gajah. Keduanya memiliki ilmu kepahlawanan masing-masing dan berhijrah dari Sumatera pada abad ke-19.

Manakala Tok Gajah adalah bapa kepada pahlawan Mat Kilau yang ikut terlibat dalam peperangan menentang penjajah Inggeris di Pahang bersama Dato’ Bahaman dan pahlawan Pahang yang lain.

Manakala Mat Kilau ialah anak pahlawan Tok Gajah ikut sama menentang penjajah Inggeris hingga namanya terus disebut sehingga sekarang. Mereka semua adalah pejuang kemerdekaan terawal Tanah Melayu.

Penerbitan buku Menelusuri Perjuangan Tiga Tokoh Pahlawan (RAWA) Pahang Tok Shahrom Tok Gajah dan Mat Kilau berupaya menambah pengkisahan dari buku-buku sejarah yang menceritakan sejarah perjuangan ketiga-tiga tokoh pahlawan besar Pahang ini. Buku ini perlu dihayati semula oleh generasi kini supaya menghargai jasa tiga  tokoh silam ini.

Judul: Menelusuri Perjuangan Tiga Tokoh Pahlawan  (RAWA) Pahang Tok Shahrom Tok Gajah dan Mat Kilau
Pengarang: Talib Samat, Ph.d dan Azhar Wahid, Ph.d
Penerbit: Penerbit Mentari
Tahun Terbit: 2013   
Harga: RM 50.00
Muka surat: 364

RUJUKAN:
[buku-menelusuri-perjuangan-tiga-tokoh]

20170411

Saya nak kurus tapi bagaimana nak mula

Kita telah memilih untuk kuruskan badan sebanyak sekian-sekian kg dalam tempoh sekian hari. Tetapi bagaimana nak mula.

Sebelum bermula kita mesti tahu apakah istilah-istilah yang digunakan dikalangan mereka yang telah berjaya kuruskan badan. Kita juga perlu mengatahui keadah-keadah yang digunakan oleh mereka yang telah berjaya. Semua perkara ini adalah untuk pengatahun sebelum kita bermula bukan memilih keadah untuk bermula.

Jika tidak memahami istilah-istilah atau keadah-keadah tersebut kita boleh terbabas dalam ajaran sesat. Kita boleh terpedaya dengan pelbagai ubat cepat kurus yang akhirnya boleh membawa maut. Kita boleh terpedaya dengan keadah yang hanya sesuai untuk orang lain tetapi tidak untuk kita.

Kita perlu bermula dengan minum air yang cukup untuk ukuran badan kita. Air diperlukan untuk mencuci organ dalaman kita dan dibuang melalui kencing. Kita perlu tahu kenapa perkara ini berlaku.

Jangan memilih untuk mendapat jawapan dan tidak tahu apakah soalannya.

20170410

Senarai nama waris Pejuang menentang Penjajah Inggeris di Pahang

Ini adalah satu senarai untuk memperkenalkan nama-nama yang mungkin tersembunyi disebalik nama-nama besar dan terkenal. Masing-masing berjuang dangan ketentuan hidayah yang diterima oleh mereka. Kita dan anak cucu kita perlu meneruskan perjuangan sebegini tetapi dari sudut dan dimensi yang kita sendiri tidak sangka bahawa kita akan terjebak. Dari dulu-dulu hingga kini-kini proses sebegini akan terus berulang. Apakah 'proses' dan apakah yang 'berulang', terserahlah pada hidayah yang tuan puan terima dari Allah swt.

Ramai yang telah sedar bahawa waris-waris Nusangtara ini pernah berperang sesama sendiri semasa Perang Pahang.Bacalah senarai nama-nama moyang kita yang terlibat.
[nama-mereka-yang-terlibat-dalam-perang-pahang]
[mereka-yang-telibat-dalam-perang-pahang]
[senarai-nama-waris-yang-berperang-dipahang]
[Waris Perang Saudara Pahang]
Kesan perang ini adalah dendam sesama waris. Maka berjayalah pihak ketiga untuk terus melagakan moyang-moyang kita.

Mungkinkah perjuangan menentang penjajah Inggeris dan Jepun juga menjadi kesinambungan perang sesama waris tersebut. Kesannya adalah benci sesama sendiri. Maka berjayalah pihak ketiga untuk terus pecah-belahkan moyang-moyang kita supaya fanatik kepada puak masing-masing.

Berikut adalah nama waris-waris kita yang boleh kita kaji:

Manap Jepun ibunya Wan Esah adalah seorang wanita Jepun. Bapa Manap , Siwang  dapat berkahwin dengan wanita Jepun itu kerana dia pernah bekerja sebagai kelasi kapal yang belayar ke Jepun. [darikajang]. Inggeris meletakkan mayat Manap Jepun di bumbung kereta kemudian diarak di pekan Jerantut.[adimul]. Beliau dikatakan lahir dalam tahun 20-an dan gugur dengan mulia dalam satu seranghendap oleh sepasukan askar Gurkha upahan di Kuantan pada 25 Januari 1952.Memimpin Platun Ke-5,  dalam satu peristiwa di Jabor (Disember 1950), Manap dengan cerdik telah mengambil taktik menyamar diri sebagai pegawai askar musuh. Beliau dan pasukannya telah menaiki bas di jalan Kuantan-Jabor dan berhenti betul-betul di pos kawalan musuh. Di situ, dia memerintahkan semua AP yang bertugas supaya berbaris untuk pemeriksaan senjata. Dengan demikian, beliau telah berjaya merampas 6 laras senapang dan sejumlah peluru!. Manap Jepun memperolehi banyak kejayaan. Dari bulan Oktober 1950 hingga Januari 1951 Manap memimpin Platun 5 melakukan banyak kali tindakan militeri ke atas musuh, termasuk 3 kali menyerang pos AP; 2 kali serang hendap; 4 kali gangguan dan lain-lain, membunuh 6 orang musuh, termasuk 2 orang OCPD British, satu orang pegawai British, satu sarjan dan dua orang polis; mencederakan 6 orang, di antaranya 2 orang askar British dan 2 orang polis; merampas 16 laras senjata dan 464 biji peluru serta alat kelengkap lainnya. Atas jasa-jasanya yang tidak ternilaikan terhadap usaha kemerdekaan tanahair, Manap telah dianugerahkan gelaran “Pahlawan” oleh Markas Besar Rejimen Ke-10 pada 21 Mei 1952 [matamin]

Jaafar Husin (bekas Ketua PKMM Temerloh) Dalam bukunya Kebenaran Jaafar Husin ada menyebut Manap Jepun pernah memegang jawatan Setiausaha PKMM Temerloh.[darikajang]

Abu Samah Mohd.Amin,   bekas  pemimpin API dari Lubuk Kawah,  yang pernah menjadi ketua tentera PKM bagi kawasan (wilayah)  Pahang Timur. pernah menjadi calon PSRM di Temerloh dalam 4 kali pilihan raya.[darikajang]

Ahmad Salleh hampir tidak tersebut dalam buku-buku yang ditulis oleh Abdullah CD dan Suriani Abdullah, walaupun  dia salah seorang pejuang kemerdekaan yang penting dari Temerloh dan pernah bergerak dalam  Rejimen Ke-10. Setiausaha Barisan Tani Malaya (BATAS)  yang diketuai oleh Musa Ahmad. sebagai Ketua Kompeni dengan pangkat Kaptan. Dalam perjuangan  dia memakai nama samaran Abas. Jadi ketika itu   dia disebut Kaptan Abas. Menyerah diri  kepada Pasukan Keselamatan  di Kota Baharu, Kelantan  pada tahun 1955 dan kemudian bekerjasama dengan pihak kerajaan yang mahu menghapuskan gerakan komunis. [darikajang]

Kamarulzaman Teh, Ketua API Pahang dan pemimpin API. [darikajang] [darikajang]. Menjadi komunis dari muda hingga ke tuahanya mengetahui konsep-konsep asas tentang Marxisme. [pacermerah].mulanya dicadangkan menjadi Panglima tetapi ditukar dengan Wahi Anuar. [pacarmerah]. dilahirkan di Kampung Tanjung Beroga, Mukim Sanggang, Temerloh, Pahang pada tahun 1920, anak sulung kepada 5 beradik.Tahun 1940-1941, ketika berumur 20 tahun, saya menjadi pegawai pelatih pertanian di Serdang [matamin] Dijatuhi hukuman mati kerana memiliki senjata api.Rayuan kepada Sultan Pahang membolehkan hukuman mati diubah menjadi hukuman penjara 20 tahun.Tergolong sebagai banduan yang tak cukup umur. 1962, ketika berumur 42 tahun, Kamarulzaman dibebaskan secara bersyarat oleh kerajaan. Beliau balik ke kampung halaman dan bekerja di sebuah syarikat bas di Temerloh.1974, PSRM mencalonkan beliau bertanding dalam pilihan raya kawasan Temerloh. Ketika usia 82 kedua-dua matanya buta, kakinya lumpuh dan beliau sudah tidak dapat mengurus sendiri kehidupan sehari-hari.Beliau juga berharap dapat ke Kampung Perdamaian di sempadan Thailand-Malaysia melawat rakan-rakan seperjuangan dan hajat dimakbulkan pada 2 September tahun 2002. Di tengah-tengah rakan seperjuangan, Kamarulzaman Teh telah meninggalkan dunia pada pukul 10.30 pagi 5 November tahun 2002. Jenazah beliau selamat dikebumikan pada pukul 4.30 petang hari itu juga di sebuah tanah perkuburan Islam di Wilayah Narathiwat.

Yoep Mahidin, ADO Temerloh.[darikajang]

Ibrahim Chik ditugaskan pergi ke Selatan Thailand  untuk merintis penempatan Rejimen Ke-10 di negera  itu, sebelum pasukan Rejimen Ke-10 pindah beramai-ramai  ke negara itu. [darikajang].

Satar Haji Dahan, seorang pemimpin PSRM di Temerloh. [darikajang]

Bi adik Manap Jepun yang berkahwin dengan  Mat Zali yang dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Inggeris diatas fitnah. [matamin]

Mat Zali adik ipar Manap Jepun yang berkahwindengan adiknya yang bernama Bi memilih perjuangan bersenjata menentang Inggeris. Di Pulau Tawar, menerima tawaran menyerah diri kepada kepada Inggeris kerana janji janji Dato Yeop Mahidin. Dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Inggeris diatas fitnah. [matamin]

Yusof Salleh menjadi Ketua API dan kemudiannya Ketua PETA Temerloh. Isteri Maimunah Salleh.[matamin]

Maimunah Salleh menjadi Ketua AWAS Temerloh. Suami Yusof Salleh.[matamin]

Wan Ali. [matamin] Gerila Melayu yang berjuang di sekitar Jerantut, Pahang sekitar dekad 1950an [adimul]

Budin Che Soh. [matamin]

Abdullah C.D.[pacarmerah] Ketika di Pahang pada tahun 1948-1952, Abdullah CD lebih banyak bertempur daripada belajar teori komunisme.[pacermerah]. Komisaris Politik Rejimen ke-10 PKM [pacarmerah]

Eng Ming Ching telah memeluk agama Islam pada tahun 1955 dan menukar nama kepada Suriani Abdullah. Berkahwin dengan Abdullah C.D secara Islam. [pacarmerah]. Menjadi 'guru' teori komunisme kepada suami.[pacermerah]

Suriani Abdullah telah memeluk agama Islam pada tahun 1955 dan menukar nama daripada Eng Ming Ching. Berkahwin dengan Abdullah C.D secara Islam.[pacarmerah]

Rashid Maidin.[pacarmerah]

Abu Samah Mohd. Kassim. [pacarmerah]Pejuang Kiri Kemerdekaan Zuriat Datuk Bahaman [matamin]Gambar-gambar Kepulangan Abu Samah Ke Rahmatullah [matamin]

Musa Ahmad. [pacermerah]

Shamsiah Fakeh.[pacermerah]

Siti Norkiah bt Mahmud Baginda Srikandi dari Pahang Utara. [pacarmerah]. Ketua AWAS Pahang (1946-1948), yang kemudian bergerila di Pahang selama kira-kira 5 tahun (1948-1953), dan selepas itu bergerila pula di selatan Thailand selama hampir empat dekad (1954-1989) [pacermerah]

Mokhtaruddin Lasso. [pacarmerah]

Shamsiah Fakeh. [pacarmerah]

Wahi Anuar Panglima Rejimen ke-10 PKM (disebut juga Tentera Pembebasan Nasional Malaya yang ditubuhkan pada pada 21 Mei 1949 di Kerdau, dalam daerah Temerloh, Pahang.)[pacarmerah]

Zaleha binti Mat Roni. (1924 – 2004) (Rosmah) (Wan) (Mak Bidan), dilahirkan di Kampung Bangau Tanjung, Mukim Bangau, Daerah Temerloh, Negeri Pahang.Ketua AWAS Lubuk Kawah. Menyertai Rejimen Ke-10 PKM pada tahun 1949 bersama 50 anggota AWAS Lunuk Kawah. 1953 menyertai pasukan Hang Jebat berpindah ke kawasan sempadan, ditugaskan sebagai Ketua Seksyen Wanita. 1960 kawin dengan Sukur Ismai. 1977 - 89 – ikut serta memimpin Kompeni Ke-22 Rejimen Ke-10, dilantik sebagai Ketua Kompeni. 25 September 2004 meninggal dunia dalam usia 80 tahun kerana sakit tua. Jenazah beliau disemadikan di tanah perkuburan Kampung Perdamaian Sukhirin.[matamin]

Shukur Ismail. Suami Zaleha binti Mat Roni Ketua AWAS Lubuk Kawah.[matamin]

Pak Da Hamid. Guru Sekolah API Lubuk Kawah.[matamin]

Mak Ngah Minah Pembantu Ketua AWAS Cawangan Lubuk Kawah.[matamin]

Zaharah. Setiausaha AWAS Cawangan Lubuk Kawah[matamin]

Zawiah binti Hj Ibrahim . Bendahari AWAS Cawangan Lubuk Kawah.[matamin]

Zawyah Haji Ibrahim.[matamin]

Uda bin Haji Ismail.[matamin]

Mokhtar Haji Ibrahim[matamin]

Said bin Haji Ismail. anggota API ditahan oleh Penjajah Inggeris dibeberapa pusat tahanann termasuk Beruas Perak[matamin]

Abd Rahman Md Noor. Berjuang mennentang Inggeris dan akhirnya ditahan oleh Inggeris bersama-sama Said bin Haji Ismail.[matamin]

Ahmad Taha. [matamin] Ahmad bin Taha, bekas kader Rejimen Ke-10 TRM. nama samarannya Remaja, dilahirkan pada bulan November 1926 di Kampung Buntut Pulau, Mukim Perak, Daerah Temerloh berkhidmat dalam rombongan bangsawan sebagai palakon, mempersembahkan drama, opera dan lain-lain untuk membangkitkan semangat kemerdekaan di bawah pimpinan Kamarulzaman Teh.Pada bulan Oktober 1948, Ahmad Taha menyertai Rejimen Ke-10. 1948 - 1953 pernah bertempur belasan kali dengan askar komanwel British. Pada tahun 1953 – 1954, Ahmad Taha ikut serta dalam perpindahan strategik Rejimen Ke-10 ke kawasan sempadan, ditugaskan menyusun massa. Pada tahun 1977 beliau berkhidmat di Kompeni Ke-22 Rejimen Ke-10 dan pada tahun 1984 berkhidmat di Platun Ke-12. Selepas perjanjian damai Haadyai, Ahmad Taha pulang ke kampung halamannya di Buntut Pulau.

Ahmad bin Taha @ Aki Teh [matamin]

MARILAH KITA BERPEGANG PADA AYAT YANG SATU

terima kasih kepada
darikajang, adimul, matamin, pacarmerah

sedang dikemaskini

20170406

Asal Usul Syed Kuning

assalamualaikum....
boleh sesiapa kongsika 
tentang asal usul 
syed kuning 
yg dinyataan di dlm blog nie... 

on Salasilah Keturunan Raja Alam Pagaruyung
by Shah

20170405

Dari Taman Kerang Kuantan ke Rumah Klasik Kuantan (RKK)


Taman Kerang Kuantan dan Pokok Buluh Kuantan adalah lokasi yang telah sebati dengan penduduk bandar Kuantan. Keduanya berhampiran dengan Masjid Negeri Pahang dan Padang MPK.

Di Taman Kerang Kuantan ini ada kumpulan perniagaan barang lama atau barang karat atau barang klasik atau barang antik yang diusahakan oleh Geng Antik Kuantan. Peniaga disini walaupun silih berganti tetapi masih ada orang lama yang tetap tabah meneruskan keunikan perniagan ini.

Di Taman Kerang Kuantan, mereka terpaksa mengeluarkan barang-barang dari kereta/van. Menyusun atas lantai. Sebelum zohor, kena kutip balik semua barang-barang tersebut dan susun pula dalam kereta/van. Barang-barang pula semakin banyak dan tak mampu dibawa kesemuanya.

Setelah lebih kurang 20 tahun bertapak di Taman Kerang Kuantan, satu usaha perlu dilakukan bagi mendapatkan tempat yang lebih kekal. Hampir setahun mencari sebuah tempat yang mampu mereka sewa.

Akhirnya dengan izin Allah SWT mereka ditunjukkan sebuah rumah lama di Kampung Galing Besar, di tepi Jalan Beserah berhampiran SK Galing. Di alamat A-106, Galing Besar, 25250 Kuantan, Pahang.

Usaha menjadikan rumah ini sebagai Muzium Barang Klasik telah dirintis oleh:
Kamaruddin Abdul Rahman, 56
Hairol Budiman Abu Bakar, 45
Khairul Rusdi Abu Bakar, 42
Faizal Izwa Nawi, 36,
Ahmad Shirmi Tamsil, 31
Muhd Khairudin Rusli, 30

Di muzium barang-barang klasik telah ditempatkan pelbagai barang-barang lama. Bagi menampung kos penyelenggaran dan pentadbiran muzium ini, mereka menawarkan berberapa perkhidmatan yang boleh dirundingkan harganya. Perkhidmatannya adalah:

1. Menyewa barang-barang untuk pelbagai majlis yang bersesuaian.

2. Menjual barang-barang jika ada permintaan.

3. Membeli barang-barang lama jika ada yang ingin menjual.

Selain itu mereka juga menyediakan pameran barang-barang lama  dan penerangan tentang barang-barang lama secara percuma. Juga ditawarkan adalah lokasi Sesi Fotografi bagi Penganti Baru.

Muzium ini dikenali dengan nama Rumah Klasik Kuantan (RKK). Anggota RKK Rumah Klasik Kuantan adalah mereka yang amat berminat dan sayangkan barang-barang lama. Mereka sanggup pergi ke serata lokasi bagi mengenalpasti barang-barang lama.

Antara tujuan utama RKK Rumah Klasik Kuantan adalah menyelamatkan barang-barang lama. Ini disebabkan ramai orang yang beranggapan barang-barang lama milik ayah atau atok mereka sudah tidak bernilai dan layak dibuang. Ada juga orang yang tahu nilai sejarah barang-barang tok wan mereka dan mahu pihak lain menyimpannya.

Bermula pada Disember 2016 RKK Rumah Klasik Kuantan ini telah dibuka untuk dilawati oleh masyarakat diseluruh Kuantan. Tidak disangka juga Rumah Klasik Kuantan juga mendapat kunjungan dari penduduk luar Kuantan.

Usaha RKK Rumah Klasik Kuantan ini dijalankan atas usaha persendirian dan tiada bantuan kewangan dari kerajaan atau swasta. Perkara yang ini juga berlaku kepada Balai-balai Seni Lukis Negeri Pahang berhampiran Galeri Rajawali di lereng bukit di Cenderawasih. Adalah diharapkan nasib RKK Rumah Klasik Kuantan menjadi lebih baik dari nasib Balai-balai Seni Lukis Negeri Pahang tersebut.

Penubuhan RKK Rumah Klasik Kuantan ini adalah titik permulaan. Jika usaha RKK Rumah Klasik Kuantan ini berjaya, mungkin akan menarik minat orang-orang di daerah lain di Pahang bagi menubuhkan:
Rumah Klasik Temerloh, Rumah Klasik Bentong, Rumah Klasik Jerantut, Rumah Klasik Raub, Rumah Klasik Maran, Rumah Klasik Pekan, Rumah Klasik Lipis, Rumah Klasik Rompin, Rumah Klasik Bera dan Rumah Klasik Cameron. seterusnya boleh ditubuhkan Persatuan Rumah Klasik Pahang. Jika berjaya sampai diperingkat ini, kehadiran ahli dan pengikut rumah klasik akan mendapat perhatian pemimpin-pemimpin besar.

Untuk memastikan usaha ini berterusan, mereka perlu ada draf bertulis perancangan jangka panjang. Jika kita mempunyai wawasan, wawasan itu perlu dinyatakan secara bertulis. Draf ini boleh ditambahbaik dari masa ke semasa.

Selain itu RKK Rumah Klasik Kuantan mempunyai perancangan bagi promosi jangka panjang. Seorang yang berwibawa ditugaskan menjalankan tugas ini. RKK Rumah Klasik Kuantan juga ada risalah promosi yang klasik.

Pihak RKK Rumah Klasik Kuantan mengalukan kedatangan pelawat bagi melihat bahan yang dipamirkan. Pelawat individu atau berkumpulan sentiasa dialu-alukan. Sebuat buku pelawat disediakan untuk mencatatkan kedatangan.

Hubungi RKK Rumah Klasik Kuantan di talian 0196199045 untuk perbincangan lanjut.

Sehingga kini antara koleksi barang yang dipamirkan adalah:

Alatan melombong Sungai lembing PCCL
Basikal lama,
Botol lama
Buku lama
Duit lama
Gambar lama
Kamera lama
Kereta lama
Motosikal lama
Mainan lama
Pakaian lama
Papan tanda lama
Perabot lama
Perahu lama
Pinggan mangkuk lama
Poster lama
Radio lama
Resit lama
Risalah lama
Sampul surat lama
Setem lama
Tembikar lama

Sumber text dan gambar:
Facebook
Sihar Harian

20170404

Saya nak kurus tapi bila nak mula

Setelah kita mempunyai alasan kenapa kita nak kurus kita perlu beralih kepada BILA nak mula.

Kita perlu memilih satu tarikh bila kita nak mula.
-Pilihlah satu tarikh yang sesuai asalkan jangan tahun depan atau sebulan lagi. Pilih satu tarikh yang tidak bertangguh-tangguh. Kita bukan nak sekat nafsu makan kita TETAPI kita nak kawal.

Kita juga perlu memilih satu tempoh untuk kita harung.
-Jangan buat satu tempoh yang terlalu lama atau terlalu panjang. Mungkin 21 hari atau 40 hari atau 60 hari atau 100 hari. Kita bukan nak ekat nafsu makan kita TETAPI kita kawal.

Kita juga perlu pilih satu kadar atau ukuran untuk kita capai.
-Jangan buat ukuran berdasarkan pandangan cermin atau pandangan kawan atau pandangan keluarga. Kita perlu memilih alat yang sesuai digunakan. Mungkin timbang berat atau timbang jisim atau lebih murah tali tep tukang jahit.


Senarai Penulis Pahang Dikalangan Penulis Malaysia

 A. Aziz Deraman
 A. Bakar Hamid
 A. F. Yassin
 A. Ghafar Ibrahim
 A. Ghani Abdullah
 A. Halim Ali
 A. Hamid Hassan
 A. Hamid Jemain
 A. Jalil Ali
 A. Jalil Alimon
 A. Kadir Jasin
 A. Latif Mohidin
 A. Rafar Mohd
 A. Rahim Abdullah
 A. Rahim Omar
 A. Rahim Tahir
 A. Rashid Ngah
 A. Samad Said
 A. Shukur Harun
 A. Wahab Ali
 A. Wahab Awang Teh
 A. Wahab BE.
 A. Wahab Dangi
 A.Kadir Ahmad
 A.Wahab Rauf
 Ab. Aziz Haji Bahanan
 Ab. Aziz Yusof
 Ab. Rahman Ali
 Ab.Aziz Bakar
 Abang Azman Abang Pawi
 Abang Fatdeli Abang Muhi
 Abd Naddin Shaiddin
 Abd Rahim Omar.
 Abdul Aziz Ahmad
 Abdul Ghalib Yunus
 Abdul Hadi Mahmud
 Abdul Hadi Yusof
 Abdul Halim R
 Abdul Halim Yazid
 Abdul Hamid Mahmood
 Abdul Latip Talib
 Abdul Manan Simpol
 Abdul Mubin Ismail
 Abdul Mubin Siraj
 Abdul Rahim Haji Abdullah
 Abdul Rahim Mat Ali
 Abdul Rahman Daud
 Abdul Rahman Embong. 
 Abdul Rahman Haji Abdullah
 Abdul Rahman Haji Yusof
 Abdul Rahman Mat
 Abdul Rahman Rukaini
 Abdul Rahman Yusof
 Abdul Rashid Ismail
 Abdul Razak Mahmud
 Abdul Razak Rezeki Othman
 Abdul Talib Hassan
 Abdulhadi Muhamamd
 Abdullah A.M.
 Abdullah A.R.
 Abdullah al-Qari
 Abdullah Awang
 Abdullah H.A.
 Abdullah Hassan
 Abdullah M.A.
 Abdullah Ngah
 Abdullah Sani Yahya
 Abdullah Shuib
 Abdullah Zakaria Ghazali
 Abham TR
 Abizai
 Abu Bakar Abdullah
 Abu Bakar Ninggal
 Abu Hassan Sham
 AC Jaffrie
 Adam A. Kadir
 Adi Badiozaman Tuah
 Adi Chonan
 Adi Marhaen
 Adi Muara
 Adi Nasri Haryani
 Adibah Amin
 Adibah NY  Affandi
 Adly Azamin
 Admun A.M.
 Adnan A.M
 Adnan CO
 Afifah Yusof
 Afifi Haji Ahmad
 Afifuddin Haji Omar
 Ahadiat Akashah
 Ahmad Abdul Hamid
 Ahmad Aiman Razali
 Ahmad Atory Husin
 Ahmad Hamdan
 Ahmad J. Husin
 Ahmad Jelani Halimi
 Ahmad Lutfi Othman
 Ahmad Muziru Idham Adnan
 Ahmad Patria Abdullah
 Ahmad Razali
 Ahmad Sabree H.O.
 Ahmad Sarju
 Ahmad Sebi
 Ahmad Sohaimi Lazim
 Ahmad Taib
 Ahmad Yusof Buyong
 Aidil Khalid
 Ain Bahar
 Ainon Muhamad
 Ainul Muaiyanah Sulaiman
 Aiza Zizan
 Aizan Mohd Ali
 Akmal Jiwa
 Aladin Mohamad
 Al-Hisyam
 Ali
 Ali Em
 Ali Mahmod
 Ali Supi
 Alias Ismail
 Alias Mohamad Nor
 Alis Murni
 Alkharib Shah Alang Osman
 Almarjan Yusof
 AM. Iskandar Haji Ahmad
 Amaruszati Noor Rahim
 Amat Johari Moin
 Ameera Ameer
 Amelia Hashim
 Ami Masra
 Amil Jaya
 Amin Azhari Salleh
 Amin Muin
 Amin Wiji
 Aminah Abdul Malik
 Aminah Mokhtar
 Aminhad
 Amir Akram A.M.
 Amir Masri
 Amirudin Ali
 Amran Saidin
 Amril Shah
 Amy Suzani Mohd Ainuddin
 Amylia Hussain
 Ana Balqis
 Ana Sofiya
 Aninah Janang
 Anis
 Anjanglie
 Ann Wan Seng
 Anuar Ithnin
 Anuar Musa
 Anwar Ridhwan
 Arafat Hambali
 Arazemi Seman
 Arbak Othman
 Arbiah B.A.
 Ari Kencana
 Arif Atan
 Ariff Mohamad
 Arifin Nur
 Arifin Siri
 Aripin Said
 Arman Sani
 Arzaman Sulaiman
 Asiah Sarji
 Asimo S
 Asmah Haji Omar
 Asmira Suhadis
 Asri Rahman
 Atondra.
 Awang Abdullah
 Awang Sariyan
 Awangku Merali
 Ayob Mamat
 Ayob Yassin
 Ayumi Syafiqah
 Azaha Haji Othman
 Azaharudin Mohamed Dali
 Azaika SR
 Azalina Mat saat
 Azam Abd Aziz
 Azam Abdullah
 Azam Tunjung
 Azilah Wahab
 Azimin Daud
 Aziz Jahpin
 Aziz Muda
 Aziz Saudagar
 Azizah Ali
 Azizi Ahmad
 Azizul Rahman Abdul Rahman
 Azmah Nordin
 Azman Abdullah
 Azman Che Omar
 Azman Husin
 Azman Ismail
 Azmanmalim
 Azmi Ibrahim
 Azmi Mohd.Salleh
 Azmi Rahman
 Azmi Taib
 Azmi Yusof
 Azran Rahman
 Azwin Zulkapli.
 Badrila Abdullah
 Baferi Salim
 Baha Zain
 Baharin Ramly
 Baharuddin Adam
 Baharudin Bekri
 Baharudin CD
 Baharudin Kahar
 Baharudin Siri
 Baharum Basar
 Bahasa Othman
 Bakar Ninggal
 Bardina AM
 Barjoyai Bardai
 Beb Sabariah
 Belaetham K
 Bernedict Talip
 Borhan Md Zain
 Borhanudin Abdullah
 Budiman Mahmood
 Budiman Radhi
 Burhanudin Saad
 Burupawati Utamaju.
 CF Jaffri
 Chai Loon Guan
 Che Abdullah Che Ya
 Che Dan Puteh
 Che Jamilah AR
 Che Soo Ismail
 Chu E Liang
 Chulan Chin
 CK Abdul Rahman
 Daeng Ramli Akil
 Dahari Saini
 Damiri Mahmud
 Darma Mohamad
 Daud Baharum
 Daud Ibrahim
 Daudharma Amin
 Dayang M
 Dayangku Mastura
 Ding Choo Ming
 Dinsman
 DJ Dolasoh
 Djazlan Zainal
 Dzulkifli Mohd Zin
 E Pian Pro Poul
 Ediramlie Ismail
 Efandi Yusof
 Eh Ding Eh Chik
 Ehsan Jamily
 Ehsan Kastawi
 Elias Haji Idris
 Embong Mohd
 Emma Mariam
 Emma Rusdi
 Ezdiani Abd Rahman
 Ezi Afira
 Eziz Shukman.
 Fadhli Al-Akiti
 Fadzil Hajazi Ismail
 Fahd Razy
 Faisal Tehrani
 Farid On
 Fathi Aris Omar
 Fatiah Zohar
 Fatimah Abdullah
 Fatimah Ayob
 Fatin Nabila
 Fatini Yaacob
 Fauzi Amir Gus
 Fauziah Rauf
 Faziah Sulaiman
 Fazli Osman
 fazrul rahman
 Firdaus Haji Abdullah
 Gabriel Kim
 Ghafar Bahari
 Ghazali Lateh
 Ghazali Lateh
 Ghazali M.A.
 Ghazali Ngah Azia
 Ghazalli Haji Ibrahim
 Goh Sang Seong
 Goh Then Chye
 H. Fansuri
 H.B.Zubir.
 Habit Mustafa
 Habsah Hassan
 Hafiz Hamzah
 Hafizah Iszahanid
 Haizir Othman
 Haji Abdul Rahim Abdullah
 Hajijas Jais
 Halilah Haji Khalid
 Halimah Haji Ahmad
 Halimah Mohamed Ali
 Halimaton Mohd Saad
 Halis Azhan Mohd Hanafiah
 Hambali Abdul Latiff
 Hamdan Haji Abdul Rahman
 Hamdan Hassan
 Hamdan Muhammad
 Hamdan Rukun
 Hamdan Yahya
 Hamedi Mohd Adnan
 Hamizun Husin
 Hamizun Syah
 Hamza Hassan
 Hamzah Hamdani
 Hana Norisa
 Hanafi Dollah
 Hani Salwah Yaakup
 Hanifah Ibrahim
 Hanita Hassan
 Hannah Ezaty
 Hanum ‘Ain
 Haron A.H.
 Haron Daud
 Haron Haji Kidam
 Harun Johari
 Haryatie A.Rahman
 Hasan Baseri Budiman
 Hasanuddin Md. Isa
 Hashim Abdullah
 Hashim Awang
 Hashim Fauzy Yaacob
 Hashim Ismail
 Hashim Musa
 Hashim Othman
 Hashim Salleh
 Hashim Yaacob
 Hasial Wan Ali
 Hasnah Abdullah
 Hasnah Ibrahim.
 Hasnah Mustaffa.
 Hasrom Haron
 Hassan Abdul Karim
 Hassan Haji Hamzah
 Hassan Majid
 Hassan Tengkar
 Hassanudin Md Isa
 Hasyuda Abadi
 Hatta Azad Khan
 Hazim Mohamad
 Hazma Amalina
 Hendun Ibrahim
 Hidayah Izati
 Hilmi Rindu
 Hipnee Alwi
 HM Jajuli Abdul Rahman
 HM Tuah Iskandar
 Husaini A
 Husdaini Mamat
 Husna Nazri
 Ibnu Din Assingkiri.
 Ibnu Hayat
 Ibrahim Ghaffar
 Ibrahim Ismail
 Ibrahim Mat Saat
 Ibrahim Yacub
 Idris Aman
 Idris Boi
 Idrus Shamsudin
 Ihsan Noorzali
 Ijamala MN.
 Ikram Abdullah
 Ilmin Abdullah
 Imlan Adabi
 Indah Hairani Latiff
 Inon Shaharuddin
 Inzura Haji Kosnin
 Irene Tan Ai Ling
 Irwan Abu Bakar
 Isbiha
 Ishak Awang
 Ismael Karya
 Ismail Abdul Wahab
 Ismail Abdullah
 Ismail Awang
 Ismail Che Daud
 Ismail Dahaman
 Ismail Johari
 Ismail Kasan
 Ismail Restu
 Ismail Saidin
 Ismail Salleh
 Ismail Supandi
 Ismail Yusof
 Ismaily Bongsu
 Ismala
 Ismas Saring
 Izani Haji Daud
 Izani HD.
 J. Jamal
 J.Norjannah M. Adnan
 Ja’afar Haji Hamdan
 Jaafa HS
 Jaafar Abdul Rahim
 Jaafar Darwis
 Jaafar Hasny
 Jaafar Salleh
 Jaafar Selamat
 Jahara Alias
 Jais Sahok
 Jalidar Abdul Rahim
 Jamaludin Ahmad
 Jamdin B
 Jamilah Alias
 Jamilah Ayob
 Jamilah Haji Ahmad
 Jamudin Idris
 Japar Ungki
 Japuin Madisah
 Jasni Matlani
 Jasni Sadli
 Jeffri BN
 Jelani Harun
 Jeniri Amir
 Johan Jaafar
 Jong Chian Lai
 Joseph Selven
 Juilis Mokujal
 Julia Basri
 Junaidah Meor Hassan
 Jusof A.M.
 Jusoh Ahmad
 Jymma.
 Kamal Sujak
 Kamala
 Kamaliah Mahmood
 Kamaludian Abdul Settar
 Kamaludin Mat Lela
 Kamaludin MZ
 Kamardewa
 Kamariah Baba
 Kamariah Kamarudin
 Kamaruddin M.Said
 Kamarudin Abu Bakar
 Kamarudin Jeon
 Kamarul Arifin
 Kamarulzaman Jaafar
 Kamaruzaman Ismail.
 Kamil Muhamad
 Kasajiza AS
 Kassim Ahmad
 Kassim Muhamad
 Kelompen Koe
 Khadijah Hashim
 Khadijah Hj.Tahir
 Khadizai
 Khairuddin Ayip
 Khalid Hussain
 Khalid Ibrahim
 Khalid Salleh
 Khalid Yunus
 Kharani Abdul Rahman
 Khoo Hock Hoi
 Khoo Kay Kim
 Krishen Jit
 Ku Izja Azlia
 Kursiah Hanum.
 L. Man Kadir Shamsi - Pak Jabit Lanchang
 Ladin Nuawi
 Lara MN
 Latif Bidin
 Latifah Haji Sebli
 Latifah Mat Ali
 Latiff Kamaluddin
 LC Fang
 Lee Gwo Yinn
 Lee Keok Chih
 Lela Zahari
 Leo A.W.S.
 Lily Haslina Nasir
 Lim Kim Hui
 Lim Swee Tin
 Liza Nur
 Lotfi Ismail
 M. Ariff
 M. Ghazalee A.R.
 M. Hanafiah Samad
 M. Khalid Taib
 M. Noor Azam
 M. Said Harun
 M. Said Muharam
 M. Sanusi Yaacob
 M. Shah
 M.Jusof Taib
 M.Surur Dasuki
 M.Y. Anas
 M.Y.Fadhli
 M.Yarisman Kelantan
 M.Z.Alias
 Maarof Seman RS
 Mahad A. Bakar
 Mahadi J Murat
 Mahanie Sulong
 Maharam Mamat
 Mahaya Mohd.Yassin
 Mahli A.B.
 Mahmod Zuhdi Haji Abdul Majid
 Mahwa Mohamad
 Maimon Rahman
 Malim Ghozali PK
 Mana Sikana
 Manjalara N.F.
 Mansor Ahmad Saman
 Mansor Puteh
 Marah Mahadi Hassan
 Margasatya
 Margie Leo
 Marhan
 Marhan SR.
 Mariam Omar
 Mariyam Khalid
 Marjan S.
 Marjan Yaacob
 Marsilawati Mohd Rani
 Marsli N.O
 Martee Ayu Latifah
 Marwan Effendie.
 Marwilis Haji Yusof
 Marzuki Ali
 Marzuki Nyak Abdullah
 Mas Abadi
 Mas’od Rahman
 Masbena
 Masman
 Masmi Muhammad
 Masraire Nabai
 Masriani Mohamad
 Mastono
 Mastor Surat
 Maswan Salleh
 Mat Taib Rahman
 Mat Zan Ali
 Matlin Dullah
 Mattaib Nordin
 Mawar Shafei
 Mawarni AS
 Mazelan Manan
 Mazlan Awang
 Mazlan Noor
 Mazlan Nordin
 Mazli Husma
 Mazmie Maz
 Maznah Ali
 Maznan Noordin
 Md. Salleh Yaafar
 Meriam Awang Lah
 Mil Abadi
 Mior Kamarul Shahid
 Mishar
 Misnon Jamil
 Moechtar Awang
 Mohamad Daud Mohamad
 Mohamad Ghani Abdullah
 Mohamad Hassan Suratman
 Mohamad Jahaly
 Mohamad Kholid Hamzah
 Mohamad Luthfi Abdul Rahman
 Mohamad Mokhtar Hassan
 Mohamad Musip
 Mohamad Nazri Ahmad
 Mohamad Shahidan
 Mohamad Wan Dagang
 Mohamed Awang
 Mohamed MN.
 Mohammad Fadzeli Jaafar
 Moharani Tanusi
 Mohd  Shamsudin Ibrahim
 Mohd Adid Abdul Rahman
 Mohd Adzlan Sulong
 Mohd Affandi Hassan
 Mohd Ali Kasan
 Mohd Ali Muda
 Mohd Ali Salim
 Mohd Amran Daud
 Mohd Asri Zainul Abidin
 Mohd Azhar Su
 Mohd Azlee Lee Abdullah
 Mohd Dahri Zakaria
 Mohd Diani Haji Kasian
 Mohd Farid On
 Mohd Fudzail
 Mohd Ghani Abdullah
 Mohd Ghazali Tocheh
 Mohd Hamdan Adnan
 Mohd Hanafi Ibrahim
 Mohd Hanif Mat Nor
 Mohd Hashim Osman
 Mohd Helmi Ahmad
 Mohd Hussain Qasau
 Mohd Ishak Abdul Rahman
 Mohd Isnin Tawaf
 Mohd Jimadie Shah Othman
 Mohd Kasim Mahmood
 Mohd Makhzan Musa
 Mohd Mansur Abdullah
 Mohd Nasir Omar
 Mohd Nazri Ali
 Mohd Noor Md Zin
 Mohd Saat Sulaiman
 Mohd Salahuddin Mohamed
 Mohd Saleeh Rahamad
 Mohd Salleh Lamry
 Mohd Salleh Lebar
 Mohd Sayuti Omar
 Mohd Shakir Mohd Rosdi
 Mohd Shukran Abdul Majid
 Mohd Shukri Hanafi
 Mohd Taib Osman
 Mohd Yusof Hassan
 Mohd Yusof Ibrahim
 Mohd Yusof Ismail.
 Mohd Yusof Mohd Noor
 Mohd Zafarullah Ishak
 Mohd Zairi Abidin Md Zahir
 Mohd Zizee Setapa
 Mohidin Yahya
 Mohmad Salleh Lamry
 Mohsin Ibrahim
 Mokhtar Petah
 Mokhtar Taib
 Mokhtar Yassin
 Mokhtar Yusof
 Mokjamus.
 Muahamad Fadhli Yusof
 Muhamad Aris Bahanan
 Muhamad Damanhuri
 Muhamad Hariri Abdullah
 Muhamad Kamil Haji Abdul Majid
 Muhamad Lutfi Ishak
 Muhamad Ramli Haji Noh
 Muhamad Syukri Salleh
 Muhamad Zuhdi Haji Abdul Majid
 Muhammad Baihaqi
 Muhammad Haji Salleh
 Muhammad Isa Selamat
 Muhammad Shauku Abdul Majid
 Muhana Shahimy
 Muhd Yusof Ibrahim
 Muhyidin Mustapa
 Mujahid Yusof Rawa
 Mukhtar Sah Malik
 Mulyadi Mahmood
 Murad Salleh
 Musleh Haji Mashudi
 Mustafa Haji Daud
 Mustafa Haji Ibrahim
 Mustafa Haji Ton
 Mustafar Zakaria
 Muzaf Ahmad.
 Nah Budin
 Naimah Yusof
 Najmuddin Yusoff
 Nasir Ali
 Nasir Awang
 Nasruddin Dusuki
 Nassury Ibrahim
 Nasuha Muzamir Yusof
 Nawi Ismail
 Nayan Ahmad
 Nazel Hashim Mohammad
 Nazim Mohd Subari
 Nazira Mohd Noor
 Nazmi Yaakub
 Nik Azman NM
 Nik Mohd Zain
 Nik Safiah Karim
 Nik Zainab Karim
 Nilamsuri
 Nimoiz TY
 Nisah Haron
 Noor Azam Shairi
 Noora Abu Bakar
 Noorkhairiah Abdullah
 Noorlaila Ghafar
 Nor Aini Muhammad
 Nor Azida Ishak
 Nor Azmi Kuntum
 Nor Azmira Abu Bakar
 Nor Hashimah Jalaludin
 Nor Jamilah Mohd Nor
 Nora Jamaludin
 Norakila
 Norasma
 Norawi Haji Kata
 Norazimah Abu Bakar
 Norazli Othman
 Nordin Haji Abdullah
 Nordin Kardi
 Nordin Saad
 Norhayati Jantan
 Norhisham Mustafa
 Noriah Mohamed
 Norjanah MA
 Normasri Adabi
 Norra Hassan
 Norzah
 Nur Dzahirdi
 Nur R.C. Disa
 Nur Raudhah Haji Siren
 Nur S. Biden Beseri
 Nuraini Shahrim
 Nurfaza Alisya
 Nurul Adnie Bahiah
 Nurzaliza.
 Omar Mamat
 Omar Mohd Hashim
 Omar Yaakub
 Omara Rahman
 Omardin Haji Ashaari
 On  Abdul Rahman
 On Abdullah
 Ong Bong Teck
 Onn Ismail
 Openg Onn
 Osman Ayob
 Osman Dol
 Othman Hashim
 Othman Mat Al-Relong
 Othman Mohamad
 Othman Mohd Yatim
 Othman Rasul
 Pardani Sojo
 Pauzi Mohd Isa
 Pena Mutiara
 Peter Agustin Goh
 Pharol Abdul Hakim
 Poul Nnggang
 Putera WS
 Puteri Andalas
 Puteri Roslina Abdul Wahid
 Puzi Hadi
 Pyanhabib.
 R Daly Lagimin
 R.Hamkama
 Radzemah Bolhassan
 Radzuan Abdul Kadir
 Raffar Mat
 Rafi Harumin
 Rahilah Abdullah
 Rahim Aman
 Rahim Syam
 Rahimah A Hamid
 Rahimah Latif
 Rahimah M.Y.
 Rahimah Muda JB
 Rahiman Ismail
 Rahimi N.S.
 Rahimin Mahasan
 Rahmah Bujang
 Rahman Haji Yusof
 Rahman Husin
 Rahman Shaari
 Rahmaniah Haji Kantan
 Rahmat Haroun
 Raihanah Salleh
 Raihani Mohd Saaid
 Raja Ahmad Aminullah
 Raja Mashitah Arifin
 Raja Rajeswari Seetha Raman
 Raja Sabarudin Abdullah
 Raja Yusof Arifin
 Rajiee Hadi
 Ramlah Abdul Rashid
 Ramlan Abdul Wahab
 Ramlee Awang Murshid
 Ramli Abdul Halim
 Ramli Abdul Rahim
 Ramli Daud
 Ramli Isin
 Ramlie AR
 Ramly S.Y
 Ranofla Dianti Irwan
 Rasanubari Asmaramah
 Rashid Azad Khan
 Rasid Muhamad
 Ratna Laila Shahidan
 Ratnawati Jamil
 Razali Mohamad
 Razali Mohd Yusof
 Razali Othman
 Razilah Othman
 Razin MS
 Rejab F.I.
 Rem Dambul
 Remaja Malaya
 Ria Asmira
 Ria Yudea
 Riduan Harun
 Riduan Mohamadd Nor
 Ridzuan Kamis
 Ridzuwan M.S.
 Ritah Yahya
 Rizi SS
 Robiah K Hamzah
 Rodziah Mat Akil
 Rogayah A. Hamid
 Rogayah Abbas
 Rohani Abdullah
 Rohani Adam
 Rohani Deraman
 Rohani Rustam
 Rohaty Majzub
 Rokiah Abu Bakar
 Rosfa Hashim
 Rosiah Osman
 Roslan Ali
 Roslan Amran
 Roslan Bidin
 Roslan Madun
 Rosli K.Matari
 Rosmiati Shaary
 Rosnah Abdul Majid
 Rosnani Ripin
 Rossem
 Rozais Al-Anamy
 Rozaman Ismail Ramones
 Rozi MS
 Rozita Mohd Noor
 Rozninah Abdul Azib
 Rudi Mahmood
 Rudy Darmawan
 Rufaifa Abdullah
 Ruhaini Matdarin
 Ruhanie HR
 Ruhie Isma
 Rukayah Aman
 Rusdi Abdul Rahman
 Rusilah Simon
 Ruslan Abdul Raffar
 Ruslan Mamat
 Rusli A.Malem.
 S. H. Al-Attas
 S. Hamisal
 S. I.Wanha
 S. M. N. Al-Attas
 S. M. Salim
 S. M. Zakir
 S. Nathesan
 S.M. Noor
 S.Mahadhir
 S.Mala
 S.Najmi
 S.Panit
 S.Quttub
 Saadiah Ibrahim
 Sabariah Bahari
 Sabariah Hanafi
 Sabariah Nor Salleh
 Sabda S
 Saedon Ibrahim
 Saeed Zuber  Zahari
 Saeei Driss
 Safian Hussain
 Safri Ali
 Sahrunizam Abdul Talib
 Sahul Hamid
 Saidi Ali
 Saidi Nor Azam
 Saiful Nang
 Sairah Haji Antin
 Salbiah Ani
 Salleh Ben Joned
 Salleh Yaacob
 Salmah Ahmad
 Salmah Hamid
 Salmah Mohsen
 Salman Al-Farisi
 Salman Sulaiman
 Salmi Manja
 Salmiah Ismail
 Sanad Nasir
 Sani Bain
 Sani La Bise
 Sani Sudin
 Sarah Rahim
 Sayidah Mu’izzah Kamarul Shukri
 Selina Sf Lee
 Seman Salleh
 Seri Diah
 Setapa Awang
 SH Al-Attas
 Shaari Isa
 Shaedun Shaary
 Shafie Abdul Rahman
 Shafie Abu Bakar
 Shafikah Effendi
 Shafiq Azli Mohd Salleh
 Shahari Din
 Shaharom TM Sulaiman
 Shahidan Md.Noh.
 Shahnon Ahmad
 Shahriman Zainal Abidin
 Shamsiah Ab.Manan
 Shamsiah Bahari
 Shamsiah Mohd Nor
 Shamsiah Mokhtar
 Shamsuddin Jaafar
 Shamsudin Ahmad
 Shamsudin Husin
 Shamsudin Othman
 Shamsudin Puteh
 Shamuda
 Shapiai Muhammad Ramly
 Sharhan Shafie
 Sharif Putera
 Sharifah Suraya Syed Jamaludin
 Sharkawi Che Din
 Shazie Kamaruzaman
 Shuib Che Din
 Shukri Abdullah
 Shukri Matt Ali
 Siddiq Fadzil
 Siow Siew Sing
 Siow Yee Woo
 Siri Aishah Murad
 Siti Aishah Sulaiman
 Siti Fatimah Awang
 Siti Hajar Che Man
 Siti Hajar Mohd Zaki
 Siti Hawa Haji Salleh
 Siti Jasmina Ibrahim
 Siti Maryam Ibrahim
 Siti Rahmah Ibrahim
 Siti Saharai Mustafa
 Siti Zainon Ismail
 Siti Zaleha M.Hashim
 Sitinurwani Matrais
 Sohaimi Abdul Aziz
 Solihin Osman
 Sri Diah Isma
 Sri Rahayu Mohd Yusof
 St.Shahril Lembang
 Subky Latiff
 Suria Janib
 Suzana Haji Othman
 Swanlerd Pro Poul
 Syafiq Azli
 Syahrom M.D.
 Syarani M.Z.
 Syed Ahmad Jamal
 Syed Husin Ali.
 T. Ab. Hamid
 T.M.Shahrom Sulaiman
 T.S.Sidi
 Taib Ahmad
 Tamar Jalis
 Tan Loo Chye
 Tarip Hamid
 Tengku Anuar Tengku Dalam
 Tengku Intan Marlina
 Tengku Khalidah Bidin
 Teo Huat
 Teo Kok Seong
 Teo Wei Sing
 Teratai Abadi
 Thuzal
 Tie Camar
 Timah Baba
 Timah Hamzah
 Tini Abdullah
 Torek Sulong
 Tuah Sujana
 Tuan Faridah Syed Abdullah
 Ujid Darmawan
 Umi Kalthum Ngah
 Umi Nadzimah..
 W.B.Rendra
 Wadi Leta S.A.
 Wadissofi Jaafar
 Wahab Hamzah
 Wahba
 Wahid Kasran
 Wan A. Rafar
 Wan A. Rahim
 Wan Abdullah Wan Mahmud
 Wan Ahmad Ismail
 Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah
 Wan Asyeah Nawang
 Wan Endi
 Wan Hasimah Wan Mamat
 Wan Marzuki Wan Ramli
 Wan Mohd Said Mehdi
 Wan Mohd. Raifudin Wan Man
 Wan Muhamad Wan Harun
 Wan Nor Azriq
 Wan Nor Wan Chik
 Wan Nurul Ayuni Mohd Noor
 Wan Robiah Awang Isa
 Wan Salim Mohd Nor
 Wan Sri Zaiton
 Wan Yusof W. Mustafa
 Wan Zahari Ali
 Wanafisu
 Wannie Noerdin
 Wanrazuhar
 Wanyuyee
 Wanza Husin
 Webah Salleh
 Wee Mi Re
 Wikunila MS.
 Wilai Ah Jok.
 Yahya Ismail
 Yajuk
 Yasmin Abdullah
 Yassin Salleh
 Yazid Othman
 Yazid Zainal Abidin
 Yee Asri N.H.
 Yus Azman
 Yusof Bakar
 Yusuf Mustanir
 Z. Sabri
 Zabidin Haji Ismail
 Zaen Kasturi
 Zahara J. Ariff
 Zaharah Kassim
 Zaharah Manan
 Zaharah Nawawi
 Zaharani Ahmad
 Zahari Affandi
 Zahari Awang
 Zahari Pilus
 Zaharuddin Abdul Rahman
 Zahiruddin Zabidi
 Zahri Hamat
 Zaidi Ismail
 Zaidi Yusof
 Zaidin Abadi
 Zain A.R.
 Zainab Ngah
 Zainal Abidin Bakar
 Zainal Abidin Borhan
 Zainal Abidin Muhamad
 Zainal Lasim
 Zainal Rashid Ahmad
 Zaini Ujang
 Zaini Zaa
 Zainuddin Hashim
 Zainuddin Jamil
 Zainudin Abdul
 Zainudin Ayip
 Zainudin Haji Meon
 Zainudin Jamil
 Zainun Mustapha
 Zaiton Abu Samah
 Zaiton Ibrahim
 Zakaria Ahmad
 Zakaria Ali
 Zakaria Ariffin
 Zakaria Embi
 Zakaria M.Z.
 Zakaria Salleh
 Zakiah Bahari
 Zalila Isa
 Zalila Sharif
 Zam Ismail
 Zaman Azad Khan
 Zambry A.K.
 Zamri Mohamad
 Zana Zanzally
 Zanariah Wan Abdul Rahman
 Zaniffa Azzura Abdullah.
 Zany Ezatie
 Zarini Azmah Yusof
 Zarir Ali
 Zawawi Aziz
 Zawiah Che Pa
 Zeniri Erwan
 Zeti Akhtar
 Zin Mahmud
 Zool Fadhli
 Zubaidah Mat Hassan
 Zuhaidah Zainal Abidin
 Zulkifli Mohd Top
 Zulkifli Muhamad al-Bakri
 Zulkifli Salleh
 Zulkifli Sulong
 Zulkifli Yaacob
 Zurhan Bakar
 Zurina Shafie
 Zurinah Hassan

SENARAI INI SEDANG DIKEMASKINI BAGI MEMASUKKAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI PENULIS PAHANG YANG ADA DALAM SENARAI INI. HARAP SAMA-SAMA DAPAT MEMBANTU.
Kami memberikan difinasi yang santai terhadap maksud penulis Pahang.

sumber:
drrajieehadi.blogspot.my