PERINGATAN

Pada setiap negeri dijadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Perbaikilah diri, keluarga, masyarakat dan pembesar kamu adalah kunci utama untuk Allah SWT memperbaiki negeri kamu.
Showing posts with label Tempat: Masjid Negeri Kuantan. Show all posts
Showing posts with label Tempat: Masjid Negeri Kuantan. Show all posts

20160707

Sedekah duti raya: dari Raja kepada Rakyat

Ini adalah suasana sekita Masjid Negeri Kuantan selepas solat Hari Raya Aidilfitri.

 01.Ampun Tuanku,
Daulat Tuanku,
 02.Sembah patik harap diampun.
Patik merafak sembah, izinkan patik mengabadikan,
 03.‘Karya karangan patik untuk tatapan
rakyat Malaysia tercinta.
 04.Karya dikarang untuk tatapan
 istimewa semua Raja dan rakyat;
Semua Raja sentiasa di hati rakyat,
 05.Memerintah adil dan saksama 
demi rakyat,
Ampun Tuanku! 
Daulat Tuanku! 
Tuanku sentiasa di hati rakyat.
 06.Berbudi bahasa berhemah tinggi,
Baginda bertitah rakyat dengari;
 07.Semua jemputan baginda hadiri,
Asalkan rakyat rasa dihargai.
 08.Tuanku selalu mencemar Duli,
Menziarahi rakyat bantuan diberi;
 09.Rakyat gembira tiada terperi,
Kebaikan baginda lekat di hati.
 10.Raja dan rakyat berpisah tiada,
Masalah rakyat dikongsi bersama;
 11.Rakyat mengangkat Institusi Diraja,
Raja dan rakyat rasa bahagia.
 12.Semua Raja selalu menyeru,
Inginkan rakyat bersatu padu;
 13.Buat keputusan tidak terburu,
Asalkan rakyat terus maju.
 14. Tuanku percaya rancangan kerajaan,
Mampu dinikmati segenap lapisan;
 15.Rakyat bersatu dalam perpaduan,
Negara makmur dalam kemajuan.
 16.Raja dan rakyat amat rapat,
Ke mana pergi rakyat diingat;
 17.Perbelanjaan dibuat penuh cermat,
Tuanku datang disambut hormat.
 18.Istana Baginda tersergam indah,
Apabila bertitah penuh bermadah;
 19.Kuasa yang tinggi tiada diendah,
Bersama rakyat tetap merendah.
 20.Bersemayam baginda dalam istana,
Rakyat diundang pergi ke sana;
 21.Raja kami yang bijaksana,
Ikatan Raja dan rakyat terus terbina.
 22.Masalah rakyat sama dikongsi,
Raja dan rakyat tiadalah sangsi;
 23.Ikatan terus jadi serasi,
Tercipta nostalgia untuk generasi.
 24.Sukacita Tuanku negara maju,
Pemerintahan Tuanku terus dipacu;
 25.Warkah dihantar Tuanku dituju,
Mendoakan Tuanku terus di mercu.
 26.Putera kesayangan ayahanda dan bonda,
Cemerlang negara amat sukacita;
 27.Raja dan rakyat berpisah tiada,
Bijaksana memerintah negara tercinta.
 28.Sejarah Kesultanan patut dihayati,
Dipelajari oleh generasi terkini;
 29.Personaliti Raja amat dikagumi,
Ke mana pergi tetap dihormati.
30.Ampun Tuanku.
Sembah patik harap diampun.
Akhir bicara patik doakan moga Tuanku sekeluarga
dirahmati Allah di dunia jua di akhirat.
Amin Ya Rabbal A' Lamin.

karya 
Karya Rha NS
25 Disember 2011


20160706

Sedekah duit raya dari rakyat kepada rakyat.

Ini adalah suasana selepas solat Hari Raya Aidil Fitri di Masjid Negeri Kuantan Pahang. Sebelum solat lagi telah ramai rakyat Malaysai dan bukan Malaysia berkumpul dihadapan masjid bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia dan bukan Malaysia bersedekah.
 01. Selesaikan  masalah  jangan sambil marah
hadapi semuanya dengan ringan hati.
Tak kan habis  harta karena sedekah
nanti  tuhan beri lebih banyak lagi.
sumber pantun: dyhary.wordpress.com
 02. Anak Itik Masuk Ke Rumah ,
Di Tangkap Oleh Adik Munirah ,
Allah Sayang Pemberi Sedekah,
Panjang Umur Rezeki Murah,
 03. Bunga merekah batu berbongkah
Rajin sedekah hidup pun berkah
 04. Buah kelapa selonggok ada lima
Bahagiakan jiwa rajinlah berderma
 05.Nasi basi sudah berlendir
Jangan kikir macam pak pandir
 06. Sepasang selipar hanyut dalam parit
Orang pelit hidupnya sulit
rujukan pantun: sastrawan.com
 07. Jalan kelam disangka terang
Hati kelam disangka suci
Akal pendek banyak dipandang
Janganlah hati kita dikunci
 08. Bunga mawar bunga melati
Kala dicium harum baunya
Banyak cara sembuhkan hati
Baca Quran paham maknanya
 09. Ilmu insan setitik embun
Tiada umat sepandai Nabi
Kala nyawa tinggal diubun
Turutlah ilmu insan nan mati
 10. Ke hulu membuat pagar,
Jangan terpotong batang durian;
Cari guru tempat belajar,
Supaya jangan sesal kemudian.
 11. Tiap nafas tiadalah kekal,
Siapkan bekal menjelang wafat.
Turutlah Nabi siapkan bekal,
Dengan sebar ilmu manfaat.
 12. Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah
 13. Anak ayam turun sepuluh
Mati satu tinggal sembilan
Tuntutlah ilmu dengan sungguh-sungguh
Supaya engkau tidak ketinggalan
 14. Anak ayam turun sembilan
Mati satu tinggal delapan
Ilmu boleh sedikit ketinggalan
Tapi jangan sampai putus harapan
15. Anak ayam turun delapan
Mati satu tinggal lah tujuh
Hidup harus penuh harapan
Jadikan itu jalan yang dituju
rujukan pantun: trirusdiyanti.blogspot.my