INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20140127

Salasilah Keturunan Raja Alam Pagaruyung

Berikut adalah nama-nama yang dipetik dari mozaikminang.wordpress.com. Pihak kami telah menyenaraikan nama-nama yang ada dalam salasilah tersebut. Harap dapat membantu mereka yang ingin mencari nama-nama yang ada kaitan dengan Raja Alam Pagaruyung di Indonesia.

Daulat yang Dipertuan Raja Alam Pagaruyung,
Daulat Yang Dipertuan Sultan Tangkal Alam Bagagar Syah
Yang Dipertuan Hitam
Puti Reno Sori,
Tuan Gadih Tembong,
Tuan Bujang Nan Bakundi dan
Yang Dipertuan Batuhampar,
Daulat yang Dipertuan Sultan Alam Muningsyah (II)
Sultan Abdul Fatah Sultan Abdul Jalil (I)
Puti Reno Janji Tuan Gadih Pagaruyung XI.

Siti Badi’ah dari Padang
Sutan Mangun Tuah,
Puti Siti Hella Perhimpunan,
Sutan Oyong (Sutan Bagalib Alam) dan
Puti Sari Gumilan.

Puti Lenggogeni
Tuan Panitahan Sungai Tarab
Sutan Mangun
Tuan Panitahan SungaiTara
Basa Ampek Balai dari Kerajaan Pagaruyung
Puti Reno Sumpu Tuan Gadih Pagaruyung ke XIII
(anak Puti Reno Sori Tuan Gadih Pagaruyung XII


Tuan Gadih Saruaso
Indomo Saruaso
Basa Ampek Balai Kerajaan Pagaruyung
Simawang Saruaso
Indomo Saruaso

Tuan Gadih Gapuak
Tuan Makhudum Sumanik
Sutan Abdul Hadis
Tuan Makhudum Sumanik
Basa Ampek Balai dari Kerajaan Pagaruyung
Puti Mariam
Sutan Badrunsyah,
Puti Lumuik,
Puti Cayo Lauik,
Sutan Palangai,
Sutan Buyung Hitam,
Sutan Karadesa,
Sutan M.Suid dan
Sutan Abdulah.
Sutan Muhammad Yakub
Sutan Muhammad Yafas
Tuan Makhudum Sumanik


Reno Sori
 Tuan Gadih Pagaruyung XII
Daulat Yang Dipertuan Sultan Abdul Jalil Yamtuan Garang Yang Dipertuan Sembahyang II Raja Adat Pagaruyung
Reno Sumpu Tuan Gadih Pagaruyung XIII. Puti Reno Sumpu
Sutan Ismail Raja Gunuang Sahilan
Puti Sutan Abdul Majid
Sutan Mangun Tuan Panitahan Sungai Tarab (putera dari Sultan Alam Bagagarsyah)
Puti Reno Saiyah Tuan Gadih Mudo (Tuan Gadih ke XIV).

Puti Reno Saiyah
Sutan Badrunsyah Penghulu Kepala Nagari Sumanik
(putera dari Sutan Abdul Hadis dan cucu dari Sultan Alam Bagagarsyah)
Puti Reno Aminah Tuan Gadih Hitam
Tuan Gadih Ke XV,
Puti Reno Halimah Tuan Gadih Kuniang,
Puti Reno Fatimah Tuan Gadih Etek dan
Sultan Ibrahim Tuanku Ketek.

Puti Reno Aminah
Datuk Rangkayo Basa, Penghulu Kepala Nagari Tanjung Sungayang
Puti Reno Dismah Tuan Gadih Gadang (Tuan Gadih Pagaruyung XVI)
Datuk Rangkayo Tangah dari Bukit Gombak
Sutan Usman Tuanku Tuo.

Puti Reno Dismah Tuan Gadih Gadang
Sutan Muhammad Thaib Datuk Penghulu Besar
Puti Siti Marad
Sutan Abdul Hadis
Sultan Alam Bagagarsyah
Sutan Muhammad Yafas
Puti Mariam
Sultan Alam Bagagarsyah
Puti Reno Soraya Thaib,
Puti Reno Raudhatuljannah Thaib,
Sutan Muhammad Thaib Tuanku Mudo Mangkuto Alam,
Puti Reno Yuniarti Thaib,
Sutan Muhammad Farid Thaib,
Puti Reno Rahimah Thaib.

Sutan Usman Tuanku Tuo
Rosnidar dari Tiga Batur
(cicit dari Sutan Mangun anak Sutan Alam Bagagarsyah)
Puti Rahmah Usman,
Puti Mardiani Usman,
Sutan Akmal Usman Khatib Sampono,
Sutan M .Ridwan Usman Datuk Sangguno,
Sutan Rusdi Usman Khatib Muhammad,
Puti Rasyidah Usman,
Puti Widya Usman,
Sutan Rusman Usman,
Puti Sri Darma Usman.
Puti Reno Halimah Tuan Gadih Kuniang

Puti Reno Fatimah Tuan Gadih Etek
Ibrahim Malin Pahlawan dari Bukit Gombak
Puti Reno Nurfatimah Tuan Gadih Angah,
Puti Reno Fatima Zahara Tuan Gadih Etek dan
Sutan Ismail Tuanku Mudo.
Puti Reno Nurfatimah Tuan Gadih Angah
Sy.Datuk Marajo dari Pagaruyung
Sutan Syafrizal Tuan Bujang Muningsyah Alam.

Puti Reno Fatima Zahara
Sutan Pingai Datuk Sinaro Patiah Tanjung Barulak
(adalah cicit dari Puti Fatimah dan piut dari Sultan Abdul Jalil Yamtuan Garang Yang Dipertuan Sembahyang)
Sutan Indra Warmansyah Tuanku Mudo Mangkuto Alam,
Sutan Indra Firmansyah,
Sutan Indra Gusmansyah,
Puti Reno Endah Juita,
Sutan Indra Rusmansyah,
Puti Reno Revita,
Sutan Nirwansyah Tuan Bujang Bakilap Alam,
Sutan Muhammad Yusuf.

Sutan Ismail Tuanku Mudo
Yusniar dari Saruaso
(adalah cicit dari Yam Tuan Simawang anak Sultan Alam Bagagarsyah)
Sutan Fadlullah,
Puti Titi Hayati,
Sutan Satyagraha,
Sutan Rachmat Astra Wardana,
Sutan Muhammad Thamrinul Hijrah,
Puti Huriati,
Sutan Lukmanul Hakim.

Sutan Ibrahim Tuanku Ketek
Dayang Fatimah dari Batipuh
(kemenakan Tuan Gadang Batipuh)
Sutan Syaiful Anwar Datuk Pamuncak;
Nurlela dari Padang
Sutan Ibramsyah
Rosmalini dari Buo
Puti Roswita dan
Puti Roswati.

an Silsilah Ahli Waris Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Pagaruyung dapat dilihat bahwa ahli waris baik berdasarkan garis matrilineal maupun patrilineal adalah anakcucu dari Puti Reno Sumpu Tuan Gadih Pagaruyung ke XIII yang sampai sekarang mewarisi dan mendiami Istano Si Linduang Bulan di Balai Janggo Pagaruyung Batusangkar.

Sultan Alam Bagagarsyah ditangkap Belanda pada tanggal 2 Mei 1833 dan dibuang ke Batavia

Yang Dipertuan Gadih Puti Reno Sumpu dijemput oleh Datuk-datuk Yang bertujuh untuk kembali ke Pagaruyung melanjutkan tugassebagai Raja Alam dan Raja Adat.

 Beliau memilih mendirikan istananya di Balai Janggo. Nama Istana Si Linduang Bulan kembali dipakai sekaligus pengganti istana-istana raja Pagaruyung yang terbakar semasa Perang Paderi.

Istana Si Linduang Bulan ini kemudian terbakar lagi pada tanggal 3 Agustus 1961.

Sutan Oesman Tuanku Tuo
Tan Sri Raja Khalid dan
Raja Syahmenan dari Negeri Sembilan,
Azwar Anas Datuk Rajo Sulaiman,
Aminuzal Amin Datuk Rajo Batuah,
Sapiah Balahan,
Kuduang Karatan,
Timbang Pacahan,
Kapak Radai dari Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Pagaruyung serta Basa Ampek Balai dan
Datuk Nan Batujuh Pagaruyung,

Istana Si Linduang Bulan dibangun kembali pada tahun 1989.




Sumber gambar: kerajaan-indonesia.blogspot.com


Untuk membaca kaitan antara nama-nama tersebut sila pergi ke link dibawah.
SUMBER:
http://mozaikminang.wordpress.com/2009/10/15/silsilah-keturunan-raja-alam-pagaruyung/


51 comments:

Anonymous said...

assalammualaikum, sy ucapkan kpada semua keturunan pagaruyung. sy ingin meminta maaf dulu sebelum bicara. keturunan kita besar. memang benar katurunan kita ada di merata. sy nak lebih lanjut berkenaan saudara yg asal dr sultan yg lari ke malaysia . kemungkinan kita saudara yg dekat. asal usul sy dr sultan yg sama. cuma sy d minta rahsiakan kerana sebab-sebab tertentu. sy adalah cicit. arwah nenek sy pula ada 3 org abg yg sy tak pernah jumpa ada d indonesia. tp slepas arwah nenek sy meninggal ada seorang utusan dr indonesia mencari arwah nenek sy. setahu sy abg nenek sy d sn, seorang pemerentah, seorang saudagar dan seorang lg sy tak tahu. sy ceritakan sedikit tentang moyang sy. moyang sy memerintah sebagai sultan selama 25 tahun. lari ke melaysia kerana…… maaf rahsia. d sini kami hidup sebagai rakyat biasa. sy tahu kenapa bentuk atap istana kt tiga segi. sy juga tahu knapa tiang istana ada 99 batang yg berdiri tegak. dan sy minta jgn sebut berkenaan harimau. sebab klu kt sebut namanya mungkin dia akan berdiri d sebelah kita. sy sgt bersedih istana kita terbakar. sy juga teringin berjumpa sanak saudara yg berkaitan. sy juga teringin melawat istana kita d sana.

Anonymous said...

besar kemungkinan yang dihapus itu adalah silsilah dari keturunan sultan Abdullah anak bungsu dari Sultan Abdul Hadis yang berhubungan dengan Sultan Muhammad Tongga, namanya Sultan Muhammad Saher yang merupakan ayah dari Abdul Hadis Mangkudum Sakti (Ladih).

Ladih memiliki seorang putri yang memiliki nama silsilah Tuanku Putri Bandari Puti Reno Desma yang juga keturunan dari Kusaimah. Kusaimah sendiri juga merupakan keturunan dari Sultan Muhammad Tongga yang dimakamkan dibelakang rumah kediaman ibu Kusaimah sendiri.

sedangkan makam-makam yang lain seperti makam Raja Iskandar,Raja Alif (Datuk Baselo),Perpatih Nansabatang dan Bundo Kanduang(Dara Jingga),Dara Petak, Indo Dewa,Indo Juita(nenek berkuku besi) dimakamkan di Lunang. Sultan Muhammad Yakub dan Yafas dimakamkan didusun Malepang, Sei Rumbai Tapan.

Sedangkan Abdul Hadis Sumanik dimakamkan di Alarambah, Tapan. Wassalam

Anonymous said...

selamat semuanya.. minta maaf mengganggu.. paling akhir saya dengar.. keturunan dari pagaruyung mencari keturunan saudara di sekitar melaka.. saya tidak pasti keturunan asal arwah datuk saya.. nama moyang saya haji idris dan datuk saya abdul hadi..(keturunan dri para ulama) izinkan saya menceritakan dari awal.. datuk dan nenek saya asalnya indonesia.. datuk dari minang.. nenek dari bugis.. dikurniakan 7 orang anak.. setelah membesar.. anak2 merantau termasuk datuk.. datuk menetap di malaysia.. di melaka.. nenek masih di indonesia bersama anak yang lain.. manakala 3 lagi anak menetap di melaka dan ibu saya menetap di seremban.. seingat saya.. semasa datuk meninggal dunia di pulau rupat/indonesia.. saya diziarahi saudara mara yang mengatakan saya mempunyai keturunan yang dirahsia kan.. saya tidak pasti.. kerana arwah datuk memang seorang yang berahsia.. semasa hidupnya dia di melaka.. dia selalu berada di masjid kampung ulu.. ramai yang pernah cuba memberitahu yang datuk asalnya dari keturunan dari minang.. tidak pasti samada diraja atau tidak..

Anonymous said...

kalau nak cari silsilah tu berat sebab kito orang dah banyak becampou,,saya sendiri masih ade keturunan tapi kita sebut melayu je…saye dari pagauruyung ketrunan ke tujuh..kite orang dulu berperang lawan penajajh sekalian menyebar agama islam hingga ke sulawesi makanya kite org dah becampor dgn org bugis, palembang dan trengganu….kita tak tau sama ade pagaruyung murni atau mengaku-aku.pagaruyung adalh dinasti dari kerajaan melayu..yang berdiri sekitar abad 13an bersamaan dgn berdiri malaka, dan di era kejayaan majpahit.keraajaan melayu musnah maka berdirilah pagaruyung dan kerajaan sriwijaya robek berdirilah malaka..kalau kita baca kitab sejarah melayu..memang keturunan kerajaan minangkabau,tanjung pura dan malaka mmg berasal dr keturunan yg sama.termasuk jug hal ini di akui oleh tambo minang,kuantan dan kerinci.namun seperti tambo yang tertulis jelas angka tahunya adalah tambo melayu malaka/johor dengan kitab sejarah melayu,sulalatus salatin..maka jgn heran ada sama bahasa antara sumbar, riau semenanjung,kalbar,palembang dan pecahahan semua itu….saya rasa lebih bagus perhelatan dunia anak melayu…lain lagi diaspora kita sperti bugis,banjar,buton,lombok,sedikit madura,banten…dan sedare dekat kita brunei…..dalam skop melayu islam la kan?

uddin datuk limo puluh- siak

Anonymous said...

Sebelum perang padri pecah pada tahun 1668 telah terjadi perjanjian antara Ahmadsyah dan belanda.

kalau seandainya belanda bisa mengalahkan kaum padri maka sebagian tanah minangkabau termasuk istana akan diberikan pada belanda dgn kejadian itu mangkudum sumanik mengosongkan istana benda” purbakala peniggalan raja minangkabau dibawa ke lunang tapan indra pura.

sementara harta benda seperti emas dititipkan kepada Sultan Abdul Jalil Rahmad Syah I yg berkedudukan di kelantan pada tahun 1773 terjadi hal yg sangat buruk di istana, semua orang yg ada di istana dibunuh dibukit biru dibelakang istana.

untung saja mangkudum sumaik bergerak cepat sehingga berhasil menyelamatkan anak dan cucung dari tuanku gadih gapuak ke lunang melalui lorong rahasia didalam istana.

TTD Tuanku Putri Bandari Puti Reno Desma

-Tuanku Putri Bandari Puti Reno Desma

Anonymous said...

saya diberitahu oleh nenek saya bahawa datuk saya adalah keturunan kedua/ketiga dari raja pagaruyung beliau lari ke Tanah Melayu pd tahun19…(saya tak tahu sebab tidak diberitahu) nenek saya mengetahui datuk saya keturunan raja pagaruyung semasa keberangkatan tengku rahimah ke selangor,dimana ayahanda tengku rahimah mencari abangnya iaitu datuk saya.

nama datuk saya ialah tengku sulung bin kasim itupun semasa beliau berubat kerana mendapat ketulahan kerana tidak mengaku bahawa beliau adalah keturunan raja.

saya tak ada banyak info tentang keturunan datuk saya keketurunan diraja.sekarang cuma gambar datuk saya sahaja yang ada.semasa ibu saya masih ada keris kebesaran diraja ada tetapi pabila ibu saya meninggal dunia keris itu ghaib dengan sendirinya.

saya memohon jasa baik pihak keturunan pagaruyung dapat mencari salalsilah keturunan datuk saya kerana saya ingin mengetahui siapa nama ibu datuk saya dan nama sebenar ayah datuk saya.bukan apa cuma ingin mengetahui sahaja

saya Zabedah binti Ismail

Anonymous said...

Dimano titiak palito
Dibaliak telong nan batali
Dimano asa niniak kito
Dari lereng gunung Merapi

Dari lereng gunung merapi itulah terbentuk kerajaan yg akhirnya disebut kerajaan pagaruyung.

Rajanya bergelar Raja Alam, bergilir jawatan dari Raja Adat dan Raja Ibadat.

Berkurun lamanya maka keturunannya pun berjurai-jurai.

Merantau itu sikapnya org Minang waimma rakyat atau raja.

Perang dan perselisihan juga membawa org Minang mengembara kepelusuk nusantara.

Pada faham saya waris Kerajaan Pagaruyung yg SAHIH dari garis patrilinealnya adalah Kerabat DiRaja Negeri Sembilan yg berketurunan dari Raja Lenggang.

Namun keturunan dari raja-raja pagaruyung itu ramai sekali terpencar-pencar di seluruh Nusantara.
Alhamdulillah kalau ramai yg masih ingat asal ninik moyangnya dari Pagaruyung waimma dari jalur raja, datuk2, panglima dsbnya. Kalau yg ada kemampuan dan kesempatan, ada baiknya kalau dapat menziarahi tanah ninik moyang kita walaupun mungkin kurang jelas tentang susur galurnya.

=Rahman Rahim

Anonymous said...

Salam sekelian
Di Dungun , Terengganu , terdapat sebuah makam yang panggil Makam Nyang Nakhoda diatas sebuah buikt .
Mengikut cerita mereka yang mendakwa keturunan Nyang Nakhoda ini , nama sebenar Nyang Nakhoda ialah Sutan Abdul Kari dari Pagarruyung yang melarikan diri sewaktu peperangan paderi disana .

Boleh sesiapa memberi pertunjuk kepada fakta sejarah ini ?

Yang Benar
Dato' Ir. Tengku Ismail

Anonymous said...

Salam, Yg. bbhgia Dato Ir Tengku Ismail… fakta milik saya begini,

asal keturunan sy yg melarikan diri itu mengikut arwah datuk sy, telah tiba di pantai melawi bachok kelantan, bersama dgn hulubalangnya yng di panggil tok wi.. (sejarah nama pantai melawi diambil dari namanya.) di kawasan bachok, besut dan sekitarnya

terdapat ramai keturunan dari pagaruyung termasuk asal datuk moyang saya.

kemungkinan yang di makamkan diatas bukit itu juga adalah salah seorang yg bersama moyang saya tiba di pantai tersebut. ada seorang lagi telah ke negeri pahang dan menetap disana.

saya berhasil juga menemui ketrunan itu di pahang. mungkin boleh kita sama sama mengkaji lebih dalam lagi. email saya faisalhafiz@hotmail.com. tq dato…

- faisal

Anonymous said...

Asalamualaikum……saya dari Pahang Malaysia masih tertanya-tanya,

adakah benar saya ini dari keturunan raja-raja dari minangkabau.

Arwah ibu saya pernah menceritakan bahwa arwah moyang saya bernama Pakis Ali dan sudaranya yg lain telah lari ke Malaysia ketika dahulu sewaktu terjadi perbalahan di sana.

Arwah ibu saya pernah menyatakan bahawa kampung arwah moyang saya di Kg.Sawah Lebar di Sumatera….

Bagaimana untuk saya mengesahkan perkara ini ya…

Ikhlas
Zulkeflie

JAS SALLEH said...

Luwes kamu yah .... bulan ni saja ngusik ngusik aja admin LP

Raja Alam Bagagar Syah itu galurnya dari Raja Adi Sukma Putra juga digelar Raja Alam Sakti Syah anak kepada Inderaputera Syah yang merajuk kerana berselisih dgn mamaknya. Lalu ayahandanya mengirimkan ia ke sana membangunkan NAGARI LINDUNGAN BULAN - diubahnya menjadi PAGARRUYUNG. Hilang ghaibnya di BatuRakit.

Dinamakan Batu Rakit kerana marahnya beliau lalu disumpahnya segala Rakit menjadi batu.Tempat ia turun. Sebagai Tanda ia ada.

Pagar Ruyung dinamakan Pagar Ruyung kerana ianya tempat 'Pagar' akan segala keturunan 'Ruyung'.

Anonymous said...

Assalamualaikum… Asal-usul salasilah keluarga sebelah arwah bapa saya adalah dari Pagar Ruyung tapi saya sendiri tidak mengenali mana-mana waris dari sana. Menurut bapa saya kakaknya masih berada di sana. Semasa datuk dan nenek saya datang ke Tanah Melayu makcik saya ditinggalkan di sana, manakala bapa saya dan adik2nya yanglain dilahir di Tapah, Perak. Sebelum ini keluarga bapa saya menggunakan gelaran Raja tetapi tiba di Tanah Melayu gelaran tersebut tidak digunakan lagi, sebabnya tidak ketahui tapi masih ada juga saudara2 yang lain yang masih memakai gelaran tersebut. Malah banyak juga adat-adat dan pantang larang yang dibuang seperti adat jejak tanah (pantang tanah) tapi bapa saya melakukan adat tersebut pada saya dulu. Malah keturunan kami juga diceritakan kisah tentang 3 jenis makanan yang dilarang makan iaitu:

a) Ikan talang
b) Kerbau balar
c) Pisang raja udang

Arwah bapa pernah liau menolak dipanggil balik ke sana tetapi beliau menolak. Bapa saya bernama Abdullah bin Basir bin Pandak Muda manakala nenek saya pula bernama Siti Aishah binti Sutan Nemas. Saya teringin sekali menjejaki waris2 di sana.

Siti

Anonymous said...

Salam semua, menurut ayah saya, beliau adalah dari keturunan Pagar Ruyung.

Atuk saya bernama Hj Sulaiman bin Hj Taib.

Arwah atuk sy dulu tinggal kat Sg Choh, Rawang.

Kami ada buku salasilah keluarga Pagar Ruyung.

Yg pastinya sy tak tahu kami ni generasi ke brapa sbb menurut cerita, keturunan kita ada berkait dgn Sultan Negeri Sembilan, Kalau anda nak kepastian yg anda adalah berdarah Pagar Ruyung, boleh la cuba angkat batu yg kini berada di Istana Meranti Kuala Pilah, sesiapa yg beketurunan Pagar Ruyung shj yg boleh mengangkat batu itu.

Tak silap sy lokasi batu itu di istana lama Seri Menanti. Maaf kalau tersalah info. Ini apa yg sy tahu.

Massuhaella Idris

lp said...

Tuan Jas Salleh,

Terima kasih kerana berkongsi info Raja Adi Sukma Putra disini.

Dikatakan 'Tok Leh' pernah memegang gelaran Orang Kaya di salah satu tempat di Pahang. Tapi tak dapat dikesan Orang Kaya ... mana.

Mungkin Tuan Jas boleh berkongsi info tentang 'Orang Kaya Tok Leh'.

Jangan marah.

izzati said...

Assalamualaikum w.b.t, sy juga ingin mencari susur galur keturunan sy. Semakin dicari, semakin banyak fakta yg menyerupai. Cuma inginkan kepastian. Ibu kpd moyang sy bernama Halimah Tambusai, lari ke sini setelah perang padri, datang ke sini bersama pengasuhnya. Ibu dan ayah berasingan dari nya. Cuma fakta yg sy perolehi mengenai keluarga Tambusai ialah Tuanku Tambusai yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Sulaiman Tambusai dan Habibah Tambusai. utk pengetahuan, keturunan nenek sy dr sebelah bukit tinggi dan sebelah atuk dari pagaruyung. Keturunan kami dirahsiakan sehingga kami yg muda ini tidak tahu dari mana kami berasal. Jika orang yg bijak pandai, dia akan tahu tentang siapa kami walaupun baru pertama kali berjumpa. pernah terjadi dulu, emak sy mengidap sakit yg agak lama, bila berubat cara tradisional, emak diminta menyediakan set kamar persis Raja2 dulu. Diminta sediakan emas ukiran tangan sendiri, panjangnya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Kami juga tidak boleh menyebut nama-nama mereka kerana semangat mereka akan datang 'melawat'. Kami juga pernah menyimpan baju besi yg dipakai ketika perang dulu. Baju ini akan membuat bising jika ada anak cucu yang membuat sesuatu yang tidak elok.. Wallahualam....

Anonymous said...

assalam...kampung sinawah aka kmpung wah...sungau lebam adalah kampung asal saya...rumah besar masih ade di tbing sungai pahang...toki sy adelah haji daud bin salleh...

Atril Raja Aceh PAGAR RUYONG said...

Assalamualaikum..salam persaudaraan
JABATAN SEJARAH DAN DOKUMENTASI
ISTANA SILINDUANG BULAN
PAGAR RUYONG DARUL QORROR
Himbauan dan Hebahan
...kami..mewakili keluarga besar Waris dan Kerabat Istana SiLinduang Bulan Kerajaan Pagar Ruyong Darul Qorror dan Pejabat Perhubungan Kerabat DiRaja Pagar Ruyong di Malaysia@Nusantara...sejarah telah ditulis adanya begitu...khusus bagi Waris - Kerabat dan Waris Datuk Datuk kita yang berasal dari Pagar Ruyong yang berada di seluruh pelosok Negeri Neger di Malaysia dalam lingkup sejarah masa lalu yang cemarlang gemilang dan terbilang keseantero Nusantara...
Bawha telah tiba dan cukup masa dan bilangan tahun nya yang kuriek itu kundi yang merah itu saga. Setinggi tinggi terbang nye bangau hinggap nya di kubangan juo....WARIS DAN KERABAT PAGAR RUYONG MARI KITA JALIN KEMBALI HUBUNGAN TALI SILATURRAHIM..pesan dan Amanat dari pada Moyang kita sentiasa tergiang giang di telingga kita...penceritaan semasa kecil oleh Atuk dan Nenek kita sebelum tidor tentang kisah sedih dan gumbira yang masih terberkas di hati dan kerinduan yang membawa ke tirisan air mata sebak dan kesal..kenapa dan mengapa..perkara ini terjadi...ada hikmah di sebalik nya...di tinggalkan kampung halaman yang dicintai .di tinggalkan tahta dan pangkat dan gelar bangsawanya demi kelangsungan ketrunanan nya...lautan sakti rantau bertuah..lain lubuk lain belalang nya...tapi yang pasti.. Taj Waris Pagar Ruyong merantau jiklau
Indak barisi..baik ilmu ugama mahupun elmu kebathinan dan Elmu kependekaran...yang tak lapuak dek hujan dan tidak lekang dek paneh...Adat Raja Turun Temurun Adat Putisunduik basunduik ..Beriek Biriek turun ka Sasak dari Sasak turun ka laman..dari Niniek turun ka mamak ..dari Mamak tutun ka Kamanakan..Sako jo Pusako di jago Elok dalam Nagari...Kampuang Jo Tearatak berserta Dusun di jago- i.. Umah Gadang jo Umah dan Dangau di paliharo...urang Kampuang di patengangang-kan...baru sanang Denai bajalan..

Denai yang menjalan kan perentah

ttd

YM Atril Raja Aceh - Pagar Ruyong
----------------------------------
YM Menteri Bendahara Paduka Raja

Menjunjung Titah
KDYMM Tuanku Sultan DAULAT YANG DIPERTUAN RAJA ALAM PAGARUYUNG DARUL QORROR dan Persemakmuran
67 Kerajaan-Kerajaan bersama Pagar Ruyong di selruh Alam Nusantara
Yang Termajtub dalam pembilangan Adat
SAPIEH BALAHAN KUDUANG KARATAN
KAPAK RADAI TIMBANG PACAHAN

Wassalam.
http//ATRIL RAJA ACEH on Facebook.com

lp said...

Waalaikumussalam
Salam Persaudaraan
Saya hanyalah Admin Blog Laman Pahang
bagi pihak 'KUMPULAN LAMAN PAHANG BLOGSPOT.COM' dan
bagi pihak NeGuai

Pihak kami amat berbesar hati dengan salam persaudaran yang dihulurkan.

Walaupun salam persaudaran yang sebelum ini tidak menjadi, adalah amat diharapkan ianya menjadi pada kali ini.

Adalah amat diharapkan salam persaudaran ini dapat dimurnikan.

Pihak kami akan berbincang dalam tempoh beberapa hari berkaitan perkara ini.

Wassalam.
Admin Laman Pahang
bagi pihak NeGuai.

[ http://lamanpahang.blogspot.com/2014/04/jabatan-sejarah-dan-dokumentasi-istana.html ]

Anonymous said...

MAHAAGONG ALLAH,YA RAHMAN,YA RAHIM SERTA SELURUH NAMANYA YANG NYATA@GHAIB DAN SELAWAT SERTA SALAM KEATAS JUJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW,KELUARGA,PARA SAHABAT,TABI'I,TABI'I-TABI'I DAN ULAMA@FUQAHA.
SALAM BUAT SELURUH KELUARGA AHLI BAIT @ AHLI WARIS NUSATARA.

ASSALAMUALAIKUM ATAS TUAN...
YM ATRIL RAJA ACEH,
YM MENTERI BENDAHARA PADUKA RAJA,

SALAM SEMBAH BUAT KDYMM TUANKU SULTAN DAULAT YANG DIPERTUAN RAJA ALAM PAGARRUYUNG DARUL QORROR DAN PERSEMAKMURAN 67 KERAJAAN-KERAJAAN BERSAMA PAGARRUYUNG DISELURUH ALAM NUSATARA YANG TERMAJTUB DALAM PEMBILANGAN ADAT SAPIEH BALAHAN KUDUANG KARATAN KAPAK RADAI TIMBANG PACAHAN SERTA KELUARGA @ WARIS DAN KERABAT ISTANA SILINDUANG BULAN KERAJAAN PAGARRUYUNG DARUL QORROR...

ASSALAMUALAIKUM...TUAN,

Koi, bagi pihak waris@keluarga yang tidak seberapa lagi tidak dikenali ini, berbesar hati menyambut@ menerima perutusan Tuan.terima kasih diatas perutusan yang tersebut dan amat sukacita dengan kesudian Tuan, menyambung yang lama terurai untuk dikemaskan ikatannya(maaf, koi tidak pandai berpantun seloka).
DENGAN NAMA ALLAH YANG PENGASIH DAN PENYAYANG,semoga rumpun ini dapat bertaut kembali diatas tali Allah swt dan Muhammad saw,rasulnya...
Inshaallah...Wassallam.

salam keatas Tuan, dari...NEGUAI.
Assalaamualaikum...Inshaallah.






Osaka Mitra said...

Ass bagi anda yang ingin mengetahui tambo kerajaan pagaruyung saya memiliki tambo tsb .says domisili dijkt keturnan ke6 Dari siti khadijah bergelar puti nan gadang tunjuak yg berada dipariaman bersama puti reno laut.

lp said...

Terima kasih Osaka Mitra kerana berkongsi maklumat.

"Ass bagi anda yang ingin mengetahui tambo kerajaan pagaruyung saya memiliki tambo tsb .says domisili dijkt keturnan ke6 Dari siti khadijah bergelar puti nan gadang tunjuak yg berada dipariaman bersama puti reno laut."

Anonymous said...

Assalamualaikum..mohon penjelasan daripada keturunan Tengku Abdullah yang dikatakan sejarahnya hilang itu..sebenarnya saya ada keturunan susur galuh Tengku Abdullah ,saya adalah piut daripada moyang perempuan saya yang kini berusia 100 lebih ..dan masih hidup..kini,saya dalam pencarian mencari leluhur kami semula,...saudara kami di Indonesia juga masih ada..

Anonymous said...

"Assalamualaikum..mohon penjelasan daripada keturunan Tengku Abdullah yang dikatakan sejarahnya hilang itu..sebenarnya saya ada keturunan susur galuh Tengku Abdullah ,saya adalah piut daripada moyang perempuan saya yang kini berusia 100 lebih ..dan masih hidup..kini,saya dalam pencarian mencari leluhur kami semula,...saudara kami di Indonesia juga masih ada."

Mohon tuan nyatakan nama tuan, baru rasa seronok bertukar pendapat.

Abu Mansor

Anonymous said...

Boleh saya tahu siapa saudara yg asal dari sultan lalu lari ke Melaka? Sebab saya nak sangat tahu...dan saya tinggal di Melaka...So, saya nak tahu sangat2x...
Dulu mase umur 10/11 tahun, saya pernah ke indonesia dgn keluarga....kami juga melawat istana yg terbakar tu....kami juga ada membeli cd pasal istana terbakar tu...pastu balik kampung mak kat melaka...pastu jugak kitaorang ajak atuk tengok cd tu...atuk menangis pastu dia ade cakap pasal sesuatu tentang salasilah keluarga pagaruyung....saye rasa mase tu mak cakap atuk ada ikatan dengan keluarga di raja tu...tapi saya x pasti betul ke tak..... Dan nama atuk saya ialah ALI BIN JINAL...saya rasa x betol kot sbb tengok blog ni x de pon nama yang saya tahu..

Mohamad Nor Faza said...

Assalamualaikum. Saya masih tertanya- tanya akan asal usul moyang saya. Apa yang menariknya dikampung kami di padang tengku mempunyai susur galur salahsilah keluarga kami yang dipanggil terembe tetapi datuk saya memanggil itu sebagai tambo. Setahu saya tambo ni adalah susunan salahsilah keluarga diraja pagaruyung. Datuk saya pernah bercerita yang moyang saya yang membuka padang tengku di kuala lipis. Datuk saya juga pernah bercerita tentang sejarah moyang saya yang berasal dari bukittinggi. Moyang saya dikatakan lari dari istana bersama 15 orang adik beradiknya. Nama samaran moyang saya adalah Tok linggi. Diharapkan ada sesiapa yang mempunyai info berkenaan moyang saya e-mail kan kepada saya di fazfazarul96@gmail.com. Sekian terima kasih

TAUFIK HIDAYAT said...

Assalam wrb saya dari kalimantan barat ,saya nak sedikit mencari informasi ,tentang kerajaan pagaruyung ,soalnya saya masih mencari silsilah saya ,karena orang tua saya sering bercerita tentang bukittinggi ,dan belio sering berkat bahwa kakek saya masih keturunan langsung dari kerajaan bukittinggi ,kakek saya bernam .H.muhamat yunus bin sutan muhamad yusuf .dan adiknya bernama ,Zainal Abidin pemain bola tempo doeloe yang cukup kesohor di era tahun 1930-an itu menurut bapak saya.namun kadang saya sendiri juga tidak tahu menurut info yang saya dapat selam mencari silsila dari keturunan kami bahwa saya ada kaitan dengan Sultan Alam Bagagarsyah .anehnya ketika saya mebaca artikel ini keberadaan meraka ada di samping saya . mohon sekiranya saudara bisa membatu saya untuk menyambung silahturahim yang terputus

TAUFIK HIDAYAT said...

Assalam wrb saya dari kalimantan barat ,saya nak sedikit mencari informasi ,tentang kerajaan pagaruyung ,soalnya saya masih mencari silsilah saya ,karena orang tua saya sering bercerita tentang bukittinggi ,dan belio sering berkat bahwa kakek saya masih keturunan langsung dari kerajaan bukittinggi ,kakek saya bernam .H.muhamat yunus bin sutan muhamad yusuf .dan adiknya bernama ,Zainal Abidin pemain bola tempo doeloe yang cukup kesohor di era tahun 1930-an itu menurut bapak saya.namun kadang saya sendiri juga tidak tahu menurut info yang saya dapat selam mencari silsila dari keturunan kami bahwa saya ada kaitan dengan Sultan Alam Bagagarsyah .anehnya ketika saya mebaca artikel ini keberadaan meraka ada di samping saya . mohon sekiranya saudara bisa membatu saya untuk menyambung silahturahim yang terputus

admin said...

Salam admin nak bertanya tntng toknyang admin iaitu tengku malini dr sumatera indonesia. Harap pihak tuan dpt memberi sedikit pencerahan.

jojo the labah said...

assalammualaikum..
pertama kali dalam hidup saya cuba nak kenal keterunan saya..siapa sayadari mana asal susur galur saya..saya sangat singkat hal keturunan saya kerana saya jauh dari mereka..yg tua tua pun byk tiada...
klu yg saya dapat cerita yg selalu mereka yg tua di kampung cerita adalah...kami keturunan raja aceh yang melarikan diri kerana negara aceh waktu itu sedang berperang..jadi saya cuma tahu nama moyang saya abdullah,nama atok saya mohd yassin..dan saudara saya semua di pahang di raub.jadi sama tak dengan pagaruyong nie?? maaf bertanya.assalamalaikum..

Yoody Pollo said...

allahuakhbar...ini la kturunan sy yg arwah nenek sy slalu ceritakan...alhamdulillah..yg pasti kita kluarga yg besar...boleh sy thu,siapa yg prnah melawat makam nyang nakhoda di dungun?salasilah kluarga kami..

kain songket said...
This comment has been removed by the author.
kain songket said...

assalamualaikum, saya hanyalah anak muda yang ingin mencari asal keturunan keluarga saya. moyang sy lari daripada pagaruyung akibat perbalahan disana. segalanya dirahsiakan atas sebab tertentu. keluarga sy ada menyimpan baju perang yang dipakai oleh moyang sewaktu zaman tersebut. tp hanyalah cebisan kecil ( baju tersebut dibelah 8). keturunan atuk sy berasal dr pagaruyung dan keturunan nenek berasal dr bukittinggi. keturunan sebelah atuk lebih dikenali dengan gelaran 6 serangkai ( yang sebenarnya hanya 5 serangkai, seorang lagi adalah anak kpd pengasuh). tentang harimau, kg yg dibuka oleh moyang sy ini dijaga oleh 6 ekor harimau. kadang2 boleh kelihatan sehingga ke hari ini. sy ad keturunan dari alam ghaib yg datang dari ampangan pecah. selalu dtg melawat keturunannya yang sedang sakit. sehingga kini, jika 'mereka' sering datang melawat. cuma, tidak diketahui.. wallahualam.. sy hanya ingin mencari keturunan yg dirahsiakan.

Amirul Azmi said...

Keturunan Malim diraja ade yg tau ke..katanya dari sane jugak

Malaysia KU said...

Kepada Anonymous yang mencari saudara Sultan yang lari ke Malaysia. Beliau ketika lari telah menuju ke Pahang dan berjuang bersama sama dengan Mat Kilau. Setelah tamat, beliau kemudian berpindah ke Kg Simpang Tiga, Gombak dan berkahwin di sana. Meninggal pada umur 128 tahun, pada tahun 1976, kalau x silap saya.
Anak anak beliau dari isteri yang di kahwini di Gombak mungkin masih menetap di sana kalau ingin mencari.
Saudara saudara lain juga boleh di cari di Kg Sangkai Jadi, Tronoh, Perak.

Anonymous said...

saya juga salah satu saudara pagaruyung..nenek saya pernah menceritakan asal usul keluarga..melarikan diri dari istana ke malaysia menetap di melaka..ade beberapa alat kebesaran di raja..

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya cumalah anak muda yang ingin tahu susur galur keturunan saya. Nama saya Zolfadzli Syah Bin Zohaime Bin Muhamad Sori. Asal masjid tanah melaka. Ayah saya ada pernah cakap kami dari keturunan pagar ruyung. Tapi saya tak bertanya apa apa tentang susur galur ini. So saya harap pihak tuan tuan dan puan puan boleh membantu saya kerana saya ingin tahu. Ni email saya: zolfadzlisyah@gmail.com

Terima Kasih. Harap membantu sangat ✌��️

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

pagar ruyung tu bukannya negara dan bukannya kerajaan, ianya adalah dipanggil atau di gelar istana.pagar ruyung di sumatra tu pada awalnya di jaga tadbir oleh kerajaan samudra pasai dan kemudiannya di ambil alih dijaga oleh kerajaan minangkabau.selepas dibubarkan kerajaan samudra pasai ni dipecah tiga negeri,,yang pertama acheh, yang kedua jambi dan yang ketiga minangkabau. dan kalau tak percaya juga ,tuan@puan pergilah tanya raja di tiga buah negeri yang di sebut tu. tanyakan pada mereka apa yang menyebabkan terjadinya pecahan tu. itu pun kalau mereka sanggup nak jawab.

dan dalam istana pagar ruyung tu ada seorang pentara dalam yang bertaraf bendahara yang bertugas diamanahkan menjaganya. dia menjaga fekah,adab,adat,ilmu dan istana pagar ruyung itu sendiri.

Anonymous said...

Aik kenapa cerita korang lain sikit ek? Bukan abangnya keluar dari istana sebab istana diserang tebuan akibat ada orang dalam istana buat perbuatan mungkar?

Ha ke versi ni versi lain pulak? Huhu..

Seri Ashikin said...
This comment has been removed by the author.
naza deen said...

salam semua sebenarnya saya masih lagi mencari salah silah keluarga belah ayah saya. ayah saya katakan yang kami ni dari keturunan tambusai yg turun ke malaya daripada datuk saya dengan tiga orang adik beradik yang lain dan moyang kami juga kacukan dengan arab. bila saya mengkaji lagi dalam tambusai ni ade kene mengena dengan pangaruyung. siapa2 yang berketurunan tambusai disini harap2 kita boleh jumpe di mana2 sebab maklumat yang sy dapat dari ayah sy tak berape membantu untuk jejak salasilah keluarga sy. sy tinggal di area hulu selangor. kepada sesiapa yg membaca komen ni dan turut mencari salasilah ataupun tahu ape2 bole lah berhubung dengan sy melalui email nazadeen07@gmail.com. terima kasih

Teddy Kurniyanda said...

Assalamualaikum Wr.Wb kepada Tuan yang saya hormati. ...saya cucu Sutan Djamaloeddin...saya ingin bertanya adakah Bangsawan Sutan Dirajo Zulkarnaen di Padang (Sumatera Barat)?....betulkah Istri Sutan Dirajo Zulkarnaen ada yang orang eropa?...nenek saya nama Haji Noerma dari Pariaman. .mohon petunjuk informasinya dari Tuan...terima kasih sebelumnya ...Assallamualaikum. Wr.Wb.

Teddy Kurniyanda said...

Assalamualaikum. Wr.Wb..kepada Tuan yang saya hormati. ...nama saya Teddy Kurniyanda cucu Sutan Djamaloeddin ..saya ingin menanyakan apa betul ada bangsawan Sutan Marah Dirajo Zulkarnaen di Padang(Sumatera Barat)? ...apa betul istrinya Sutan Marah Dirajo Zulkarnaen orang Eropa?..punya anak Sutan Marah Noulan Zulhariyansyah ...dulu Demang Padang sampai di Pariaman...dari Sutan Marah Noulan punya anak Sutan Marah Zulkifli, Sutan Sati Hariansyah, dan Puti Naim Lenggogeni Syiah Kuala...klu ada kira2 Padang dimana?...Solok kah atau daerah Padang ditempat lain....terima kasih sebelumnya. ....Assallamualaikum.Wr.Wb..atas segala kekurangan dan kata-kata yang tidak berkenaan mohon dimaafkan. ..

Anonymous said...

Boleh tahu ? Ada sesiapa tahu tentang Jua Bin Jelanun?

Hot new's said...

Asslm...ad sesiapa tahu pasal dato melingkar alam?

Anonymous said...

Assalamualaikum, adakah keturunan pagar ruyung akan diganggu rimau dan ulor? Samada yang jadian atau yang betui?

Sriwani Safae said...

Salam. Moyang saya bernama Sutan Piaman. Saya adalah waris dr anak perempuannya bernama Puti Soyam yang telah berkahwin dgn seorang saudagar yang bernama Hj Wahid . Apa yang dimaklumkan kepada saya telah banyak kali moyang saya berpindah dari pagar ruyung ke Kuang Selangor. Salah satunya adalah sebab peperangan. Apa yang dimaklumkan kepada kami dr satu generasi ke satu generasi ialah dahulu terjadinya perbalahan di dalam Rumah Gadang sehingga menyebabkan ramai terbunuh di dalam rumah tersebut sehingga terjadinya sumpahan waris yang masih hidup akan muntah darah sekiranya menjejakkan kaki di Rumah Gadang iaitu Istana Pagar Ruyong. Waris yang dapat menyelamatkan diri ramai yg telah melarikan diri dan menyembunyikan identiti kerana malu dgn apa yg telah berlaku di dalam rumah gadang. Tapi mengikut sejarah rumah asal telah pun terbakar rumah yang ada skg adalah baru tetapi memyerupai rumah yang asal. Ini adalah apa yg diceritakan kepada kami generasi yang terkini. Kami mempunyai salasilah bermula hanya dari Hj Wahid dan Puti Soyam sahaja. Gambar mereka juga kami ada . Maklumat mengenai Sutan Piaman dan sebelumnya kami mmg tidak tahu. Saya berharap dapatlah temui salasilah yang terdahulu

Anonymous said...

Salamun alaika...

Tahun lepas semasa sedang membuat latihan pernafasan (bongkar), terbayang wajah lelaki tua lengkap berpakaian diraja berwarna kuning dtg mengacu keris ..wajahnya berkerut semacam harimau.
Mohon pandangan org tua² yg arif & berpengalaman.

Cucu cicit Kg Guai

hisham ar said...

Assalamualaikm ramainya keluarga pagaruyung aku pun dari sana ayahku ustaz abdul rahman baru mrninggal asalnya relong menetap di kg keledek kuala lipis pahang benarlah alquran menjelaskan asal kita satu Alloh membiakka kita menjadi berbagai bangsa dan puak

Anonymous said...

Assalammualaikum.. Salam persaudaraan buat smua.. Sebenar semakin dicari semakin bnyak rahsia.. tetapi mngkin masih juga ada sebahagian darinya kekal sebagai rahsia.. Saya juga tertanya2 susur galur kluarga sebelah ibu saya yang dikatan berasal dari pagar ruyong..

Dikatakan begini menurut ceritanya.. moyang sy salah seorang raja yg lari dari istana kerana enggan dirinya di tabalkan menjadi sultan.. lari ke sempandan (tak ingat nama tempat). Moyang sy telah naik ke atas sebatang pokok tualang yg tinggi dikejar pembesar negeri untuk di tabalkan.. tetapi moyang sy enggan turun walau di tunggu berhari2.. Akhirnya persalinan kebesaran di tinggalkn di bawah pokok taualang tempat dia berdiri dan para pembesar balik ke istana untuk menabalkan pewaris yg lain.. antara barang adat yg di tinggalkan adalah sepersalinan pakaian diraja dan keris tikam batu.. Saya pun dah x ingat berluk berapa sbb pernah pegang sekali ketika umur 9 tahun..

menurut cerita dr saudara sulung ibu saya keris itu keris tikam batu.. keris di katakan mampu menikam batu seandainya benar kena salur galur keturunan dari pagar ruyong.. hujungnya merah menyala.. di wariskan kepada arwah tok aki saya bernama sulaiman bin imam haji siddek tetapi bila tok aki saya meninggal keris tersebut telah di ambil oleh iparnya yg sekarang duduk di Jengka.. tidak terjaga.. saat sy melihatnya pun merahnya sudah tidak bernyala cuma masih boleh di dirikan sahaja.. Ayah sy pernah berjumpa dgn ipar tok aki dan minta di pulangkn kepada yg hak kerana bimbang akan terkena tulahan tetapi beliau enggan.. Telah di katakan mmg trkena tulahan kerana seorang anaknya bisu, seorang lg putus jari dan seorang lg gila.. Ayah sy ada juga susut galur sultan abd saman selangor jd sedikit sebanyak bab adat salasilah kluarga diketauinya justeru itu ayah mencari jejak kluarga sebelah ibu saya.. menurut ayah di lipis ada seorang pemegang rahsia adat kluarga bernama tok raja tetapi beliau sudah meninggal dunia ketika sy cuba menjejaknya.. smpai skarang tidak lg diteruskan mencari.. hampir smua tanda2 lenyap di ambil oleh mrk2 yg saya pun tdak pasti siapa.. meriam, tombak, pakaian dan keris smua diambil oleh bukan waris (ipar duwai sebelah arwah tokwan). Yg dpat di jejal cuma keris sbb ada pd adik arwah tokwan (ipar arwah tok aki) itu pun beliau enggan serahkan..

Menurut ibu lagi,keturunan moyang yang membuka bukit kota di kuala lipis.. nama padang tunku dan bukit kota itu pun asal dari peristiwa pembukaan kawasan tersebut.. Menurut kata arwah paklong sy dulu2 pun ada sahaja waris2 dari istana ke bukit kota setiap kali ada majlis adat hendak di lakukan di sana cuma keluarga kami sejak dr moyang sy yg bernama imam haji siddik tidak lg campur urusan istana malahan moyangnya juga sudah mempunyai dua nama yakni satu nama rakyat jelata dan satu lg nama yg punya gelaran di tenku atau raja.. Mngkin ada sebabnya gelaran dirahsiakan.. cuma adik beradik arwah tok aki masih ada tinggal seorang sahaja lg yg kini dikatakan bermukim di kuala kangsar.. (blom berpeluang berjumpa).. Biarlah rasia kekal rahsia tetapi setidak2 kita kenal saudara mara kita..

Tujuan saya cuma satu.. mencari jejak saudara mara.. biarpun hilang smua tanda darah mengalir tetap sama..Ukhuwah yg dicari.. Kepada yg ada pertalian dgn cerita yg nyatakan boleh berhubung dgn saya.. email sya di noryshidayah@gmail.com atau aziela5966@gmail.com
sekian wasalam

Erman Ghaz said...

Assalamualaikum wbt



Saya ingin memohon pencerahan berkenaan keturunan saya yang berasal dari Pagar Ruyung.Moyang saya yang dikenali Nakhoda Hitam ataupun Tengku Panglima Hitam.Anaknya bernama Tengku Hj Ali.Antara sebab2 mengapa keturunan saya lari ke Tanah Melayu adalah kerana pemberontakkan yang berlaku di Istana pada waktu itu.Kesahihan saya sebagai keturunannya telah pun terbukti apabila Allahyarham Ismail Hj Ali iaitu cucu kepada Tengku Panglima Hitam duduk di singgah sana Istana YTM Negeri Sembilan tanpa ada sebarang tulah yang berlaku.Keturunan saya banyak di Songsang,Temerloh Pahang.

Anonymous said...

Asslaamualaikum semua

Apa pandangan semua mengenai Tuanku Ma'lim dan puteri lindungan bulan.
Sila Bagi pencerahan bagi yang tahu Ya

Azmi Othman