-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20210424

Pendekatan 15: melihat kepada yang membayanginya


Maka sesiapa yang melihat bayang-bayang

dan tidak melihat kepada yang membayanginya

di sinilah terhijabnya.


Segala sesuatu rosak hancur

kecuali dzat Allah.


Camkanlah

bahawa segala sesuatu

selain Allah

itu palsu belaka.


Dan tiap nikmat kesenangan dunia

pasti akan rosak lenyap.

20210416

Pendekatan 14: disilaukan oleh nur cahaya

 

Alam itu kesemuanya berupa kegelapan

sedang yang meneranginya

hanya kerana nampak HAQ padanya

maka siapa yang melihat alam

kemudian tidak melihat Allah

didalamnya

atau padanya

atau sebelumnya

atau sesudahnya

maka banar-benar dia telah disilaukan oleh nur cahaya

dan tertutup baginya surya ma'rifat

oleh sebab

tebalnya awan benda-benda di alam ini.

20210410

Pendekatan 13: Berkumpul dua hal yang berlawanan

 Bagaimana akan dapat terang hati

sesorang yang gambar dunia ini 

terlukis dalam lensa cermin hatinya.


Bagaimana akan pergi menuju kepada Allah

padahal seseorang masih terikat terbelenggu

oleh syahwat nawa nafsunya.


Bagaimana akan dapat masuk ke hadrot Allah

padahal seseorang belum bersi suci dari kelalaiannya.


Bagaimana mengharap akan mengerti 

rahsia yang halus dan dalam

padahal seseorang belum toubat dari kekeliruannya.

Berkumpul dua hal yang berlawanan

dalam satu tempat dan masa

adalah mustahil.


Antara diam dengan gerak.

Antara cahaya terang benderang dengan gelap gelita.

Antara cahaya iman dengan gelap iman.


Kerana selalu masih berharap bersandar

kepada sesuatu selain Allah.


Untuk sampai kepada Allah

mesti bebas dari belenggu hawa nafsu.


Apabila jiwa hati manusia

benar-benar berjanji akan meninggalkan semua dosa

nescaya akan terbang ke alam malakut di langit

kemudian kembali membawa berbagai ilmu hikmat 

tanpa berhajat kepada guru.


Man amila bima alima warratsahul-lahu ilma maa lam ya'lam.


Dibaca dan ditaip pada 18.2.2021

20210403

Pendekatan 12: teman yang tidak membantu

Tiada sesuatu 

yang sangat berguna 

bagi jiwa (hati)

sebagaimana menyendiri 

untuk masuk 

ke medan tafakur (berfikir).

Tiap-tiap teman yang tidak membantu mu untuk berbuat taat (berbakti) kepada KU maka itu adalah 

1. Musuh mu.

2. Menyebabkan keras hati mu serta jauh dari pada KU.

3. Menyebabkan hati mu mati.

4. Menyebabkan engkau rakus pada dunia.

5. Lemah dalam iman keyakinan mu.

Kebaikan itu terhimpun dalam empat macam. Yakni disamping melakukan semua kewajipan-kewajipan agama serta:

1. Lapar

2. Diam

3. Menyendiri

4. Bangun malam (bertahajjud)


Berbahagilah orang yang perkataannya dzikir, diamnya berfikir dan pendangannya meneliti.

Ditulis pada 16.2.2021 Selasa.