-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .
Showing posts with label Binatang 2015. Show all posts
Showing posts with label Binatang 2015. Show all posts

20150131

Sang Kancil di Zoo Teruntum Kuantan, Pahang, Malaysia.

Kancil merupakan haiwan bijak yang selalu muncul dalam kisah-kisah penglipurlara rakyat Malaysia. Dengan saiznya yang sangat kecil, Kancil merupakan binatang herbivor yang makan rumput, daun-daun, buah-buahan yang jatuh di tanah, kulit pisang, betik, dan ubi.
 Kancil adalah simbol kepada kecerdikan/tipu muslihat, lalu dikiaskan  oleh orang dulu-dulu "akal kancil"  yang penuh tipu muslihat yang licin dan cerdik.


Binatang ini mempunyai masa bunting selama 137-155 hari.  Terdapat enam spesies kancil iaitu:
a)Tragulus javanicus (Java Mouse-deer)- Banyak di Jawa Indonesia
b)Tragulus kanchil (Lesser Mouse-deer)- Banyak borneo, Thailand)
c)Tragulus napu (Greater Mouse-deer)- Banyak di Borneo, Indonesia, Malaysia
d)Tragulus nigricans (Philippine Mouse-deer)- Banyak di Filipina
e)Tragulus versicolor (Vietnam Mouse-deer)- Bbanyak di Vietnam
f)Tragulus williamsoni (Williamson’s Mouse-deer)- Banyak di Thailand

20150130

Kanak-kanak bermain dengan ular Sawa

Ramai juga dikalangan kita yang menjadi peminat haiwan eksotik ular dan iguana. Kalau berminat dengan ular sawa, ianya ada beberapa jenis.
1. Ular Sawa Ball Python, sesuai dipelihara oleh bagi yang baru nak belajar jinak jinak dengan ular. Ball Python mudah jinak dan kadar pembesarannya agak perlahan berbanding jenis ular sawa yang lain. Harga seekor Ball Python adalah lebih kurang RM300-5000 mengikut jenis.

2. Ular Sawa Burmese Python adalah sawa jenis yang mudah dipelihara. Tetapi Burmese Python sedikit aktif berbanding ball python. Namun begitu Burmese Python mudah mesra dan manja terutama masa kenyang. Semua jenis ular akan agresif apabila sangat lapar. pastikan tuannya beri makanan ikut masa.
 3. Ular Sawa Boa Constrictor mempunyai warna yg kusam. Kepala boa lebih bersegi berbanding. Boa kurang aktif tetapi memerlukan belaian bagi membuatkan dia mesra dengan tuannya. Boa berharga RM1500 dan ke atas.

4. Ular Sawa African Rock Python adalah jenis yang sangat agresif. biasanya dipelihara oleh 'orang advance' sahaja. Rock python susah naj mesra dengan tuannya. Kena berhati-hati.
5. Ular Sawa Reticulated Python adalah dari asia tenggara yang sangat agresif dan payah nak mesra dgn tuan, Biasanya dibela oleh orang hanya pemelihara yang berpengalaman sahaja mampu bermain dengan Reticulated Python.