-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20100419

Panorama Kuantan

Panorama Kuantan adalah tajuk pertandingan fotografi yang diadakan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Pertandingan Fotografi Panorama Kuantan ini diadakan dengan kerjasama WTY Foto Sdn Bhd. Pertandingan Fotografi Panorama Kuantan ini bermula 15 Mac 2010 hingga 15 jun 2010.

Untuk mendapatkan Borang Penyertaan Pertandingan Fotografi Panorama Kuantan, boleh klik DISINI.

Kepada peminat fotografi ataupun ahli Persatuan Jurufoto Kuantan sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk menyertainya. Masing-masing boleh memeram idea tentang Panorama Kuantan.

Pada borang penyertaan menyatakan maksud“Panorama Kuantan” adalah apa-apa subjek yang menggambarkan Kuantan pada hari ini sama ada pemandangan, aktiviti, senibina, flora/fauna dan lain-lain. Maksudnya kita boleh ambil gambar menggunakan minat atau bidang fotografi atau lens yang ada. Tetapi mesti menggambarkan Daerah Kuantan pada hari ini. Bukan Kuantan dalam sejarah tetapi Kuantan meneroka sejarah baru.

Kalau ada lens macro bolehlah ambil gambar flora dan fauna. Yang susahnya macam mana nak kaitkan imej macro yang kita ambil tersebut dengan panorama atau kuantan?

Bagi yang ada lens wide boleh ambil gambar pemandangan sekitar Kuantan. Semasa ambil gambar tersebut perlu waspada supaya tak terambil gambar pemandangan kawasan yang berada di luar kawasan Kuantan. nanti tak jadi panorama Kuantan.

Bagi yang selalu nak zoom, boleh gunakan lens zoomnya untuk ambil gambar event yang berlangsung sekitar Kuantan. Jangan lupa kaitkan aktiviti yang berlangsung tersebut dengan panorama Kuantan.

Kalau ada sesiapa yang ada fisheye boleh cuba gunakan lens ni untuk senibina. Tentu menarik. Yang penting perlu buatkan kajian tentang seni bina yang kita nak rakamkan.

Kalau tak ada camera DSLR macam mana?. Dalam syarat menyatakan 'hanya penggunaan kamera digital sahaja akan diambilkira'. Maksudnya tak kira dari DSLR ke PnS semuanya boleh masuk. Yang penting saiz minima gambar ialah 3 Mb.

Sesiapa yang ada banyak bahan boleh hantar seberapa banyak penyertaan. Tiada had penyertaan, peserta boleh menghantar seberapa banyak gambar iaitu gambar warna bersaiz minima 8”x12” dan disertakan dengan CD gambar tersebut.

Semua gambar penyertaan hendaklah dicetak di WTY Foto Sdn. Bhd di alamat A-121, Sri Dagangan Business Centre, Jalan Tun Ismail, 25000 Kuantan. (No. Tel : 09-5132027) dan sila dapatkan bukti cetakan.

Setiap penyertaan adalah menjadi hak milik (copyright) penganjur bukan hak milik bersama antara penganjur dan jurufoto. Penganjur berhak menggunakan gambar-gambar tersebut untuk apa juga tujuan dan tiada bayaran akan dibuat kepada jurufoto yang menyerahkan karya fotografi masing-masing. Bagi orang macam saya, saya tak kisah.

Yang paling seronok adalah 'Penggunaan model yang bersesuaian adalah dibenarkan'. Kos untuk model tersebut tentulah perlu ditanggung oleh jurufoto yang menjadi peserta. Untuk menjimatkan kos mungkin jurufoto boleh berkongsi dengan model. Tetapi model pula perlu berkongsi dengan jurumakup dan pemilik butik untuk menggunakan pakaian yang sesuai.

Atau kita boleh gunakan pengantin sebagai model, kalau menang kena la kongsi hadiah.

HADIAH-HADIAH
Hadiah Pertama : Wang Tunai RM2,000.00 + Sijil + Trofi
Hadiah Kedua : Wang Tunai RM1,500.00 + Sijil + Trofi
Hadiah Ketiga : Wang Tunai RM1,000.00 + Sijil + Trofi
10 Hadiah Saguhati : Wang Tunai RM100.00 + Sijil

Hantarkan Penyertaan Kepada:
Urusetia Pertandingan Fotografi MPK 2010
Jabatan Kemasyarakatan
Majlis Perbandaran Kuantan
Jalan Tanah Putih
25100 Kuantan
Pahang Darul Makmur

No comments: