Dalam sebuah kampong ditepi hutan ada dusun durian saka (lama) milik tok moyang. pokoknya besar-besar dan tinggi-tinggi.
Menunggulah warisnya pada malam yang tersebut kerana gilirannya menunggu durian gugur.
Nak dijadikan cerita, sambil berbaring dalam sapa dusun ditengah malam yang sejuk itu,telinganya mendengarkan bunyi buah durian yang luruh. Bunyi luruh dari buah yang mengenai daun sampai ketelinganya maka diapun bertelingkah bangun pergi mencari buah yang gugur itu.
Dirayaunya diseluruh tanah dusun dari malam hingga ke hampir subuh, tidak dijumpai olehnya. Diapun berenti rehat diatas banir, menghilangkan lelah mencari durian yang gugur malam tadi. Sambil menggulung daun rokok, dia dok pikirkan mana kepulok buah durian tu. Bunyi luruh ada, bunyi jatuh ke tanah takde.
Dalam sedap dia menarik asap rokok daunnya , terasa olehnya seluar dibahagian punggungnya basah lalu dia bangun dan dilihatnya banir yang ditenggeknya itu adalah tangkai buah durian yang dicarinya semalaman…. Besarnya weeh.
PENAFIAN: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ Ini koleksi Pengurusan Ilmu peribadi kami untuk pendidikan & pembelajaran, bukan perdebatan. Allah SWT beri ruang bertanya & berbincang. Perlu ada sabar & cerdik supaya tahu, kenal, faham, mengerti dan pasti dengan dalam iman. Inilah dakwah kecil (الدَّعْوَةُ الصَّغِيرَةُ) kami. Moga Allah SWT jauhkan kita dari keburukan, kerugian, kehinaan & kesombongan melalui apa yang dikongsi di sini. آَمِيْن.
KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN
PERTAMA Kaedah kajian adalah : Peluasan Epistemologi Pemikiran (Tajdid) dan Analisis Sosiohistoris (sejarah kemasyarakatan) dalam meneliti terjemahan Al-Quran Secara Kritis serta Analitis; satu Tugasan Ilmiah bagi Memahami Kelompok Ayat Yang Jelas (Muhkam) dan Yang Samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki.
2 comments:
Kluarga sy mempunyai keria pusaka jenis lurus yg mana ia berhulukan hulu dr jambi...stahu sy miyang sy ber asal dr brunei dan sekarang ni sy tggal di labuan malaysia..mhkinkah asal usul moyang kami dr jambi?
Post a Comment