-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20101129

Header Laman Pahang No.5 -Mari berbasikal

Berbasikal adalah aktiviti yang menyeronokkan pada kanak-kanak. Apabila meningkat dewasa kadang-kadang kita terlupa bagaimana seronoknya berbasikal. Sambil mengayuh terasa angin lembut menyapu lembut ke muka.

Ada beberapa ketika, berbasikal menjadi tidak seronok, pertama apabila dipaksa pergi kekedai membeli barang yang tiada kaitan dengan kita. Kedua adalah apabila rantai basikal putus. Dan ketiga adalah apabila tayar bocor. Keciwa yang dirasakan tidak terhingga terutama dalam jiwa kanak-kanak.

Bila dah besar, sebenarnya berbasikal masih boleh menjadikan kita seronok. Apabila kita seronok berbasikal, akan keluar bahan kimia dari dalam badan kita. Bahan kima ini berkeupayaan untuk memperbaiki organ-organ dalam yang rosak.

Kita semua tentu pernah dengar cerita orang dikejar anjing. Dalam keadaan ketakutan yang amat sangat ketika dikejar anjing, kita boleh melompat pagar yang sama tinggi dengan kita. Apa yang menyebabkan kita tiba-tiba kuat macam pendekar. Bahan kimia 'adrenaline' lah yang menyebabkan tiba-tiba kita boleh melompat pagar setinggi kita. 'Adrenaline' ini juga boleh memperbaiki organ-organ dalam yang rosak.

Orang-orang yang banyak stress boleh mengurangkan stress dengan berbasikal. Basikal terbukti boleh tenangkan fikiran berdasarkan pengalaman saya sendiri. Bila mengerah keringat semasa mengayuh basikal fikiran kita akan fokuskan kepada kerja mengayuh basikal. Letih dan peluh dirasakan satu nikmat. Bila siap mengayuh dengan nafas yang tercungap-cungap dan peluh yang mengalir laju maka terasa fikiran menjadi tenang. Sungguh seronok.

Stress boleh menjadi musuh dalam selimut bagi kebanyakan orang yang bekerja di pejabat. Antaranya adalah kesan stress adalah:
1. Frequent headaches, jaw clenching or pain 2. Gritting, grinding teeth 3. Stuttering or stammering 4. Tremors, trembling of lips, hands 5. Neck ache, back pain, muscle spasms 6. Light headedness, faintness, dizziness 7. Ringing, buzzing or "popping sounds 8. Frequent blushing, sweating 9. Cold or sweaty hands, feet 10. Dry mouth, problems swallowing

11. Frequent colds, infections, herpes sores 12. Rashes, itching, hives, "goose bumps" 13. Unexplained or frequent "allergy" attacks 14. Heartburn, stomach pain, nausea 15. Excess belching, flatulence 16. Constipation, diarrhea 17. Difficulty breathing, sighing 18. Sudden attacks of panic 19. Chest pain, palpitations 20. Frequent urination

21. Poor sexual desire or performance 22. Excess anxiety, worry, guilt, nervousness 23. Increased anger, frustration, hostility 24. Depression, frequent or wild mood swings 25. Increased or decreased appetite 26. Insomnia, nightmares, disturbing dreams 27. Difficulty concentrating, racing thoughts 28. Trouble learning new information 29. Forgetfulness, disorganization, confusion 30. Difficulty in making decisions.

31. Feeling overloaded or overwhelmed. 32. Frequent crying spells or suicidal thoughts 33. Feelings of loneliness or worthlessness 34. Little interest in appearance, punctuality 35. Nervous habits, fidgeting, feet tapping 36. Increased frustration, irritability, edginess 37. Overreaction to petty annoyances 38. Increased number of minor accidents 39. Obsessive or compulsive behavior 40. Reduced work efficiency or productivity

41. Lies or excuses to cover up poor work 42. Rapid or mumbled speech 43. Excessive defensiveness or suspiciousness 44. Problems in communication, sharing 45. Social withdrawal and isolation 46. Constant tiredness, weakness, fatigue 47. Frequent use of over-the-counter drugs 48. Weight gain or loss without diet 49. Increased smoking, alcohol or drug use 50. Excessive gambling or impulse buying
Rujukan:
DPortal.com-
[http://www.dportal.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=45&Itemid=67]

LINK BERKAITAN:
Laman Pahang - kayuhan mahkota pahang 2010

Tadika Junior Cahaya Bistari Temerloh

Selain Pusat Tuisyen Cahaya Bistari, Cikgu Salmy bt Yahya juga mendalikan Tadika Junior Cahaya Bistari (TJCB). Akan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Temerloh pada 4.12.2010.

Majlis Pembukaan Tadika Junior Cahaya Bistari
Tarikh: 4hb Disember 2010 (Sabtu)
Tempat: Tadika Junior Cahaya Bestari.
Alamat: No. 1, Jalan Setia Kopeda 2, Taman Setia Kopeda, 28000 Temerloh, Pahang

Aturcara Majlis Perasmian Tadika Junior Cahaya Bestari oleh Pegawai Daerah Temerloh.
10.00 pagi - Ketibaan tetamu - Bacaan doa -Jamuan pagi
11.00 pagi - Ketibaan Ibubapa - Ucapan Pengerusi Tadika Junior Cahaya Bistari (Puan Salmy binti Yahya) - Ceramah "Keadah Perkembangan Minda 3Q" (Encik Tan Sian Hian) - Ucapan Perasmian Tadika Junior Cahaya Bestari oleh Pegawai Daerah Temerloh (Dato' Sallehudin bin Ishak)
12.00 tengahari - Jamuan makan - Bersurai

Untuk makluman lanjut hubungi Cikgu Salmy (019-933 2782)

09
Gambar sepasang kanak-kanak yang dilukis pada tembok luar Tadika Junior Cahaya Bistari.
08
Rumah permainan.
07
Meja permainan.
06
Kipas yang akan berpusing jika ditiup angin.
05
Gelongsor permainan.
04
Kawasan lapang.
03
Singki yang mempunyai 3 peringkat ketinggian.
02
Pintu pagar utama.
01
Tadika Junior Cahaya Bistari berada di Jalan Setia Kopeda 2, 28000 Temerloh, Pahang Daerlmakmur, Malaysia.

Pusat Tuisyen Cahaya Bistari Temerloh

Pusat Tuisyen Cahaya Bistari menyediakan tuisyen untuk pelajar-pelajar sekolah. Pelbagai kaum boleh menyertai tuisyen di Pusat Tuisyen Cahaya Bistari. Pusat tuisyen ini bertempat di Taman Damai Court.

Pusat Tuisyen Cahaya Bistari ini dikendalikan oleh Cikgu Salmy bt Yanya. Kepada mereka yang berminat untuk menghantar anak mereka ke Pusat Tuisyen Cahaya Bistari bolehlah hubungi Cikgu Salmy bt Yanya di no. telefon 019-933 2782. Turut diadakan adalah kelas mengaji. Guru mengaji adalah Ustaz Yahya ayah Cikgu Salmy.
04
Logo Pusat Tuisyen Cahaya Bistari
03
Pintu masuk ke tingkat atas Pusat Tuisyen Cahaya Bistari. Tingkat bawah digunakan untuk mengajar mengaji.
02
Cikgu Salmy ada juga membuka sebuah tadika. Pendaftaran untuk Tadika MRC Junior Cahaya Bistari sedang berlangsung sekarang. Tadika MRC Junior Cahaya Bistari menggunakan Keadah Perkembangan Minda 3Q. Penerangan mengenai Keadah Perkembangan Minda 3Q akan diadakan pada 4.12.2010.
01
Kalau ada sesiapa yang biasa pergi ke Damai Court Temerloh tentu pernah terlihat papan tanda Pusat Tuisyen Cahaya Bistari.

20101127

Gasing Sanggang: Rumah Gasing

Untuk maklumat lanjut hubungi:
Koler Ati Creatif
Lot 609, Kampung Kuala Sanggang, 28020 TEMERLOH
019-988 6094
Menjual- gasing dewasa, gasing kanak-kanak, keychain gasing, tali gasing dan lain-lain cenderamata berkaitan gasing
05
Gasing paling besar.
04
Gasing yang dibuat daripada simen.
03
Iklan Koler Ati Creatif
02
Gelanggang gasing Sanggang.
01
Sering menjadi tumpuan anak-anak muda Sanggang

20101126

Nobody perfect in this world!

Tak tau kenapa, tiba-tiba saya tertarik nak ke LIFE IS TOO PRECIOUS [http://www.anilezfa.com]. Rupanya saya terpanggil kerana ayat 'Nobody perfect in this world!'. Bukan ayat yang baru tetapi anilezfa.com menyebabkan saya termenung pikirkan ayat ini. Ayat yang boleh tenangkan jiwa orang-orang yang selalu 'kena'.

Memang ada orang yang beria-ia sangat nak orang lain buat seperti yang dia nak buat. Banyak sangat perkara yang orang lain buat tak betul. Apa yang dia buat betul. Apa yang dia pikirkan betul. Kalau kita kata dia tu tak betul, berterusan kita akan dikatakan tak betul. Bila dah jadi gini, berpusing-pusing jiwa dan perasaan kita pikirkan jalan nak selesaikannya. Ada sesetengah orang tak sanggup nak lukakan hati orang yang telah melukakan hatinya. Biar kita menyimpan luka-luka tersebut. Sampai masa nanti orang-orang tu akan terima balasan masing-masing.

Selalunya bila kena, ada yang pilih diam aja dan cuba merendah diri sahaja. Ayat 'Nobody perfect in this world!' boleh dijadikan ubat untuk orang yang selalu 'kena' tetapi tak mahu balas. Untuk tenteramkan jiwa yang telah dihentam, kita boleh juga gunakan ayat 'biarkanlah kita dengan cara kita dan dia dengan cara dia'. Ayat 'Hello … this is my life' pun elok juga digunakan jika kita nak pertahankan diri kita.

Saya sedar, saya bukan manusia yang hebat. Sebab itu akan berhadapan dengan orang-orang amat suka 'kenakan orang.' Inilah ketentuan Allah SWT untuk menguji hambanya.

Terima kasih Fazelina terima kasih anilezfa.com.
Itulah ayat yang kita cari.

Untuk membaca lebih lanjut klik DISINI.
[http://www.anilezfa.com/l-i-f-e]

20101125

Perpustakaan Ubiquitous Library (u-Library)

Kini proses memulangkan buku perpustakaan awam menjadi lebih mudah. Kotak bercermin yang ada dihadapan pintu Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang di Jalan Gambut Kuantan bukanlah mesin ATM untuk keluarkan duit. Mesin tersebut adalah mesin untuk memulangkan buku. Ahli perpustakaan masih boleh memulangkan buku walaupun perpustakaan telah ditutup.

Perkhidmatan ini dinamakan perkhidmatan u-Library.
Apa benda u-Library tu? Perkataan 'u-Library' merupakan singkatan kepada perkataan Ubiquitous Library atau Perpustakaan Ubiquitous. Ubiquitous membawa maksud, bila- bila masa di mana sahaja.

Projek perintis u-Library ni dijalankan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) melalui Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudan tentu dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia bersama perpustakaan yang dipilih untuk menjadi anggota Konsortium u-Library.

Konsortium u-Library dianggotai oleh 7 buah perpustakaan terpilih di Malaysia iaitu:
1. Perpustakaan Negara Malaysia
2. Perpustakaan Awam Pahang
3. Perpustakaan Awam Selangor
4. Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
5. Pustaka Negeri Sarawak
6. Perpustakaan Kuala Lumpur
7. Perpustakaan INTAN Kuala Lumpur

Sementara Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pula bertindak sebagai agensi kerajaan yang memantau Projek Perintis u-Library menerusi Pasukan Petugas Pembangunan Kandungan Sektor Awam (ICON).

Turut sama terlibat dalam penyediaan perkhidmatan ini adalah Jabatan Pendaftaran Negara, Touch n Go, Bank Islam, MEPS dan Pos Malaysia. Masing-masing menjalankan tugas berdasarkan bidang masing-masing.

U-Library juga merupakan komponen di bawah Inisiatif Jalurlebar Kebangsaan yang bertujuan menggalakkan penggunaan jalurlebar di kalangan masyarakat melalui pembinaan kandungan tempatan dan pembudayaan ilmu pengetahuan yang boleh dinikmati di mana- mana dan bila- bila masa.

Inisiatif u-Library ini merupakan alat yang terbaik untuk masyarakat menikmati kemudahan lebih 12,000 perpustakaan di seluruh negara. Melalui penggabungan perkhidmatan dan sumber maklumat kerajaan menyediakan prasarana dalam Pelan Jalur Lebar Negara. Berdasarkan salah satu Strategi Pelaksanaan Jalur Lebar Negara (NBP), kerajaan memberikan tumpuan pada perpustakaan sebagai pusat maklumat dan ilmu. Adalah diharapkan dengan matlamat u-Library dapat merangsang minat membaca dengan memanfaatkan sumber maklumat tradisional.

Secara ringkasnya u-library terdiri dari 3 komponan iaitu:
1. Infrastruktur - Jalurlebar, RFID (Radio Frequency Identification), Stesen Kaunter, Sistem Tagging, Kiosk Pelbagai guna dan Gelongsor Buku.
2. Infostruktur - Portal dan Pangkalan Data
3. Perkhidmatan - Penghantaran (Pos Laju), Cashless Payment (MePS & Touch n Go)

Aliran proses permohonan keahlian sebelum menggunakan perkhdmatan u-Library:
1. Pendaftaran Keahlian adalah percuma untuk: -Ahli walk-in u-Member atau -Ahli Atas Talian Untuk membuat pendaftaran klik DISINI.
2. Pengesahan melalui akaun emel
3. Tempahan bahan perpustakaan secara online
4. Penghantaran bahan perpustakaan yang dipinjam melalui Pos Laju dengan caj yang dipersetujui
5. Pemulangan semula bahan ke perpustakaan melalui Pos Laju dengan caj yang dipersetujui

Untuk pergi ke portal U-Library klik DISINI. Anda boleh memilih Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Akhir sekali anda jangan lupa 7 perpustakaan sahaja yang menyediakan perkhidmatan ini pada masa sekarang.

Kayuhan Mahkota Pahang 2010

Peminat basikal di Negeri Pahang tentu merasa amat gembira kerana berpeluang mengayuh bersama Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang melalui program KAYUHAN MAHKOTA PAHANG 2010. Program Kayuhan Mahkota Pahang 2010 akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh: 18.12.2010 (Sabtu)
Tempat: Istana Abdul Aziz - Telok Cempedak
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengahari

Aturcara:
7.30 pagi -Ketibaan tetamu jemputan, Ketua Jabatan dan Ahli Mesyuarat Negeri.
7.45 pagi - Ketibaan YAB Menteri Besar Pahang
8.00 pagi - Keberangkatan tiba Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang. - Jamuan ringan - Penyerahan basikal kepada Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang oleh YB Dato' Haji Shafik Fauzan bin Haji Sharif. - Aktiviti regangan dan memanaskan badan - Keberangkatan Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang ke garisan permulaan. - Bacaan doa.
8.30 pagi - Pelepasan peserta Kayuhan Mahkota 2010
8.30 pagi - Acara sampingan di Telok Cempedak dimulakan.
9.15 pagi - Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan peserta dijangka tiba di Taman Kerang. Jamuan Ringan
9.45 pagi - Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan peserta menyambung kayuhan ke Telok Cempedak
10.10 pagi - Acara sampingan di Telok Cempedak tamat.
10.20 pagi - Majlis penyampaian hadiah acara sampingan.
10.45 pagi - Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dijangkakan sampai di Telok Cempedak.YB Dato' Haji Shafik Fauzan bin Haji Sharif. - Ucapan Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang - Titah pelancaran Pahang BicycleMania 2011 disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang - Jamuan Makan tengahari. - Persembahan - Sidang akhbar - Keberangkatan pulang Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang diiringi oleh tetamu jemputan dan ketu-ketu jabatan - Acara cabutan bertuah - Peseta bergerak ke 'picuk-up point' di Taman Teruntum.

Untuk makluman lanjut, boleh hubungi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (Badan Pelancongan Negeri Pahang). Bangunan JKR, Jalan Masjid, 25000 Kuantan. Pahang Darul Makmur. (Pengurus Besar PKBF adalah Datuk Hanafiah Abdul Talib)

Turut membantu menjayakan program Kayuhan Mahkota 2010 ini adalah: Majlis Perbandaran Kuantan(MPK), Ibupejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang, Pegawai-pegawai Daerah di Negeri Pahang, Balai Polis Daerah Kuantan, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pahang, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), Jabatan Penerangan Negeri Pahang, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang, Majlis Sukan Pahang (MSP), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Rela Negeri Pahang, Jabatan Kerjaraya (JKR) Negeri Pahang, Jabatan Intergrasi dan perpaduan Negeri Pahang, Kraftangan Malaysia Negeri Pahang, Persatuan Berbasikal Negeri Pahang, Angkatan Tentera Malaysia (Darat/Udara/Laut), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pertanian Negeri Pahang, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Tenaga Nasional Berhad.

Semak senarai program rasmi Negeri Pahang,
klik DISINI. [http://media.inform.gov.my/e-press/n-pahang.asp]

Hari Kelepasan Am Negeri Pahang 2010

1. Tahun Baru 2010 -01 Januari 2010 Jumaat
2. Tahun Baru Cina -14 & 15 Februari 2010 Ahad & Isnin
3. Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul) -26 Februari 2010 Jumaat
4. Hari Pekerja -01 Mei 2010 Sabtu
5. Hari Hol Negeri Pahang -07 Mei 2010 Jumaat
6. Hari Wesak -28 Mei 2010 Jumaat
7. Hari Keputeraan SPB Yang Dipertuan Agong -05 Jun 2010 Sabtu
8. Hari Kebangsaan -31 Ogos 2010 Selasa
9. Hari Nuzul Al-Quran -27 Ogos 2010 Jumaat
10. Hari Raya Puasa -10 & 11 September 2010 Jumaat & Sabtu
11. Hari Malaysia -16 September 2010 Khamis
12. Hari Keputeraan Sultan Pahang -24 Oktober 2010 Ahad
13. Hari Deepavali -05 November 2010 Jumaat
14. Hari Raya Qurban -17 November 2010 Rabu
15. Awal Muharam (Maal Hijrah) -07 Disember 2010 Selasa
16. Hari Krismas -25 Disember 2010 Sabtu

Kadang-kadang kita terkeliru pasal cuti sambung atau citi gantinya. Apa yang kita perlu ingat adalah BILA hari kelepasan ni jadinya PADA hari kelepasan mingguan atau hari kelepasan yang lain maka hari tersebut DIGANTI dengan hari esoknya. TETAPI kalau hari yang kemudiannya itu pula SEDIA JADI hari kelepasan, maka hari BERIKUTNYA dijadikan hari kelepasan.

20101123

Gasing Sanggang: memasang paksi

Berikut adalah kerja-kerja memasang paksi pada gasing. Paksi perlu dilekatkan pada tempat yang tepat. Dinamakan paksi bermakna ianya adalah tempat gasing berpusing berdasakan pusat paksinya. Kalau paksi dipasang tidak pada tempatnya iaitu tidak tepat titiknya, gasing akan berpusing senget, oleng dan tak lama.
10
Kita boleh bayangkan paksi dalam kehidupan seharian kita. Paksinya adalah Al-Quraan. nak semua orang Melayu faham tulisan Bahasa Arab, tentulah susah. Tetapi kita orang-orang Melayu boleh membaca dan cuba mendalami terjemahaan Al-Quraan. Kalau anda nak baca terjemahan dalam bahan melayu, boleh klik DISINI. Kalau nak baca A-Quraan online klik DISINI. Paksi kehidupan orang Melayu adalah panduan hidup kita iaitu Al-Quraan. Dalam Al-quraan ada cerita dan ada fakta. Saya sendiri kena mengkaji bukan nak kata orang lain.
09
Apakah yang menyebabkan perjuangan Pahlawan-pahlawan Pahang Tok Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau tidak mendapat sokongan padu penduduk Pahang. Apakah matlamat perjuangan Pahlawan-pahlawan Pahang Tok Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau tidak ada paksi. Ataupun ada paksi tetapi paksi tersebut tidak menyebabkan orang-orang Melayu pada masa itu bersatu.
08
Sampai satu peringkat Pahlawan-pahlawan Pahang Tok Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau telah mengalami kekalahan. Mereka telah pergi mendapatkan Tok Ku Paloh di Terengganu. Tok Ku Paloh dikatakan telah membetulkan paksi perjuangan Pahlawan-pahlawan Pahang Tok Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau. Setelah dipaksikan perjuangan mereka ini kepada Al-Quraan, Tok Ku Paloh mahu Pahlawan-pahlawan Pahang Tok Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau menjadi Pejuang Fisabilillah. Berjuang kerana mempertahankan Agama Islam yang Maha Agung dan Maha Suci.
07
Bagi sesetengah orang pula, paksi kehidupan mereka adalah pada ibubapa atau guru-guru. Kebiasaannya mereka yang berpaksikan pada ibubapa akan selamat hidup mereka didunia dan akhirat. Mereka yang berpaksikan kepada kawan-kawan, pusingan gasing mereka akan berdasarkan kepada siapa kawan-kawan. Kalau kena gayanya pusingan gasing mereka akan nampak cantik, kalau tak kena gaya pusingn gasing kehidupan mereka akan 'oleng'.
06
Petikan: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram." (Surah ar-Ra’ad : ayat 28)
- sumber: http://ikhwannain.blogspot.com/2010/06/hati-paksi-kehidupan.html
05
Petikan: Mazhab Ahli Sunnah berpendapat bahawa 'iman' itu adalah : "Membenarkan dengan hati, mengamalkan dengan anggota badan, dan mengucapkan dengan lisan." Aqidah yang wajib diiktiqadkan adalah merupakan keyakinan hati terhadap perkara-perkara ghaib, namun begitu kesempurnaan aqidah itu pula tidak akan berhasil tanpa disusuli dengan pelaksanaan dari amalan-amalan anggota badan. Di sinilah letaknya peranan iman dalam mencantumkan antara aqidah dan amalan.
sumber: http://sites.google.com/site/khazalii/udi30532tahidsebagaipaksikehidupan
04
Petikan: Dalam dunia yang sering berubah-ubah dan kita seiring dengan perubahan itu, kita mencari sesuatu yang tidak pernah berubah walau ditelan dan diluah kembali zaman. Sampai ke penghujungkah pencarian kita? Bersabarkah kita dengan hasil dihujung perjalanan itu? Apakah yang telah kita kutip dan kumpul sepanjang perjalanan itu? Apakah yang menjadi liabiliti dan apa pula yang menjadi aset? Dan apa yang menjadi kompas pencarian itu?
sumber: http://acupofcomfort.blogspot.com/2009/07/paksi-kehidupan.html
03
Petikan:
~perihal paksi kehidupan~
bila matahari masih berada dipaksinya,
berputar2 mengelilingi bumi..
menyuburkan kehidupan didalamnya.
dan bila bulan pun berputar dipaksinya,
sumber: http://faizalnanchan.blogspot.com/2008/10/perihal-paksi-kehidupan.html
02
Petikan: Kata orang, jika ingin menilai diri, lihat dan bandingkan prestasi sendiri dan jangan bandingkan kita dengan orang lain kerana ia tidak adil. Mungkin kerana tahap dan keadaan kita tidak sama dengan orang lain. Masalah dan apa yang dialami juga berbeza. Cara menghadapi, menilai dan menyelesaikan sesuatu juga tidak sama. Maka kita nilailah diri kita dengan ukuran diri kita sendiri. Begitu juga dengan aku.
sumber: http://istimewanyawanita.blogspot.com/2008/10/paksi-keluarga.html
01
Petikan:
Kasih ibu membawa ke syurga
Membimbing anak sehingga gemilang
Peranan ibu paksi keluarga
Ibu Cemerlang Negara Terbilang
sumber: http://www.pmo.gov.my/datinrosmah/

20101116

Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan "Suatu Pengkisahan" (TERKINI))

PINDAAN TERBARU. Majlis Perasmian Program Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan "Suatu Pengkisahan" akan diadakan pada:
Tarikh: 22 November 2010 (Isnin)
Masa: 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat: Auditorium Darul Makmur (ADAM), kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Dirasmikan oleh: DATO' SRI DIRAJA DR. HAJI ADNAN BIN HAJI YAAKOB
Penaung: YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin
Kerjasama: Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan Orlaith Inc Sdn Bhd

Pengisian:
- Sesi Pengkisahan
--Tan Sri Dato' Mohd Yusof Hitam, Dato' Haji Mohd Khairuddin b Mohd Kawi, Dato' Hamidin b Abdullah dan Dato' Haji Zainuddin b Jumaat.

Sesi rumusan
- Muhammed b Salleh (CEO) Generisi pertama DEB dan Cik Julita Ilhani bt Abdul Jabar (Peguam) Genarasi kedua DEB.

-Persembahan Dokudrama Tun Razak
-Pementasaan Teater Tun Razak
-Pemeran Agensi Kerajaan dan swasta
-Terowong Masa tun Razak
-Gerai-gerai jualan

Siri jelajah ini dirancang untuk menjelajah negeri-negeri di seluruh Malaysia dan sebahagiannya akan mengikuti tujuh laluan penamat Le Tour de Langkawi 2010. Acara kemuncak siri Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan "Suatu Pengkisahan" adalah persembahan di The Royal Albert Hall di London pada penghujung tahun 2010.

Dokumentari keseluruhan program Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan "Suatu Pengkisahan" akan diserahkan untuk disimpan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Maklumat yang disiarkan ini adalah untuk pembetulan bagi maklumat yang disiarkan di Laman Pahang pada 27.10.2010.

Makam Kubur di Pahang

JEJAK HABIB [alyahya.blogspot.com]
-Makam Permatang Balai, Kg. Sawah Pahang Tua, Pekan.
Dibawah tajuk ini penulis blog telah menunjukkan 8 keping gambar-gambar berkaitan Makam Permatang Balai. Diceritakan juga, pada satu ketika dahulu DYMM Sultan Mahmud (1914-1917) permah bersemayam dibalai berhampiran makam ini ketika baginda melihat orang kampung menebang pokok kuran untuk dibuat gasing. Maka makam tersebut digelar Makam Permatang Balai.
-Batu Nesan Kurun Ke 5H/10M di Permatang Pasir, Pekan, Pahang
Ada menunjukkan 16 keping gambar.
Cerita yang menarik tentang batu nisi ini adalah, pada bulan puasa tahun 1953, semasa menggali kubur, bagi mengebumikan jenazah seorang kanak-kanak perempuan, penduduk kampung terjumpa batu nesan bertulis. Batu nesan itu dipacakkan di tempat yang dijumpai.

Gasing Sanggang: Melarik

Kerja membentuk dan melarik adalah kerja-kerja yang menyeronokkan. Sampai kat sini rupa gasing telah mula kelihatan. Semasa melarik kasar mamang nampak tak cantik. Bila sampai kat melarik menghalus, gasing dah nampak cantik. Kerja penting semasa melarik adalah menanda titik yang mahu dijadikan tempat meletakkan paksi. Kalau tidak diletakkan tempat paksi yang betul, gasing akan 'oleng' bila diputarkan. Bila gasing berpusing 'oleng' tak cantik la tarian yang ditarikan oleh Sang Gasing.
06
05
04
03
02
01
Untuk maklumat lanjut hubungi:
Koler Ati Creatif
Lot 609, Kampung Kuala Sanggang, 28020 TEMERLOH
019-988 6094
Menjual- gasing dewasa, gasing kanak-kanak, keychain gasing, tali gasing dan lain-lain cenderamata berkaitan gasing.

20101113

Gasing Sanggang: Mesin

Untuk maklumat lanjut hubungi: Koler Ati Creatif Lot 609, Kampung Kuala Sanggang, 28020 TEMERLOH 019-988 6094 Menjual- gasing dewasa, gasing kanak-kanak, keychain gasing, tali gasing dan lain-lain cenderamata berkaitan gasing. Pembuatan gasing telah banyak berubah. Pada masang sekarang banyak mesin-mesin yang dapat digunakan untuk membuat gasing. Melalui penggunaan mesin, membuat gasing menjadi lebih mudah dan lebih banyak gasing dapat disiapkan dalam tempoh yang cepat. Antara mesin yang digunakan adalah mesin memotong, mesin melarik dan mesin penebuk. 10 Gasing adalah tradisional rakyat Pahang. Permainan gasing adalah permainan yang menjadi kegemaran Mat Kilau Pahlawan Pahang. Mungkin cara permainan gasin ini boleh memberikan kekuatan kepada otot-otot tertentu. Kekuatan otot adalah keutamaan kepada seorang pahlawan. 09 Mungkin permainan gasing ini boleh digunakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) atau Majlis Sukan Pahang (MSP) untuk diterapkan dalam salah satu sesi latihan mereka. Kalau Mat Kilau Pahlawan Pahang boleh menggunakan permainan gasing untuk dijadikan sebagai asas latihan untuk menjadi pendekar terbilang. Rasanya berdasarkan gaya gasing dimainkan sesi permainan gasing boleh dijadikan sesi 'Flexibility Training'. 08 'Flexibility Training Section' boleh dibahgikan kepada tiga bahagian iaitu: 1. Dynamic flexibility 2. Static Active flexibility dan 3. Static Passive flexibility. Permainan gasin mungkin boleh dikatagorikan sebagai 'Static Active flexibility'. 07 Adakah Mat Kilau sahaja yang suka bermain gasing semasa kecilnya? 06 Mungkin juga Tok Bahaman juga telah menjadikan permainan gasing sebagai salah satu cara untuk menguatkan otot dan menjadikan otot lebih mudah lentur. Ini satu cerita yang seronok untuk dikaji. 05 Jangan kita kata permainan gasin hanya dimainkan oleh orang-orang zaman dahulu. Budak-budak sekolah rendah pun berminat untuk bermain gasing. Ada pada suatu masa kita boleh tengok banyak gasing-gasing plastik yang dijual dikedai. 04 Pernah juga sampai pada satu peringkat kiat boleh lihat budak-budak perempun sekolah tadika pun berminat untuk bermain gasing. Maklumlah zaman sekarang apa yang budak-budak lelaki buat, budak-budak perempuan pun nak buat juga. 03 Kalau dikampung-kampung, kadang-kadang kita bukan sahaja boleh tengok budak-budak perempuan main gasing, malah ada yang boleh panjat pokok. 02 Mungkin masih banyak cerita-cerita asal usul dan cerita-cerita sejarah tentang gasing yang masih tersembunyi. Sama-samalah kita mencari cerita tentang rahsia sebenar permainan gasing. 01 LINKS 1. kebudayaan.kpkk.gov.my - Memartabatkan Permainan Warisan Melayu 2. ww1.utusan.com.my - Pak Ngah cipta gasing plastik 3. www.ktaktelecentre.my - Gasing Memartabatkan Kampung Sanggang 4. etabika.kemas.gov.my - Koler Ati Creatif - Lot 609, Kg. Sanggang, 28020 Temerloh.Tel: 019 - 988 6094 5. www.malaysiazoom.com - Pak Ngah cipta gasing plastik 6. inkubatortemerloh.wordpress.com - Pembuatan / Permainan Gasing di Koler Ati, Sanggang, Temerloh

20101112

Siapa Dato Bahaman (11) Cerita saya

Semasa mula-mula bermnat dengan cerita Tok Bahaman ini saya sekadar mendengar sahaja. Lama kelamaan saya mula berminat dengan lebih mendalam. Nak kata minat sangat tak juga. Pasal hingga kini saya tak berapa ingat nama isteri-isteri Tok Bahaman. Kalau nak ingat saya kena rujuk semula kepada tulisan yang saya sendiri telah tulis. Nama semua anak-anak Tok Bahaman pun saya tak ingat juga. Dari satu sudut, mungkin saya ni bukan orang sejarah. Tetapi orang yang suka mendengar cerita-cerita sejarah.

Cerita Tok Bahaman yang dapat dikutip dalam internet adalah berbalik-balik dan kebanyakannya serupa. Tak banyak cerita-cerita. Sebab tu kadang-kadang saya suka mendengar cerita-cerita lisan yang dicerita diluar internet.

Cerita 1
Antaranya, "Kalau awok nak tau, Tok Bahaman ni bukanlah besar sangat orangnya. Kecik amat. Kalau tengokkan saiz badannya tak ada langsung gaya pendekar. Tetapi Tok Bahaman adalah seorang yang berdada bidang".

"Kalau nak dibandingkan dengan Mat Kilau, Mat Kilau besar dan tinggi. memang ada gaya pahlawan. Kalau awok nak tengok rupa Mat Kilau, awok tengok Cik Wan Kamaluddin ni. Inilah gaya Mat Kilau. Inilah rupanya. Inilah tingginya."

Cerita 2
"Kalau awok nak dengar cerita pasal Bahaman atok boleh cerita. Kalau awok nak percaya, percayalah. Ini cerita pe-da-oah. Gini ceritanya, masa Jepun dulu aki biasa dengan Cikgu Jantan. Nama sebenar Cikgu Jantan ni Hussin. Cikgu Jantan ni anak Tok Bahaman. Atok biasa nengok Cikgu Jantan mimpin seorang tua. Oran tua ni sentiasa berkelubung. Atas pehanya selalu ada sebilah parang. Tak lama Cikgu Jantan menjaga orang tua ni. Aki rasa orang tua tu adalah Tok Bahaman. Kalau awok nak percaya, percayalah. Tapi inilah cerita pedoah."

Cerita 3 cerita saya.
Lama-lama dengan cerita Tok Bahaman ni, saya sampai satu tahap yang mana satu cerita sebenar Bahaman. Secara formulanya saya boleh kata gini:
A- 2 campur 2 adalah 4 (Bahaman)
B- 2 darab 2 juga 4 (Bahaman)
C- 4 campur 0 juga 4 (Bahaman)
D- 3 campur 1 juga 4 (Bahaman)

Angka 4 adalah Bahaman. Kalau kita guna formula A kita akan jumpa cerita Bahaman. Kalau kita guna formula B kita akan jumpa cerita Bahaman juga. Kalau kita guna formula C kita akan jumpa cerita Bahaman. Kalau kita guna formula D kita akan jumpa cerita Bahaman. Dah tu formula mana satu yang sebenarnya Tok Bahaman.

Banyak orang berani kata dia tau cerita sebenar Tok Bahaman. Tapi saya tak tau mana yang benar.

Tetapi saya terfikir semula. Apa yang sebenarnya kita nak dari Tok Bahaman. Ada orang nakkan ilmu parang terbang, nakkan ilmu selepang merah, nakkan cincin Bahaman, nakkan keris Bahaman, nakkan parang Bahaman dan macam-macam lagi hajat orang-orang kita jika berpeluang jumpa 'Bahaman'.

Betul ke, itulah bendanya yang Tok Bahaman nak berikan kepada kita anak cucu cicit dia?

Dari sudut yang amat berlainan pula, memang ada cerita yang orang boleh cerita pasal Tok Bahaman. Tetapi ada banyak cerita yang orang tak boleh cerita dan tak perlu ditulis tentang Tok Bahaman. Cukup sekadar 'siapa yang tau ... taulah yang tak tau, tak perlu tau'. Memang banyak misterinya Tok Bahaman ni. Teruskan mencari kepada sesiapa yang berminat dan kepada yang minatnya kurang padu mungkin cukup setaka ni aja.



kemaskini: 24.12.2010

20101111

Siapa Dato Bahaman (10) Tokoh 8: Encik Nazri Arkib

Diakhir program 'Jejak Bahaman' ini Encik Nazri dari Arkib telah mengambil kesempatan menerangkan tentang koleksi arkib yang masih tersorok. Kata beliau banyak gambar dan maklumat tentang Dato Bahaman akan dipamirkan kepada penduduk Pahang setelah bangunan Arkib cawangan Pahang siap. Ada antara gambar atau maklumat yang tersimpan tidak pernah dikeluarkan kepada orang ramai. Sama-samalah kita menunggu pembukaan bangunan baru Arkib Cawangan Pahang.
02
01

20101110

Kajian Kepuasan Pelanggan Jabatan Perkhidmatan Awam 2010

Kakitangan kerajaan boleh menyertai Kajian Kepuasan Pelanggan Jabatan Perkhidmatan Awam 2010 yang sedang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Untuk menyertainya klik DISINI.
atau
http://www.jpa.gov.my

20101109

Kuih Bakar Berempah Orang Melaka

Saya berkesempatan singgah di gerai Pak Ngah Tukang Urut berhampairan dengan Stesyen Bas Daerah Bera. Bas yang singgah disini, membawa penumpang ke Temerloh, Triang, Purun, Kumai dan Mayam. Ada banyak kedai di tempat yang disebut sebagai Kerayong Bera. Selain di Bera di Mentakab ada juga tempat nama Kerayong tetapi disebut Tanjung Kerayong.
10
Berbalik kepada gambar Kuih Bakar Berempah. Resepi Kuih Bakar Berempah ini berasal dari Melaka. Dibawa ke Pahang oleh Encik Ramli Tukang Urut. Diusahakan oleh isteri beliau tetapi dibantu sikit-sikit oleh Encik Ramli.
09
Pada masa gambar Kuih Bakar Berempah ini dirakam, pasaran Kuih Bakar Berempah Encik Ramli Tukang Urut ini telah meluas hingga ke Bera, Mentakab dan Temerloh.
08
Banyak dugaan yang terpaksa ditempuh dalam usaha membantu memasarkan Kuih Bakar Berempah yang dihasilkan oleh isteri Encik Ramli Tukang Urut. Banyak kali percubaan telah dilakukan untuk mendapat keadah pembungkusan yang benar-benar menjamin kualiti. Banyak juga percubaan telah dilakukan untuk menentukan kualiti dan jenis bahan-bahan mentah yang sesuai digunakan.
07
Ada suatu ketika peniaga tidak pamirkan Kuih Bakar yang dihantar. Bila dihantar, Kuih Bakar Berempah tersebut terus disimpan sahaja. Bila datang mengutip jualan, diceritakan semua Kuih Bakar Berempah yang dihantar tak laku. Orang tak minat.
06
Setelah banyak kali diberitahu Kuih Bakar Berempah tidak laku. Timbul kehairanan yang amat sanggat kerana semua jualah di kedai lain habis. Setelah dibuat intipan rupanya Kuih Bakar Berempah yang dihantar terus disimpan dalam almari sahaja. Sedih juga bila ada orang yang berusaha bersungguh-sungguh untuk melihat bangsa sendiri terlingkup. Bila dan terlingkup barulah boleh kata "Tengok ... orang melayu tak pandai nak niaga"
05
Tetapi lama kelamaan perniagaan maju juga. Hinggakan dapat bantuan kerajaan untuk besarkan lagi perniagaan. Dari Kuih Bakar Berempah berkembang kepada kedai kek.
04
Kepada sesiapa yang nak bermula berniaga, ingatlah, bukan senang nak meniaga. Cabaran-cabaran lain kita sanggup hadapi. Tetapi yang akan merobekkan jantung hati kita adalah apabila bangsa sendiri berusaha untuk menjatuhkan perniagaan kita. Sedangkan perniagaan kita tidak bersaing dengan perniagaan dia.
03
Bila dah dapat bantuan bukan bermakna banyak masalah telah selesai. Tetapi bermula pula masalah lain. Bantuan pelbagai peralatan membuat kek akan dihantar ke kedai kek yang dicadangkan untuk dijadikan pusat operasi membuat kek. Malang sekali lagi, kedai kek yang dipohon telah ditempatkan berhampiran dengan kedai menyembelih dan menjual ayam. Silap-silap buat, semua kek bau ayam. jadilah kek ayam.
02
Kalau ada sesiapa yang berminat nak tempat Kuih Bakar Berempah Resepi Melaka ini boleh hubungi no telefon 017-941 9313. Tempahan bukan dikhuskan kepada peniaga sahaja, tetapi boleh juga ditempah oleh mereka yang nak mengadakan kenduri kawin.

Selain Kuih Bakar Berempah, terdapat banyak lagi kuih tradisional, untuk menyertai kuiz yang dapat mengesan ilmu makan anda , klik DISINI. Ada 24 soalan yang boleh dijawab.

01
KEPADA MEREKA YANG BERMINAT UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI NOMBOR: 017-941 9313 (Encik Ramli). Harga sebungkus pada masa ini adalah RM3.50. Kalau nak tempah banyak dan nak mintak kurang harga, kena runding dengan Encik Ramli.

LINKS:
1. http://www.mykitchensnippets.com/2007/12/kueh-bakar.html
2. http://www.saltnturmeric.com/2009/06/kuih-bakar.html
3. http://lilyng2000.blogspot.com/2009/07/kuih-bakar.html
4. http://ovenhaven.wordpress.com/2010/08/23/ramadhan-baking-kuih-bakar/
5. http://almostbourdain.blogspot.com/2009/08/kuih-bakar.html
6. http://sahmsite.info/2009/10/31/kuih-bakar/
7. http://www.myresipi.com/top/detail/2375
8. http://meandmycooking.blogspot.com/2009/06/kuih-bakar.html
9. http://umm.adzka.com/?p=726
10. http://www.emallnetwork.com/product/detail/view/4713