-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20230224

Pendekatan 64: Tiga pelajaran berkenaan dengan warid

Allah memberikan kepadamu (warid kumianya) supaya engkau 

keluar/terlepas dari kurungan bentuk kejadian dan sifat-sifatmu, ke 

alam luar yang berupa ma'rifat 

mengenal kebesaran kekuasaan dan 

kurnia Tuhanmu. 


Dalam tiga pelajaran berkenaan dengan warid (kurnia Tuhan) 

yang pertama diberikan kepadamu, 

supaya kau ringan melakukan taat ibadat dan mendekat ke hadirat Allah, tetapi kemungkinan masih kurang ikhlas, 


maka diturunkan warid yang kedua 

untuk melepaskan 

dari tujuan kepada sesuatu selain Allah, 


sedang warid yang ketiga 

untuk melepaskan dirimu dari sifat-sifat wujud yang sempit kepada 

alam melihat kebesaran Tuhan yang tidak terbatas, sehingga lupa 

kepada diri dan hanya ingat kepada Allah semata-mata.

20230217

Pendekatan 63: Wirid untuk bebaskan diri dari perbudakan.

 Allah memberikan kepadamu warid itu 

semata-mata untuk, 

menyelamatkan engkau 

dari cengkeraman benda-benda, 

dan membebaskan 

dari perbudakan 

segala sesuatu 

selain Allah. 

20230210

Pendekatan 62: Diberi perasaan dalam hati hingga kenal.

Sesunggunya Tuhan memberikan kepadamu warid 

(yaitu ilmu pengertian atau perasaan dalam hati, 

sehingga mengenal dan merasa benar-benar akan kebesaran kurnia rahmat Allah), 

hanya semata-mata supaya kau 

mendekat dan masuk ke hadirat Allah.