-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20230210

Pendekatan 62: Diberi perasaan dalam hati hingga kenal.

Sesunggunya Tuhan memberikan kepadamu warid 

(yaitu ilmu pengertian atau perasaan dalam hati, 

sehingga mengenal dan merasa benar-benar akan kebesaran kurnia rahmat Allah), 

hanya semata-mata supaya kau 

mendekat dan masuk ke hadirat Allah. 

11 comments:

Anonymous said...

neguai,
salam;


perhatian kepada;pemegang amanah/wakil amanah/pertugas/pelapis;


itu harta da ini harta,bukan kau yan punya;bukan kau yang punya;bukan kau yang punya; ahmad albab yang punya,ahmad albab,ahmad albab yang punya.

tahu ke siapa ahmad albab?;kalau tak tahu,jangan berangan mengaku harta allah tu tuanpuan yang punya.


inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


perhatian kepada pemegang amanah/wakil amanah/pertugas/pelapis;

pahala itu adalah satu dari harta allah;dan kalau tak kenal allah;ingat-ingat sikit.

dan pahala tu apa?[maksudnya][bukan upah sebab buat baik atau buat kebajikan atau buat ibadah].

tidak ada istilah pahala di tukar dengann syurga[sebab banyak pahala boleh masuk syurga].

kalau tak kenal diri sendiri dan tak kenal allah;jauh pangang dari api lah.[makan yang tak masak le jawapannya].


inshaallah.



Anonymous said...

neguai,
salam;


ulangkaji;mereka cakap,bila di tanya soalan;

setiap tahun,dengar ceramah dengan tajuk atau perkara yang sama.

wuduk

solat

sebaliknya,tak pernah nak katam.

kalau ikutkan;dah boleh jadi penceramah pulok,bila dah berulang-ulang dengar dan kuliah pada bab yang sama.

tapi tak juga,walaupun dah berkuliah dengan 10 ke 20 orang uztat atau penceramah.

dah boleh bermuzakarah dah,sepatutnya. dan bukannya setakat menjadi pendengar semata.



inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


jangan ikutkan tabiat atau perangai azazil;[dah habis belajar,tapi tak nak khatamkan pembelajarannya dengan allah].

sehinggakan dia tersalah langkah dan melakukan salahlaku;sedangkan dia menjadi tok guru kepada 400 muridnya dari kalangan malaikat;kalau dah tok guru tak khatam,apatah lagi murid-muridnya.


berbeza dengan;

kalau nak ikut;ikut lah perangai atau tabiat nabi muhammad saw;[mengkhatamkan pembelajarannya dengan allah].

dan mengajar sahabat-sahabat pada zamannya[bukan menjadi guru];dan sebahagian dari para sahabat yang bertalaki[bertemu lutut dengan nabi khatam
pada ilmu masing-masing].

dan apa dia nya masalah kepada tuanpuan zaman ni;yang tak khatam-khatam pada ilmu masing-masig.[ramai yang ikut jejak langkah azazil dan murid-muridnya][nak menjadi pohon celaka seumur hidup ke?].


inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


tak nak bermasam muka;itu jawapannya kalau ditanyakan soalan;kenapa tak tegur atau tak betulkan keadaan.

takut dan hati dah masam;itu sebenarnya yang ada dalam hati kebanyakan mereka itu[zaman ini];[mereka sanggup bermasam hati dengan allah serta rasulullah,sebaliknya mereka tak berani bermasam muka dengan sesama mereka [manusia].

dan kebanyakan kalangan mereka yang hati dan mulutnya celupar sangat,menjadikan mulut dan jari mereka sebagai pembuat fitnah.

kerja atau perbuatan sebenar dan hukum sebenar tak terjalan atau tak terlaksana;bercakap aje yang lebih dan banyak;menyebabkan mereka zaman ini bersultan di mata beraja di hati.

apa yang kalangan mereka risaukan adalah kekayaan yang tidak menyebelahi mereka,[takut mis soru].menyalaklah mereka seperti anjing menyalak bukit, habis iman mereka ketepikan.

mereka menyusun kasta dalam dan pada kalangan mereka;yang dituruti oleh masyarakat mereka juga.seolah-olah dunia ni ana yang punya[pinjam lagu p ramlee sikit].orang lain dan makhluk lain ,tak payah.

air sungai kalau di sekat,lama kelamaan mendatangkan musibah.[walaupun bagi tujuan baik].

hukum tetap berjalan mengikut apa yang tercatat pada kitab sejak azali.[lurus dan baik,yang pergi buat bengkang bengkok dan bersimpang riuk,buat apa;cari nahas lah namanya].



inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


sistem dajjal,?????????????[apa dia sistem dajjal].

mana ada sistem dajjal; orang yang bernama dajjal pun belum muncul lagi,gonna gaya sistem dia boleh ada sebelum dia.

yang dah ada sistem yang di buat oleh orang yang lebih terok peragainya dari dajjal.

dajjal tu penjaga fitnah diakhir zaman nanti;buat apalah tuanpuan buat fitnah pada dia tu,dengki ke apa sangatnya. sehingga fitnah mendahului dia sedangkan dia masih belum ada lagi.[dan dia itu salah seorang penduga kepada manusia dipenghujung akhir zaman kelak;bukan hari ini.

jangan bercakap kalau tak faham sejarah dan ilmunya.[porak peranda masyarakat dibuatnya nanti].



inshaallah.

Anonymous said...

nneguai,
salam;


serupa dengan bab solat lah;


rukunnya 13 setiap rakaat; untuk apa?

rakaatnya 17 untuk lima waktu yang wajib; untuk apa?

setiap perkara dalam solat tu ada sebab musababnya, termassuklah ayatnya yang dibaca,kenapa al fatihah menjadi wajib dalam solat?.[ sebab rasulullah buat, kita buat;itu meniru namanya;tak lulus periksa kalau meniru].

rasulullah suruh kita ikuti seperti mana dia buat,dan bukan dia suruh tiru apa yang dia buat.


inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;

ralat; bukan[ rukunnya 13 setiap rakkat].


yang betul;rukunnya 13 setiap dua rakaat.


maaf.


inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


perjalanan manusia atau kita ini adalah hanya dalam 17 rakaat sahaja;bermulanya subuh sehingga ishak[bukan lama sangat pun.

sebaliknya bermacam kejadian yang melanggar hukum yang sejak azali yang telah di lakukan oleh manusia dari awal mula sehingga kehari ini;dan yang akan datangnya, pikir lah sendiri.[nak berada dalam suasana sentiasa cemas atau dalam suasana aman dan tenang].

pergolakan alam dan bumi;dari sentosa menjadi gelora,berulang-ulang diantara setiap rakaat waktu subuh sehingga ishak.[telah ramai dan banyak dari kaum yang lepas dahulu di lupuskan dan digantikan dengan kaum yang lain,dari sebab bumi tidak tertanggung fitnah yang dilakukan oleh makhluk kaum yang tingal menghuni diatasnya.

apa ke, yang di baca oleh tuanpuan dari dalam al quraan serta al sunnah,sehinggakan kemabukan yang bersarang dalam hati tuanpuan.

seorang soleh atau tawaduk,tidak akan memabukkan hatinya,tiada sebab untuk mabuk ,walaupun untuk mencintai allah serta rasulullah.


inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


gunakan lah mata akal dengan betul;jangan melihat dengan songsang;itu kalau buat juga,tak berakal lagi banggang lah namanya.

akal adalah anugerah khas allah kepada manusia;orang yang tak menggunakan akalnya dengan betul,itu yang di panggil orang[celaka punya orang].

akalnya hanya memikirkan hal nafsu semata,dan sangsi serta was-was kepada hal iman[kebenaran].

al quraan serta alsunnah hendaklah di baca atau di pandang dengan mata akal serta mata hati bukan dengan mata nafsu.[atau mata kayu]

maka; jadilah manusia yang berakal dan berhati perut[timbangrasa dan budi bicara]

neraka dan syurga itu sebelah menyebelah aje. dekat sangat dengan diri.



inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


apa yang menyebabkan tidak kesampaian ilmu dalam diri tuanpuan???;

israj miraj hendaklah di baca sebagai berkitab,bukan sebagai berceramah.

ilmu didalam bercerita oleh pencerita,akan menunjukkan tahap ilmunya diri.

kalau tiada tertil dan tertip dalam pembelajaran ilmu israj miraj,baik lah tak payah bercakap,ia akan lebih merosakkan salah faham ilmu,dan memeningkan pendengar yang mahukannya.

jangan jadi ibarat burung tukang;bertukang kesana kemari,sebaliknya menumpang rumah pada lubang yang telah tersedia ada.[rumah yang ditukangnya tetap tak siap-siap].


inshaallah.