-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
MESTI BUAT SEMAKAN DAN PENGESAHAN SEBELUM MENGGUNAKAN MAKLUMAT DISINI.

20210625

Pendekatan 32: Dunia adalah kerisauan dan dukacita

Jangan hairan atas terjadinya 

kesukaran semasa didunia

sebab itulah tujuannya.


Dunia adalah kerisauan dan dukacita

apabila diberi kesenangan

itulah laba dari pemberianNYA.


Alam ini diliputi oleh bencana

maka kita akan dihadapkan dengan

kesukaran dan kerisauan

apabila datang kesenangan

maka itulah kurnia.


Jika dapat beramal 

dengan rela dan yakin

maka lakukan.

Jika tidak dapat

maka sabalah.

Kerana sabar menghadapi kesukaran

adalah suatu keuntungan yang besar.


Jika kita sabar

hukum Allah tetap berjalan

maka dapat pahala.

Jika kita tidak sabar

hukum Allah tetap berjalan

maka kita dapat dosa.


20210618

Pendekatan 31: Jangan menanti selesai

Jangan menanti selesai

semua halangan

untuk lebih dekat

kepada Allah


Sebab akan memutuskan engkau 

dari kewajipan

menunaikan hak terhadap Allah.


Allah akan menguji hambanya

dengan kejahatan

dengan kebaikan

sebagai ujian

dan kepada Allah tempat kembali.


Sentiasa bersyukur dan bersabar.

20210611

Pendekatan 30: Nafas sebagai wadah

Tiada satu nafas terlepas darimu

melainkan ada takdir Allah

yang berlaku atasmu.



Pasti terjadi

taat atau maksiat

nikmat atau bala


Nafas sebagai wadah bagi suatu kejadian.


Jangan sampai nafasmu

terpakai untuk maksiat.

20210604

Pendekatan 28: suara hakikat

Tidak perlukan semangat orang salih

untuk berhenti 

ketika terbuka baginya 

sebahagian yang ghaib

melainkan segera diperingatkan 

oleh suara hakikat.


Bukan itu tujuan

dan teruskan berjalan ke depan.


Demikian juga

tidak nampak baginya

keindahan alam

melainkan diperingatkan 

oleh hakikatnya.


Bahawa kami semata-mata ujian

maka janganlah tertipu hingga kafir.