-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20100830

Taman Pertanian Kuantan 2C

Sambil memilih dan menunggu durian dikutip dan dilonggokkan. Kita boleh juga makan terus di tempat jualan. Ada yang isinya jenis kuning pekat dan amat berlemak. Ada juga yang jenis kuning putih dan kurang lemak. Kalau makan durian yang isinya kuning pekat ni, beberapa ulas sahaja dan terasa kenyang dan muak. Kalau durian yang isinya warna kuning putih, kita boleh makan beberapa bijik kerana lambat kenyang dan tak muak.
04
Jika kita nak makan di tempat membeli ni, kena cari durian yang dah dikutip atau gugur semalam. Kerana mudah untuk dikupas. Yang baru gugur hari ini, terkial-kial kita nak mengupasnya tapi tak dapat-dapat.
03
Dikawasan sekitar tempat jualan ini, kelihatan beberapa biji buah durian yang tergolek dibiarkan kerana gagal dikupas. Dapat saya bayangkan betapa marah dan keciwanya pengupas durian tersebut kerana telah gagal mengupas durian degil.
02
Mungkin kerja mengupas akan menjadi lebih senang jika kita menggunakan invasi baru alat mengupas durian ini. Inovasi lama alat pengupas durian ini mempunyai pemegang yang pendek. Dalam inovasi baru alat pengupas durian ini, pemegangnya telah diubah menjadi lebih panjang supaya tuasnya menjadi lebih panjang dan tidak banyak kekuatan yang perlu digunakan. Untuk melihat gambar inivasi baru alat pengupas durian tersebut sila klik DISINI (lihat gambar no. 4)
02
Durian di Taman Pertanian Kuantan Pahang ini berbeza dengan durian yang dijual berbakul-bakul di pasar malam. Durian disini cepat habis. Kalau hari Sabtu dan Ahad lagi ramai orang yang datang nak membeli. Ramai yang keciwa.
01
Ada orang suka beli durian yang harganya RM20 untuk dua bijik sahaja. Tetapi semuanya sedap dimakan. Ada juga orang yang suka membeli durian yang harganya RM20 untuk dua bakul dan yang boleh dimakan hanyalah dua bijik sahaja.

LINKS:
1. http://teknologipertanian.com/2009/09/30/durian-klon-d99/ KLIK

2. http://hotkaskus.blogspot.com/2010/02/macam-macam-durian-yang-enak-dan-gurih.html KLIK. Senarai nama jenis-jenis durian: DURIAN AJIMAH, DURIAN BOKOR, DURIAN BUBUR, DURIAN CHANEE, DURIAN HEPE, DURIAN KAMUN, DURIAN KAN YAO, DURIAN KANI, DURIAN KENDIL, DURIAN KRADHUM THONG, DURIAN LAMBAU, DURIAN LUTUNG, DURIAN MONTHONG, DURIAN OTONG, DURIAN PARUNG. Tak ada gambar.

3. http://edukasi.kompasiana.com/2010/01/03/musim-buah-durian/ KLIK. Disini ada menunjukkan semua durian yang ada di hotkaskus.blogspot.com tetapi ada tambahan lagi iaitu; DURIAN PERWIRA, DURIAN PETRUK, DURIAN SALEJA, DURIAN SI DODOL, DURIAN SI HIJAU, DURIAN SI JAPANG, DURIAN SI KIRIK, DURIAN SI MAS, DURIAN SI MIMANG, DURIAN SI RIWIG, DURIAN SI WELAKI, DURIAN SITOKONG. Ada gambar.

3. http://www.iptek.net.id/ind/teknologi_pangan/?mnu=2 KLIK. Di sini ada macam-macam penerangan tentang macam-macam buah termasuk durian;
DURIAN AJIMAH. DURIAN BOKOR. DURIAN BUBUR. DURIAN CHANEE. DURIAN HEPE. DURIAN KAMUN. DURIAN KAN YAO .DURIAN KANI . DURIAN KENDIL . DURIAN KRADHUM THONG . DURIAN LAMBAU . DURIAN LUTUNG . DURIAN MONTHONG . DURIAN OTONG . DURIAN PARUNG . DURIAN PERWIRA . DURIAN PETRUK . DURIAN SALEJA . DURIAN SI DODOL . DURIAN SI HIJAU . DURIAN SI JAPANG . DURIAN SI KIRIK . DURIAN SI MAS . DURIAN SI MIMANG . DURIAN SI RIWIG . DURIAN SI WELAKI . DURIAN SITOKONG . DURIAN SUKUN . DURIAN SUNAN.

4. http://pakarhowto.com/tag/jenis-jenis-durian KLIK. Panduan cara beli buah durian yang baik. Tengok kulit, tengok duri, rasa berat, hidu baunya, cebis tangkai dan cuba belah dan rasa

5.http://www.facebook.com/pages/Durian/17864643524?v=photos KLIK. Ada gambar durian isi merah disini.

6. http://aghos.comoj.com/definisi%20durian.html KLIK. Lagi jenis-jenis durian; Durian Bali
Durian Hijau . Durian Bandung . Durian Kuning . Durian Merah . Durian Besar . Durian China . Durian Keju . Durian Panjang . Durian Kecil .

7. http://fazlisyam.com/2009/03/07/durian-merah/ KLIK.

8. http://www.mymki.com/2009/01/durian-siam-vs-durian-malaysia-mango.html KLIK.

9. http://shazclan.com/archives/durian-oh-durian/ KLIK.

20100828

Taman Pertanian Kuantan 2B

Buah durian yang gugur ketanah akan dikutip oleh seorang pekerja khas yang ditugaskan mengutip dan menjual. Durian di Taman Pertanian Kuantan ini ada beberapa jenis. Harga yang dijual di sini amat murah. RM3.00 sekilo.
04 Ditempah
03 Dipilih
02 Diperiksa
01 Dilonggok

20100826

Taman Pertanian Kuantan 2A

Inilah gambar buah durian yang sedang bergayut dan telah bersedia untuk gugur ke bumi. Gambar ini dirakamkan sebelum bulan puasa. Masa tu adalah musim durian di Taman Pertanin Kuantan.
05
04
03
02
01

20100824

Taman Pertanian Kuantan 1

Ini adalah seladang besi yang ditemui di Taman Pertanian Kuantan. Seladang besi ini kelihatannya tidak bergerak dan memandang sehala sahaja. Matanya yang merah menyala menampakkan betapa ganasnya seladang ini. Tanduknya yang runcing dan tajam jelas menunjukkan betapa bahaya jika seladang ini marah. Ia tidak banyak bergerak mungkin kerana kakinya telah cedera.

Seladang ini ditempatkan di kawasan dusun durian. Mungkin ditugaskan menjaga kawasan pokok durian. Mungkin juga untuk ditunggang oleh tuannya atau penjaga kebun untuk meronda sekitar kebun durian ini.
04
Untuk melihat seladang yang lebih 'real' kita boleh pergi ke Jenderak Seladang Sanctuary. Seladang di Jenderak Seladang Sanctuary lebih ganas dan berotot macam ahli bina badan.
03
Seladang Taman Pertanian Kuantan ni amat berbeza dengan seladang PUSAT PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR RUSA DAN SELADANG JENDERAK SELATAN KUALA KERAU PAHANG. Seladang di Kuala Krau untuk dimakan tetapi seladang di Taman Pertanian Kuantan ini untuk ditunggang sahaja.
02
Gambar seladang yang ada di pahangtrekker.malaysiatrekker.com pula nampak lebih 'cool' berbanding seladang di Taman Pertanian Kuantan. Mukanya nampak mesera dan mungkin amat ramah.
01
Menurut www.pahang-delights.com, seladang yang berada di Zoological Gardens London adalah Seladang Pahang. Seladang Pahang tersebut telah dihadiahkan kepada Governor of the Straits Settlement, Sir Cecil Clementi Smith pada tahun 1889.

20100822

Header Laman Pahang No.3


Ini adalah header pertama untuk Laman Pahang Blogspot. Gambar masjid ini telah dirakam pada selepas solat Isyak.


Seterusnya Laman Pahang Blogspot telah menggunakan gambar sekumpulan kerengga diatas pagar besi berkarat.


Kini bersempena bulan puasa 2010/1431 dan berkongsi dengan bulan kemerdekaan ke 53, Laman Pahang Blogspot telah menukar header. Header ini menggunakan tajuk 'Merdeka Dibulan Ramadan'.

Merdeka ertinya kita bebas mentadbir dan menguruskan diri sendiri. Kita tidak terikat dengan cara dan peraturan pihak lain.

Ramadan pula bermaksud bulan yang amat dinantikan oleh setiap orang Islam yang menghargai kurniaan Allah SWT kepada umat manusia.

Merdeka di bulan Ramadan pula, boleh juga di kata bahawa kita telah membebaskan diri kita dari terikat dengan kehidupan kita sebelum Ramadan. Sebelum ramadan kita tidak berusaha untuk sampai dirumah sebelum Magrib kerana macam-macam urusan. Dibulan Ramadan, kita dapat membebaskan diri kita yang sentiasa balik lewat kerumah. Ramai yang mahu balik awal untuk sama-sama berbuka puasa di rumah. Inilah antara kurniaan Allah SWT yang amat besar kepada umat Islam. Kita akan melihat siapa diri kita dan dimana keluarga kita. Bulan ramadan telah memerdekakan diri kita dari amalan-amalan sebelum bulan puasa.

Merdeka di bulan ramadan juga boleh dikatakan sebagai usaha kita melepaskan diri dari peraturan-peraturan yang sebelum ini membantu melindungi kita dari salah laku. Contohnya, sebelum bulan puasa kita akan sentiasa berada dirumah di waktu Magrib untuk solat Magrib. Apabila kita merdeka dibulan ramadan, kita menggunakan alasan untuk berbuka puasa di luar rumah, untuk tidak berada di rumah pada waktu Magrib. Mungkin ada yang berbuka puasa di hotel-hotel yang tidal halal masakannya. Mungkin juga berbuka puasa dipadang dihadapan Masjid Negeri di Kuantan, berbuka bersama kekasih hati.

Ada macam-macam tafsiran yang boleh kita berikan mengenai 'Merdeka di Bulan Ramadan'.

20100818

Seminar Pembangunan ICT Dalam Komuniti

05
04
03
02
01

Pendapat awam mengenai kerajaan dan politik

Untuk turut serta dalam KAJIAN PENDAPAT AWAM MENGENAI KERAJAAN DAN POLITIK MALAYSI, klik DISINI [http://malaysia2010.questionpro.com/akira/TakeSurvey].

Antara soalannya adalah:
- usaha-usaha Kerajaan
-media utama mendapatkan berita nasional?

JERANTUT: Pedah Jaya 3

Inilah gambar kumpulan kanak yang kebetulan berada di Pusat Aktiviti Kanak-kanak Taman Pedah Jaya semasa lawatan kami. Turut bergambar adalah pegawai penjaga dan pengajar.
02 Semoga keamanan sentiasa berkekalan,
01 Inilah kanak-kanak harapan bangsa.

20100816

JERANTUT: Pedah Jaya 2

Pusat Aktiviti Kanak-kanak Taman Pedah Jaya ada menyediakan guru agama untuk memberikan serba sedikit bantuan kepada kanak-kanak yang berminat. Turut disertakan adalah kemudahan komputer yang disertakan dengan internet.
05 Kanak-kanak di Pusat Aktiviti Kanak-kanak Taman Pedah Jaya sedang belajar.
04 Posing yang menarik daripada seorang kanak-kanak yang comel.
03 Amat seronok apabila gambar mereka dirakamkan. Kawan-kawan yang lain buat-buat tak tau aja.
02 Senyum meleret. Suka sangat bergambar. Yang lain, masih malu-malu kucing.
01 Sedang mengunakan internet untuk main games.

20100814

JERANTUT: Pedah Jaya 1

Ini adalah Pusat Aktiviti Kanak-kanak Taman Pedah Jaya, Jerantut, Pahang, Malaysia. Pusat Aktiviti Kanak-kanak Taman Pedah Jaya ada menyediakan guru agama dan kemudahan komputer/internet.
05 Bunga dan peta di pintu masuk.
04 Sudut perpustakaan yang masih dalam penambahan buku yang sesuai untuk kanak-kanak di Pusat Aktiviti Kanak-kanak Taman Pedah Jaya.
03 Kerusi rehat di luar pintu masuk ke Pusat Aktiviti Kanak-kanak Taman Pedah Jaya.
02 Pintu masuk Pusat Aktiviti Kanak-kanak Taman Pedah Jaya.
01
Links:
1. http://akuanakpahang.blogspot.com/2009/06/program-gotong-royong-perdana-taman.html
2. http://krtmawarpedahjaya.blogspot.com/

20100812

TEMERLOH. Sup Gearbox

Rodong baik saya Cikgu Zahari Ali telah belanja saya menikmati sup gearbox. Kedai yang menjual sup gearbox ini berada di tepi Sungai Pahang. Gerainya berada berhampiran Sungai Pahang. Juga berada berhampiran stesyen bas lama Temerloh. Stesyen bas baru berada jauh dari Sungai Pahang. Gerai ini juga berhampiran dengan esplanet Temerloh.

Harga semangkuk sup gearbox ini RM16.00. Cikgu Zahari kata mahal sangat. Mungkin tuan kedai ingatkan Cikgu Zahari ni orang luar.

Cikgu Zahari ni dah berbelas tahun mengajar di sekolah sekitar Bera (SMK Mengkarak), Temerloh(SK Telok Ira) dan Mentakab (SK Abu Bakar). Dengan Cikgu Zahari jugalah saya banyak mendalami ilmu fotografi dan ilmu photoshop, bermula dengan photoshop 7.

Cikgu Zahari dah membeli banyak kamera. Antaranya adalah Fuji S7000, Canon S5is, Canon 20D, Canon 50D dan Canon G10. Lens yang dimiliki oleh Cikgu Zahari ada macam-macam. Ada Tamron, ada Sigma dan ada Canon EF dan Canon EFS. Harga lensnya pula adalah antara RM350 hingga RM4500. Cikgu Zahari juga membeli banyak peralatan untuk studio.

Akhir sekali TERIMA KASIH kerana membelanja saya sup gearbox yang mahal di gerai tepi Sungai Pahang. TERIMA KASIH juga kerana banyak mengajar ilmu fotografi digital. Ilmu fotografi analog pula saya banyak belajar dengan Lee Nam Photo di bandar lama Temerloh.
12
11
10
09
08
07
06
05
04
03
02
01