-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20210126

Pendekatan 2: harus berusaha

Keinginan untuk tajrid (melulu beribadat, tanpa berusaha dunia), padahal Allah masih menempatkan aku pada golongan orang-orang yang harus berusaha (kasab) untuk mendapatkan keperluan sehari-hari, maka keinginanku itu termasuk syahwat hawa nafsu yang samar (halus).

Dan tanda bahawa Allah menempatkan diriku dalam golongan yang harus berusaha, apabila terasa ringan bagiku, sehingga tidak menyebabkan tertinggal sesuatu kewajipan dalam agamaku, juga menyebabkan aku tidak tamak terhadap hak orang lain.

Apabila Tuhan memudahkan bagiku keperluan hidup dari jalan yang tidak disangka, jiwaku tetap tenang ketika kekurangan, Tetapi syaitan sebagai musuhku membisikkan kepada manusia, supaya tidak puas hati terhadap apa yang telah diberikan Allah kepadaku, dan selalu membayangkan kesenangan, kemewahan dan ketenangan yang ada pada orang lain untuk membangkitkan sifat tamak terhadap apa yang bukan bahagian aku.

"Tuhan tidak melarang kita mendekati pokok khuldi supaya kita tidak mencapai tahap Malaikat. Tuhan tidak melarang kita mendekati pokok khuldi supaya kita tidak kekal dalam sorga."


(Carilah selebihnya dan kongsikan disini)


20210119

Pendekatan 1: bersandar diri

Setengah dari tanda bahawa sesorang itu bersandar diri pada kekuatan amal usahanya, yaitu berkurangnya pengharapan terhadap rahmat kurnia Allah ketika terjadi padanya suatu kesalahan / dosa.

Tidak ada Tuhan, berarti tidak ada tempat bersandar, berlindung, berharap kecuali Allah, tidak ada yang menghidupkan dan mematikan, tiada yang memberi dan menolak melainkan Allah.

Siapakah yang berkata:

a. Aku lebih baik dari dia (Adam).

b. Sesungguhnya aku mendapat kekayaan ini kerana ilmuku semata-mata.

c. Ini semata-mata dari kurnia Tuhanku, untuk menguji padaku, apakah bersyukur atau kufur.