-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20210330

Pendekatan 11: bila tiada tidak dicari

Tanamlah dirimu dalam tanah kerendahan

Sebab tiap sesuatu yang tumbuh

tetapi tidak ditanam

maka tidak sempurnalah hasilnya.


Tiada sesuatu yang lebih bahaya bagi sesorang yang beramal dengan menginginkan kedudukan dan terkenal di tengah-tengah masyarakat pergaulan. Dan ini termasuk keinginan hawa nafsu.


Sesungguhnya sedikit riyaa' itu sudah termasuk syirik. Sesiapa memusuhi seorang waliyullah bererti berperang dengan Allah.

Dan Allah kasih kepada hambanya:

yang suci hati

yang samar

yang bersih

yang terurai rambutnya

yang kempes perutnya - kecuali dari hasil yang halal

yang bila akan masuk berjumpa raja - tidak diizinkan

yang bila meminang wanita bangsawan - tidak diterima

yang bila tiada - tidak dicari

yang bila hadir - tidak dihiraukan

yang bila sakit - tidak dijengok

yang bila mati - tidak diziarah jenazahnya

20210323

Pendekatan 10: Keikhlasan menurut tingkat kedudukannya.

 Amal perbuatan itu sebagai kerangka

yang tegak

sedangkan ruh dan jiwanya

apabila terdapatnya rahsia ikhlas

dalam amal perbuatan itu.


Keikhlasan seseorang menurut tingkat kedudukannya.


Tingkat Orang Abrar - Amal Lillah

Iyyaka na'budu

Hanya kepadaMU kami menyembah dan tiada mempersekutukan Engkau dalam ibadat kepada sesuatu yang lain.

Amal perbuatannya besih dari riyaa' sedang tujuan amal perbuatan mereka hanyalah pahala yang dijanjikan Allah kepada hambanya yang ikhlas.


Tingkat Orang Muqarrabin - Amal Billahi

Laa haula wala quwwata illa billahi.

Tiada daya untuk mengelakkan dan tiada kekuatan untuk berbuat apapun kecuali dengan pertolongan langsung dari Allah, tiada daya kekuatan sendiri, sedang semua itu hanya daripada Allah.

Dia merasa bahawa  semua amal perbuatan semata-mata kurnia Allah kepada dia, sebab Allah yang memberi hidayah dan taufik. Ia terambil dari ayat:

Iyyaka nasta'in

Hanya kepadaMU kami mengharapkan bantuan pertolongan sebab kami sendiri tidak berdaya.

20210316

Pendekatan 9: rasa nikmat ibadat

 Beranika warna jenis amal perbuatan

kerana bermacam-macam pula

pemberian kurnia Allah

yang diberikan kepada hambanya.

Kerana itu tiap orang salih 

yang menuju ke suatu maqam (tingkat)

harus mengerti dalam ibadat ya



ng manakah

dia rasa nikmat ibadat.


Maka disitulah akan terbuka baginya

apakah dalam

sembahyang

puasa

atau lain-lainnya.

20210309

Pendekatan 8: bukakan bagi aku suatu jalan

 Apabila Tuhan bukakan bagi aku 

suatu jalan

untuk mengenal padaNYA (marifat)

maka tidak dihiraukan soal amalku

yang masih sedikit.


Tidakkah aku tahu

bahawa marifat adalah kurnia Allah kepada aku.

Sedang amal perbuatanku adalah hidayah Allah pada aku.

Marifat itu suatu kurnia pemberian langsung dari Allah.

Ia tidak bergantung kepada banyak atau sedikitnya amal aku.


Dengan segala kelakuan baik

tidak dapat sampai ke tingkat 

yang akan Allah berikan kepada aku.

Dengan dugaanlah aku dapat capai 

tingkat dan kedudukan di sisi Allah.

20210303

Persilatan Tapak Suci Di Indonesia

Bermula sebagai Pencak Silat Banjaran, yang bermula dari Pondok Pesantren Binorong yang seterusnya dikembangkan di Kauman, Yogyakarta. 


Pada tahun 1925 dibuka Perguruan Pencak Silat di Kauman yang dikenali dengan nama Cikauman iaitu Persilatan Cikauman. Dipimpin oleh Pendekar Besar M. Wahib dan Pendekar Besar A. Dimyati.


Melalui persilatan Cikauman maka lahirlah M. Syamsuddin dan diizinkan untuk menerima murid dan mendirikan Perguruan Seranoman. Perguruan ini didirikan di kauman sebelah utara.


Seterusnya melahirkan Pendekar Muda bernama M. Zahid yang melahirkan seorang murid cemerlang dari angkatan ke-6 iaitu Pendekar Moh. Barrie Irsyad.


Pendekar Moh. Barrie Irsyad seterusnya mendirikan Perguruan Kasegu.


Ada cadangan dari murid-murid Perguruan Kasegu supaya Pendekar Moh. Barrie Irsyad untuk mendirikan satu perguruan induk yang gabungkan tiga perguruan iaitu Persilatan Cikauman, Persilatan Seranoman dan Persilatan Kesegu. Maka Persilatan Tapak Suci ditubuhkan pada tahun 1963 di Kauman, Yogyakarta.


Persilatan Tapak Suci dapat sambutan sehingga berjaya membuka cawangan. Persilatan TAPAK SUCI berjaya jadi wadah silaturahmi antara pendekar yang berada di dalam aliran Muhammadiyah.


Pada tahun 1964, ketika dibawah pimpinan KH Ahmad Badawi maka Tapak Suci diterima menjadi sebahagian dari Muhammadiyah. Dikenali dengan nama Perguruan Tapak Suci Putera Muhammadiyah.


Proses ini bermula pada tahun 1960an. Pada tempoh ini Muhamaddiyah Surabaya memerlukan latihan persilatan. Ianya sebagai salah satu aspek penting semasa berhadapan dengan tindakan oleh Partai Komunis Indonesia (PKI). Bagi melatih Pemuda Muhammadiyah Surabaya Utara telah ditugaskan Agus Tcik. Pembinaan dan latihan dimulakan pada akhir tahun 1961 di Madrasah al Mufidah (Masjid Taqwa).


Awal tahun 1963, Madrasah Al-Mufidah terima kehadiran seorang pelatih bela diri iaitu M. Yazid. Maka dibentuk Organisasi Bela Diri Pemuda Muhammadiyah Surabaya Utara dengan nama TUNAS MELATI.


Pada awal tahun 1966, Pemuda Muhammadiyah Surabaya menganjurkan Pekan Olah Raga dan Seni (PORSENI) dan Pencak Silat termasuk acara yang dipertandingkan. Pemuda Muhammadiyah Surabaya Utara mahu menjuarai acara Pencak Silat.


Chusnan David yang berusia 19 tahun telah berpasangan dengan pemuda dari Pencak Tradisional Jawa iaitu Alimun. Pasangan Chusnan David dan Alimun berhasil menjadi Juara.


Pertengahan tahun 1966 Pimpinan Wilayah Muhammadiyah Jawa Timur di Surabaya melantik Chusnan David sebagai Jurulatih Beladiri Pemuda Muhammadiyah bagi gantikan M. Yazid.


Maka Tunas Melati telah telah mendirikan Tapak Suci di Surabaya. Chusnan David tidak segan-segan untuk berlatih di Perguruan Tapak Suci di Yogyakarta. Latihan bermula selepas salat Isyak hingga menjelang solat Subuh.


Akhirnya Chusnan David diberikan amanah untuk melengkapkan kurikulum persilatan Tapak Suci. Maka diciptakan Jurus Harimau. Ianya bersifat agresif, mematikan dan tidak berikan kesempatan untuk lawan membalas. Gerakan Jurus Harimau banyak kombinasi Silat, Judo dan Jujitsu.


Petua Chusnan David adalah berlatih ilmu untuk ketajaman gerak balas secara sedar dan tanpa sedar.


Kemampuan seseorang tidak diukur dari berapa lama dia latihan. Tapi berapa berat beban atau intensif dia berlatih.


Semakin tinggi ilmu yang kita miliki semakan banyak yang perlu kita belajar.


Gelar Pendekar tidak perlu dikejar karena gelar pendekar adalah anugrah. Sejatinya pendekar adalah orang yang telah berjasa pada masyarakat".


Pada tahun 1963 gabungkan tiga perguruan iaitu Persilatan Cikauman, Persilatan Seranoman dan Persilatan Kesegu telah menghasilkan nama Tapak Suci. Jurus asal telah ditukar kepada flora dan fauna. Tujuan pertukaran nama adalah untuk mengingat kebesaran Allah yang berkuasa menciptakan segala mahluk.


Jurus khas adalah:

1. Jurus Mawar

2. Jurus Katak

3. Jurus Naga

4. Jurus Ikan

5. Jurus Lembu

6. Jurus Rajawali

7. Jurus Merpati

8. Jurus Harimau


Jurus Serangan Tangan:

Katak Melempar Tubuh

Naga Terbang

Rajawali Mengibas Sayap

Tandukan Lembu Jantan

Pagutan Merpati

Merpati Mengibas Sayap

Merpati Mengibas Ekor


Jurus Serangan Kaki:

Ikan Menjulang ke Angkasa

Ikan Menggoyang Sirip

Harimau Membuka Jalan

Harimau Menutup Jalan

Benturan Harimau

Kibasan Harimau


Jurus Serangan Jatuhan:

Terkaman Harimau

Guntingan

Bantingan kedalam

Bantingan keluar


Jurus Tangkisan:

Bungan Mawar Mekar

Bunga Mawar Layu

Naga Terbang

Katak Melempar Tubuh

Rajawali Mengibas Sayap

Merpati Mengibas Sayap

Merpati Mengibas Ekor

Ikan Menerjang Sarang

Benturan Harimau

Kibasan Harimau


Jurus Pola Langkah:

Langkah Paku-Paku

Langkah Segi Tiga

Langkah Segi Empat

Sehingga kini, Tapak Suci, adalah antara 10 perguruan pencak silat yang merupakan ahli gabungan IPSI (Ikatan Pencak Silat Indonesia). Ianya bersumber pada Al Qur'an dan As-Sunnah. Menggunakan cogankata "Dengan Iman dan Akhlak saya menjadi kuat, tanpa Iman dan Akhlak saya menjadi lemah".

LINK: 

[ https://lamanpahang.blogspot.com/2012/10/senarai-silat-di-pahang.html ]

[ http://tapaksucimalaysia.blogspot.com/ ]

[ https://www.facebook.com/PersatuanPutraJerantut/ ]

SUMBER: [https://id.wikipedia.org/wiki/Tapak_Suci_Putera_Muhammadiyah ]



20210301

Pendekatan 7: Bilakah tibanya bantuan Allah?

Jangan sampai kamu ragu-ragu terhadap janji Allah

kerana tidak terlaksana apa yang dijanjikan itu

dalam keadaan telah tentu tiba masanya.

Supaya tidak menyalahi pandangan mata hatimu

atau padamnya nur cahaya hatimu (sirmu)






Bilakah tibanya bantuan Allah?

Ingatlah, sesungguhnya bantuan pertolongan Allah telah hampir tiba (amat dekat).