-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20101123

Gasing Sanggang: memasang paksi

Berikut adalah kerja-kerja memasang paksi pada gasing. Paksi perlu dilekatkan pada tempat yang tepat. Dinamakan paksi bermakna ianya adalah tempat gasing berpusing berdasakan pusat paksinya. Kalau paksi dipasang tidak pada tempatnya iaitu tidak tepat titiknya, gasing akan berpusing senget, oleng dan tak lama.
10
Kita boleh bayangkan paksi dalam kehidupan seharian kita. Paksinya adalah Al-Quraan. nak semua orang Melayu faham tulisan Bahasa Arab, tentulah susah. Tetapi kita orang-orang Melayu boleh membaca dan cuba mendalami terjemahaan Al-Quraan. Kalau anda nak baca terjemahan dalam bahan melayu, boleh klik DISINI. Kalau nak baca A-Quraan online klik DISINI. Paksi kehidupan orang Melayu adalah panduan hidup kita iaitu Al-Quraan. Dalam Al-quraan ada cerita dan ada fakta. Saya sendiri kena mengkaji bukan nak kata orang lain.
09
Apakah yang menyebabkan perjuangan Pahlawan-pahlawan Pahang Tok Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau tidak mendapat sokongan padu penduduk Pahang. Apakah matlamat perjuangan Pahlawan-pahlawan Pahang Tok Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau tidak ada paksi. Ataupun ada paksi tetapi paksi tersebut tidak menyebabkan orang-orang Melayu pada masa itu bersatu.
08
Sampai satu peringkat Pahlawan-pahlawan Pahang Tok Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau telah mengalami kekalahan. Mereka telah pergi mendapatkan Tok Ku Paloh di Terengganu. Tok Ku Paloh dikatakan telah membetulkan paksi perjuangan Pahlawan-pahlawan Pahang Tok Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau. Setelah dipaksikan perjuangan mereka ini kepada Al-Quraan, Tok Ku Paloh mahu Pahlawan-pahlawan Pahang Tok Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau menjadi Pejuang Fisabilillah. Berjuang kerana mempertahankan Agama Islam yang Maha Agung dan Maha Suci.
07
Bagi sesetengah orang pula, paksi kehidupan mereka adalah pada ibubapa atau guru-guru. Kebiasaannya mereka yang berpaksikan pada ibubapa akan selamat hidup mereka didunia dan akhirat. Mereka yang berpaksikan kepada kawan-kawan, pusingan gasing mereka akan berdasarkan kepada siapa kawan-kawan. Kalau kena gayanya pusingan gasing mereka akan nampak cantik, kalau tak kena gaya pusingn gasing kehidupan mereka akan 'oleng'.
06
Petikan: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram." (Surah ar-Ra’ad : ayat 28)
- sumber: http://ikhwannain.blogspot.com/2010/06/hati-paksi-kehidupan.html
05
Petikan: Mazhab Ahli Sunnah berpendapat bahawa 'iman' itu adalah : "Membenarkan dengan hati, mengamalkan dengan anggota badan, dan mengucapkan dengan lisan." Aqidah yang wajib diiktiqadkan adalah merupakan keyakinan hati terhadap perkara-perkara ghaib, namun begitu kesempurnaan aqidah itu pula tidak akan berhasil tanpa disusuli dengan pelaksanaan dari amalan-amalan anggota badan. Di sinilah letaknya peranan iman dalam mencantumkan antara aqidah dan amalan.
sumber: http://sites.google.com/site/khazalii/udi30532tahidsebagaipaksikehidupan
04
Petikan: Dalam dunia yang sering berubah-ubah dan kita seiring dengan perubahan itu, kita mencari sesuatu yang tidak pernah berubah walau ditelan dan diluah kembali zaman. Sampai ke penghujungkah pencarian kita? Bersabarkah kita dengan hasil dihujung perjalanan itu? Apakah yang telah kita kutip dan kumpul sepanjang perjalanan itu? Apakah yang menjadi liabiliti dan apa pula yang menjadi aset? Dan apa yang menjadi kompas pencarian itu?
sumber: http://acupofcomfort.blogspot.com/2009/07/paksi-kehidupan.html
03
Petikan:
~perihal paksi kehidupan~
bila matahari masih berada dipaksinya,
berputar2 mengelilingi bumi..
menyuburkan kehidupan didalamnya.
dan bila bulan pun berputar dipaksinya,
sumber: http://faizalnanchan.blogspot.com/2008/10/perihal-paksi-kehidupan.html
02
Petikan: Kata orang, jika ingin menilai diri, lihat dan bandingkan prestasi sendiri dan jangan bandingkan kita dengan orang lain kerana ia tidak adil. Mungkin kerana tahap dan keadaan kita tidak sama dengan orang lain. Masalah dan apa yang dialami juga berbeza. Cara menghadapi, menilai dan menyelesaikan sesuatu juga tidak sama. Maka kita nilailah diri kita dengan ukuran diri kita sendiri. Begitu juga dengan aku.
sumber: http://istimewanyawanita.blogspot.com/2008/10/paksi-keluarga.html
01
Petikan:
Kasih ibu membawa ke syurga
Membimbing anak sehingga gemilang
Peranan ibu paksi keluarga
Ibu Cemerlang Negara Terbilang
sumber: http://www.pmo.gov.my/datinrosmah/

No comments: