ZAMAN PERINTAH DIPAHANG DIBAHAGIKAN KEPADA BEBERAPA PERINGKAT
1.ZAMAN PAHANG KUNO :- DIBAHAGI KEPADA DUA;
a) diperintah oleh ketua puak kecil-kecil .
b) diperintah oleh batin-batin. Membentuk kawasan pemerintahan kecil ditanah Pahang.
2.ZAMAN PAHANG TUA:- DIBAHAGI KEPADA DUA;
a) diperintah oleh raja yang datangnya dari pulau Sumatra [terutama Palembang dan pagar ruyung].
b) raja yang datangnya dari sebelah utara semenangjung [terutama dari campa dan patani].membentuk negeri-negeri kecil ditanah Pahang.
3.ZAMAN PAHANG SIAM:- DIPERINTAH OLEH WAZIR SIAM [KETURUNAN KHMER]; yang nama gelarannya maharaja dewa sura {nama islamnya tidak diketahi}.
4.ZAMAN PAHANG MELAKA:- DIPERINTAH OLEH KETURUNAN SULTAN MANSOR SHAH MELAKA; pemerintah pertamanya adalah anak mansor shah yang dibuang dari melaka ke Pahang.
5.ZAMAN PAHANG BENDAHARA:-diperintah beberapa bendahara,bendahara akhir adalah tun mutahir anak marhom tun ali [bendahara].
6.ZAMAN PAHANG KETURUNAN BENDAHARA:-diperintah oleh [dimulakan ] sultan Ahmad 1@ Ahmad [bendahara] anak kepada Marhom Tun Ali [bendahara]{yang mengistihar diri menjadi sultan Pahang yang pertama dan dari keturunannya lah, raja pemerintah Pahang sehingga sekarang}.
Wahai ahli waris yang budiman, tuan dan puan;
Dari keenam-enam ketogeri pecahan yang diatas, yang mana kedudukan senarai tuan dan puan. Yang membolehkan tuan dan puan menjadi ahli waris Pahang dan yang bersemenda dengannya. Mengaku diri orang Pahang tanpa susur kemana-mana keturunan atau tidak bersemenda kepada mana-mana keturunan boleh dianggapkan bukan dari kalangan ahli waris Pahang. Kerana ahli waris Pahang telah diistihar dengan sumpah di pulau tawar.
PENAFIAN: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ Ini koleksi Pengurusan Ilmu peribadi kami untuk pendidikan & pembelajaran, bukan perdebatan. Allah SWT beri ruang bertanya & berbincang. Perlu ada sabar & cerdik supaya tahu, kenal, faham, mengerti dan pasti dengan dalam iman. Inilah dakwah kecil (الدَّعْوَةُ الصَّغِيرَةُ) kami. Moga Allah SWT jauhkan kita dari keburukan, kerugian, kehinaan & kesombongan melalui apa yang dikongsi di sini. آَمِيْن.
KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN
PERTAMA Kaedah kajian adalah : Peluasan Epistemologi Pemikiran (Tajdid) dan Analisis Sosiohistoris (sejarah kemasyarakatan) dalam meneliti terjemahan Al-Quran Secara Kritis serta Analitis; satu Tugasan Ilmiah bagi Memahami Kelompok Ayat Yang Jelas (Muhkam) dan Yang Samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki.
No comments:
Post a Comment