-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20120729

20 Pendekar 2 pertemuan dua beradik

Dalam sebuah negeri terdapatnya dua orang adik-beradik yang sangat ahli dalam persilatan dan mereka ini asal nya dari tanah seberang yang berhijrah ketanah melayu. Kedua beradik ini selepas hijrahnya, telah terpisah kerana mendapatkan haluan masing-masing dan tidak berhubung antara satu sama lain.

Ini adalah cerita pertemuannya kedua beradik yang tersebut.
Suatu masa pada zaman nya yang tersebut oleh orang tua-tua, telah diadakan pertandingan atau permainan silat (untuk pemilihan hulubalang dan pendekar oleh raja. Ya atau tidak wallahualam). Maka ramailah pendekar yang mencuba nasib termasuklah anak murid kedua beradik ini.

Dalam hari pertandingan itu kedua anak murid dapat mengalahkan lawan masing-masing dan sampailah masa pertemuan mereka berdua(anak murid kedua beradik). Maka bermainlah mereka keduanya dengan buah permainan yang serupa, bertepis, menyerang,langkahnya, elaknya, tumbuknya dan tarinya, semuanya sama dan serupa. Tiada yang kalah dan tiada yang menang.

Kedua anak murid yang tersebut merasa hairan dan telah letih kerana permainan mereka tiada berkesudahan, jadi mereka pun memberentikan permainan itu dengan seri disebabkan keletihan.(pemenang pertandingan tersebut tidak diketahui, kerana sudah tidak diperdulikan oleh mereka lagi).

selepas hilang penat keduanya tadi bertemu semula untuk bertanya khabar sambil merisik akan silat yang dipelajari oleh masing-masing. Kembali kepada kedua beradik itu pula, semasa pertandingan tersebut, salah seorang dari mereka tiada disana. Dan anak muridnya sahaja yang menjadi wakil dan juga peserta dalam pertandingan itu.

Berbalik kepada anak murid semula, yang kedua itu diajak nya bertemu dengan gurunya yang ada bersertanya. Diceritakan lah oleh murid pertama akan hal mereka itu dan juga diceritakan oleh anak murid kedua pula. Maka siguru murid pertama menjadi amat teringin untuk berjumpa dengan siguru murid kedua kerana dia merasakan yang mereka ada pertalian (tiada orang lain yang mengetahui akan permainan silat yang tersebut kecuali mereka berdua beradik sahaja dan silat itu di ajarkan oleh bapa mereka berdua dan tidak kepada orang lain).

Selesailah hari pertandingan itu dan masa untuk bersurai balik, maka dipesankan oleh guru si pertama kepada sikedua, katanya”sampaikan salam kepada gurumu dan jemputlah ketempat kami”.

Sesampainya sikedua ditempat gurunya selepas balik dari pertandingan itu, maka diceritakan oleh sikedua akan hal disana dan menyampaikan pesan serta salam dari giru sipertama. Guru sikedua dalam firasatnya , itulah abangnya yang telah lama tidak ditemuinya, maka bersegeralah dia berangkat pergi mendapatkan abangnya itu.

Seperti layaknya pendekar dipertemuan itupun (yang pertama selepas sekian tidak berjumpa) sudi-menyudi dalam permainan tetap terjadi walaupun mereka tahu mereka kedua adalah adik-beradik.

Permainan mereka disaksikan oleh ramai anak murid guru sipertama, sehinggakan yang melihat menjadi lebih letih dari yang bermain kerana permainan kedua beradik itu tidak mahu habis-habis dan tiada yang mahu mengaku kalah. Siabang (guru sipertama) yang sebenarnya ingin menduga siadik(guru sikedua). Siadik pula sudah merasa letih tetapi tidak mahu mengaku kalah, maka dikeluarkannya buah rahsianya (diciptanya sendiri). Yang menyebabkan siabang tidak boleh bergerak dengan buah yang tersebut. Lalu kata siabang,”aku malas main dengan engkau kerana engkau main tipu”. Dan dijawab oleh siadik,” bukan tipu, itu buah baru”. Maka dilepaskanlah siadik akan siabangnya lalu memohon maaf…wallahualam.

20120727

20120726

19 Pendekar 1 belajar dari ibu

Dalam sebuah perkampungan didalam negeri ditanah seberang. Ada sebuah keluarga yang berasal dari keluarga pendekar. Si ayah ada sebuah bansal silat tempat dia mengajar. Maka ramailah anak muda yang datang berlajar dengan siayah tadi.

Sianak setelah meningkat dewasa telah disuruh berlajar oleh siayah ilmu persilatannya. Sianak dengan bersungguh-sungguh mempelajarinya tetapi sianak sentiasa dibuli oleh pelajar-pelajar siayah. Sianak merasa amat takut untuk memberitahu siayah akan perkara yang dia di buli oleh mereka (pelajar tua ayahnya) kerana takut dimarahi oleh ayahnya , bimbang ditempelak oleh ayahnya, anak pendekar guru silat kalah dengan…, .

Suatu hari sianak pulang dari bangsal kerumah sambil menangis kerana dipukul teruk oleh anak murid siayah. Maka telah dilihat oleh siibunya akan keadaan nya itu, lalu siibu bertanya apakah sebabnya, jawab sianak lalu berceritalah dia akan perihal kejadian dia dibuli itu.

Bermula dari hari itu siibu siibu secara senyap-senyap dan tanpa pengetahuan siayah, telah mengajar sianak ilmu silat yang ada padanya dengan katanya “tak apalah ibu akan ajar kamu ilmu bersilat tetapi kamu jangan beritahu ayah kamu dan selepas ini (selesai mengambil ilmu silat siibu), kamu pergi menyudi (cabar) anak murid ayah kamu untuk bertarung dengan kamu.(tujuannya untuk melihat akan kekuatan dan keberkasanan ilmu silat siibu).

Setelah selesai dari berlajar dengan ibunya, sianak pergi kebangsal sebelum siayahnya datang atau sampai, dan sesampai nya dia disana sianak telah mengajak anak murid siayah bermain dengannya.dalam permainan itu, habis kesemua anak murid siayah dikalahkan oleh sianak termasuklah murid tua siayah.(guru kake).

Siayah sampai kebangsal pada hari itu merasa sungguh terperanjatdengan keadaan yang tersebut lalu bertanya, “siapa yang talah mengerjakan dan mengalahkan kamu semua. Dan ditunjuk oleh anak murid siayah kepada sianak. lalu ditanya oleh siayah kepada sianak dengan nada dan perasaan marah, gerangan silat apa yang digunakan oleh sianak sehingga habis murid-muridnya terbungkang kalah dan dari siapa sianak mempelajari ilmu silat itu kerana siayah tidak pernah dan tidak mempunyai ilmu silat seperti yang sianak ada.

siayah ingin mencabar pula kerana berani mengajar anaknya tanpa kebenaran dan pengetahuannya, lalau diberitahu dan diceritakan oleh sianak, yang ilmu itu talah diajar oleh siibu. Maka dengan rasa marah siayah menyuruh sianak memanggil siibu dirumah untuk segera datang kebangsal bagi diuji bermain silat dengan nya.

Dengan segera sianak pergi memanggil siibu.
Sesampai siibu dibangsal, siayah mencabar siibu bermain silat dengan nya bagi menunjuk akan siapa yang mempunyai ilmu yang lebih diantara mereka. Dalam permainan yang tersebut siibu dapat mengalahkan suaminya, maka siayah mengaku dan akur dengan perkara yang tersebut.

Bermula dari masa itu dan seterusnya, kedua –dua ilmu silat siayah dan siibu telah digabungkan dan diajar serentak hingga lah sekarang…… wallahualam.

20120723

18 Lada kecik

“Amboi letihnya hari ni,” kata nya. Lalu orang pun bertanya kepada dia “kenapa”.

Lalu dijawabnya”ceritanya gini” koi keladang pagi tadi, ngutip lada, inilah baru baliknya,letih pepalih.”

Tanya dik orang lagi”banyak ke ladanya” dijawabnya “banyak amat” lalu diceritakannya,

Pagi tadi, koi terasa nak bersambai, makakan lada takde dirumah, koi naik kedarat (kebun) kejap, nak ngutip lada sikit, bila sampai kat sana koi nengok lada banyak yang masak, nak dikutip sikit kang yang lain kut habis makan diburung.

Jadinya koi kutiblah lada-lada tu dari pagi tadi hingga nilah baru siap kutib (dinihari). Pokoknya tak besar mana tapi ada tujuh dahan yang lebat-lebat ladanya.

Tanya dik orang lagi”banyak mana yang awak dapat kutip bawak balik” jawabnya “tujuh ambung…..banyaknya weeh”

20120720

17 Dusun durian saka

Dalam sebuah kampong ditepi hutan ada dusun durian saka (lama) milik tok moyang. pokoknya besar-besar dan tinggi-tinggi.

Menunggulah warisnya pada malam yang tersebut kerana gilirannya menunggu durian gugur.

Nak dijadikan cerita, sambil berbaring dalam sapa dusun ditengah malam yang sejuk itu,telinganya mendengarkan bunyi buah durian yang luruh. Bunyi luruh dari buah yang mengenai daun sampai ketelinganya maka diapun bertelingkah bangun pergi mencari  buah yang gugur itu.

Dirayaunya diseluruh tanah dusun dari malam hingga ke hampir subuh, tidak dijumpai olehnya. Diapun berenti rehat diatas banir, menghilangkan lelah mencari durian yang gugur malam tadi. Sambil menggulung daun rokok, dia dok pikirkan mana kepulok buah durian tu. Bunyi luruh ada, bunyi jatuh ke tanah takde.
Dalam sedap dia menarik asap rokok daunnya , terasa olehnya seluar dibahagian punggungnya basah lalu dia bangun dan dilihatnya banir yang ditenggeknya itu adalah tangkai buah durian yang dicarinya semalaman…. Besarnya weeh.

20120719

Keturunan Kesultanan Jambi

 sumber gambar: http://warockz.blogspot.com/2010/10/keris-siginjai-keris-legendaris-jambi.html

"Pada Kerajaan JAMBI, banyak terdapat anggota keturunan BARAQBAH dan AL- JUFRI, begitu pula di Aceh pun dari keturunan JAMAL-AL-LAIL. Yang membawa Islam pertama kali ke jambi adalah Sayyid husein bin Ahmad Baraqbah.. setelah sayyid husein mengislam kan kerajaan sriwijaya ( palembang ) dan menjadi menantu Raja sultan Sriwijaya beliau hijrah dan menyebarkan islam di tanah jambi sampai beliau wafat dan di makamkan di jambi. seluruh keturunan Baraqbah di asia tenggara beliau lah nenek moyang nya"

sumber: peperonity.com

Masuknya Islam Ke Jambi

Berdasarkan penuturan tokoh ulama Jambi, penyebaran Islam di Jambi diawali kedatangan rombongan kapal dari Kesultanan Turki untuk menyebarkan agama Islam yang dipimpin Ahmad Ilyas (sumber lain menyebut namanya Ahmad Salim atau Ahmad Barus atau Barus II). Kapalnya terdampar di Pulau Berhalo  pada 1120 H. Oleh rakyat Jambi, Ahmad Ilyas diberi gelar Datuk Paduka Berhalo. Karena keberhasilan beliau menyebarkan Islam di wilayah Jambi dimulai dari Pulau berhala. Konon beliaulah yang menghancurkan berhala berhala sembahan di pulau berhala.

Ahmad Ilyas lalu menikah dengan Putri Selaras Pinang Masak, Putri bangsawan kerajaan Minangkabau yang berkuasa di Jambi, sebuah pernikahan politik yang kemudian memasukkan beliau ke dalam keluarga bangsawan. Tahun 1138, Ahmad Ilyas mendatangkan ulama dari Hadramaut keturunan Ahlul Bait Rasulullah, Sayyid Husin bin Ahmad bin Abdurahman. Kedatangan beliau disambut hangat oleh rakyat Jambi. Dari sanalah kemudian lahir kerajaan Islam di Jambi sampai ahirnya menjadi kesultanan, hingga ke Sultan Jambi terahir Sultan Thaha Syaifuddin yang menghabiskan masa kekuasaannya menentang penjajahan Belanda di wilayah Jambi hingga ahir hayatnya.
sumber: chemot-marley.blogspot.com

Naskah ini disebut juga Tambo Nan Salapan dengan isi sebagai berikut:
(Pada tahun 1050 H (1680 M) Kerajaan Pagaruyung telah mengeluarkan satu keputusan berupa Sunnah 1050 yang berisikan penempatan Raja-Raja di Rantau ( Darat dan Laut ) di mana ada terdapat masyarakat yang berasal dari ketiga Luhak di Minangkabau)
3. Adapun nan tinggal turun temurun di dalam nagari Jambi Sultan Bagindo Tuan Rabbi, anak cucu Daulat yang di pertuan dalam nagari Pagaruyung, tatkala asa yang dipertuan dalam nagari Pagaruyung, tatkala asa mulonyo jadi rajo dalam nagari Jambi, lalu melimpah ka Batang Hari sampai ka hulu Batang Sangie, tatkala asa mulonyo jadi Rajo di dalam nagari Jambi 12 Koto Sungai Babi, tatkala masa dahulunyo, itulah kabasaran dan mukjizat, Sultan Bagindo Rabbi, nan dijawek turun tamurun, beroleh derajat nan tinggi di bari Allah Subhanahuwataala, amin ya rabbal alamin.
sumber: appzak.multiply.com

20120717

Susur Nya Dari Melaka Dan Bermukimnya Didalam Pahang


Siapa mereka ini?

Ini adalah rentetan versi-versi siapa mereka dan susur-susur, asal keturunannya dan warisnya.
Keturunan kesultanan Melaka.

Raja Muhammad bin Sultan Muzafar Shah;
Yang mana telah dibuang negeri ke Pahang oleh kerajaan Melaka kerana kes pembunuhan Tun Besar anak Tun Perak, Bendahara Melaka. Dia berkhwin di Pahang dan berzuriat serta bermukim di ?.

Raja Ahmad bin Sultan Muzafar Shah;
Yang dikatakan terlibat dalam kes pembunuhan Tun Besar, dibuang negeri ke Pahang oleh kerajaan Melaka. Dia berkhawin dan berzuriat serta bermukim di ?

Raja kasim, waris kesultanan Melaka (pentadbir muar), dia atau anaknya memasuki @ melarikan diri dan bermukim di ?

Raja Ali, waris kesultanan Melaka, dia memasuki @ melarikan diri dan bermukim di ?

Tun Perak (Bendahara Melaka) waris keturunannya, memasuki @ merajuk diri dan bermukim di?

20120716

Zaman perintah di Pahang

ZAMAN PERINTAH DIPAHANG DIBAHAGIKAN KEPADA BEBERAPA PERINGKAT

1.ZAMAN PAHANG KUNO :- DIBAHAGI KEPADA DUA;  

a) diperintah oleh ketua puak kecil-kecil .  

b) diperintah oleh batin-batin. Membentuk kawasan pemerintahan kecil ditanah Pahang.

2.ZAMAN PAHANG TUA:- DIBAHAGI KEPADA DUA;

a) diperintah oleh raja yang datangnya dari pulau Sumatra [terutama Palembang dan pagar ruyung].  

b) raja yang datangnya dari sebelah utara semenangjung [terutama dari campa dan patani].membentuk negeri-negeri kecil ditanah Pahang.

3.ZAMAN PAHANG SIAM:- DIPERINTAH OLEH WAZIR SIAM [KETURUNAN KHMER]; yang nama gelarannya maharaja dewa sura {nama islamnya tidak diketahi}.

4.ZAMAN PAHANG MELAKA:- DIPERINTAH OLEH KETURUNAN SULTAN MANSOR SHAH MELAKA; pemerintah pertamanya adalah anak mansor shah yang dibuang dari melaka ke Pahang.

5.ZAMAN PAHANG BENDAHARA:-diperintah beberapa bendahara,bendahara akhir adalah tun mutahir anak marhom tun ali [bendahara].

6.ZAMAN PAHANG KETURUNAN BENDAHARA:-diperintah oleh [dimulakan ] sultan Ahmad 1@ Ahmad [bendahara] anak kepada Marhom Tun Ali [bendahara]{yang mengistihar diri menjadi sultan Pahang yang pertama dan dari keturunannya lah, raja pemerintah Pahang sehingga sekarang}.

Wahai ahli waris yang budiman, tuan dan puan;

Dari keenam-enam ketogeri pecahan  yang diatas, yang mana kedudukan senarai tuan dan puan. Yang membolehkan tuan dan puan menjadi ahli waris Pahang dan yang bersemenda dengannya. Mengaku diri orang Pahang tanpa susur kemana-mana keturunan atau tidak bersemenda kepada mana-mana  keturunan boleh dianggapkan  bukan dari kalangan ahli waris Pahang. Kerana ahli waris Pahang telah diistihar dengan sumpah di pulau tawar.

20120715

Pahang Zaman Pemerintahan Wazir Siam

PAHANG ZAMAN PEMERINTAHAN WAZIR SIAM, BERNAMA:- MAHARAJA DEWA SURA(dikalahkan oleh Melaka dan wazir dibawa pulang kemelaka ,diislamkan) DAN ANAKNYA ,PUTERI WANANG SERI DIKHAWINI OLEH SULTAN MANSOR SHAH MELAKA MENDAPAT ANAK, RAJA MUHAMMAD:-

yang menjadi sultan Pahang [1] yang mana menggantikan  seri bija diraja [wakil sultan Melaka dipahang] bersama raja ahmad{adiknya berlainan ibu}

[2] tetapi merajuk dan membawa diri kehulu Pahang[gelaran sultan ahmad]> sultan abdul jamil

[3] sultan mansor shah 1

[4] (adik sultan abdul jamil) >*sultan Mahmud

[5] sultan muzaffar shah[6]>*sultan zainal abidin

[7] sultan mansor 2

[8] sultan abdul jamal

[9] (adik [8]) sultan abdul kadir alauddin shah

[10] raja ahmad

[11] sultan abdul ghafur mohaidin shah

[12] raja ungu[puteri raja petani]>raja Abdullah.raja ahmad[adik sultan abdul ghafur mohaidin shah] dan anaknya raja mughal dibawa ke aceh oleh sultan iskandar muda mahkota alam[ditawan].

20120714

Salasilah Wali Songo


MUHAMMAD SAW
>SITI FATIMAH AL ZAHRA+ ALI KW
> HUSIN
>S ALI ZAINAL ABIDIN
>S MUHAMMAD BAQIR
> S JA’FAR SHODIR
>S ALI( )
>S MUHAMMAD NASIB
> S ISA SYAKAR
> S AHMAD MUHAJIR
>S UBAIDILLAH
> S ALWIE
> S MUHAMMAD
> S ALWIE 
>S ALI KHOLAR.GASAM
>S MUHAMMAD S MARBAT
> S ALWIE HADRAMAUT
>S ABD MALIK MUHAJIR HIHDIA
>S ABDULLAH HAN
>S AHMAD JALALUDIN. YAH
> S JAMALUDIN AKBAR[KELANTAN/CHAMPA]
> S.M. MALIK IBRAHIM[GERISIK]/&/S ALI NURUL ALAM SIAM QUNBUL
>CHAMPA
> S GUNUNG JATI CIREBON/CHAMPA/&/S BERKAT ZALNAL ALAM BRUNAI
> S MOHD KEBUNGSUAN MINDANOA /&/S IBRAHIM ASMARO
>AMPEL
>SEDAYU/TUBAN//PATANI// PASAI
> GIRI/*/ MURIA/*/ DEMAK/*/ KUDUS.

20120713

Salasilah Wali Songo Dan Kesultanan Kelantan


Saidid husein jamadil kubra [dari kesultanan delhi]:+isteri [1],[2],[3],[4].
[1]puteri linang cahaya[Kelantan]>maulana malik Ibrahim[gerisik]

[2]ramawati[champa]> Ibrahim asmaro>sunan ampel>sunan boning/sunan drajat/&/*maulana ishak>*sunan giri[balambangan]

[3]puteri selindung bulan[Kelantan]> ali nurul alam[petani]>(isteri 1,syarifah mudaim*pasai)wan husein[teluk manok] >*sunan gunung jati[pasai]>*sultan hasanuddin[banten]//(isteri 2,puteri champa)wan bo>wan abdul muzaffar>nik jamaluddin/po rome.

20120712

Salasilah Wali Songo Di Tanah Jawa Dengan Keluarga Diraja Champa


Ibrahim asmaro+puteri raja champa>
(1) sunan ampel+nti ageng maloka> sunan boning+dewi ruhil //nyi ageng manila+sunan ngudung[raden usman haji]> dewi soejinah+sunan muria> sunan ngadilangu// sunan kudus+dewi rukhil bt sunan boning> amir Hassan./&/sunan darjat/&/dewi murtasiah.

(2)ali murtadho

(3)maulana ishak+dewi serkadadu>sunan giri+dewi murtasih> sunan dalem/&/dewi sarah+ sunan kalijaga>sunan muria//dewi rokiah//dewi sofiah.

Susur keturunan yang terkemudian


SUSUR KETURUNAN YANG TERKEMUDIAN {dari ahli waris dan yang bersemenda dgnnya}

?>Awang senit [org pasir mas Kelantan] + org seberang mengkarak/seberang jelam> mukim wah

?>Wan muda [org pasir mas Kelantan](isteri ramai)+hj lijah [puak tebing tinggi bera](ada anak dgn suami sebelumnya)> yang bong [tunggal]+ awang Muhammad [guai](bersteri ramai)> siti [bt papan]+lebai said[bt papan].

Mangku imam kasim > imam awang/(2 beradik) > tok pawang kadir [guai]adik beradik

Mangku nekman (anak nong adik beradik mangku imam kasim)[9 beradik][guai] >omar/hitam/ pah(guai)

He[adik beradik mangku nekman](bersusur kepada tok cakah jerantut] > katib Ibrahim/ katib lembik.(guai)

Wan pah[kerdau] >lebai yaakob+jah >tor/meriam/dr munir

awang lembik > p wa long(nong)+siteh >ustat dollah+ramlah[melah] >saifuddin[yb perliman temerloh/adik beradik.(mengkarak)

?>imam rosul lebak [bersemanda ke guai, waris keturunannya ramai di guai/mengkarak, kuburnya ada di lebak] > ? >

?>orang kaya hj. tahir+anak orang [tok kaya sider,adik beradik awang lembik] > hj ibrahim(3beradik)

?>Tok muda bakar[adik beradik p ngah uda ayah melah] > penghulu mat nur/[ adik beradikc gu teh] (lebak)

(imam) deraman+ maharom > long talib+ teriah [guai] > leha[+katib ibrahim& ibu raub>penghulu pilus[tok pilus](raub)(6 beradik)

Sidek[ adik beradik mangku imam kasim] >tok muda zainal (3 beradik)

?>Mukim long > imam yusof + bedah [susur kepada din adik beradik mangku imam kasim] > sarit (y b)

?>Mat aris >Imam awang sulong >hj makrih /// hj derih (k triang)

?>{Lebai lembik (sok te pulau tawar)} /ayah lebai samah> lebai samah+busu[ anak hj derih]/ pendekar endoi.

Awang long[pulau tawar]+ org guai> hj kadir/ hj sham/saedah[yg tua]/meriam+pupunya[anak hj ahmad(ahmad pagi)].hj ahmad+isteri org batu pahat> ???

? > lebai Hassan/[adik beradik p ngah dollah/sara] > katib mat aris/ tekah / omar / siwok.

? >katib dogol/ [adik beradik bilal leman/ bilal abas/ p cu kitam] >katib mat lazim/ [adik beradik mahasan/ mat saman]

?>Yaakob[tok gajah(budu)beristeri ramai]+ hajar[tangjung kertau] >siti harum >meriam > jaffar[telok]

?>Umar> kadir/[adik beradik awang seman / sidek]+ yang nik/[adik beradik mukim ali 7beradik]> yasin> jaffar(telok)

?>Abd rahman+ siti[katib mamat semantan]>leha[catin sg dingin] + mukim kadir/&/ ismail[berhala gantang>besah/ awang[api]/&/ tan[bukit cermin]> saadiah/&/ sara[ paya kecil]> Husain /&/ jenab[tanjung limau kerdau]/&/ Abdullah[ guai@mengkarak+sara[nik b hassan]> abd mubin+saudah[lebai Husain]guai.

?>Katib dollah[berhala gantang]+dayang fati mah[guai]>ismail+esah> salehuddin& sara // katib omar>katib bakar[p lang]& m das am& harun // lembik // busu

?>Tan beloroh[mengkarak]> Muhammad> tok penghulu zabidin> tok penghulu johar(catin)

?>Penghulu jabar[puak tebing tinggi bera]+anak imam awang[adik beradik pawang kadir]>bakar

?>Tok Ngah[puak tebing tinggi bera]> timah+Abdullah[menantu]// tok mohid> talib> malik// tok midun> umar> aziz[penghulu k bera].
?> tok penghulu awang ngah > tok muda zulkifli +[ zainon bt mat taib] > ? >

20120711

Tidak semua keluarga nabi masuk syurga


 MUHAMMAD RASULULLAH


SITI FATIMAH                 *   *    ABU BAKAR   *   UMAR    *     OTHMAN     *      ALI     *  *           KAIDIR

                                                                    ISKANDAR ZULKALNAI

BANI HASHIM    *    BANI ABU MUTALIB  ***  dari mereka-mereka  inilah datangnya turutan gelaran * saidina * saidi * sidi * syed *syarifah * tuan * sultan * habib * tun * malim * radin * nik * wan * dan juga gelaran lain di nusantara ini.

Gelaran-gelaran ini tidak menjadi(memberi) apa-apa maknapun , jika pemegang nya berperangai buruk dan tamak.

UNTUK PERHATIAN dan RENUNGAN AHLI WARIS; TUAN DAN PUAN

TIDAK kesemua keluarga nabi yang masuk syurga, diantaranya adalah ABU LAHAB dan ABU JAHAL. Mereka ini adalah bapa saudara nabi, ABU TALIB ayah kepada saidina ALI pun hanya dalam pengetahuan ALLAH sahaja.
Oleh itu janganlah terlalu seronok dan bangga mengaku menjadi AHLI BAIT@ BERKETURUNAN NABI.
Pahala dan dosa @ baik dan buruk @ alim dan jahil kelakuan seseorang itu tidak bergantung kepada nasab keturunannya tetepi ilmu @akal@takwa dalam diri dan pembawaan @penyerahan diri menghadap ALLAH itulah yang terlebih utama.
Tetapi ,menjadi ahli bait @ berketurunan nabi adalah satu kelebihan yang istimewa dikalangan mahluk manusia didunia ini.

Ketahuilah Tuan dan Puan Ahli Waris sekelian, yang dikatakan susur keturunan itu menghala keatas adalah,*** bersusur kepada NABI IBRAHIM A.S., dari sini bersusur kepada NABI NUH A.S.,dari sini bersusur kepada  HAWA dan ADAM. Dan  IANYA TIDAK PUTUS SANAD keturunan.

Rujukan:
1. jalanakhirat.wordpress.com (beza-diantara-abu-lahab-dengan-abu-jahal)
2. halaqah.net (adakah abu jahal dan abu lahab orang yang sama)
3. pakoz.wordpress.com (abu-talib-mukmin-quraisy)
4. ibrahsejarah.blogspot.com (abu-jahal-dan-abu-lahab.html)
5. qaasasaqidahtauhid.blogspot.com (abu-jahal-dan-abu-lahab)