-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20120215

Keturunan Tun Teja Mencari Waris

Tun Teja puteri Seri Amar Diraja, Bendahara Pahang abad ke-15. Tun Teja telah diculik dari Pahang untuk dijadikan permaisuri kepada Sultan Mahmud Shah, sultan yang memerintah Melaka semasa Empayar Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Melalui perlongsian hidup Tun Teja dengan Sultan Mahmud, pasangan ini dikurniakan seorang anak bernama Amra Dewi.

Selepas 500 tahun, dua adik-beradik dari Masai, Johor, telah muncul. Mereka mengumumkan kepada Akhbar Kosmo bertarikh 3hb November 2007 bahawa mereka adalah keturunan Tun Teja puteri dari Pahang.

Bitah Matlip, 68, dan abangnya, Mahmud Matlip, 60, mengaku mereka adalah waris keturunan Tun Teja.

Kedua-dua mereka menyimpan cerita keturunan mereka ini dari datuk mereka iaitu Abdul Mahmud. Datuk mereka ini telah meninggal dunia pada tahun 1986 dalam usia 111.

Abdul Mahmud mempunyai dua isteri. Isteri muda yang dikenali sebagai Tok Esah dikatakan masih hidup dan tinggal di suatu tempat di Batu Pahat.

Bitah Matlip dan Mahmud Matlip menceritakan bahawa datuk mereka, ketika hidupnys, selalu membuat lawatan makam Tun Teja setiap kali mereka berkunjung ke Melaka. Datuk mereka akan membaca surah Yassin dan menangis di atas kubur, yang terletak di kampung Serkam.

(Selain makam Tun Teja di di Kampung Pengkalan Samak, Merlimau, Melaka, ada juga penduduk mendakwa makam Tun Teja ada di Kesang Laut, Muar, Johor)

Mereka tidak pasti apakah kaitan keluarga mereka dengan makam Tun Teja Tersebut. Tetapi ayah mereka ada memberitahu bahawa itulah kubur moyang mereka.

Bitah berkata mereka berani membuat pengumuman ini kini kerana mahu penuhi hasrat datuk mereka supaya mencari keturunan moyang mereka iaitu Tun Teja.

Sebelum ini mereka tidak berani untuk berkata apa-apa tentang siapa mereka. Mereka bimbang timbul macam-macam tuduhan.

"Tetapi kita hanya ingin mencari keturunan yang lain."

Sebenarnya mereka telah secara senyap-senyap memulakan usaha mencari waris Tun Teja bermula pada tahun 1997. Setelah selama 10 tahun mencari secara senyap-senyap kini mereka meminta bantuan akhbar bagi mengesan lain-lain waris keturunan Tun Teja.

Datuk mereka Abdul Mahmud mempunyai tiga lagi adik beradik iaitu Tok Ismail, Tok Limbing dan Tok Majid..

53 comments:

Anonymous said...

..

. said...

...

Unknown said...

assalamualaikum....sy nor ....apa yg sy lihat dn baca...aruah atok saudara hanya diberi amanah mencari warisan Tun Teja bukan NEnek moyang saudara...
sy dpt melihat dn menilai kebenaran warisan Tun Teja...krn sy aderlah keturunan TunTeja yg sebenar iaitu keturunan Tun Teja yg ke7.

. said...

Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasin Puan Nor kerana berkongsi dan menjelaskan dari sudut Puan sebagai Keturunan ke-7 Tun Teja.

Terima kasih juga kerana perkenalkan diri. Ramai sangat yang berbicara dalam Laman pahang ini tetapi tidak nyatakan nama/diri.

Mungkin Puan boleh menambah beberapa perkara yang sesuai dimaklumkan disini.

Ramai yang kagum dengan Tun Teja. Harap tidak salah menggunakan perkataan kagum.

Anonymous said...

salam...tuan dan puan,,,

[ada kekeliruan sedikit]yang perlu kan semakan rapi...dan disusun dengan teliti...

tun teja binti [..?..] bin[..?..]

sultan mahmud mangkat dijulang tu siapa kepada sultan mahmud bin sultan alauddin[sultan melaka]

mengikut susunan raja bendahara@sultan pahang tua,,,raja keturunan akhirnya sultan abd ghaffur[yang dikalahkan oleh acheh]dan mengikut susunan dia dengan tun teja berpangkat apa,,,mak sedara ke, nenek sedara ke, moyang sedara ke, ke macammana ceritanya?

perkara beginilah yang perlu dimuzakarahkan supaya tidak terkeliru dan bersangka-sangka... cuma, jangan didebatkan.

Unknown said...

maaf sy tdk dibenarkan memberikan nama penuh sy dn binti sy cukup sekadar panggil sy pn nor..dialam nyata nama sy nor...warisan Tun Teja memberi gelaran sy Putri S.... s.....cukup sy nyatakn nama dn gelaran yg diberi oleh Warisan Tun TEja(Putri S..... S.....) dn krn trlalu ramai musuh dn dendam trhadap TUN TEJA dn bila mengetahui sy diserang secara batin oleh musuh2 Tun Teja yg ader dizaman sekrg yg sepatutnya tdk perlu ader sifat dendam...cukup apa yg nak sy sampaikan dri atikel saudara/encik dn pengamantan sy datok enncik/saudara hanya memegang amanah mencari Warisan Tuh Teja yg ader dizaman skrg...semua gambar yg menunujkn makam Tun Teja semua hanya makam yg tdk ader jasad dn makam semua yg mengatakan makam Tun Teja semua tdk benar dn Makam sebenar hanya sy dn ke2 org tua sy..yg tahu dimaner makam yg sebenar dn sy sgt sedih bila ader hamba Allah cuba menipu menunjukkan makam Tun Teja bila beliau tau sy keturunan ke7 Tun Teja ....
Bila sy diberikan keizinan Allah,Allah memberikan sy satu rahmat Makam SEBENAR TUN TEJA...dgn penipuan manusia pd sy...














Anonymous said...

alhamdulillah .... Biarkan ia menjadi rahsia yang akan menjadi tanda tanya pada manusia zaman sekarang. Usah dibuka kerana ia amat merbahaya kepada saudari,cukuplah saudari yang mengerti,usah dirungkai kerana banyak gunting dalam lipatan..... Biarkan ia menjadi rahsia tidak ada sedikit kerugian pun malah byk kebaikan yang akan timbul.... PERCAYA lah segalanya kuasa allah. Biarkan byk kebaikan dari keburukan.

Anonymous said...

salam... puan ,ibu kami[nor] dan tuan, alhamdulillah,,,

benarlah kata puan dan tuan berdua,cukuplan diri memasing yang tahu dan tidak perlu orang lain yang tahu dan biarkan orang lain yang keliru dan kita aje ......

gambar makam tun teja yang dimelaka dan johor tu memang kosong[tiada jasad]sebab kuburnya ada didalam pahang berjaga elok oleh seseorang.[kubur sultan melaka@sultan mahmud suami tun teja pula ada di dalam perak].

dan kubur yang lain[dua beradik tengku muda..[gengdang selabuh]asal dua beradik yang sulung bergajah dipahang dan yang bongsu tinggal di negeri sembilan@[...], menjadi penghulu@[...]. satu dinegeri sembilan dan satu di pahang].

tidak ada satu perkara yang lebih baik dari memperbetulkan perkara yang mengelirukan dan bersangka-sangka dan menyambung siratul rahim dan meleraikan perkalahian antara dua saudara dalam islam tetapi kalau puan dan tuan berdua masih nak menyuruk silakan...koi tak melarang...waallahualam.

. said...

Terima kasih Tuan dan Puan kerana menyatakan banyak maklumat.

Inilah yang kami cuba tunjukkan:

1. Sesama kita masih berdendam. Ayat 'Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah peseruh Allah' hanya dianggap sebagai cogan kata sahaja. Masih ramai yang berdendam dalam senyap.

2. Tidal semua kita berhak untuk tahu semua perkara/cerita/kebenaran. Kerap kali kebenaran hanya menambah kuat rasa dendam/marah/benci/terkilan.

3. Kita semua ada keturunan - dalam keturunan ada AMANAH - dalam amanah ada tugas - dalam tugas ada petugas (orang yang perlu jalankan tugas) - dalam petugas ada pelapis (orang yang disiapkan untuk menerima amanah bagi menyambung tugas) - dalam pelapis ada sistem (bagaimana semua ini berjalan) - dalam sistem ada kelemahan (musuh) - dalam musuh ada kelemahan mereke (kekuatan kita) - dalam kelemahan musuh ada kekuatan kita - kita ada kekuatan kerana kita ada AMANAH. Sentiasalah rujuk kepada amanah masing-masing. Kerana dalam amanah ada tugas ...

Anonymous said...

Kalau nak bergenang sama mahsuri,kita lihat apa yang terjadi dilangkawi? kita lihat apa yang manusia lakukan dilangkawi,cukup jadikan tauladan untuk kita semua

. said...

Terima kasih semua.

Unknown said...

assalammualaikum...dn kerana itu sy
keturunan tun teja yg ke 7 dn merupakan piot kpd keseultanan melayu ke10 iaitu sultan muzaffar shah keII mendiamkan diri dek kerana dendam yg ader pd mereka dn lihat saja brbagai tomahan yg dilemparkan keatas sultan azlan shah yg maner mereka yg tdk tahu kebenaran menunding jari asal usul Baginda sehinggakn Tun Teja n sultan Muzaffar shah II dtg menemui sy menceritakan kebenaran bahawa segala fitnah yg dilemparkan keatas Baginda Sultan Azlan Shah ADALAH TIDAK BENAR...segala bukti yg mengatakan dn menceritakan asal usul Bagianda Sultan Azalan Shah semua itu BOHONG dn semoga satu ari sy dpt bertemu dgn baginda dn negara kita perak ini akan mashyur seperti negara Berunai kaya raya dgn harta karun milik keturunan Sultan Muzaffar II akan muncul dn skrg ini pun ader pihak yg tdk brtanggung jawab mengambil yg mener bukan HAK mereka...dgn ini sy selaku keturunan SULTAN MUZAFFAR II DN TUN TEJA MEGHARAMKAN MEREKA YG MENGAMBIL HARTA KARUN YG TRTANAM MILIK BAGINDA....AL-fatiha kpd baginda SULTAN MUZAFFAR II DN TUN TEJA...

Anonymous said...

Lebih baik kita diamkan sahaja kerana banyak zaman sekarang yang tak benar diketengahkan. yang benar ditutup. Pada hemat saya lebih baik disenyapkan sahaja kerana segala keburukan yang naik itu yang pasti akan dibalas nanti kita tunggu dan lihat lebih baik kerana yang jahat itu akan terhapus nanti
amin......

. said...

"Lebih baik kita diamkan sahaja kerana banyak zaman sekarang yang tak benar diketengahkan. yang benar ditutup. Pada hemat saya lebih baik disenyapkan sahaja kerana segala keburukan yang naik itu yang pasti akan dibalas nanti kita tunggu dan lihat lebih baik kerana yang jahat itu akan terhapus nanti"

Amin.

"dgn ini sy selaku keturunan SULTAN MUZAFFAR II DN TUN TEJA MEGHARAMKAN MEREKA YG MENGAMBIL HARTA KARUN YG TRTANAM MILIK BAGINDA.."

Amin.

Sesiapa yang telah mengambil / menarik harta-harta tersebut ... mereka telah pun beransur-ansur menerima ....... baik pada diri atau keluarga mereka atau orang yang membantu (tidak mengambil).

Kita tolong setakat boleh tolong ... itupun kalau mereka minta tolong.

Terima kasih kepada Ibu Kami dan Tuan/puan Tak Bernama.

Maaf kalau tersalah pilih perkataan.

Unknown said...

ASSALAMUALAIKUM KETURUNAN KELUARGA TT+SMS2.Saya hanya nak mengetahui apa yang dikatakan pewaris TT+SMS2. Apakah ciri cirinya/apa yg perlu ada pada dirinya.Blh puan ceritakan susur galur TT+SMS2 dari Pahang hingga mangkat. Saya rasa jika puan tahu jln cerita ianya tidak salah untuk di kongsi bersama asal puan tdk npkkan diri itu sudah ok.tqvm.

. said...

Terima kasih Tuan Abdul Halim Rahmat kerana berkongsi pendapat. semoga kita sama-sama mendapat ilmu yang bermanafaat.

ayu said...

Asalam...
Kepada 1 2 bloggers disini yg mengatakan mereka waris sebenar.. bolehkah tuan/puan berceritakan susur silah yang tepat disini.. dari awal tun teja berkahwin sehingga lahir seorg puteri dan kemana arah hilangnya puteri tunggalnya itu.
Kalau tuan/puan betul dari silah sebenar sila bersuara..

. said...

SETUJU dengan Puan Ayu.

Kepada yg mengatakan mereka waris sebenar Tun Teja ...

sila berceritakan susur silah yang tepat disini

- awal tun teja berkahwin
- sehingga lahir seorg puteri dan
- kemana hilangnya puteri itu

Kalau tuan/puan waris Tun Teja yang diturunkan cerita yang tidak tepat, JANGAN ceritakan disini.

HANYA Puan Ayu sahaja yang tahu cerita yang tepat. Jadi Puan Ayu boleh betulkan cerita yang tidak tepat.

Tetapi diingatkan sekali lagi ...
sila berceritakan susur silah yang tepat SAHAJA disini. Ditempat lain tuan/puan waris Tun Teja boleh bercerita yang tidak tepat.

Terima kasih pada Puan Ayu atas kesudian beliau untuk tunjuk-ajar kita semua.

Semoga Puan Ayu dapat Rahmat Allah swt atas usaha membetulkan kita semua disini.

Kami di Laman Pahang juga meminta maaf banyak-banyak kepada Puan Ayu kerana tidak tahu bahawa hanya Puan Ayu yang dibukakan Allah rahsia tentang Tun Teja.

Maaf kan kami Puan Ayu, kami hanyalah insan kerdil. Puan Ayu adalah orang yang hebat.

Anonymous said...

Ngapa semuanya diam. Kasi tambah info. Baru boleh proses.

Ikhlas dari
Indera shah

Anonymous said...

Sy ingin mmberikn info sedikit..makam yg disangkakn tun teja d kesang laut itu adlh sebenarnya makam tengku purba, ibu sultan ali sultan johor riau..makam tun teja di melaka adlh benar krn cucu cicit sume brada d sekitar kwsn tersebut..kerajaan simpan sejarah yg sebenar tetapi tidak bongkarkn kpd rakyat krn takut ramai nk jd raja n nak kuasa..keturunan sultan melaka memg sudh ad..harta d pulau nangka akn jd miliknya, keluarganya n negara..harta tersebut kepunyaan rakyat juga..cuma keturunan yg xbrhambakn duit shj yg dpt memiliki harta tersebut..sekian :-)

Anonymous said...

"Sy ingin mmberikn info sedikit..makam yg disangkakn tun teja d kesang laut itu adlh sebenarnya makam tengku purba, ibu sultan ali sultan johor riau..makam tun teja di melaka adlh benar krn cucu cicit sume brada d sekitar kwsn tersebut..kerajaan simpan sejarah yg sebenar tetapi tidak bongkarkn kpd rakyat krn takut ramai nk jd raja n nak kuasa..keturunan sultan melaka memg sudh ad..harta d pulau nangka akn jd miliknya, keluarganya n negara..harta tersebut kepunyaan rakyat juga..cuma keturunan yg xbrhambakn duit shj yg dpt memiliki harta tersebut..sekian :-) "

Kalau boleh tuan nyatakan nama tuan , baru rasa seronok bertukar-tukar pendapat.

Abu Mansor

Anonymous said...

walaupun ia adalah waris ataupun keturunan yang benar tetapi ia bukan pemegang hak serta juru kuncinya maka ianya masih bukan haknya lagi.... tetapi sumpah jurukuncinya tertutuplah ia dan dan tiada siapa pun yang boleh mengambilnya tanpa izinnya..... maka lupakanlah semuanya kerana manusia sekarang terlalu rakus akan keduniaan. Carilah yang benar semuga semuanya selamat dunia akhirat...... SUMPAHNYA anak pahang balik kepahang kata hikmah dari TUN ALI

yusoffnor said...

salam...ingat makam tun teja kat melaka.

Anonymous said...

"walaupun ia adalah waris ataupun keturunan yang benar tetapi ia bukan pemegang hak serta juru kuncinya maka ianya masih bukan haknya lagi.... tetapi sumpah jurukuncinya tertutuplah ia dan dan tiada siapa pun yang boleh mengambilnya tanpa izinnya..... maka lupakanlah semuanya kerana manusia sekarang terlalu rakus akan keduniaan. Carilah yang benar semuga semuanya selamat dunia akhirat...... SUMPAHNYA anak pahang balik kepahang kata hikmah dari TUN ALI "

Terima kasih kerana berkongsi info.
Abu Mansor.

Kepada Tuan yusoffnor,
"ingat makam tun teja kat melaka."

Terima kasih kerana menimbulkan pertanyaan ini. Moga menghasiklan percambahan minda.

Abu Mansor.

Anonymous said...

semuanya yang pentingnya adalah isinya. Kalau dapak kulit tapi tiada isinya tiada guna apa2. Ada rumah tapi tak berpenghuni ibarat nampak dimata gelap di hati.

Anonymous said...

Anonymous said...
semuanya yang pentingnya adalah isinya. Kalau dapak kulit tapi tiada isinya tiada guna apa2. Ada rumah tapi tak berpenghuni ibarat nampak dimata gelap di hati.
-------------
Maaf berterus terang. Tuan/Puan salah tempat bercerita. Kalau nak bercerita pasal kulit, isi, rumah, hati dll ... harap ketempat lain.

Jangan ganggu percambahan fikiran mereka disini.

Kalau nak datang menunjuk ilmu yang ada. Silakan. Tunjukkan kaitan dengan Tun Teja. Senang sikit budak mentah macam saya nak faham.

Sekian.
Takde Nama
-----
maaf admin kerana berterus-terang.

Anonymous said...

atok saya, asal melaka, kampung duyung melaka, pindah ke muar, skang menetap di johor, pernah dulu dia kata dia ada darah cucu cicit tun teja, dari darah keturunan sultan melaka bnyak di melaka asal dr anak perempuan tun teja,makna kata, cucu cicit anak perempuan tun teja bkn darah asli raja.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

dalam sejarah melayu, tun teja atau teja ada dua orang, maka nya kedua-duanya ada gelaran tun dan suami mereka adalah menggunakan nama serupa iaitu mahmud.

1]tun teja pertama permaisuri kepada sultan mahmud melaka.

2]tun teja kedua permaisuri kepada sultan mahmud mangkat dijulang.

mereka ini dari susur keluarga yang sama, sorang berpangkat moyang keatas dan sorang lagi perpangkat cucu cicit kebawah.

mereka ada sejarah mereka tersendiri dan masih belum boleh di buka lagi,sehingga waris keluarga ini menyambung semula siratulrahim kekeluargaan mereka mengikut lunas-lunas fekah.

Unknown said...

Jadi dimana sebenarnya makam Tun Teja?

Anonymous said...

apa yg saya nampak , niat mahu mencari waris kian menjadi satu pertandingan siapa benar siapa salah, niat baik terbertukar menjadi gelanggang luka lama berdarah kembali , sejarah ratusan tahun bukan menjadi semakin jernih malah seolah tetap keruh entah sampai bila ,

inilah kita bangsa melayu , penyakit turunan warisan tradisi dibawa kehulu , naik kebukit , menghilir mudik ke kuala , yang retak dibiarkan retak , yang bersambung malah berputus , yang putus tetaplah tak jumpa akan sambungnya ,

entah esok entah lusa jasad bercerai dari nyawa , bawalah dendam itu ke liang lahad, tiada maaf pernah dipinta , tiada jawab akan salamnya ,

yg sudah tu sudahlah, dikenang tidak memberi faedah , lihat dihadapan esok masih ada

Unknown said...

Salam...

Ada yg kata tun teja berdaulat
Betul ke...?










Anonymous said...

Salam.Sabar tak perlu ceritakan dendam itu dan ini. Yg penting kita selesaikan amanah yg telah di turun kan. Sesuatu kejadian Allah yng izin kan. Dan setiap sesuatu itu ada sebbnya. Kita kene fikir kenapa Allah izin kn sesuatu itu terjadi..Kalau nk di kirakan dendam atau dengki..bukan kamu seorang.bukan hanya keturunan kamu.... "hanya kerana untuk menjadikan orang lain hidup senang.."

Ayu said...

Salam, lama xupdate dan jalan2 disini sambil membaca. TERIMA KASIH "IP" atas kata2 kepercayaan anda. Sebenar senang cerita. Waris asal jarang nk cerita. Tulis2 sebab mereka tahu apa yang patut dan xpatut public tahu.semua org boleh mengaku kebenarannya. Tapi dimana "BUKTI KUKUH" anda secara fizikal, nyata dan bukti lain2 atau hanya sekadar cerita omong kosong org2 tua2 shj..
Jika begitu sy juga boleh saja2 tulis kononnya saya dr keturunan teja ke. Sultan Kedah ke.. raja pahang ke.. sultan Aceh ke. Tapi tak ada pon bukti2. Sekadar dgr sembangan org2 tua2 dulu2 turun temurun "katanyaaaa".. btul kan bloggers

maaf ye. Sy skdr bercerita shj dan berkongsi sembang. Jgn stress hihi

Ok nak reply quotes2 diatas.
Ade artikel diatas mengatakan tun teja dan warisnya "anak perempuan tun teja" yang ade seorg bloggers diatas kata.." BUKAN JATI DARAH RAJA LAGI" knp kata begitu.
Nanti jika benar dia masih darah raja. Sehingga gugus ke 7 nya spt lagenda mahsuri.
Bkn ke kena tulahnya. Maaf ye.
Soalan sy mudah untuk semua. Jika ada yg berani tulis apa jwpn utk soalan dibawah.
Dengan tepat dan sahih. Syukurrr.. andalah waris jati tun teja sebenar yg dicari.

1. Siapa suami tun teja iaitu ayah sebenar pada anak perempuan itu?
2. Kemana anak itu hilang?
3. Mana satu makam sebenar tun teja?
4. Dengan siapakah Anak perempuan itu Bernikah sehingga adanya waris jati sehingga kini?
5. Adakah mereka masih JATI berdarah BIRU sehingga kini?
6. Siapa nama anak tun teja, nama lengkap dan timangan atau lain2 (soalan paling mudah jika org itu benar waris. Pasti ketahui kat google pon xde.."

Jadi jangan lps satu. Satu semua.mengaku waris. Saya rasa waris sebenar pon kalau boleh tak mahu cerita siapa mereka diketahui. Biarlah ia terus dimakan zaman dan kenangan.

Sabar tau semua.. jgn pening2..jgn bergaduh pasal dendam..hihi chill
Kisah tun teja ni misteri kerana adalah kisah tersurat dan tersirat.
Tu sahaja. Yamg mungkin ada sebab kenapa waris sebenar tak nak org tahu dan trs bersembunyi.. tu hanya alasan mereka sendiri. Wallahualam


Utk soalan YUSUF
Sy cuba tlg jawabkan.
benar... tun teja ada daulatnya sehingga kini.
Sehingga kini daulatnya masih kuat.


Saya tak berani bercerita lebih bloggers. Takot terlebih kisah dan batas yang boleh sy kongsikan.cuma pada yang mengatakan bukan JATI DARAH RAJA. Hati2lah..
Dalam meletakkan sesuatu info. Kita doalah semoga waris2 sebenar hidup aman damai bahagia.. pon dah lebih elok. Walaupon mereka tidak diasuh spt anak raja yg lain.
Sama2 kita doa yg baik2 je. Amin...



Anonymous said...

salam,tuanpuan.


sebahagian dari kiasannya;

ayah sultan azlan shah perak itu adalah adik beradik kepada sultan perak yang bernama raja abdullah.dan raja abdullah perak mengangkat sultan azlan shah itu sebagai anaknya pula.[yang orang ramai sebutkan sebagai anak angkat itu].

waris susur keturunan sultan azlan shah itu perginya kepada sultan mahmud shah melaka[bini kedua] dan nama sultan mahmud shah melaka yang seberar lain dan bukan mahmud shah.[itu gelarannya]. bergitu juga alauddin shah melaka[itu gelaran]nama sebenarnya lain.bergitu juga kepada mansur shah melaka dan muzaffar shah melaka.

maka yang lainnya,fikir-fikir lah, dengan aman dan tenang,jangan berbentak-bentak.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

fikir-fikirlah....[kiasnya]

1511[tahun portugis dapat kota melaka],
2011[cukup 500 tahun],
makakan;mahmud mangkat dijulang tu cuit kepada mahmud melaka,dan abd ghafur tu cucu kepada mahmud mangkat di julang[abd ghafur muhiddin shah tu tahun berapa].[carilah jawapannya di benteng beras basah, perak].

jawapannya ada pada tuanpuan sekalian.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam,tuanpuan.

tuan,nur fairuz.

maaf,kami tidak dibenarkan berhubung melalui emel. dan kalau ingin memberi soalan,sila kemukakan dalam blog ini. dan kalau inginkan jawapan secara [tidak mahu orang lain tahu; carilah kami di pahang ini.

kesemua persoalan dan jawapan akan dibentangkan dalam blog ini,dan jawapan yang aib,akan dijawab dalam kias,tidak jawapan terus terang.

Ayu said...

Terima kasih atas apa encik katakan. Betul kenapa semua mesti mngaku2. Tp bila disuruh susuh silah itu semua seolah2 berkata. Oh hanya ayah/atok nenek sahaja tahu. Jd logiknya. Kalau input dr atas tu pon xsahih.. maka begitu ramailah semudahnya mengaku2.

Secara logiknya la ini pendapat saya shj. Kalau mahsuri ade waris sebenar sebelum ni ddk diam. Maka xmustahil yg diam tu waris sebenar.. sbb mesti ade sebab musabab kenapa ia ddk berdiam diri.

Kedua. Kalau dr gen asal. Xmustahil. Waris tu ade raut teja. Atau pada dirinya ada penanda bukti yg kukuh.. pada saya takde 1 pon mustahil.

Korang tgk cerita DAYANG SENANDUNG? apakata lorang hadamkan kisah dayang senandung tu.. sedikit sebyk walaupo 10% tu la kehidupan org istana zaman dahulu kala.. tak de apa yg mustahil. Mgkn juga mereka memolih hidup spt orang biasa diluar spt diarahkan turun temurun.

Ketiga. Apa kata korang pergi tny istana pahang. Apa ye penanda nak tahu org tu betul dr teja. Mgkn ade kalung istana yg limited edition ke.. cincin nya ke. Apa ke. Mesti ade..walaupon hanya lakaran potret sbnr?? yg hanya istana pahang shj tahu
. Xmustahil kan?

Ke empat.. teja punya ank pompuan tu kawen siapa? Setahu saya anak pompuan die yg korang kata da xde daulat.. yg kawen org biasa tu.. setahu saya la.. sehingga zaman skrg mereka masih kawen kerabat setaraf atau kawen silah.. yg daulatnya masih ada dan waris yg sedia ada itu jati. Itu setahu saya lah.. mengenai isue ni dalam isue sejarah melayu yg hilang dr pandangan nusantara melayu.


Kelima. Kenapa kalian yakin tu bukan makamnya. Adakah kalian pernah ada sewaktu zaman itu? Kenapa wujud kisah makam kedua kononnya.. yg tu betul?

Korang xnampak ke manipulasi yg cuba buat supaya... utk apa? Korang ddk dan fikir


Ke enam. Org tidak perlu tahu siapa saya dalam bersuara isue ini. Sekalipon saya tahu siapa.
Cuma jima kalian rasa ada benarnya kalian yg betul.
Permintaan nya cuma mohob ditulis nama gelaran yg tun teja pakai. Nama gelaran istana yg anak puteri tunggalnya pakai. Gelaran yg mereka pki turun temurun utk anak2 perempuan. Dan apa gelaran pula utk cucu cicitnya yg lelaki pula. Siapa sebenarnya suami teja. Dan teja dan tuah tiada kena mengena dlm sejarah melayu... terlalu byk benda yg telah dimanipulasikan

Serta dari pokok dan dahan mana terjadi keturunan itu sehingga akhirnya masih ada yg jati. Masih menngikut adat.


Oklah.. sama2lah kita memartabatkan sejarah melayu. Assalamualaikum ;)










lp said...

SETUJU dengan Puan Ayu.

Kepada yg mengatakan mereka waris sebenar Tun Teja ...

sila berceritakan susur silah yang tepat disini

- awal tun teja berkahwin 
- sehingga lahir seorg puteri dan 
- kemana hilangnya puteri itu

Kalau tuan/puan waris Tun Teja yang diturunkan cerita yang tidak tepat, JANGAN ceritakan disini.

HANYA Puan Ayu sahaja yang tahu cerita yang tepat. Jadi Puan Ayu boleh betulkan cerita yang tidak tepat.

Tetapi diingatkan sekali lagi ...
sila berceritakan susur silah yang tepat SAHAJA disini. Ditempat lain tuan/puan waris Tun Teja boleh bercerita yang tidak tepat.

Terima kasih pada Puan Ayu atas kesudian beliau untuk tunjuk-ajar kita semua.

Semoga Puan Ayu dapat Rahmat Allah swt atas usaha membetulkan kita semua disini.

Kami di Laman Pahang juga meminta maaf banyak-banyak kepada Puan Ayu kerana tidak tahu bahawa hanya Puan Ayu yang dibukakan Allah rahsia tentang Tun Teja.

Maaf kan kami Puan Ayu, kami hanyalah insan kerdil. Puan Ayu adalah orang yang hebat

admin said...

Assalamualaikum..
Saya perkenalkn diri sebagai arra sahaja..dalam saya mendalami kesultanan melayu melaka-johor-melaka utk pengajaran dln kelas, sy tertarik dengan maklumat sultan mahmud syah I ada berkahwin dgn tun teja..menjadi pertanyaan sama ada sultan ahmad adalah drpd putera tun teja atau bukan?memandangkan perkahwinan sultan mahmud bersama tun fatimah melahirkan raja ali@raja alauddin..mohon penjelasan agar generasi muda celik sejarah melayu nya..harap membantu

Unknown said...

Assalamualaikum, bagaimana kalau saya menyalahkan Makam Tun Teja sebenarnya berada di Perak.

Unknown said...

Kita adalah saudara

tok pakeh temenggong said...

Salam
Kenapa tidak puan ayu saja yg cerita .
Jika kisahnya benar , ia memadamkan kisah lain secara otomatis .
Masalahnya terlalu banyk cerita . Hinggakan kisah benar pun org tak endah

Unknown said...

Sy setuju yg ni, panjang sungguh citer tun teja.... sedih pun ada, nak ketawa pun ada....

Beautyfall said...

Time Tun Teja tahun da lama.. skrg tahun 2000 lebih .. rase keturunan ke 7 Pon da meninggal.

Beautyfall said...

Btw kalau keturunan ke berapa skalipon mane boleh nk same mcm raut moyang dulu? Tk logik.

Rose Mawar said...

Tapi kn makam yg kt melaka tu wangi. Nenek n makcik gi melawat dulu bg tau. So baru2 ni saya bawa mak n adik plak gi melawat .. mmg betul wangi n terasa damai je kat makam tu.. korang yg melwat pun rasa benda yg sama mcm keluaga saya ke..

Anonymous said...

Maaf atas pertanyaan ... bagaimana tun teja bole ke melaka siapa yang membawanya ...sila memperjelaskan ... supaya anak muda tidak keliru tentang banyak hikayat ..

Anonymous said...

maaf,hanya sekadar ingin mengemukakan kisah, tak silap saya, hang nadim yang memujuk tun teja untuk ke melaka agar dapat disatu kan dgan sultan melaka iaitu sultan mahmud. sy pun pening jugak sbenar nya��

Unknown said...

Assalamualaikum

Harap diampun wahai kekanda Nor.Adinda pacal yg hina mohon mengadap. Cakna Kanda Tuah Dan Cakna Kanda Teja sudah difitnah terlalu lama. Adalah baik Kita berbaik sangka.Buang yg keruh ambil yg jernih.

Adinda tahu kekanda bukan saja dibumi nyata,tetapi apakan daya orang tiada Kan percaya. Sementelah itu adinda bermohon kekanda memaafkan rakyat jelata. Janganlah kiranya kanda menyumpah mereka Karena sudah banyak beban Yang ditanggung.

Kita hanyalah hamba Allah.Berserahlah diri pada Allah SWT sebagai pencipta kita. Tidak usahlah disebut tentang harta yg tertimbus.

Adinda sudah pun membuka kunci harta amanah Nabi Ibrahim As untuk dikongsi sesama pejuang² Islam dan fakir miskin. Jgn disumpah ya Kanda.Bijaklah kanda berbicara agar tidak jadi lagi sengketa lama. Halalkan harta yg diambil. Biarlah Allah sahaja yg menghukum.

Maafkan adinda terlalu lancang bicara. Bermohon sembah harapkan diampun adinda pacal yg hina mengundurkan diri.Titipkan salam adinda pada keluarga kekanda. Semoga Allah merahmati kita semua.

Satar said...

Salam pn nor. Atau tuan admin. Saya Satar dari Asahan, Melaka, di kaki gunung ledang, ada lah juga dari jurai Tun Teja. Saya skrg tinggal diTmn sert Bayu, BaganLalang, Sepang, Selangor. Saya sedang berusaha untuk mencari waris2 dari jueai tun teja utk suaikenal. Boleh hubungi saya @ 0198097968. Terima kasih.

Melaka Kingdom said...

Salam semua. Saya Sata, asal dari Asahan,
Melaka.
Mohon Puan Nor boleh respond.
Saya sedang usaha untuk me cari waris2 keturunan Dari jurai TunTeja. Dan jugak sedang usaha untuk me cari makam sebenar Tun Teja. Sebab maklumat yang saya perolehi iaitu makam Tun Teja adalah dikaki Gunung Ledang.
Bukan ya yang ada diMerlimau. Makam diMerlimau itu ada lah simbolik sahaja.

S..s said...

Salam puan Nor.. tlg pm saya.. ada yg saya nak tanya n agak penting 0165358031 ( puan nor keturunan tun teja )

Amie Temasik said...

Sy Amie.
Namanya Putri Amara/Amra Dewi.
..
Waktu ni zaman² hang Nadim masih muda lagi , betul.