-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20101125

Kayuhan Mahkota Pahang 2010

Peminat basikal di Negeri Pahang tentu merasa amat gembira kerana berpeluang mengayuh bersama Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang melalui program KAYUHAN MAHKOTA PAHANG 2010. Program Kayuhan Mahkota Pahang 2010 akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh: 18.12.2010 (Sabtu)
Tempat: Istana Abdul Aziz - Telok Cempedak
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengahari

Aturcara:
7.30 pagi -Ketibaan tetamu jemputan, Ketua Jabatan dan Ahli Mesyuarat Negeri.
7.45 pagi - Ketibaan YAB Menteri Besar Pahang
8.00 pagi - Keberangkatan tiba Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang. - Jamuan ringan - Penyerahan basikal kepada Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang oleh YB Dato' Haji Shafik Fauzan bin Haji Sharif. - Aktiviti regangan dan memanaskan badan - Keberangkatan Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang ke garisan permulaan. - Bacaan doa.
8.30 pagi - Pelepasan peserta Kayuhan Mahkota 2010
8.30 pagi - Acara sampingan di Telok Cempedak dimulakan.
9.15 pagi - Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan peserta dijangka tiba di Taman Kerang. Jamuan Ringan
9.45 pagi - Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan peserta menyambung kayuhan ke Telok Cempedak
10.10 pagi - Acara sampingan di Telok Cempedak tamat.
10.20 pagi - Majlis penyampaian hadiah acara sampingan.
10.45 pagi - Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dijangkakan sampai di Telok Cempedak.YB Dato' Haji Shafik Fauzan bin Haji Sharif. - Ucapan Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang - Titah pelancaran Pahang BicycleMania 2011 disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang - Jamuan Makan tengahari. - Persembahan - Sidang akhbar - Keberangkatan pulang Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang diiringi oleh tetamu jemputan dan ketu-ketu jabatan - Acara cabutan bertuah - Peseta bergerak ke 'picuk-up point' di Taman Teruntum.

Untuk makluman lanjut, boleh hubungi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (Badan Pelancongan Negeri Pahang). Bangunan JKR, Jalan Masjid, 25000 Kuantan. Pahang Darul Makmur. (Pengurus Besar PKBF adalah Datuk Hanafiah Abdul Talib)

Turut membantu menjayakan program Kayuhan Mahkota 2010 ini adalah: Majlis Perbandaran Kuantan(MPK), Ibupejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang, Pegawai-pegawai Daerah di Negeri Pahang, Balai Polis Daerah Kuantan, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pahang, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), Jabatan Penerangan Negeri Pahang, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang, Majlis Sukan Pahang (MSP), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Rela Negeri Pahang, Jabatan Kerjaraya (JKR) Negeri Pahang, Jabatan Intergrasi dan perpaduan Negeri Pahang, Kraftangan Malaysia Negeri Pahang, Persatuan Berbasikal Negeri Pahang, Angkatan Tentera Malaysia (Darat/Udara/Laut), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pertanian Negeri Pahang, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Tenaga Nasional Berhad.

Semak senarai program rasmi Negeri Pahang,
klik DISINI. [http://media.inform.gov.my/e-press/n-pahang.asp]

No comments: