KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20140121

Berikut adalah perkongsian yang diterima.
Harap ada yang dapat membantu
----------
Saya nak bertanya tentang penghulu Ahmad b Khatib Bakar Kelola.

arwah moyang saya pernah menjadi penghulu di Kelola
iaitu
 Hj Ismail terus kepada
datuk saya Hj Abdul Rahman.

Almarhum ayah saya Dato Hj Abdul Hamid b Hj Abdul Rahman,
mantan Ketua Hakim Syarie Pahang yang pertama.

saya kini cuba menjejak susur galur belah ayah saya. 

pertolongan tuan amat dihargai.

hubungi saya di ihtishamuddinhamid@gmail.com

1 comment:

Anonymous said...

salam ...tuan,,,

maklumat yang tuan hendak ,tentang susur penghulu ahmad bin khatib bakar,,,

tuan pergilah berjalan ke bukit betong jelai di k.lipis.berkenalanlah dengan waris dan pemegang amanah tuan(orang tua-tua)atau pergi ke pulau tawar dan juga tanjung besar(cari orang tua waris@kerabat tuan)

koi tak dapat beri maklumat perincian di sini(tidak dibenarkan)