PERINGATAN

Pada setiap negeri dijadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Perbaikilah diri, keluarga, masyarakat dan pembesar kamu adalah kunci utama untuk Allah SWT memperbaiki negeri kamu.
Showing posts with label Pertandingan Fotografi. Show all posts
Showing posts with label Pertandingan Fotografi. Show all posts

20140331

Pertandingan Fotografi UTC Pahang 2014 (UTC Pahang Photo Contest 2014)

UTC Pahang akan menyambut ulangtahun pertama penubuhannya pada April 2014. Pihak pengurusan UTC Pahang akan mengadakan Pertandingan Fotografi UTC Pahang pada 1-7hb April 2014. Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli dan peminat fotografi.

Peserta perlu mengambil gambar dengan cara yang menarik dan dapat nenonjolkan keberkesanan perkhidmatan UTC Pahang kepada masyarakat dengan tema "PENGUNJUNG UTC PAHANG". "Pengunjung UTC Pahang" bermaksud apa juga subjek yang mengambarkan gelagat pengunjung, pelanggan dan orang ramai yang berurusan di UTC Pahang atau memberi perkhidmatan atau melakukan pelbagai aktiviti di UTC Pahang. Peserta boleh juga menggunakan model yang ditanggung sendiri oleh peserta. Dan... yang penting Gambar MESTI dicetak di WTY Foto Sdn. Bhd sahaja. Cetak ditempat lain tidak diterima.

Penyampaian hadiah akan diadakan pada 9 April 2014.

Hadiah pertama:
Wang tunai RM700.00 serta sijil dan 
kupon bagi penggunaan percuma bagi kemudahan berbayar di UTC Pahang.

Hadiah kedua:
RM350.00 serta sijil

Hadiah ketiga
RM200.00 serta sijil

Lima hadiah saguhati:
RM50 serta sijil

Untuk maklumat lanjut
Puan Sharifah bt Muhammad Ali
09-5124999
013-9815429
email: sharifah@mpk.gov.my
Faks: 09-5124089

TARIKH TUTUP
7 APRIL 2014

Download BORANG Pertandingan Fotografi UTC Pahang 2014


1. Tema Pertandingan Fotografi UTC Pahang adalah "Pengunjung UTC Pahang"
2. "Pengunjung UTC Pahang" bermaksud apa juga subjek yang mengambarkan gelagat pengunjung, pelanggan dan orang ramai yang berurusan di UTC Pahang atau memberi perkhidmatan atau melakukan pelbagai aktiviti di UTC Pahang.
3. Terbuka kepada semua warga negara Malaysia kecuali kakitangan
Majlis Perbandaran Kuantan dan WTY Foto Sdn. Bhd.
4. Kamera digital sahaja dibenarkan.
5. Penyertaan perlu disertakan dengan gambar warna saiz (minima) 8"x12" dan disertakan dengan CD.
6. Penggunaan teknik pengambaran dan cetakan boleh dipertimbangkan.
7. Saiz minima gambar 3MB.
8. Dibelakang gambar perlu ada
- Nama penuh
- Alamat / No. Telefon
- No. KP
- Tajuk gambar
- Lokasi gambar
9. Gambar MESTI dicetak di WTY Foto Sdn. Bhd.

20100628

Productivity And Innovation Photography Contest 2010

Akhir seminar "Productivity And Innovation Photography Contest 2010" di Bukit Gambang City Resort, Kuantan, Pahang, Malaysia, penceramah Jurufoto Prefesional, telah mengajak peserta berbincang bagi mencari idea tentang gambar inovasi yang ingin ditangkap.

Benjol juga otak memikirkannya. Mula-mula nak cari suasana yang ada inovasi. Dah dapat kena pastikan gambar tersebut ada kaitan dengan peningkatan produktiviti.

Permasalahannya sekarang adalah kat mana nak cari orang atau suasana yang ada inovasi. Mula-mula mesti kena faham apa itu inovasi.

Kita boleh berpendapat inovasi adalah apabila ada:

Orang mencipta sesuatu yang baru. Sesuatu yang asalnya dari tiada kepada ada. Contoh paling mudah adalah dulu tak ada tv, sekarang dah ada.

Inovasi juga apabila ada orang meluaskan peranan sesuatu perkara. Dulu dan ada tv (hitam putih), tetapi ada orang hasilkan tv warna.

Kalau ada orang yang dapat meniru, atau menyalin sesuatu perkara tetapi menambah fungsi atau peranannya. Fungsinya masih seperti tv, boleh ditukar-tukar siaran. Tetapi tidak boleh menyimpan maklumat dalam tv tersebut. Maka dijadikan komputer ada hard disk dan ada disket.

Mungkin juga boleh dianggap inovasi jika orang boleh gabungkan perkara atau fungsi benda lain kedalam benda yang belum ada fungsi tersebut.Dulu tv hanya menerima siaran sahaja. Tetapi apabila digabungkan tv dan internet, setiap Tv dah boleh berhubung dengan tv (komputer) di tempat lain.

Makin rumit pula nak difikirkan. Tapi bila saya ingatkan kembali kata penceramah Jurufoto Profesional Dr. Gokul Naidu. 'Mesti cari sesuatu yang baru'. Apabila ada seorang jejaka tampan memberikan buah tomoto kepada seorang gadis manis berlesung pipit, apa kita nak kata. Kita akan kata 'Tak ada benda lain ke nak bagi pada mak wea'. Tetapi apabila ada seorang jejaka tampan memberikan buah tomoto kepada seorang gadis manis berlesung pipit dan berkata 'kulit anda selembut kulit tomato'. Dr. Gokul Naidu kata 'Inilah yang lain'.

Ada ketika pula Dr. Gokul Naidu meminta peserta "Productivity And Innovation Photography Contest 2010" di Bukit Gambang City Resort ini menyambung ayat 'Saya suka kucing kerana .....'

Ada yang kata kucing comel, kucing manja, kucing itu dan ini, tetapi semua kata-kata tersebut kita pernah dengan. Kita tak terperanjat jika kita mendengarnya. Kata Dr. Gokul Naidu bagai mana jika ada orang kata 'Saya suka kucing kerana dagingnya lembut macam daging ayam'. Tentu ramai yang terkejut. Inilah yang dikatakan kelainan dalam mencari makna satu-satu idea. Bukan nak suruh orang sembelih dan buat satey kucing. Tetapi mencari kelainan. Memandang sudut yang lain. Sudut yang orang lain terlepas pandang.

Sekarang saya terfikir sudut lain pula.

Apakah yang menghalang masyarakat kita untuk menjadi inovatif dan kreatif.

Adakah masyarakat kita tidak mengalakkan inovatif? Mungkin pemimpim-pemimpin tempatan merasa selesa dengan apa yang telah ada dalam masyarakat mereka. Membuat kelainan bermakna membuat perubahan. Membuat perubahan mungkin akan mengancam kedudukan mereka.

Kadang-kadang ada penduduk kampung yang ingi melakukan inovasi. Masyarakat dan pemimpin mengalakkan usaha mereka. Tetapi tidak cukup sumber untuk meneruskan experiment mereka. tak cukup duit, masa, tenaga, alatan dan macam-macam.

Bila difikirkan ada macam-macam alasan untuk masyarak kita untuk tidak berinovasi. Saya sendiri tidak akan memikirkan perkara ini jika tidak dijemput untuk menyertai seminar "Productivity And Innovation Photography Contest 2010" di Bukit Gambang City Resort. Setelah menyertainya baru saya menyedari bahawa 'Kita Perlu Berinovasi Untuk Tidak Menjadi Basi'.

Takut untuk mencuba, Takut untuk silap, Takut untuk berubah, Takut untuk gagal dan macam-macam takut yang akhirnya cara kita atau alat kita menjadi basi.

Disini saya ingin ucapkan banyak-banyak-banyak terima kasih kerana usaha MPC tersebut telah membuka mata dan fikiran orang-orang macam saya yang baru nak cuba-cuba berfotografi.

Kat mana nak cari idea inovasi? Mungkinkah inovasi produk, inovasi proses atau inovasi organisasi. Yang mana satu senang di cari?

20100623

Productivity Photography Contest 2010 (F)

Akhir sekali adalah gambar pemenang Productivity Photography Contest 2009. Tentu ramai yang tidak sangka bahawa gambar no. 1 adalah pemenang tempat pertama. Menang kerana gabungan yang sesuai antara tema, tajuk dan gambar yang amat menarik.
09 Berseronok ditempat yang telah tercemar.
08 Berihat ditempat yang tidak tercemar. Kawasan nampak bersih dan menarik. Jika ada satu dua sampah tentu menjejaskan gambar ini.
07 Gambar sebegini hanya dapat difahami jika ada penerangan yang jelas tentang gambarnya.
06 Harimau yang kurus kerana kuran makan, pokok kayu yang telah ditebang dan akan mengancam masa depan. Sang Harima seolah-olah terbayang masa depan harimau-harima diseluruh duni yang semakin sedikit kerana diancam oleh manusia.
05 Pemandangan dasar laut di Sabah.
04 Bumi, kehidupan dan tumbuhan.
03 keindahan yang sesuai untuk dilawati.
02 Banyak ikan yang mati. Ikan adalah sumber makan kita. Jika kita tidak menjaga alam kita, banyak sumber makanan kita akan pupus. Bagaimanakah peluang masa depan genarasi muda 100 atau 200 tahun mendatang. Apakah yang akan mereka makan.
01 Gambar yang menjadi pemenang pertama ini tidak banyak warna dan tidak ceria. Warna ini amat sesuai untuk mengambarkan air muka dan perasaan sang monyet yang terpaksa membesarkan anak-anak dalam suasana yang semakin tercemar dan tidak selamat.

Productivity Photography Contest 2010 (E)

Kita masih lagi sedang melihat slid yang ditunjukkan oleh Dr. Gokul Naidu. Ini adalah gambar-gambar Productivity Photography Contest 2006-2009.
08 Menanam padi.
07 Membantu ibu mengutip hasil untuk kegunaan masa depan anak.
06 Kanak-kanak bersedia belajar dengan teknologi.
05 Pasar yang bersih dan tersusun.
04 Tidak sempat mencatat penerangannya.
03 Ibu dan ayah memberi makan kepada anak-anak untuk masa depan.
02 Warga emas menggunakan teknologi komputer. Persekitaran ini kita boleh lihat dimana-mana sahaja tetapi digunakan oleh oran muda bukan warga emas.
01 Bahan makanan dan teknologi.

Productivity Photography Contest 2010 (D)

Seterusnya masih lagi dengan koleksi gambar-gambar yang menjadi pemenang Productivity Photography Contest 206-2009.
05 Pada gambar ini ada teknologi tetapi tiada kerjasama sepasukan kerana tidak ramai yang terlibat dalam gambar ini.
04 Gambar ini menunjukkan penjimatan minyak petrol dan ada kerjasama sepasukan. Tetapi susunan orang yang menolaknya tidak serata. Kesungguhan untuk berkerjasama amat ketara.
03 Gambar ini cuba menunjukkan kerjasama sepasukan tetapi gagal menunjukkan bagaimana mereka bekerjasama. Kelihatan dalam gambar tersebut adalah masing-masing membuat kerja yang berasingan.
02 Gambar 'Rock Climbing' ini jelas menunjukkan kerjasama sepasukan. Dalam keadaan yang amat susah dan mencabar masing-masing berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika seorang sahaja yang tidak berpegang tangan maka 'mening'nya sudah tidak kuat.
01 Gambar ini telah dilihat oleh panal juri sepuluh tahun dahulu. Tiada yang baru dalam gambar ini. Kerjasamanay memang ada tetapi gambarnya tiada kekuatan. Akan tetapi juri memilih gambar ini kerana ada kesungguhan jurufotonya untuk merakamkan gambar ini dalam keadaan yang amat susah dan cahaya yang kurang.

Productivity Photography Contest 2010 (C)

Berikutnya kami telah ditunjukkan dengan gambar-gambar yang menjadi pemenang Productivity Photography Contest 2006-2009. Penceramah telah menerangkan kaitan antara gambar dangan tema dan tajuk gambar. Beliau menekankan perlu ada kaitan yang jelas antara tajuk gambar, gambar yang ditangkap dengan masa depan negara.
07
06 Berus gigi baru dan berus gigi lama. Pencukur baru dan pencukur lama.
05
04 Alat inovasi alat pengupas durian. Tetapi dari sudut produktiviti alat ini kurang diperlukan. Kerana kita tidak perlu mengupas durian dalam kuantiti yang banyak dalam tempoh yang singkat. Kerana orang makan durian dalam keadaan santai dan tidak gopoh-gopoh.
03 Buku dan lilin. Membaca dalam gelap.
02 Minat anak yang perlu dikembangkan supaya bakat tersebut dapat diturunkan kepada generasi muda.
01 Teknologi dan inovasi.

Productivity Photography Contest 2010 (B)

Mula-mula pembentangan oleh Dr. Gokul Naidu, kami telah dihidangkan dengan drama sebabak antara juruacara yang manis dan jelita dengan jejaka yang kacak dan romantis. Apa yang cuba ditunjukkan oleh Dr. Gokul Naidu melalui drama tersebut adalah, setiap perbuatan tersebut perlu ada makna yang tersurat dan tersirat.

Begitu juga apabila kita hendak mengambil gambar. Gambar tersebut harus ada makna yang mendalam. Makna tersebut harus dapat ditunjukkan oleh jurugambar. Jangan biarkan orang lain memberikan makna atau membuat tafsiran terhadap gambar kita. Jika kita biarkan tafsiran rambang oleh orang lain, ini menunjukkan kita tiada tujuan yang boleh membantu masyarakat.

Berikut adalah slide yang dipaprkan oleh Dr. Gokul Naidu.
05 Gambar ini diberi tajuk 'Your answer in a minute'
04 Gambar yang sama juga boleh diberikan tajuk yang berlainan iaitu 'Let Me Think'. Tajuk dan gambar masih lagi sesuai.
03 Ini satu lagi gambar yang sama tetapi boleh diberikan tajul yang berlainan. 'Construction and Destruction'.
02 'Determination'
01 Contoh ini pula tidak memberi makna melainkan gambar dua ekor katak atas daun. Tetapi apabila diberi tajun 'We Meet Again' ia dapat mengambar diri kita yang pernah ada kawan, pernah terpisah dan berpeluang untuk bertemu kembali.

Inilah kekuatan sesekeping gambar apabila digabungkan dengan beberapa patah perkataan. Begitu juga untuk membuat persediaan untuk menyertai pertandingan 'Productivity Photography Contest 2010'.

Productivity Photography Contest 2010 (A)

Pada hari ini saya telah berpeluang untuk menghadiri Seminar "Productivity And Innovation Photography Contest 2010" yang telah dijalankan bertempat di Bukit Gambang City Resort, Kuantan, Pahang, Malaysia.

Seramai 150 telah hadir. Pada jangkaan MPC dalam 50 orang sahaja yang akan hadir. Tetapi sambutan sungguh tidak dijangkakan. Ini kerana jumlah penyertaan "Productiviti And Innovation Photography Contest 2009" adalah seramai 600 orang. Tetapi penyertaan dari sebelah kawasan pantai timur hanyalah 5 orang sahaja.

Aturcara dimulakan dengan Kata aluan oleh Encik Nik Mustafa Raja Salleh Pengarah MPC Wilayah Pantai Timur. Selepas itu diadakan pembentangan 1 oleh Encik Mustapha Sufaat dengan tajuk 'Produktiviti dan Inovasi. Pembentangan kedua pula adalah oleh Dr. Gokul Naidu. Tajuk beliau adalah Tip-tip Menghasilkan Foto Bertemakan Produktiviti dan Inovasi. Menurut penganjur Dr. Gokul Naidu adalah Jurufoto Profesional.
04 Inilah adalah juruacara majlis.
03 Sesi soal jawab
02 Dr. Gokul Naidu ketika memberikan pembentangan.
01 Ini adalah antara slide yang dipersembahkan oleh Dr. Gokul Naidu.

Link:
http://blog.mpc.gov.my/index.php/2010/06/25/productivity-and-innovation-photography-contest-2010-bukit-gambang-resort-city-kuantan-23-jun-2010?blog=10

20100622

Pertandingan Foto Warisan 2010

Lagi satu pertandingan fotografi. Pertandingan Foto Warisan 2010 ini dianjurkan oleh Jabatan Warisan Negara Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Tema yang diberikan adalah "WARISAN 1MALAYSIA". Tarikh tutup penyertaan adalah pada 29hb. Oktober 2010.

Borang penyertaan boleh didapati dilink dibawah:
http://www.kpkk.gov.my/pdf/foto.pdf
atau
http://www.warisan.gov.my/images/stories/pertandingan/foto.pdf

Selain itu pertandingan ini ada dipromosikan di Sinar FM [http://www.sinar.fm/oap/infozone_v3/sinar/inside.asp?i=23203]

Apa gambar yang nak difokuskan? Gambar yang nak ditangkap, perlu ada ciri-ciri: Tapak Warisan atau Warisan Ketara atau Warisan Tak Ketara atau Warisan Semula Jadi. Empat ciri tersebut perlu digabungkan dengan ciri-ciri Satu Malaysia. Baru dapat menghasilkan gambar 'Warisan Satu Malaysia'.

Kalau nak lebih luas lagi, kena gabung jalin dengan ciri-ciri:
1. TAPAK WARISAN (ada 12)
2. OBJEK WARISAN (ada 218)
3. ORANG HIDUP (ada 5)

Antara objek yang menarik adalah "Lukisan Pendayung Rakit di Sungai Pahang, George Giles (1885)". Ini boleh jadi subjek yang menarik untuk masuk pertandingan 'Warisan Satu Malaysia'

Orang yang meminati sejarah dan meminati fotografi amat sesuai untuk cuba-cuba lapangkan masa menyertai pertandingan ini. Bukan untuk orang lain saja tetapi untuk mendalami minat dan bakat yang ada.

20100621

Productivity Photography Contest 2010

Bersempena dengan pertandingan ini akan diadakan Seminar "Productiviti And Photography Contest 2010" pada 23 Jun 2010 (Rabu). Seminar "Productiviti And Photography Contest 2010" akan diadakan di Bukit Gambang City, Kuantan. Seminar bermula jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang.

Ceramah akan diberikan oleh mereka yang pakar dalam bidang fotografi.

Untuk info berkaitan sila klik links dibawah:
http://lamanpahang.blogspot.com/2010/06/productivity-photography-contest-2010.html

Kala sesiapa yang belum ada kamera dan berangan nak beli satu untuk menyertai pertandingan ini. Boleh rujuk senarai jenama dan harga yang saya dah tinjau di http://shashinki.com/shop/.

Inilah harganya:
CANON
Canon 1000D RM1,850.00
Canon 1D Mark III RM14,800.00
Canon 1D Mark IV RM15,085.00
Canon 1Ds Mark III RM26,100.00
Canon 450D kit set EF-s 18-55mm RM2,250.00
Canon 500D RM2,395.00
Canon 50D RM3,695.00
Canon 550D RM2,699.00
Canon 5D RM7,595.00
Canon 5D Mark II RM7,195.00
Canon 7D RM5,450.00
LEICA
Leica Digilux 3 RM11,250.00
Leica S2 RM79,985.00
Leica S2-P RM93,880.00
NIKON
Nikon D3000 RM1,495.00
Nikon D300S RM4,988.00
Nikon D3S RM14,950.00
Nikon D3X RM27,350.00
Nikon D5000 RM2,295.00
Nikon D60 18-55mm RM2,095.00
Nikon D700 RM7,150.00
Nikon D90 RM2,585.00

20100617

Productivity Photography Contest 2010

Inovasi Untuk Produktiviti atau “Innovation For Productivity” adalah tajuk yang diberikan oleh Perbadanan Poduktiviti Malaysia (Malaysia Productivity Corporation MPC) untuk Pertandingan Fotografi Produktiviti 2010. Pertandingan ini dilancarkan oleh Timbalan Menteri Perdangan Antarabangsa dan Industri (MITI) [Deputy Minister of International Trade & Industry] Y.B Dato’ Mukhriz Tun Mahathir. Pelancaran Pertandingan Fotografi Produktiviti 2010 telah dilangsungkan di Grand Dorsett, Subang Jaya on 27hb April 2010.

Dalam majlis yang sama turut berlangsung Pelancaran buku "The Images and Reflections of Productivity & Innovation" dan Perjanjian Persefahaman [Memorandum of Understanding (MoU)] antara Malaysia Productivity Corporation (MPC) dengan Malaysian Association of Creativity and Innovation (MACRI).

Perjanjian tersebut telah ditandatangan oleh Encik Mohd Razali Hussain yang mewakali Malaysia Productivity Corporation( MPC) sementara Dato' Ghazi Sheikh Ramli pula mewakili Malaysia Association of Creativity & Innovation (MACRI).

Objektif Pertandingan
Fotografi Produktiviti 2010 ini agak rumit sikit nak diterangkan dalam Bahasa Melayu. Tetapi dalam Bahasa Inggerisnya adalah begini:
1. To encourage the public to think and conceptualize productivity and innovation and translate them into creative images.
2. To disseminate [menyebarkan] messages of productivity and innovation [pembaharuan] through photography.

Kalau nak diterjemahkan dalam Bahasa Melayu mungkin begini:
1. Untuk mengalakkan orang awam supaya berfikir dan memahami pengertian pengeluaran dan pembaharuan ... dan menterjemahkan pemikiran dan pengertian tersebut menjadi gambar yang kreatif. Boleh faham ke?
2. Untuk menyebarkan pesanan tentang pengeluaran dan pembaharuan melalui fotografi. Boleh faham ke?

Kalau sesiapa yang nak masuk pertandingan ini mungkin kena faham lebih sedikit tentang objektif pertandingan ini dan tema untuk tahun ini. Pada masa ini saya masih tercari-cari gambar pemenang tahun-tahun yang lepas.

Untuk dijadikan rujukan secara umum tetapi lebih meluas saya suka tengok kat Asian Productivity Organization (APO). [http://www.apo-tokyo.org/01about_what.htm]. Peranan penting yang dimainkan oleh APO ini adalah: As a think tank, As a catalyst, As a regional adviser, As an institution builder dan As a clearinghouse for productivity information. Fungsi APO ini meliputi bidang: Knowledge Management, Green Productivity, Strengthening of Small and Medium Enterprises, Integrated Community Development.

APO ada mengadakan pertandingan fotografi berdasarkan tema yang hampir sama dengan yang dijalankan oleh MPC. Melalui laman www.vpc.vn (Vietnam Productivity Centre) kita akan mendapat lebih sedikit maklumat tentang gambar-gambar yang kita nak hantar masuk bertanding. Antara kandungan laman mereka adalah: “photos featuring scenes from everyday life illustrating efforts to make things better and improve on what already exists

Kita juga boleh melihat gambar pemenang tahun 2001 hingga 2008.

Berikut adalah senarai pemenang pada tahun 2001:
"High rice yields" Hoang Kim Thanh (Vietnam)
"New pipes to improve telecommunications" Le Hoai Phuong (Vietnam)
"Untitled" Chedchanuk Senanunsakul (Thailand)
"Daily work" Hee Way Choo (Malaysia)
"Two generations" Vu Thi Thanhthao (Vietnam)
"Rice wave" Lai Dien Dam (Vietnam)
"New Products" Nguyen Phuoc Loc (Vietnam)
"Concentration" Lim Eng Geen (Malaysia)
"Untitled" L. Selengemurun (Mongolia)
"Starting of life and environment" Mahendra Baruah (India)
"Living Thai style" Prapan Nitikhunkasem (Thailand)
"Innocent" Chawalit Pumpoh (Thailand)
"Modernong komunikasyon" Christopher G. Johnson (Philippines)
"Cutting steel" Lu Chee Yang (Malaysia)
"My Birthday party" Bernard Poh Lye Kiat (Singapore)
"Progressing in action" Tan Yik Yee (Singapore)
"Launching - II" Moh. Sugiri Adhi (Indonesia)
"Pateh" Ahmad Soltanzadeh (Iran)
"Playing with nature for a better productivity" M. K. Panday (Nepal)
"Untitled" Nanuch Nijnananant (Thailand)
"Happy with a high yield" Pham Hung Cuong (Vietnam)
"Union" Manit Larpluechai (Thailand)
"New techniques" Dinh Ba Phu (Vietnam)
"Teach" Sujinda Wisitthamrongwut (Thailand)
"Working rhythm" Nguyen Bach Thao (Vietnam)
"Teamwork in action" Shiva Rajan (Fiji)
"Mission to productivity" M. Zahidul Haque (Bangladesh)
"Threshing" Kenshi Iwahara (Japan)
"Electricity pylon in Kaohsiung" Huang Ching-Yun (Rep. of China)
"Protecting environment" Asoka Mitraratne (Sri Lanka)

Seterusnya mari kita lihat senarai pemenang 2002:
"Going to the field" Lai Dien Dam (Vietnam)
"Setting fishing nets" Le Hoai Phuong (Vietnam)
"Diesel for donkeys" Nisar A. Mirza (Pakistan)
"Happy time" Hii Yii Kuong (Malaysia)
"Transfering knowledge to the next generation" Leah M Castillo (Philippines)
"Zero harm" Aasim Hameed (Pakistan)
"Happiness" Trancao Bao Long (Vietnam)
"Conspire" Vu Anh Tuan (Vietnam)
"Cham's classroom" Nguyen Luong Hieu (Vietnam)
"White green" Taweesak Toloetmongkol (Thailand)
"Trees, the guardians of enviromnent" S.M. Wahid Hussain Naqvi (Pakistan)
"H'mong girl" Ta Quang Bao (Vietnam)
"Garment factory" Dao Hoa Nu (Vietnam)
"Grazing ducks" Ha Huu Duc (Vietnam)
"Gift from the sea" Huynh Thanh Binh (Vietnam)
"Products from the sea" Vu Anh Hieu (Vietnam)
"Farmer" Akkaradej Wimsikkamol (Thailand)
"Swimming with turtle" Pang Piow Kan (Malaysia)
"Untitled" Panida Wangniwiatkul (Thailand)
"The growing family" Kazi Akhtaruzzaman (Bangladesh)
"New harvest" Ts. Dejidmaa (Mongolia)
"Sufficient" Premalal Ranawila (Sri Lanka)
"Good housekeeping" Tan Soon Keng (Singapore)
"Affection" Dilip Lokre (India)

Senarai pemenang tahun 2004:

Senarai pemenang tahun 2006:

Senarai Pemenang 2008:

Setelah melihat secara umum gambar-gambar pemenang ni, barulah ada sedikit idea tentang gambar yang nak ditangkap.

Rujukan:
1. blog.mpc.gov.my [PRODUCTIVITY PHOTOGRAPHY CONTEST 2010]

2. http://www.fujifilm.com.my [Your productive snapshot could earn you cash and more!] [Download Borang Pertandingan]

3. http://www.mpc.gov.m [Launching Of Productivity Photography Contest 2010 And The Images And Reflections Of Productivity & Innovation Book] [Productivity Photography Contest 2010] [Download Borang]




20100419

Panorama Kuantan

Panorama Kuantan adalah tajuk pertandingan fotografi yang diadakan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Pertandingan Fotografi Panorama Kuantan ini diadakan dengan kerjasama WTY Foto Sdn Bhd. Pertandingan Fotografi Panorama Kuantan ini bermula 15 Mac 2010 hingga 15 jun 2010.

Untuk mendapatkan Borang Penyertaan Pertandingan Fotografi Panorama Kuantan, boleh klik DISINI.

Kepada peminat fotografi ataupun ahli Persatuan Jurufoto Kuantan sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk menyertainya. Masing-masing boleh memeram idea tentang Panorama Kuantan.

Pada borang penyertaan menyatakan maksud“Panorama Kuantan” adalah apa-apa subjek yang menggambarkan Kuantan pada hari ini sama ada pemandangan, aktiviti, senibina, flora/fauna dan lain-lain. Maksudnya kita boleh ambil gambar menggunakan minat atau bidang fotografi atau lens yang ada. Tetapi mesti menggambarkan Daerah Kuantan pada hari ini. Bukan Kuantan dalam sejarah tetapi Kuantan meneroka sejarah baru.

Kalau ada lens macro bolehlah ambil gambar flora dan fauna. Yang susahnya macam mana nak kaitkan imej macro yang kita ambil tersebut dengan panorama atau kuantan?

Bagi yang ada lens wide boleh ambil gambar pemandangan sekitar Kuantan. Semasa ambil gambar tersebut perlu waspada supaya tak terambil gambar pemandangan kawasan yang berada di luar kawasan Kuantan. nanti tak jadi panorama Kuantan.

Bagi yang selalu nak zoom, boleh gunakan lens zoomnya untuk ambil gambar event yang berlangsung sekitar Kuantan. Jangan lupa kaitkan aktiviti yang berlangsung tersebut dengan panorama Kuantan.

Kalau ada sesiapa yang ada fisheye boleh cuba gunakan lens ni untuk senibina. Tentu menarik. Yang penting perlu buatkan kajian tentang seni bina yang kita nak rakamkan.

Kalau tak ada camera DSLR macam mana?. Dalam syarat menyatakan 'hanya penggunaan kamera digital sahaja akan diambilkira'. Maksudnya tak kira dari DSLR ke PnS semuanya boleh masuk. Yang penting saiz minima gambar ialah 3 Mb.

Sesiapa yang ada banyak bahan boleh hantar seberapa banyak penyertaan. Tiada had penyertaan, peserta boleh menghantar seberapa banyak gambar iaitu gambar warna bersaiz minima 8”x12” dan disertakan dengan CD gambar tersebut.

Semua gambar penyertaan hendaklah dicetak di WTY Foto Sdn. Bhd di alamat A-121, Sri Dagangan Business Centre, Jalan Tun Ismail, 25000 Kuantan. (No. Tel : 09-5132027) dan sila dapatkan bukti cetakan.

Setiap penyertaan adalah menjadi hak milik (copyright) penganjur bukan hak milik bersama antara penganjur dan jurufoto. Penganjur berhak menggunakan gambar-gambar tersebut untuk apa juga tujuan dan tiada bayaran akan dibuat kepada jurufoto yang menyerahkan karya fotografi masing-masing. Bagi orang macam saya, saya tak kisah.

Yang paling seronok adalah 'Penggunaan model yang bersesuaian adalah dibenarkan'. Kos untuk model tersebut tentulah perlu ditanggung oleh jurufoto yang menjadi peserta. Untuk menjimatkan kos mungkin jurufoto boleh berkongsi dengan model. Tetapi model pula perlu berkongsi dengan jurumakup dan pemilik butik untuk menggunakan pakaian yang sesuai.

Atau kita boleh gunakan pengantin sebagai model, kalau menang kena la kongsi hadiah.

HADIAH-HADIAH
Hadiah Pertama : Wang Tunai RM2,000.00 + Sijil + Trofi
Hadiah Kedua : Wang Tunai RM1,500.00 + Sijil + Trofi
Hadiah Ketiga : Wang Tunai RM1,000.00 + Sijil + Trofi
10 Hadiah Saguhati : Wang Tunai RM100.00 + Sijil

Hantarkan Penyertaan Kepada:
Urusetia Pertandingan Fotografi MPK 2010
Jabatan Kemasyarakatan
Majlis Perbandaran Kuantan
Jalan Tanah Putih
25100 Kuantan
Pahang Darul Makmur