-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20190924

Massuhaella Idris

Salam semua, menurut ayah saya, beliau adalah dari keturunan Pagar Ruyung. 

Atuk saya bernama Hj Sulaiman bin Hj Taib. 

Arwah atuk sy dulu tinggal kat Sg Choh, Rawang. 

Kami ada buku salasilah keluarga Pagar Ruyung. 

Yg pastinya sy tak tahu kami ni generasi ke brapa sbb menurut cerita, keturunan kita ada berkait dgn Sultan Negeri Sembilan, Kalau anda nak kepastian yg anda adalah berdarah Pagar Ruyung, boleh la cuba angkat batu yg kini berada di Istana Meranti Kuala Pilah, sesiapa yg beketurunan Pagar Ruyung shj yg boleh mengangkat batu itu. 

Tak silap sy lokasi batu itu di istana lama Seri Menanti. Maaf kalau tersalah info. Ini apa yg sy tahu.

Massuhaella Idris

Siti

Assalamualaikum… 
Asal-usul salasilah keluarga sebelah arwah bapa saya adalah dari Pagar Ruyung tapi saya sendiri tidak mengenali mana-mana waris dari sana. 

Menurut bapa saya kakaknya masih berada di sana. 

Semasa datuk dan nenek saya datang ke Tanah Melayu makcik saya ditinggalkan di sana, manakala bapa saya dan adik2nya yanglain dilahir di Tapah, Perak. 

Sebelum ini keluarga bapa saya menggunakan gelaran Raja tetapi tiba di Tanah Melayu gelaran tersebut tidak digunakan lagi, sebabnya tidak ketahui tapi masih ada juga saudara2 yang lain yang masih memakai gelaran tersebut. 

Malah banyak juga adat-adat dan pantang larang yang dibuang seperti adat jejak tanah (pantang tanah) tapi bapa saya melakukan adat tersebut pada saya dulu. 

Malah keturunan kami juga diceritakan kisah tentang 3 jenis makanan yang dilarang makan iaitu:
a) Ikan talang
b) Kerbau balar
c) Pisang raja udang

Arwah bapa pernah liau menolak dipanggil balik ke sana tetapi beliau menolak. Bapa saya bernama Abdullah bin Basir bin Pandak Muda manakala nenek saya pula bernama Siti Aishah binti Sutan Nemas. Saya teringin sekali menjejaki waris2 di sana.

Siti

PERDAP OH PERDAP

selamat; makanya;

manusia melayu ni memang
sangat ramai yang suka-suka
dengan perangai tunggu dan lihat,
dan selepas dari itu
barulah mengelabah dan terkapai-kapai.

lagak jantan dan betinanya
mereka lebih inggi
dari berperangai lelaki dan perempuannya.

orang lain dah sampai kepuncak,
orang melayu masih duduk dipangkal pokok,
mengais-ngais tanah,
menungkan saujana tingginya puncak yang wajib didaki.

makanya;

sebaliknya perangai
pantang di usik amat tinggi,
mereka terus meloncat
walaupun dalam sakit tenat,
cumanya,
apa sebenarnya yang mereka pantangkan
sampai tak boleh dicuitkan tu?.

makanya;

mempertahankan melayu,
lama dah rosaknya;
mempertahankan islam,
iman memasing tak kukuh pun.
masih duduk berdiri percayakan
dengan benda karut marut.
hantu yang ditakutkan,
bukannya takutkan kepada yang wajibpun.

makanya;

dalam banyak hal
mereka jadi penyegan
yang amat sangat tak bertempat.

membetulkan urusan
amar fakruf nahi mungkar nya
tidak juga.

tompang semangkuk no satu,
walhal perkara tu memang salah
dengan jelas lagi nyata.
mereka menyalahgunakan peribahasa;

rezeki jangan di tolak,
maut jangan di cari.

yang buat kesalahan
sebenar terlepas,
yang tompang semangkuk
yang di perdap.
[tahu apanya perdap?],
cari orang temerloh,
tanyakan pada mereka].

makanya;

perbetulkan tanggapan
dalam hatidiri itu wajib,

sebagaimana mati itu wajib
keatas manusia yang hidup.

nak lari kemana,
dunia ni bukannya besar manapun,

lari kekanan terjun laut,
lari kekiri terjun laut,
kedepan dan kebelakang
pun sama ajelah terjun laut juga.

makanya;

sebelum tanah tempat berpijak ni
tenggelam ditelan laut,
baiklah cari jalan
perbetulkan mana-mana
yang bersalahan
dalam hatidiri dan hati masyarakat
manusia melayu ni.

[jalan nya dah terbentang
depan muka,
tapinya memasing buat bodo aje,
konon ber muzakarah
untuk mencari jalan,
jalan apa,
jkr dah siapkan jalanrayanya,
siap dengan signbordnya bersekali,
tak payahlah nak beri alasan yang pedooh].

makanya;

tak faham,
atau buat-buat tak faham;
[al quraan serta al sunnah]

PADI OH PADI

selamat; makanya;

telahpun di selesaikan lengkapkan
sempurnakan urusannya
kepadanya,
izin kebenaran allah.
inshaallah.

tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intailah kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan.

asap api embun berduri
patah galah haluan perahu
niat hati tak mahu bercerai
kehendak allah siapa yang tahu.

burung merak terbang ke laut
sampai kelaut mengakut sarang
sedangkan bah kapal tak hanyut
inikan pula kemarau panjang.

dari jawa ke bangkahulu
membeli keris di inderagiri
kawan ketawa ramai selalu
kawan menangis seorang diri.

putik pauh delima batu
anak sembilang ditapak tangan.

bila ada sumur diladang
bolehlah saya menumpang mandi.

sirih berlipat sirih pinang
sirih dari pulau mutiara.

rumah limas anjung selatan
bunga kemuning tumbuh dihalaman.

orang melayu naik perahu
sedang berdayung hujan gerimis.

makanya;

menyempurnakan [menghurai serta merungkai]
adab adat serta fekah kedalam ilmu
adalah wajib atas manusia.
dan jika tuan dan mereka tidak melakukannya,
makanya kamilah yang akan melakukan.

sepertimana rasulullah saw
menyempurnakannya
urusan 1440 tahun dahulu itu.
[bab kias ilmu: setitis tinta dalam lautan]
[kalau lautan itu tintanya ilmu].
[dalam bab rukun iman dan bab sifat 20].

inshaallah.

20190918

Keturunan Mat Seh Bin Haji Ahmad yang membuka Maran dan Kampung Berkat.

Salam,
moyang saya bernama
Mat Seh Bin Haji Ahmad.

Keturunan kami
dari Pagaruyung.

Ayah moyang saya
insan yang membuka Maran
dan anak moyang saya
pula membuka Kampung Berkat.

on Moyang Banar 4 Beradik
Tunku Edward
on 9/17/19

20190917

Zulkeflie

Asalamualaikum……saya dari Pahang Malaysia masih tertanya-tanya, 

adakah benar saya ini dari keturunan raja-raja dari minangkabau. 

Arwah ibu saya pernah menceritakan bahwa arwah moyang saya bernama Pakis Ali dan sudaranya yg lain telah lari ke Malaysia ketika dahulu sewaktu terjadi perbalahan di sana. 

Arwah ibu saya pernah menyatakan bahawa kampung arwah moyang saya di Kg.Sawah Lebar di Sumatera….

Bagaimana untuk saya mengesahkan perkara ini ya…

Ikhlas
Zulkeflie

LEMBU OH LEMBU

selamat; makanya;

kalau pada pokok,
ia akan menyatakan
yang ianya telah tidak sihat atau
tidak mendapat makanan,
atau akar dan bahagian lainnya rosak,

berpandukan kepada apa
yang pokok itu tunjuk:
daunnya kuning,
daunnya layu,
pucuknya layu,
pucuknya lecuh,
buahnya tidak besar seperti selalu,
buahnya bantut,
batangnya kecut atau
pecah atau ada kutu dan hama,
tanahnya dipangkal kering atau
air bertakung. makanya;

itu adalah tanda-tanda
pokok itu bermasalah atau berpenyakit:

contoh ibarat perbandingan
kepada manusia lah tu.

makan nasi je reti,
pokoknya tak kenal.
sampai ada yang menyebut pokok nasi.
[terjemah kepada bahasa orang putih kononnya].
lembu dah jadi cow
[budak melayu dah tak reti cakap melayu]
apatu[bila ditunjukkan kepada lembu?];
kanak-kank itu sebut: cow:

tukang ajarnya siapa?.
jawab sendirilah,
sebab`yang salahnya sendiri.
konon nak ajar anak ilmu cerdik.
sebaliknya dah jadi terbalik.

inshaallah

20190910

Dato' Ir. Tengku Ismail

Salam sekelian
Di Dungun , Terengganu , terdapat sebuah makam yang panggil Makam Nyang Nakhoda diatas sebuah buikt .

Mengikut cerita mereka yang mendakwa keturunan Nyang Nakhoda ini , nama sebenar Nyang Nakhoda ialah Sutan Abdul Kari dari Pagarruyung yang melarikan diri sewaktu peperangan paderi disana .

Boleh sesiapa memberi pertunjuk kepada fakta sejarah ini ?

Yang Benar
Dato' Ir. Tengku Ismail

----------

Salam, Yg. bbhgia Dato Ir Tengku Ismail… fakta milik saya begini, 

asal keturunan sy yg melarikan diri itu mengikut arwah datuk sy, telah tiba di pantai melawi bachok kelantan, bersama dgn hulubalangnya yng di panggil tok wi.. (sejarah nama pantai melawi diambil dari namanya.) di kawasan bachok, besut dan sekitarnya

terdapat ramai keturunan dari pagaruyung termasuk asal datuk moyang saya. 

kemungkinan yang di makamkan diatas bukit itu juga adalah salah seorang yg bersama moyang saya tiba di pantai tersebut. ada seorang lagi telah ke negeri pahang dan menetap disana. 

saya berhasil juga menemui ketrunan itu di pahang. mungkin boleh kita sama sama mengkaji lebih dalam lagi. email saya faisalhafiz@hotmail.com. tq dato…

- faisal

TAKDIR OH TAKDIR

makanya;

kalau seluang;
sejauh-jauh seluang melaut
akhirnya ketepi juga,
dan kalau bangau;
setinggi-tinggi bangau terbang
akhirnya belakang kerbau hinggapnya juga.

makanya;

sebaliknya kalau orang melayu;
orang melayu ini kalau mereka melaut
tak pernahnya nak ketepi
semula macam perahu terlepas huraiannya
dan pendayungnya tak berbawa pulok.
[dah hanyut baru nak menjerit].

dan kalau terbangnya tinggi
tak pernahnya nak berpaling kebawah
[tak pernah nak berpada-pada,
makin keatas lagi ada] takut gayat,

macam layang-layang putus tali.
[ikut angin bawak aje lah]
[banyak main-mainnya].

makanya;

mereka kata,
itu takdir dan dugaan dari allah.
molehlah sangat berfikiran
tak senonoh macam tu.

dan ini cakap orang tua-tua dahulu:
pelanduk selau lupakan jerat,
tapi jerat tak pernah lupakan pelanduk.

inshaallah.

20190903

Rahman Rahim

Dimano titiak palito
Dibaliak telong nan batali
Dimano asa niniak kito
Dari lereng gunung Merapi

Dari lereng gunung merapi itulah terbentuk kerajaan yg akhirnya disebut kerajaan pagaruyung. 

Rajanya bergelar Raja Alam, bergilir jawatan dari Raja Adat dan Raja Ibadat. 

Berkurun lamanya maka keturunannya pun berjurai-jurai. 

Merantau itu sikapnya org Minang waimma rakyat atau raja. 

Perang dan perselisihan juga membawa org Minang mengembara kepelusuk nusantara. 

Pada faham saya waris Kerajaan Pagaruyung yg SAHIH dari garis patrilinealnya adalah Kerabat DiRaja Negeri Sembilan yg berketurunan dari Raja Lenggang. 

Namun keturunan dari raja-raja pagaruyung itu ramai sekali terpencar-pencar di seluruh Nusantara. 


Alhamdulillah kalau ramai yg masih ingat asal ninik moyangnya dari Pagaruyung waimma dari jalur raja, datuk2, panglima dsbnya. 

Kalau yg ada kemampuan dan kesempatan, ada baiknya kalau dapat menziarahi tanah ninik moyang kita walaupun mungkin kurang jelas tentang susur galurnya.

=Rahman Rahim

Panglima Lelangit Hitam Membawa Diri Ke Pahang

Salam tuan.
Saya nak bertanya juga
mengenai panglima ni.

Sbb arwah pak long saya
dapat keris pusaka dari moyang saya,
manakala mak saya pula dapat tombak
yang dikatakan telah memakan 99 darah orang
ketika mengamuk suatu ketika dahulu
di negeri johor,

so saya nak tanya
adakah tuan pernah terdengar
mengenai sejarah panglima ini.

Dan saya dapat tahu
yang lelangitnya hitam,
selepas kejadian amuk tu
dia bawa diri ke negeri pahang

Oleh: Tak ada nama
Tarikh: on 8/20/19

Moyang Banar 4 Beradik

Assalamualaikum,

aruah encik saya pernah bercerita bahawa beliau berasal dari Pagar Ruyung. 4 orang adik beradik dari sana lari ke Tanah Melayu.

Moyang saya bernama Banar.
Beliau adalah anak kepada salah seorang yang melarikan diri tersebut.

Tetapi saya tidak tahu nama sebenar,
mungkin sudah ditukar kpd nama orang biasa bila berada di sini.

Aruah moyang saya ini diceritakan oleh aruah encik sebagai seorg yg mempunyai daulat. Beliau seorg yg sangat gagah dan dihormati.

Ayah kepada encik saya bernama Mohd Nor iatu datuk kpd saya.

Moyang saya Banar berkahwin dgn Yang Esoh dan mndpt 6 org ank.
Mereka ialah
- Tok Long Nerimah,
- Mohd Nor iatu datuk saya,
- Mohamad,
- Munah,
- Tam Bakar dan
- Chik.

Semasa aruah encik masih hidup ada seorang yg bernama Tengku Puji mengajak encik saya ke Pagar Ruyung untuk mencari susur galur keturunannya. Tengku Puji dpt merasakan encik saya ada pertalian darah dengannya tapi encik saya menolak.

Saya mendapat tahu tentang ini pun setelah dia sakit. Encik saya tidah prnh bercerita asalnya dari mana sebelum ini. Dia bercerita sedikit saja, aruah mahu kami adik beradik tahu bahawa nenek moyang kami dari sana.

Saya pernah diberitahu oleh seorang pakcik tua bahawa saya ini berdarah bangsawan. Saya memang terkejut dan saya menidakkan apa yg dikatakan. Tapi, setelah mndgr apa yg diberitahu oleh aruah encik saya, mngkn ada benarnya.
Mngkin ada yg boleh mmbntu disini dlm saya mncari susur galur saya seperti yg diceritakan oleh aruah encik saya.

Wallahuallam..

Oleh: Tak Ada nama
Tarikh: on 8/19/19
Sumber: salasilah-keturunan-raja-alam-pagaruyung

Assalamualaikum..

saya ingin mencari adik beradiK kepada moyang saya,
BANAR dan isterinya bernama YANG ESOH.

Di beritahu oleh Aruah encik saya,
keturunannya dari Pagar Ruyung.

Saya juga selalu mendengar aruah mak saya menyebut nama Mat Seh.

Aruah mak saya ank kepada Mohamad.
Kakak saya prnh menceritakan, rumah aruah toki Mohamad ni ibarat dlm cerita bangsawan lama. Semua perkakas dari tembaga. Lembing bersilang didinding. Aruah toki sebelah mak saya ni banyak memelihara kerbau.

Klau x silap gelaran dia pak teh mamat @ ayh teh mamat.
Toki saya ni mmg org Chenor.

Semoga ada yg dpt membantu.

Oleh: Tak ada nama
Tarikh: on 8/19/19
Sumber: rawa-di-pahang

KETURUNAN TOK SHAHRUM (TENGKU ALI)

Tok Gajah (Rasu Abdul Salam) di lahirkan di Kg Temau, Raub, tahun 1845 dan meninggal di Pasir Nering Hulu Terengganu 1901,

Ayahnya Tok Shahrum (Tengku Ali) duduk di Temau, orang Rao/Rawa.

Ibu Tok Gajah: Tok Dinar. (Siti Hajar bt Sheik Ali) orang kg Chengkuas, Kuala Kenong, Kuala Lipis.

Adik beradik Tok Gajah ada 5 org, 3 lelaki, 2 perempuan, adik beradiknya ialah ,
1. Khatib Mat Arif (9 org anak)
2. Haji Mohd Amin(7 org anak)
3. Khatib Abd Salam (Tok Gajah)(23 org anak)
4. Hajjah Maimunah ( 3 org anak)
5, Ranting Mas (tiada anak) yg mengandung 7 bulan, (mati di bunuh oleh sepupunya Tok Zainal kerana merampas emas mentah, suaminya Hj Hasan Keramat, kubur kedua-dua mereka ini ada di Hulu Temau, Raub.

Berikut dari sumber: Piathangtuan.blogspot
Dalam satu perbalahan merebut emas mentah, Ratin Mas  anak Teuku Ali yang sarat mengandung anak yang pertama telah dibunuh. Suaminya, Haji Hassan Keramat, turut dibunuh dalam perebutan itu. Bagi menenangkan keadaan, Teuku Ali membawa keluarganya berdiam di Kampung Permatang di Budu.  Di sinilah Rasu Abdul Salam menyempurnakan pembelajarannya dalam ilmu kepahlawanan dan ilmu agama.  Ini dsebabkan di Budu itu telah tumbuh pusat-pusat pengajian agama dan gelanggang kependekaran.  Namun begitu, tidak lama kemudian, Teuku Ali  dan keluarganya kembali semula ke Temau.  Di sinilah Rasu Abdul Salam mendalami ilmu tareqat  dan menyampaikan pengajaran agama kepada penduduk setempat.

Isteri Tok Gajah

Isteri pertama, Cik Siti orang Kuala Kenong,
(1). Awang Baiduri (Ulu Jelai)

Isteri kedua Tok Gajah di Budu, bernama Jebah bt Ibrahim,
1. Ahmad Pilus
2. Teh De (ayah Tok 4 Nong Tualang Padang),
3. Saripah
4. Nadiah
5. Abd Rahman (aki Dato Mazlan Jamaluddin/Penasihat).
(6) Mat Kahar
(7)
(8)

Isteri ketiga Tok Gajah, Teh Mahda bt Tok Kaut,(org Burau/Pulau Tawar) anaknya ; 1. Mat Kilau
2. Teh Ibrahim
3. Yang Chik
(4) Awang Nong

(Mat Kilau aki kepada Cikgu Abu Bakar Hasan/ bekas ADUN Pulau Tawar). Mat Kilau di lahirkan di Kg Masjid Pulau Tawar, Jerantut pada tahun 1865,

Isteri ke 4 Tok Gajah : Bedah org Pulau Tawar,

Isteri ke 5, Mah - tiada anak,

Isteri ke 6, Cik orang Pekan Sentol,

Isteri ke 7 Tijah. Dato Bahaman adalah menantu kepada Tok Gajah,

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perjuangan dan kisah hidup Tok Gajah & Mat Kilau (rujuk U.M 24.Sept,1977.),(U.M.22.4.1998),

Buku
-kajian kesahian Mat Kilau yg diterbitkan oleh kerajaan Negeri Pahang tahun 1969,
-Aruna Gopinath Sejarah Politik Pahang 1880-1935,
-Pahang Sejarah Dan Budaya (Norzait Selat),
-Bingkisan Sejarah Raub, Rao Dan Pagaruyung: Pertaliannya Dengan Raub Dan Pahang.

Sila rujuk kepada keturunan Tok Gajah & Mat Kilau untuk mengetahui salahsilah keturunan ini dari:
-Encik Zainuddin Ali (Sg Isap)
-Dato Mazlan Jamaluddin (Penasihat)(Kuala Lumpur)
-Dato Khairuddin Kawi(Jerantut)
-Dato Zulkifle Mohamad (Pekan)
-Tan Sri Rahim Mohamad (Pekan)
-Dato Shamsiah Bt Dato Abdul Hamid (Pekan),
-Encik Rostam Affandi/Encik Azmi Bin Tok Muda Nong (Jerantut)(ayahnya bekas -Penghulu Mukim Budu/Tembeling),
-En.Zukarmi Bin Abu Bakar (Kuantan)
-Keluarga aruah Tok 4 Nong Tualang Padang, Mukim Budu,
-Persatuan Keturunan Tok Gajah & Mat Kilau di Perdana Business Centre,Bandar -Damasara Perdana, Kuala Lumpur, hubungi Dato Zul, Salam.
-Persatuan Waris Tok Shahrom, Tok Gajah, Mat Kilau - Jamaluddin b Long (Bandar Pusat Jengka)

sumber asal: ikatanbudu.blogspot.com
tulisan asal: Tanpa Nama
tarikh asal: 12 November 2011 9:43pg

MESTI BUAT SEMAKAN DAN PENGESAHAN SEBELUM DIGUNAKAN. 

20190902

5 - 6 - 13 - 17

salam,tuanpuan. kiasnya kepada;[ ]. pembentangan berkenaan;rukun iman 6, rukun islam 5, rukun 13 solat, 17 rakaat solat lima waktu: kesemuanya adalah berkisar kepada diri sendiri[diri manusia itu sendiri]. yang disebutkan sebagai mengenal diri,dan dari mengenal diri itu barulah dapat mengenal allah.ini adalah asasnya ilmu,yang di perbentangkan secara kias atau disebut khilaf didalam al quraan serta al sunnah. dan rasulullah saw adalah pembawa berita bagi menerangkan dengan lengkap serta sempurna akan kaedahnya untuk mengenal ...............;dengan betul tertip tertil. dan jikalau di langgar atau di gunakan dengan salah,makanya hukumannya akan di kenakan,sukarela atau paksa rela,sama sahaja,tetap di hukum terlebih dahulu dengan adil,barulah betul. supaya manusia faham,mana yang baik,dan mana yang buruk.dan tidak menzalimi diri sendiri serta manusia lain. itu yang disebutkan oleh orang tua sebagai: sepakat membawa berkat. atau;bersatu teguh bercerai roboh.[dalam solat dah tunjuk

salam,tuanpuan. kiasnya kepada;[ ]. sambungan: 17 rakaat untuk solat lima waktu. makanya,rasulullah telah diberikan oleh allah;pada asalnya solat 50,dan dikurangkan sehingga tinggal solat 5 sahaja. dan waktu itu pulak di letakkan kepada nama-namanya subuh,zuhur,asar,magrib,ishak. sedangkan sebelumnya,umat manusia sebelum[nabi dan rasul sebelum nabi muhammad],bersolat dengan dua rakaat satu salam sahaja ,dimasa yang telah ditentukan. makanya rukun 13 itu telah di jalankan oleh nabi dan rasul serta umat terdahulu,[semenjak umat sebelum adam] dan diteruskan oleh adam pula. makanya dalam solat itu telah di pergabungkan keseluruhannya perjalanan penghidupan manusia[yang telah disempurnakan oleh rasulullah]. makanya 17 rakaat itu tetaplah 17 juga[dan menyempurnakan 50 dengan 5][dan 13 tetap 13 juga],tidak berganjak. dan sepatutnya tiada pertikaian dalam kalangan manusia hari ini tentangnya.yang perlu manusia cari adalah apakah maksud kiasnya itu dan bukan di.....[jawab lah sendiri].

salam,tuanpuan. kiasnya kepada;[ ]. tujuh belas @ [17]: kira, kira ,jangan tak kira,ke tak pernah dikira jumlah rakaat dalam solat fardu yang dibuat sehari-hari tu?. subuh 2 rakaat,zohor 4 rakaat,asar 4 rakaat,magrib 3 rakaat,ishak 4 rakaat;jumlahnya 17 rakaat. bagi solat fardu lima waktu sehari semalam.wajib.[kepada yang menggunakan akal lah,yang tak guna akal tu ikut dema lah,dah khatam dan tahfis lah agaknya]. 17 rakaat aje,bukannya 170 rakaat pun,itu pun dipecah-pecahkan kepada lima,dalam waktu yang berasingan dalam tempoh 24 jam sehari semalam,dalam pada itu pun masih lagi ada yang mengelat. yang tak buat tu lain pulak ceritanya[macam-macam jawapan di bagi oleh mereka]. nak tanya kepada yang bersolat tu dulu;17 rakaat tu apa dan untuk kias apa?,dan solat tu apa dan untuk apa?,nama-nama solat lima waktu apa dan untuk apa? tahu,atau tak?,;belajarlah, mengenali akan perkara=perkara yang tersebut tu. jangan setakat ikut apa yang orang buat[orang buat kita buat,atau orang

salam,tuanpuan. kiasnya kepada;[ ]. rukun 13: apa dia rukun 13?;angkat kening atau berkedut dahi!!!!?; tak payah pening-pening,nak diceritakan,kut-kut ada lupa punya cerita jam. rukun 13 ni adalah yang selalu tuanpuan dan mereka tu dok gunakan dalam solat atau sembahyang tu lah. kalau tak gunakan rukun 13 tu dalam solat,tak lengkaplah solat, makanya tak sahlah solat tuanpuan tu,tak gitu kaedahnya. makanya atau jadinya; kenapa tak digunakan rukun 13 dalam solat tu kepada rukun seharian dalam hidup,dan kenapa setakat digunakan untuk kegunaan dalam mendirikan solat semata. alangkah baiknya jikalau rukun 13 itu di terapkan dalam kehidupan seharian, rasa-rasanya aman dunia kalau semua manusia gunakan rukun 13 itu dalam kehidupan masing-masing. rukun 13 itu adalah syarat sah solat[taat dalam mengerjakan solat],dalam kata lain tata cara tertip atau siviknya[displin] dalam mengerjakan solat,makanya bergitu jugalah perlunya atau kata lainnya memang wajibnya lah dipergunakan ia[rukun 13