Pihak kami menerima semakain banyak pertanyaan melalui 'comment' dan email. Tidak semua dapati kami jawab segera. Ada jawapan yang memerlukan kami dapatkan pengesahan (walaupun kami telah tahu). Kebanyakan pergerakan kami menggunakan perbelanjaan sendiri dan kenderaan yang seadanya. Untuk itu mungkin ada jawapan yang akan lambat diberi, sehingga keadaan kewangan kami stabil.

20120101

Rawa di Pahang

Berikut adalah serba ringkas catatan olen Neguai tentang Rawa di Pahang.

RAO [RAWA]{diPAHANG}
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Mencari@menyusun keturunan itu harus dibuat supaya tidak putus zuriat
Khas untuk AHLI WARIS PAHANG di seluruh Malaysia yang mencari kebenaran dalam sejarah silam yang hilang

INGATAN

NABI MUHAMMAD S.A.W. { RASULULLAH} MENYEBUTKAN :   KETURUNAN DARI BANI HASHIM [sebelah ibu] DAN BANI ABU MUTALIB [ sebelah ayah], TIDAK BOLEH MAKAN [AMBIL/MENERIMA] HARTA ZAKAT DAN SEDEKAH.

Tanggapan  yang keturunan nabi [ susur dari saidina ali dan Fatimah rasulullah kepada saidina hussain]  tidak boleh makan harta zakat perlu diperjelaskan dan diperbetulkan. Bukan sahaja dari susur tersebut sahaja yang dimaksudkan tetapi melibatkan susur yang lain dari bani hashim dan bani abu mutalib. Kalau ada ahli waris yang termasuk dalam susur  keturunan yang tersebut beringat-ingatlah.
Padah nya amat berat dan dasat kepada mereka dan keturunan mereka.

TOLONGLAH JUJUR DALAM MENYUSUN SALASILAH, JANGAN SEMBUNYIKAN  YANG BENAR DAN SALAH (menipu)DARI SUSUNAN KETURUNAN

Jangan dipersalahkan orang lain [hidup atau mati] diatas kekeliruaan yang telah berlaku, kita sebagai ahli waris yang masih bernafas dan bernyawa ini [yang mempunyai akal dan NUR islam pemberian dari ALLAH, berfikirlah dengan waras], harus memperbetulkan  tanggapan yang salah  dan jangan sekali-kali hanya bersangka-sangka semata-mata kerana kita akan dipersoalkan didepan ALLAH , dipadang mashar pada hari pembalasan nanti. Adakah tuan-puan telah ada jawapan untuk mempertahankan diri,,,,,, untuk itu???????

YA ALLAH ya tuhankami, kami berlindung pada Engkau dari hembus bisik syaitan dan kami berlindung kepada Engkau dari kehadiran syaitan.

YA TUHAN KAMI, BERILAH  KAMI DARI SISIMU RAHMAT DAN SEMPURNAKANLAH BAGI KAMI PETUNJUK DARI URUSAN-URUSAN KAMI.

Ya Tuhan kami, tuanglah kesabaran atas diri kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir.
Ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau jadikan hati kami sesat setelah Engkau berikan kami petunjuk dan berilah kami rahmat pada sisimu, sesungguhnya Engkau zat yang Maha Pemberi Kurnia.

Soalan;
1. RAWA apa maksud nya?
2.Orang RAWA nak khawin , cari orang GUAI, kenapa? Dan apa maksudnya?

Jawapan;
RAWA disebut dalam bahasa RAO makna
1.    Sawah, Paya atau Pamah
2.    RAO adalah nama pahlawan utama MAJAPAHIT, yang pulang ke tanah Rawa dan keturunannya digelar orang RAO. Apabila orang Rawa nak khawin,  cari orang guai ,  sebab Rawa Guai adalah jati dan keturunan diRAJA , dari seorang yang bergelar MAHARAJA OMBAK,( dalam bahasa kita) dan ini ada susur galur dari keturunan Raja AGONG ISKANDAR ZULKAINAIN. Sultan Taufik yang ada sekarang adalah sultan yang ke 35 sejak cucu iskandar zulkanain. [ ini bukan dongen]

Soalan;
      Siapa dia bendahara megat komeng dan gading(bini), keturunan raja melukut dari susur galor syed abd rahman putra, Pagar Ruyung. [terengba diguai].

Jawapan;
Itu adalah nenek moyang kepada Sultan Taufik sekarang ni. Orang tau hanya pagar ruyung je. Bukan RAO. Sebenarnya Rao adalah empayar yang besar, termasuk Pagar Ruyung, Kampar, Acheh dan banyak lagi.” Dulu dia orang ada sengketa keluarga ,dan nenek moyang kita mengalah dan diserahkan tahta kepada keturunan Sultan Taufik. Mereka lari ke Pahang dengan semua bala tentera dan orang- orang besar dan lain-lain.
Koi (pakwa ?) pergi jumpa Sultan Taufik  tahun lepas. Bila dia tahu siapa koi ni (juga  saudara-saudara dari lanchang), dari atas kerusi Sultan Taufik terus turun kebawah besela atas karpet dengan kome. Dia yang cerita pasal perpecahan keluarga tu.(kembang hidung kome sekejap)

Soalan
??????,,,,,,,,,,,,,,????????????????,,,,,,,,,,,,,,,,,,??????????????,,,,,,,,,,

Jawapan

TOK MENGKARAK adalah berdarah Raja  Mutlak. Rawa di mengkarak, rawa di guai dan rawa di lanchang adalah bersaudara rapat dan mereka yang bersamanya adalah diantaranya tok langit ,, tok ju ,, tok biah ,, dan yang lain-lain.

Jawapan

Orang tiga beradik,asal nya datang dari bukit seguntang , Sumatra. [versi] .datang ke Pahang hanya untuk bermukim , tempat tunjangnya adalah , bukit segumpai dichenur, guai dan raub. [versi]. Orang tiga beradik ni adalah keturunan asal. Bukan dia mintak bermukim diguai tapi adalah peneroka asal. Dia orang atur tiap-tiap keluarga disepanjang kiri kanan sungai Pahang. Ini keturunan dari [lebihkurang] 5atau6 jenerasi keatas keturunan yang ada sekarang . nama –nama tu bukan nama asal, itu nama baru setelah nama diraja dibuangkan. Ini kumpulan hulubalang dan berani “gila”. Segala ilmu adakat dia orang.

jawapan
Tok ombok [ maharaja ombok], [tengku embak] adalah seorang dari pupu 40 minang kabau yang datang untuk menyelamatkan kerajaan seri menanti dinegeri Sembilan dari rampasan kuasa oleh ???.. mereka ini tidak kembali ke tanah minang kabau dan seorang darinya adalah tengku embak, diseri menanti dia tidak boleh jadi pemerintah kerana telah ditabalkan seorang disana. Oleh itu dia dan seorang lagi, mereka telah masuk kepahang  dan bermukim di raub dan dia berkhawin dengan tengku rokiah [versi], ????.. setelah beroleh anak, dia berasa hati dengan keluarga tengku rokiah, lalu meninggalkan raub dan membuang gelaran tengkunya dan datang serta bermukim di guai dan berkhawin pula disini, dari guai dia telah pergi  dan bermukim pula ke bolok [lanchang] dan berkhawin disana. Dia mati dan berkubur dibolok.

Jawapan;
Cerita berkenaan RAWA ni ada tiga tahap migrasi;

1.    Orang dari Pahang yang pergi ke Sumatra dan kemudian berhijrah balik ke Pahang.
2.    Migrasi awal (tua) ke Pahang selepas no 1. Penempatan dari ulu lipis hingga ke pekan disepanjang sungai Pahang.
3.    Migrasi kemudian sebab berdagang dan penjajahan. Bagi keturunan kita ,dari no 1 dan no 2. Sebab tulah takde seorangpun keturunan kita yang tau cakap bahasa Rawa. Semua cakap lograt Pahang’ yang ada lebih 25 lograt tempatan. Cuba fikir orang  Guai dah lain lograt dengan  orang Kuala Triang. Tu menunjukkan berapa lamanya keturunan kita menetap di Pahang.

MELAYU DELI [orang asal tetapi bukan  orang asli]  yang pergi ke Sumatra dan hijrah kembali ke Pahang;   ????????????
MEREKA INI adalah orang yang asalnya [datang] dari tanah besar *kerajaan yunan[tanah yunan] [kalah ditakluk] mereka  turun ke kerajaan champa[tanah champa] [kalah ditakluk], apabila kedua kerajaan ini bubar, orang –orang ini telah berpindah kemerata tanah dinusantara yang bergelar MELAYU . [versi] jadinya islam  dikelantan, Pahang, berkemungkinan lebih awal dari kedatangan islam kemelaka.

Peneroka awal Pahang; yang digelar orang tiga beradik yang asalnya  dari keturunan bukit seguntang Sumatra dan telah bergabung dengan  melayu deli.

Perpindahan ke tiga; dalam kelompok yang ramai kerana kalah dan penyerahan kuasa secara aman disebabkan pertikaian keluarga disumatra , yang menang menggelarkan diri sebagai orang [puak] minang kabau [yang memerintah di tanah Sumatra hingga sekarang ini] dan yang kalah pula telah berpindah ketanah melayu [teutamanya di Pahang] dan itulah kumpulan rawa kedua. Dari pemerintahan raja melukut yang berpindah bersama – sama kerajaan dan bala tenteranya serta semua pengikut-pengikutnya.

Kedatangan kumpulan keempat; dari orang rawa dari minang kabau yang untuk menyelamatkan tahta kerajaan seri menanti [negeri Sembilan] mereka ini adalah keturunan raja minang kabau [hulubalang] mereka ini digelar [dikenali sebagai] pupu 40 seri menanti atau pupu 40 minangkabau. Apabila selesai urusan di seri menanti, mereka ini tidak kembali ke tanah minang tetapi telah bermukim rata ditanah melayu terutamanya di Pahang. Salah seorangnya ialah tenku umbak atau [tok ombok, maharaja ombak] gelaran dipahang.

Kedatangan kumpulan kelima; dari orang rawa/ minang [kaum agama]  yang melarikan diri [menyelamatkan diri] dari perang paderi ditanah minangkabau , ianya diantara kaum adat dengan kaum agama walaupun mereka ini adalah sedarah sedaging [bersaudara]. Mereka ini menggelar diri mereka RAO.

Kedatangan yang ter kemudian; adalah dari golongan  berdagang , mencari penempatan baru untuk bermukim dan datang mencari serta melawat saudara mara dipahang dan kemudiannya terus menetap [tidak pulang ketanah minangkabau].

Mereka –mereka ini telah bergabung dan menjadi entity atau masyarakat dan penduduk bumi Pahang hingga kepada yang ada sekarang.

Dari zaman sebelum adanya kerajaan Melaka lagi, telah pun terdiri nya kerajaan  dipahang ,yang mana kerajaan terakhir Pahang tua yang diperintah oleh sultan abd jalil [sultan abd jamil] telah diserang dan dikalahkan oleh kerajaan ahceh dan sultan abd jalil dapat melarikan diri bersama isterinya puteri bukit betong[mengikut cerita dia menyelamatkan diri ke Terengganu, ada versi dia mati di sana dan ada versi dia  berundur ke tempat lain selepas dari terengganu]. Pemerintahan nya  ditanggung oleh ??? sebagai bendahara[memangku sultan] .
Nama mangku pahang selepas melaka mengambil alih pahang dari kerajaan siam adalah: tun mamat,, koris,, kedatun,, tun ali [bendahara ali]
Versi; sebelum versi yang diatas, Pahang bawah perintah  kerajaan siam [   ?  ],yang ditakbir oleh seorang wazir yang bernama ? . kerajaan islam Melaka pada masa itu telah menyerang dan mengalahkan Pahang dan menawan wazir Pahang dan dibawa kemelaka [versi, beliau tidak dibunuh seperti yang diketahui tetapi telah di islamkan dimelaka oleh sultan Melaka] dan sultan Melaka telah menghantar tun mamat menjadi ketua dipahang [bendahara] atau memangku wakil sultan Melaka di Pahang. Rujuk kepada cerita islam ditanah melayu atau kesultanan melayu atau wali sogo [wali tujuh dan wali Sembilan ditanah melayu]. SEBAB sebelum siam menguasai Pahang, Pahang diperintah oleh kerajaan yang bergabung dengan kerajaan cermin jeddah [yang dibawah pemerintahan maharaja bukit seguntang, keturunannya].

Pahang telah bertukar tangan dan pemerintahan semanjak  bergelar PAM [nama negeri Pahang tua]
Dan semenjak itu peperangan merebut kawasan oleh raja-raja dahulu kala tidak pernah berenti. Sebab itulah  bila disebut RAWA, orang akan mendiamkan diri. RAWA dan RAWAyang berkacukan arab dan yunan[champa],mereka ini lah yang menyebarkan islam dan membawa islam bersama semasa berperang.

ADAKAH Tuan –puan berasa malu untuk mengakui berketurunan RAWA sekiranya cerita sebenarnya, tuan-puan  mengetahui. Tok –nenek kita adalah penyebar agama islam dimasa dahulu dan sebab itu ada ahli waris yang bergelar syed, kerana ramai orang yang bersemenda menjadi ahli waris.

**untuk perhatian; Bugis dan lanun laut adalah dua jenama  yang berbeza yang dikelirukan oleh orang-orang yang menjadi tali barut kepada ?????. walaupun satu rumpun tetapi perbezaan diantara mereka amat ketara.
*Bugis sebenar, mereka ini bernegeri dan ada tanah airnya.
*Lanun laut, mereka ini tidak bernegeri dan telah dibuang oleh kaumnya sendiri. Mereka menjadi askar  upahan dan tali barut kepada ,,,,,,,???.

Kemasukan potugis,, belanda dan inggeris lebih memporak perandakan Pahang kerana mereka lebih kepada melaga-lagakan ahli waris disebabkan untuk mendapatkan dan mengaut hasil bumi Pahang.

INIlah bermulanya pertelingkahan dalam Pahang yang dashat sehingga keadilan diletak ketepi. Perundangan islam dipinggirkan

PAHANG satu tanah yang dari adanya orang dan kerajaan sentiasa dalam setuasi kontravesi  dan  sehingga lah kehari ini setuasi itu belum lagi reda-reda.

ORANG BERLAPAN [sumpah pulau tawar], mereka ini lah tunggak kepada kerajaan  Pahang yang ada sekarang selapas dari kerajaan pahang tua. Mereka jugalah yang telah diistihar sebagai ahli waris oleh wan ahmat [sultan ahmat  1] Pahang dipulau tawar sebelum perpindahan ke pekan.

Selepas ini lah cerita kepada pepecahan akan bermula dan cerita yang sebelum kepada pepecahan akan diceritakan seiring dan bersama kerana versinya terlalu banyak dan adakalanya tidak dapat disahkan cerita-cerita tersebut. Terserahlah kepada tuan dan puan dan keturunan dari ahli waris untuk berfikir dan menterjemahkannya, adakah kisah atau cerita ini , ???????????,.

Susurgalur ni adalah nenek moyang,,,,,,, mereka merasiakan siapa diri mereka .tak siapa yang berani melanggar sumpahan keturunan.

SUMPAH RAWA:-  DIBUANG BATU KELUBUK, KALAU TIMBUL KEKALlah “ RAJA” YANG ADA.
                                 DITANAM POKOK  KELADI TERBALIK ‘DIPACAK PELEPAH KETANAH’ JIKA TUMBUH                           KEKALlah “DIRAJA”KAMI
Batu tak timbul dan keladi tak tumbuh maka jadilah orang biasa kami
Datuk nenek kita dulu adalah ‘KASAF’

Ahmad dah jadi nelayan di Terengganu, .... Bahaman ..... dia dan jadikan dia .....
Disitulah .....nya
Mereka  juga tahu siapa dia, juga mereka takut pada bayang-bayang sendiri
Ista.. yang takut kalau-kalau………………………………
Rawa adalah setia, taat dan beriman
Rawa datang dengan sumpah, semua gelaran diraja dibuang sebab dia orang, ramai yang bertaraf wali. Taknak anak cucu lupa daratan disebabkan[jika] gelaran DIRAJA kekal.

AMANAH MOYANG KITA [RAWA] DULU ADALAH AMANAH BERSERTA DENGAN DOA, DIABADIKAN DENGAN KALIMAH.
Mana-mana anak cucu yang engkar WAJIB akan terima padah yang paling berat sejak didunia lagi
Tak payah tinjau jauh, pandang keliling kita dah Nampak terang-terang buktinya. Kadang-kadang mereka dah masuk neraka sebelum manpus……….

*orang kata;  kalau sesat boleh balik kepangkal jalan, tetapi kalau salah jalan kita akan sampai juga tetapi lain jadi matlamatnya*

Ini adalah orang berlapan yang membuat sumpah dipulau tawar [sumpah pulau tawar] dan menaik serta mengakat wan ahmad sebagai raja [sultan] dan mereka-mereka ini jugalah yang telah dicop penderhaka dan diburu untuk dihukum oleh .... ...... yang terkemudian setelah di cucuk [fitnah] oleh orang putih dan tali barutnya yang inginkan kekayaan dan kuasa…mereka adalah ahli waris serta hulubalang semantan dan hanya menjadi satu warisan sejarah sahaja yang tidak dimartabatkan pada kedudukan mereka yang sebenar dan asal.
TOK BAHAMAN.. TOK GAJAH..TOK GARANG DER SETH..HAJI TAHIR..TOK MUDA NONG..TENGKU ABD RAHMAN(nama sebenar)..WAN ISMAIL..[         ?     ]…(WAN AHMAD)TAPI SIAPA DIA SEBENARNYA.

Ini pula adalah panglima dan hulubalang yang berlawan[ sebahagian nama] dan berperang dikelang (perang kelang) bagi menyelamatkan tengku kudin anak tengku alam shah [ anak saudara kepada tengku umbak atau maharaja ombak atau tok ombak. Mereka datang dari dua kumpulan , satu dari orang kaya semantan dan kedua dari orang kaya chenur, dibawah imam perang MAT AKIL.. imam perang MAT SAMAN..dan panglima perang*antaranya

TOK PANGLIMA BEBEG[b.s]..KONET[b.s]..BIDI[b.s]..BURUK KENING[b.s].. SAMAH[guai].. SARIH[b.s]..KAKAP NORDIN[b.s]..LEBAI MAT SAID(GAGAH)[sem],, ORANG KAYA TAHIR[sem],, TOK MUDA ZAINAL[guai],, YAHYA[guai],, HAJI HASSAN[b.s],, SEIAYA[b.s],, OMAR,, PANGLIMA TUJUH LAPIS,, TOK GARANG DER SEHT,,TOK GAJAH,,PANGLIMA P WEEH,,IMAM PERANG YAMAN.

Bermulanya kedatangan orang putih dan tali barutnya ke Pahang, maka terjadilah perselisihan didalam ahli waris sendiri. Satu menentang dan satu menjadi serba salah maka di turut kan titah yang terfitnah, terjadilah pemburu dan diburu dan yang kalah,hukum nya bunuh dengan tiada bicara kerana aibnya air muka dan martabat diri. Permusuhan itu berbalik-balik dalam senyap sehingga kehari ini bersambung dan disambung oleh pewaris dan keturunan yang tak tahu usul asal cerita dan tidak mahu memeriksa cerita yang sebenar. Maka itu lah ahli waris tidak bersatu dan saudara menjadi jauh. Adik abang menjadi musuh.

Itu baru satu cerita, belum lagi cerita pasal terhirisnya hati disebabkan pembelutan dan menjadi dendam didada……………

[VERSI] KETURUNAN DI PAHANG [SUSUR-SUSUN DARIPADA]……………………………………
TOK BUNTUT > TOK WARING > TOK WADIK > TOK INANG > TOK BUYUNG > TOK CANGIH > TOK CANGAH > TOK KENUE > TOK MOYANG > TOK AKI > AYAH > ANAK > CUCU > CICIT > CUIT > GAMIT > ??? >

TUN ALI [WAKIL SULTAN MELAKA] MENJADI BENDAHARA DIPAHANG > WAN AHMAD [ sultan ahmad *Pahang*pertama yang dilantik oleh ahli waris (sumpah pulau tawar)]>[ANAKNYA]; SULTAN MAHMUD, SULTAN ABD JALIL, SULTAN ABDULLAH, TENGKU SULAIMAN, TENGKU NONG, TENGKU OMAR, TENGKU MUHAMMAD, DAN ANAK NYA YANG LAIN YANG TIDAK DAPAT DIKESAN NAMA MEREKA. Kerana Wan Ahmad beristeri ramai, ini adalah sebahagian dari mereka sahaja.
*Nama –nama isteri Wan Ahmad tidak dapat disenaraikan kerana tiada maklumat [tidak dapat dikesan kedudukan mereka].

KETURUNAN SULTAN ADB JALIL+PUTERI BUKIT BETONG(BINI) ,,[PAHANG TUA] ,,[ ] > *???*

KETURUNAN DARI BUKIT SEGUNTANG [SUMATRA]@[DIKENALI] ORANG TIGA BERADIK(PAHANG)> *???*
*datang mohon bermukim bukan untuk memerintah* mereka ini dipecah kepada tiga , satu diguai , satu di bukit segumpal (chenor), satu di raub. Waris keturunan mereka ini bertebaran di sepanjang sungai Pahang [seluruh Pahang dan negeri sekeliling Pahang].

KETURUNAN DARI RAJA MELUKUT *syed abd rahman putra.dari pagar ruyung Sumatra [TITIH DARIPADA]

BENDAHARA MEGAT KOMING+GADING(BINI) >  {1} *TISAN[anak]+KOMING ulu cheka[menantu] > (cucu)NONG[perempuan], IMAM KASIM[MANGKU KASIM], SHAM, DIN, SIDEK, CHANG,[CU](belum disahkan).&   {2}*AWA[anak]+ISMAIL[asal?[menantu] > (cucu)HAJI LIAS[ALIAS], HAJI ISHAK, DER[DA], HAJI PIN[ARIPEN]…………..*[cicit dan susur kebawahnya masih ramai]. Tidak dapat diteterakan dengan perinci.


TOK KEBAYAN(TOK KODIM& IMAM NUR BAYAN)..>{1} SERI KAMPUNG [anak]+Tok Jambi [menantu]> ..  >(cucu)antaranya[versi] TOK KUNING, TOK PINGAI..& {2} SERI PAGI[anak]> (cucu)antaranya [versi] TOK GEMOK, TOK ANTONG, TOK JU, TOK BIAH, TOK PENOR,……….NAMA{1} {2} , sebenar meraka tidak dapat dipaparkan kerana tidak dapat dikesan maklumat selain yang ini…{3} TOK MENGKARAK > waris keturunannya [versi] dikatakan ada di Sumatra[ batu bahra@pelabuhan balawan]dan tiada cerita yang mengatakan keluarganya turut serta kemari bersama-sama dengannya [tiada bukti]

Empat beradik MENGKARAK/GUAI
*Bersama –sama  {1} TOK KEBAYAN&TOK KODIM, BERPINDAH KE PAHANG.., {2} TOK TUA.., {3} TOK LANGIT.., {4} TOK YOT…  *TOK MENGKARAK Dan Bendahara Megat Koming adalah diantaranya dari kumpulan rambongan ini.

Empat beradik BUKIT SEGUMPAL Chenor
{1}TOK BATIN SIBUK[nama sebenar?],, {2}TOK BATIN SUNGKAI [?],, {3}TOK BATIN SEMPENA ALAM[? ],,{4}TOK BATIN ? ,, ..Mereka ini adalah orang yang datang bersekali dengan tok kebayan dan nama sebenar mereka tidak diketahui.

KETURUNAN TOK OMBAK& MAHARAJA OMBAK& TENGKU EMBAK dengan *

IBU{1}[versi] (tengku rokiah) DIRAUB..> (anak) ???,, IBU{2} DIGUAI..> (anak) YUSUF, SAID, ? ,, IBU{3}DI BOLOK(LANCHANG)> (anak) AWANG KOBAT, YANG  MAHRIM, IMAM NGAH(SINGAH). *Nama –nama lain tidak dapat dipaparkan kerana tiada maklumat.

DARI KETURUNAN ASALNYA BRUNAI {LIMA BERADIK}[EMPAT LELAKI, SATU PEREMPUAN]

{1} JAFFAR ALI…bermukim di cempaka lanchang, {2} SEDALI…bermukim di pekan [Pahang], {3} MERAH ALI…bermukim di padang tengku [kuala lipis], {4} USALI… ceritanya kembali ke brunai dan tida kabar berita hidup atau mati dan berwaris atau tidak, {5}  {ADIK PEREMPUAN*nama tidak diketahui}+Sultan Brunai keluarga bolkiah. WARIS-waris mereka ini tidak dipaparkan [maaf].

KETURUNAN TOK HULU BALANG >[anak] TOK DERAMAN perkasa >[cucu]{1} IMAM KASIM..bermukim di kampong terih lanchang, {2}TOK OMAR.. bermukim di lubuk tua lanchang, {3} BIDAN BESAR(BESAH)…bermukim di pekan Pahang [mati dan berkubur dilanchang]. WARIS-warisnya tidak dipaparkan [maaf]

KETURUNAN SULTAN ABU BAKAR SHAH ALAM [pagar ruyung] >[anak] TOK PERKASA.., TOK SUJI BILANG.., TOK ZAINAL ABIDIN..,//TOK SAHABUDDIN.., TOK LONG.., TOK EMAS.., TOK HAWA+Tun Perak[menantu]..,>[cucu]SALANI.., > [cicit]DATUK MATANG..,>[cuit]PANGLIMA BAGUS.., > [gamit] TOK ANDANG.., >[              ] KATIB HASSAN.., >[            ] ABU HURAIRAH..,……..???.....

KETURUNAN TOK SHAROM[Tengku Ali] dr tanah palembang+TOK DINAR[Wan siti hajar]dr bilah panai > RATING MAS[mati tiada waris]/ HJ MAIMUNAH[Dong] / KATIB RASUL ABD SALAM[ Tok Gajah] + TEH MAHDA > MUHAMMAD[Mat Kilau] > OMAR [ibu pulau tawar]/ KATIB MOHD AMIN[ Saudagar Min][chebong]mati di ulu lebir > HJ AMINAH+jh Abdullah serban hijau / KATIB MOHD ARIF[ Hj Meng][ benta].

KELUARGA PANGLIMA AHMAD,/ BERAHIM KUMBANG,/ IMAM PIN >/ MUHAMAD > PANGLIMA PERANG SAMAH [TOK JANGGUT].

ORANG TIGA BERADIK NEGERI SEMBILAN; versi ini tidak jelas dan ini adalah sedikit darinya, dua orang bermukim ditanjung ipoh negeri Sembilan dan seorang bermukim di guai.

Undang Dollah [jelebu] > Awang Mire+Temah[  ?] > Saleh+yang puyuh[guai]> ……

{versi} sultan ahmad budu + puteri kerabat brunai [tiada berwaris],,dan dengan isteri yang lain [a]> yaakop [tok gajah]+siti hajar[tangjung kertau]>………..

Awang Asim [keturunan china yunan dan bermukim di bukit segumpai chenor] >ada Sembilan anak yang berketurunan ramai dan seorang dari anaknya, awang lirai yang bermukim dilanchang, warisnya ramai di sana.

Tok tapa[ versi] adalah sepupu kepada tok mengkarak
tok batu tampoi nama nya imam sahadan
tok batin sibuk atau tok batin sunkai
tok panglima raja [berkubur di bukit segumpal]
tok panglima tiadin
MEREKA ini adalah seangkatan dengan tok mengkarak dan bermukim di kawasan chenor ,kertau pesagi, bukit segumpal

Tengku Idris adik kepada raja Hitam, yang dipertuan negeri Sembilan, asal keturunan raja rao mapat tunggul di minangkabau> warisnya bermukim di SEGA

Panglima Abdullah [dollah kancil]+Timah >Muhammad > ……….[puak ditebing tinggi bera]

Susur dari keturunan Minang dan Bugis dan juga keturunan yang lain akan turut dipaparkan bersama-sama bagi mendapatkan kebenaran yang mungkin telah disalah anggapan oleh generasi yang terkemudian dan bagi memperbetulkan kesalahan tafsiran dikalangan ramai orang. Terutama ahli waris.


DAENG adalah gelaran kepada ketua-ketua Bugis tetapi raja bugis sebenar tidak menggunakan gelaran itu, masih menggunakan nama RAJA pada pangkal nama mereka dan dipahang dia menggunakan gelaran atau pangkal nama  TOK. Keturunannya masih ada dan menggunakan nama orang kebanyakan.

BUGIS PATANI EMPAT BERADIK
Ayah & Ibu dari tanah Bugis > HAJI ABDULLAH SERBAN HIJAU+[1] HJ AMINAH bt katib mohd amin, [2] SARA(org Jelam),, / ABD MALEK ,,/ OSMAN,, / (                  ).

[Versi ]TOK BANGAU [Raja Ismail ](*ayah +ibu raja ?) membuang diri di pahang disebabkan  sengketa adik beradik dan selepas kematian adik beradiknya, dia engan naik tahta,dan menyerahkan tahta dan harta kepada rakyat  *[ ¾ gantang emas dibahagi kepada rakyat dan ¼ gantang emas lagi dibuang kelaut, dan tidak akan jejak kaki ke tanah asal lagi] itu adalah sumpah nya. >TOK MADIAH + Tok Shabudin[berhala gantang].
Seorang warisnya [ budin namanya] telah diambil buat menantu oleh raja perak.
[versi]TUN ABD SAMAD [bendahara petani 3] > TUN SALEHUDDIN [tok barat] > TOK AHMAD > TOK MASAUD > TOK BANGAU> TOK MENTARA > PENGHULU MAT SEH > TAN SRI YAHYA [menteri besar Pahang]//{ tok maimunah // tok bidin // tok sidin.(adik beradik tok bangau)}.

Imam nuh[ngah](ayah)+Rokiah(ibu) > Bahaman[abd rahman]
KETURUNAN BAHAMAN [ayah  orang Palembang]= Ibu [lanchang*keluarga tok gajah] > MAT LELA > DIMAH SAM/ DATO SALEHUDIN[orang kaya berlapan] > sepiah [bermukim di kuala lumpur],, Ibu Mengkarak > cikgu JANTAN {durian tawar]dan ada yang lain lagi,, nama isteri dan anak lain-lain tiada sumber.maaf.

KETURUNAN MERAK EMAS (*sultan emas@ sultan Abdullah)[ pagar ruyung] > MAT AKIL,/ IMAM PERANG YAMAN.

Tok saharudin [abang tok sahbudin] berkhawain dengan anak tok temerloh[  ?  ]
Tok sahbudin>[anak] tok songsang >[cucu] tok gantuk > [  ?  ]


**KIRANYA MAHU MEMBANGUNKAN KEMBALI MASYARAKAT ISLAM MAKA IANYA MESTILAH BERTOLAK DARI MENCARI KEMBALI AKAR UMBINYA YANG TENGGELAM MENDALAM DIDASARNYA
MENGHIDUPKAN KEMBALI RUHANINYA DIRI INSAN, BERSANDARKAN ILMU TAUHID, BARU DAPAT MERUBAH DUNIA SEKILILINGNYA.

Rumpun melayu yang dibangsakan kepada ..... keturunan  ....... dengan isterinya siti qantura berkembang dari banjaran gunung Himalaya ke kemboja [campa] dan berpecah keserata pelusuk nusantara [digelar al-jawiyun oleh orang arab].


SEDIKIT CARTA KETURUNAN YANG PERLU DI AMBIL PERHATIAN DAN RENUNGAN KITA
KERANA IANYA BERKAIT RAPAT DENGAN KEDATANGAN ISLAM DI NUSANTARA DAN KERAJAAN KERSULTANAN MELAYU daripada susunan wali sogo


SAIYID HUSEIN JAMADIL KUBRA DARI KESULTANAN DELHI
>[ ISTERI 1] PUTERI LINANG CAHAYA[KELANTAN]> MAULANA MALIK IBRAHIM[GERISIK]
>[ISTERI 2] RAMAWATI [CHAMPA]> IBRAHIM ASMARO
>[ISTERI 3] PUTERI SELINDUNG BULAN [KELANTAN] >ALI NURUL ALAM [PATANI]
>[ISTERI 4] PUTERI RAJA JOHOR > SYARIFF MOHD KEBUNGSUAN [FILIPINA] DAN SULTAN BERKAT [BRUNAI].

KETURUNAN MAHARAJA BUKIT SIGUNTANG

MAHARAJA SAMPUGITA [GANGGA NEGARA],,,,,menguasai seluruh pulau sumatera termasuk wilayah pusat Sriwijaya di Palembang,,Jawa barat[sunda],, Kalimatan [borneo],, Kelantan,, Dwarawati [Thailand],, Kemboja,, Champa. BELIAU mempunyai banyak  gelaran dan nama antaranya; maharaja imbang jaya,, malim dewa,, maharaja mani jaya,,maha dewa brahma,, maharaja bukit siguntang dan ???,,
Beliau menyerahkan pulau jawa,, pulau sumatera dan kalimatan dibawah  pentadbiran mangkubuminya yang kemudiannya diganti oleh anaknya Demang Lebar Daun.

DARI putera yang sulung maharaja surendra [maharaja jawaka] menurun keturunan-keturunan dari raja-raja Kelantan,,champa,,patani dan kedah

DARI puteranya Ken Arok [pengasas kerajaan Singosari] mengahwini anak perempuan wan malini menurun raja-raja singosari dan majapahit di pulau jawa.

DARI puteranya sang sapurba [raja Palembang] mengahwini wan senderi anak kepada demang lebar daun, menurun nenek moyang raja–raja Jambi,, Tumasik,, Melaka.

Cerita ini tidak diolah/disusun semula oleh Laman Pahang. Cerita ini dianggap sebagai pengkisahan cerita lisan oleh penulis(Neguai). Terserah pada mereka yang berminat dalam siasatan dan pengesahan. Laman Pahang hanyalah sebagai pengumpul dan penulis cerita lisan tentang Orang Pahang dan Negeri Pahang. Kalau ada salah dan silap tolong betulkan;

79 comments:

Orang Bolok said...

Seronok baca post tuan, nenek moyang saya pun berasal dari Pagar Ruyung dan mereka bekampung di Bolok, saya teringin nak tau salasilah keluarga saya, moyang saya keturunan syed tapi buang gelaran tu sebab nak jadi org biasa2, tapi takde sumber bertulis yang sahih cuma cerita lisan sahaja.. (tu yang confuse ni) Kalau nak korek cerita dari orang tua pun jawabnya jgn diungkit hal lama, nanti ada yang murka..hehhehe..

Laman Pahang said...

'Orang Bolok' boleh cuba kesan dan kaitan kekeluargaan 'Orang Bolok' dengan orang di Kuala Tekal Temerloh.

Ada antara ayah atau tok mereka (di Kuala Tekal Temerloh) masih guna syed dan tak sempat buang.

Anonymous said...

Salam, Nak tanya apakah kaitan keturunan ini dengan laman web berikut ?
Saya sedang menyusun kembali susur galur dari Wan Dagang Kelompok (Kelembak) dan Work in progress di sini http://www.myheritage.com/site-family-tree-194205321/wan-ahmads-family-tree

Laman Pahang said...

Kalau boleh mintak saudara Anonymous nyatakan:

Wan Dagang Kelompok (Kelembak) kampung asalnya dimana.

Baru kami boleh semak. Bimbang tersalah orang.

Anonymous said...

Salam ! ayahanda saya yg berasal dari kpg Sanggang namanya Kamaruljamal bin Abd Majid bin Baada. Itu saja yg saya ketahui, arwah ayahanda saya ada mencatat salur galur beliau tp susah kami nak faham!!Harap tuan dapt membantu . TQ

Laman Pahang said...

Kepada Anonymous Kpg Sanggang,

Adakah Baada tu Imam Baada. Jika ya mungkin Katib Hijau adalah adik-beradik dengan Imam Baada.

Harap saudara dapat sahkan gelaran untuk Baada. Jika ya, kesan susur saudara berdasarkan nama Katib Hijau dan Imam Baada.

Atau ambil gambar catatan arwah ayahanda dan emilkan pada kami. Boleh kami semak dan terangkan kepada keluarga saudara.

Sekian.

Anonymous said...

Salam, saya berasal dri keturunan Merak Emas - Sekarang tgal di KG Sempadan, Lanchang..Arwah ayah ad myimpan susur galur keturunan Merak Emas..Semalam baru balik dari Kota Besa Pagar Ruyung..saya sgt berminat utk mgetahui asal usul Minang - Suku Rawa..Muhammad Firdaus Bin Haji Semail Bin Haji Ahmad..

Anonymous said...

Org koi..Lepas arwah aboh mniggal, kome adik bradik xkenal sdara belah bolok..bile kite leh jumpe??mane ad ad kene mgena..koi dari keturunan Merak Emas, kalau aok nak tahu lebih lanjut lagi, jom kite g ke pagar ruyung, indonesia..Firdaus - 017-4451690

Laman Pahang said...

Kepada saudara Firdaus(017-4451690), saya diminta memberikan jawapan ini:

Merak Emas adalah Sultan Abdullah Pagar Ruyung. Dia waris 12 beradik Tok Mengkarak 2. Pendiri Kesultanan Jambi.

Banyak lagi perkara yang kami nak terbitkan. Ada yang dikiaskan dan ada yang dijadikan dongeng.

Ada juga yang terpaksa ditarik balik kerana pendedahan terlalu awal dan ada yang tak faham.

Semuanya dari DIA.

shah_zura_danial_irfan said...

Salam, tuan, maaf mencelah, ayah sy nama mohamed isa bin abdul samad bin imam sali bin panglima perang rasul..dikatakan seangkatan dgn panglima perang adam..tp sy hnya search ttg panglima perang adam..panglima perang rasul dikatakan menjaga kawasan di raub

Anonymous said...

salam, saya baru dpt tau yg saya dr keturunan panglima kakap hussin. beliau merupakan moyang kepada wan saya. bagaimana untuk saya mencari info2 tentang panglima kakap hussin ini? terima kaseh.

Anonymous said...

salam...saya juga baru dpt tahu yang keturanan ayah saya adalah titisan darah di raja dari pagar ruyung...tp ini hnyalah secra lisan dan itu pun di tgok oleh seorang ustaz melalui makrifat...

Insan marhaen said...

Carilah keturunan demi mendpat redha Allah..namun hindarkan demi mengejar nama dan berbangga-bangga...

Apakah makna bergelar keturunan raja,sultan,tok keramat,pahlawan dll jika yang di cari hanyalah riak semata-mata..

elok sekiranya niat mencari itu di tahan dahulu,cuci hati dan betulkan niat.

wallahualam.

Anonymous said...

Kepada pencari panglima kakap hussin, tuan boleh cuba kesan keturunan ini di Chenor Pahang.

Anonymous said...

Saya bersetuju sangat dengan Anonymous Insan marhaen. Jika menyusur jalur keturunan masing-masing, jangan lupa menyusur jalur ketuhanan. Semuanya mereka cuba terbitkan dalam Laman Pahang. Eloklah baca bersekali cerita keturunan dan cerita ketuhanan. Harap pembaca Laman Pahang sentiasa ingat diri dan ingat Allah SWT dalam kerja ini. Selebihnya serahkan pada DIA yang Maha Esa.

insan Marhaen said...

saya menyokong usaha Laman Pahang dalam mengetengahkan kisah sejarah Pahang dan nama-nama tokoh yang jarang kita dapat dengarkan sekarang.

saya juga perasan entry dari Laman Pahang tidak menumpukan hanya kepada sejarah sahaja,tetapi admin Laman Pahang masih menyelitkan unsur-unsur keagamaan sebagai pedoman pembaca.

namun sebagai seorang hamba Allah,kita digalakkan untuk saling ingat mengingati dan berpesan-pesan sesama saudara islam.Tiadalah bertujuan menunjuk-nunjuk atau sebaliknya.Maaf jika ada kata-kata yang menyinggung mana-mana pihak,ketahuilah saudaraku sekalian, kenyataan dan kebenaran memang menyakitkan.

Wallohu'alam bissawob

Laman Pahang said...

Terima kasih atas sokongan Anonymous dan insan Marhaen.

Memang rumit kerja mengesan dari orang-orang tua. Kalau dari buku dan internet, senang. Cara kami sekarang memerlukan kami bergerak dengan kenderaan sendiri, belanja sendiri dan masa sendiri. Bila dan jumpa orang-orang tua, kena hulur juga sesepuluh duapuluh duit. Kebanyakan orang-orang tua yang kami jumpa bukannya orang senang mewah.

Anak isteri juga pelik dengan kerja yang kami jalankan sekarang. Ada masanya bermasam muka dengan keluarga. Tambahan pula bila kerja tidak mendatangkan duit.

Sehingga kini kami masih sanggup buat.

Kerap kali bila sama-sama dan tak cukup modal/duit, kena tangguhkan sementara kerja. Bila melibatkan orang-orang tua yang dan uzur tentu tak boleh tangguhkan kunjungan, jadi apa caranya ...?

Terharu juga bila orang-orang tua ni sanggup sediakan air teh susu bukan teh o. Sanggup menyediakan makan tengahari secara ala kadar (sebab tu kami segan nak singgah rumah mereka sebelum tengahari).

Kebiasaannya kedatangan kami disambut dengan pintu pagar dan pintu rumah yang telah siap terbuka. Seolah-olah macam dan tau kami nak datang.

Itu cerita melawat orang-orang tua.

Satu perkara lagi yang kami perlu buat adalah melawat dan mengesan kubur-kubur lama.

Kami berharap kubur-kubur lama yang telah lama terbiar, tidak terjaga, berselerak dan ada yang dan hilang batu nisan dapat dijaga semula. Dija oleh pihak yang bertanggungjawab atau dijaga oleh waris mereka.

Jika boleh kami mahu pagarkan kubur-kubur lama tersebut supaya orang tau 'ada orang, ada kubur dan ada ceritanya.' kita perlu pelajari dari ceritanya tersebut.

Bukan untuk berlagak tetapi untuk Mengenal Diri Dengan Merata supaya Dapat Mengenal Allah SWT Dengan Nyata.

Wallohu'alam bissawob.

(semoga Allah SWT memberikan rahmatnya kepada orang yang ikhlas menegur dan membantu usaha kami)

Anonymous said...

salam saya nak tahu asal usul keturunan tok tekal temerloh ada org kata kitaorg dari pagar ruyung batu sangkar...

Laman Pahang said...

Betul apa yang 'keturunan tok tekal temerloh' kata. Harap kita semua jangan menyusun/mencari takat pagar ruyung sahaja. Keatas lagi dari pagar ruyung siapa?

M.Hanif Hafiz said...

salam, saya dari jalur keturunan Tok Sabudin,Biah dari sbelah wan dan Haji Awang Nayib, Haji Awang Mula dari sebelah atok, mohon jasa baik admin untuk berkongsi maklumat tentang nama-nama tersebut jika ada sebarang informasi

Anonymous said...

Salam,
Boleh saya daptkan no tel penulis blog ni?
Saya cuit kpd Jaafar Ali cicit kpd Imam Perang Weh Bin Jaafar Ali dan Cucu kepada Hj. Awang Bin Imam Perang Weh. Ada benda koi nak tanya aok...

Laman Pahang said...

Harap 'cuit kpd Jaafar Ali' nayatakan bagaimana penulis (Neguai) boleh hubungi tuan. Jika ada kelapangan beliau akan bercakap dengan 'cuit kpd Jaafar Ali'. Kebiasaannya penulis(Neguai) akan berikan jawapan dalam Laman Pahang supaya dapat dikongsi/disemak oleh orang lain yang lebih pakar.
Sekian.

Anonymous said...

Ni no tel koi: 019-9853610
Jazakallah drpd:
Cuit Jaafar Ali

Laman Pahang said...

Telah di maklumkan kepada Neguai no telefon Saudara 'Cuit Jaafar Ali'. Harap sabar.

Anonymous said...

assalamualaikum

mohon jika ada dalam pengetahuan tuan berkenaan salsilah keturunan Raja Hitam@ Panglima Hitam yang dikatakan anak saudara kepada Raja Ahmad@ Tok Prak sepertimana yang dikisahkan oleh Pak Subari dalam artikelnya di link ini

http://terombarawa.blogspot.com/

bertajuk: RAJA AHMAD ANAK DATUK BENDAHARA PUTIH
TUAN TITAH KE-10: NENEK MOYANG KETURUNAN
RAO PERSEMENDAAN DI RAUB ABAD KE-17

sekian wassalam.

anak kepada cucu cicit.

cucu cicit org kaya haji said...

saya sedang menbuat kajian tentang keturunan tun semaun @ orang kaya haji lipis..
dan apa kaitan antara tun abdullah husin (mat yasin)& tun ali mengikut salsilah adalah anak kepada tun semaun adakah ia berkaitan dengan peperang di pahang.?
harap laman pahang dapat menbantu.

Laman Pahang said...

cucu cicit org kaya haji said...

saya sedang menbuat kajian tentang keturunan tun semaun @ orang kaya haji lipis..
dan apa kaitan antara tun abdullah husin (mat yasin)& tun ali mengikut salsilah adalah anak kepada tun semaun adakah ia berkaitan dengan peperang di pahang.?
harap laman pahang dapat menbantu.

-------
Kami akan membuat semakan da rujukan jika perlu. Bimbang tersalah orang.

Laman Pahang said...

Anonymous
mohon jika ada dalam pengetahuan tuan berkenaan salsilah keturunan Raja Hitam@ Panglima Hitam yang dikatakan anak saudara kepada Raja Ahmad@ Tok Prak sepertimana yang dikisahkan oleh Pak Subari dalam artikelnya di link ini

http://terombarawa.blogspot.com/

bertajuk: RAJA AHMAD ANAK DATUK BENDAHARA PUTIH
TUAN TITAH KE-10: NENEK MOYANG KETURUNAN
RAO PERSEMENDAAN DI RAUB ABAD KE-17

sekian wassalam.

anak kepada cucu cicit.

-------
Kami akan buat semakan dan rujukan serta pengesahan jika perlu.

Laman Pahang said...

kepada 'cucu cicit org kaya haji' dan 'anak kepada cucu cicit'.

Maaf jawapan tidak dapat diberikan disini. Sila tuan berdua berikan nombor telefon supaya boleh berhubung dengan Neguai Beliau akan berikan jawapan (setakat yang tahu). Terlebih dahulu Neguai perlu sahkan, adakah tuan sebenarnya sebagaimana yang tuan katakan. Pihak kami tidak dapat membantu pihak yang mencari keturunan orang lain. Terutama mereka yang bertujuan ...

Anonymous said...

siapa tok tangguk bingkai tembaga dan di mana keturunannya?

Laman Pahang said...

Kepada saudara Anonymous21:01. Dia ni adalah orang 12 beradik (12 .....) dari Jam... Dia ni keturunan Tok ....karak. Harap cerita sepenuhnya telah diketahui oleh saudara Anonymous21:01. Rasanya saudara Anonymous21:01 lebih banyak tau dari kami. Mungkin soalan ni hanya nak menduga kami.

Anonymous said...

Maaflah admin saya tidak tahu cuma ingin bertanya kerana dari pembacaan saya dalam blog dan buku sejarah pahang,nama tok tangguk ni hilang macam tu sahaja..dan tiada waris keturunannya yg terlibat dalam perang saudara di pahang..nama tok tangguk dan tok parit saya rasa sangat hebat diperkatakan di zaman bendahara ali..saya cuma seorang yg suka membaca sejarah orang dulu2..tok parit mendapat nama kerana tidak lut dipahat lanun..tok tangguk pula kerana dia menanguk peluru yg ditembak.

Anonymous said...

cuma dari mana datangnya tok tangguk dan tok parit ini sebenarnya?tok parit adalah anak kepada tok kota..tok tangguk adalah adik beradik tok kota..saya cuma mendengar cerita2 dari orang tua2 dahulu..saya dari keturunan tok bonjol--tok khatib hitam-tok boh..tok boh ada 3 adik beradik lagi tok long tk ada anak..tok bakar keturunannya ramai di chenor dan seorang lg saya tk ingat namanya..berkenaan tok muda mat akil pula ada beberapa orang adik beradik lg antaranya tok sulaiman dan seorang adiknya yg digelar tok pendekar derhaka.

sangsalik said...

As salam Tuan, sekiranya ada..mohon sedikit pencerahan berkenaan asal usul Maharaja Perba Jelai.. Terima kasih..

Laman Pahang said...

Kepada Tuan Sangsalik. Pihak kami telah selesaikan penyusunan dan semakan susunan Perba Jelai. Telah diterbitkan dalam Laman Pahang. SATU[ http://lamanpahang.blogspot.com/2012/06/1-orang-besar-perba-jelai.html ]. DUA [http://lamanpahang.blogspot.com/2012/01/versi-susunan-waris-pahang.html ] TIGA [http://lamanpahang.blogspot.com/2013/01/b20-laksamana-bentan-dan-sultan-mahmud.html ]. Harap tuan Sangsalik dapat buat semakan. Betulkan mana yang silap. Kami tak tahu sepenuhnya.

Laman Pahang said...

Kepada Tuan keturunan tok bonjol. Terima kasis kerana berkongsi maklumat tentang ..[1]siapa tok tangguk bingkai tembaga dan di mana keturunannya? [2]Maaflah admin saya tidak tahu cuma ingin bertanya kerana dari pembacaan saya dalam blog dan buku sejarah pahang,nama tok tangguk ni hilang macam tu sahaja..dan tiada waris keturunannya yg terlibat dalam perang saudara di pahang..nama tok tangguk dan tok parit saya rasa sangat hebat diperkatakan di zaman bendahara ali..saya cuma seorang yg suka membaca sejarah orang dulu2..tok parit mendapat nama kerana tidak lut dipahat lanun..tok tangguk pula kerana dia menanguk peluru yg ditembak. [3] cuma dari mana datangnya tok tangguk dan tok parit ini sebenarnya?tok parit adalah anak kepada tok kota..tok tangguk adalah adik beradik tok kota..saya cuma mendengar cerita2 dari orang tua2 dahulu..saya dari keturunan tok bonjol--tok khatib hitam-tok boh..tok boh ada 3 adik beradik lagi tok long tk ada anak..tok bakar keturunannya ramai di chenor dan seorang lg saya tk ingat namanya..berkenaan tok muda mat akil pula ada beberapa orang adik beradik lg antaranya tok sulaiman dan seorang adiknya yg digelar tok pendekar derhaka... Minta tempoh kami fikirkan macam mana kami nak jawab. Ada perkara yang belum basanya boleh disebut. Bimbang akan menyebabkan orang lain marah. Bimbang menyebabkan keluarga yang nak menyuruk 'diserang' oleh keluarga yang berdendam. Bimbang dendam/terkilan/benci /dll terus berpanjangan. Kami tidak mahu menjadi punca tercetus semula perbalahan. Kami harap pendedahan kami menjadi asas pendamaian. Kita perlu berdamai dan bersatu.

Laman Pahang said...

Kepada keturunan tok bonjol. Berkaitan "tok muda mat akil pula ada beberapa orang adik beradik lg antaranya tok sulaiman dan seorang adiknya yg digelar tok pendekar derhaka." Adakah tok muda mat akil tersebut yang pada zaman Sultan Abdullah?. Bimbang tersalah atau tersilang keluarga. Mat Akil ada lebih dari seorang tetapi zamannya berbeza. Kalau ianya adalah zaman Sultan Abdullah ianya adalah ...

Anonymous said...

Owh mcam tu ye maaflah saya tk tau sekadar ingin tahu sahja..tentang tok muda mat akil tu adalah dizaman perang saudara..mat akil orang kertau atau lebh tepat lagi orang bohor@kenalau orang..orang kertau batu bor dari susur galor yg sama..cuma saya berminat untk mengetahui sejarah2 mereka ini sambil merapatkan persaudaraan sesama kita.

Laman Pahang said...

Kepada saudara Anonymous10.55. "merapatkan persaudaraan sesama kita" adalah tujuan utama Laman Pahang. Cerita sejarah dan keturunan adalah keadah kami untuk "merapatkan persaudaraan sesama kita". Banyak kali diulang dalam Laman Pahang bahawa kita semua perlu buang dendam/benci/terkilan/dll. Tapi ramai yang masih menyimpan. Kami tidak mahu menjadi pencetus sengketa lama. Kami juga tidak mahu 'orang menyorok' menjadikan kami sebagai tempat mengesan musuh mereka (untuk balas dendan atau tuntut harta keluarga/keturunan).
-Ada orang nak bercakap dengan kami tapi tak mahu kenalkan diri. Tak mahu berjumpa kami. Bila kami sebut aja apa yang dia nak tau ... terus hilang dan tak mahu dihubungi.
-Sebab itu kami campurkan cerita Keturunan dan Ketuhanan. Supaya "merapatkan persaudaraan sesama kita".
-Terima kasih saudara Anonymous10.55 kerana berkongsi tujuan.
-Maaf kalau kami tersalah cakap. Kami hamba yang lemah.

CucuCicit Bahaman said...

Salam... Koi dari keluarga Noor bt Bahaman (TL 1847)dan Seh bin Pemangku Gendut @ Panglima Kakap( Dollah bin Seh, sebelah Datuk) manakala sebelah nenek/wan, Beh bin Ahmad (keluarga pendekar Sanan,Pawang Alias Kg. Bintang)dan Sariah bt Ismail (Ismail adalah adik kepada Pemangku Din, ketua Kg. Bolok), nenek koi Rahmah bt Beh. Koi berdarah Jambi, Rawa dan Yunnan dan Bugis. Cik Fatimah nenda kepada Tengku Afzan adalah sepupu moyang koi, Noor bt Bahaman. Keluarga koi baru balik bermukim di Kg. Bolok, Lanchang tahun 2005 kerana kerja ayah koi. Ayah koi imam k3 Masjid Kg. Bolok. Moyang koi, Bahaman bin Lebai Iman bin Imam Mustaffa bin Imam Uthman juga bersaudara dgn Imam Perang Weh, juga bersaudara dengan Imam Perang Yaman bin Sutan Mas. Koi skrg ni pun tgh menakalkan salasilah keluarga dgn merjuk kpd org2 tua dLanchang spt Pak Lang Guard, Khatib Sulaiman, Cikgu Rustam dll. Koi suka mcari sejarah bkaitan Lanchang khususnya dan Pahang umunya...

Laman Pahang said...

Kepada CucuCicit Bahaman.
Terima kasih kerana berterus terang. Harap dapat semak apa yang diterbitkan dalam Laman Pahang. Mungkin tuan akan mendapat kepastian tentang tugas tuan. Bukan kita sengaja-sengaja condong kepada minat tersebut. Semuanya DIGERAKKAN oleh Allah SWT. Sebab itu menyusun KETURUNAN jangan lupa KETUHANAN. Maaf kalau tersalah pilih kata.

Anonymous said...

Salam, Mohon jasa baik Laman Pahang untuk berkongsi sekiranya terdapat apa-apa maklumat berkaitan dengan Tok Dun, Tok Lebar dan Tok Kadam di Temerloh.

Laman Pahang said...

Daripada Anonymous23:52
Mohon jasa baik Laman Pahang untuk berkongsi sekiranya terdapat apa-apa maklumat berkaitan dengan Tok Dun, Tok Lebar dan Tok Kadam di Temerloh. ... Maaf saya tak tau Tok Dun Lebar Kadam. Kalau ada dalam Laman Pahang itulah yang kami tau. Kalau tiba-tiba diterbitkan kemudian ... itu sajalah yang kami boleh bagi tau...Yang selebihnya saudara Anonymous23:52 lebih tahu. Mungkin kami boleh sambung sikit-sikit. Sekian.

Anonymous said...

salam admin,saya ada satu kemusykilan nak bertanya tuan admin,tapi tidak dapat dinyatakan disini,macam mana saya nak berhubung terus dengan tuan admin,mintak pertolongan tuan admin merungkaikan kemusykilan saya,saya boleh dihubungi di talian 013-4102434 khairul,jasa baik tuan admin didahului dengan ucapan terima kasih...salam....

Laman Pahang said...

Pihak kami akan menghubungi saudara Khairul (013-4102434). Sila tunggu panggilan telefon dari Saudara Neguai. Saudara Khairul perlu terlebih dahulu ceritakan sikit-sikit tentang diri saudara.

Pihak kami tidak mahu membantu pihak yang mengesan salasilah keturunan orang lain. Kami tidak mahu terlibat dalam pencarian yang hendak memanjangkan dendam keturunan/keluarga.

Kami hanya membantu mereka yang mencari tentang keturunan masing-masing. Dengan tujuan untuk sempurnakan amanah atau tugas keturunan masing-masing. Bukan dendam.

Kami juga tidak dapat membantu mereka yang masih nak sembunyikan diri. Takut kepada manusia lebih kuat berbanding takut kepada Allah.

Perkara dendam/marah/benci ini telah kami terangkan berulang kali dalam Laman Pahang.

Sekian.
Maaf kalau tersalah ayat.

Anonymous said...

saya bukan nak mencari asal usul keturunan orang lain,tapai saya ada beberapa kemusykilan,tapi tidak dapat dinyatakan disini,bimbang akan menyentuh sensetiviti pihak lain,harap pihak admin dapat menolong merungkaikan kemusykilan saya,terima kasih pihak admin.....(khairul)

Laman Pahang said...

Kepada semua ahli waris yang membaca.
Pihak kami telah berhubung dengan Saudara Khairul, Kami bantu susun setakat termampu. Tidak dapat kami kongsi disini kerana Saudara Khairul adalah .........

Kepada Saudara Khairul:
Kami tau kenapa Saudara Khairul rasa begitu. Pihak kami berhubung juga dengan saudara kerana kami dapat rasa keikhlasan dalam soalan saudara. Harap saudara akan segera mengesan Amanah dan Tugas waris/keturunan saudara.

Terima kasih.

Dengan izin Allah swt, kami berharap ramai lagi (Hamba Allah) yang akan mambantu saudara.

JAS SALLEH said...

Buat lah yg terbaik mengkomer sekelian

Jangan di lupa Jalur Ketuhanan

Mencari Jalur Keturunan untuk tahu asal punca sempena diri

Bukan untuk mengangkat diri

Ingat barangsiapa menderhaka
barang tercuit sikit padah merana

Barnagsiapa tahu membawa diri dan gelar maka bertuahlah sampai ke anak cucu nanti.

Laman Pahang said...

Buat lah yg terbaik mengkomer sekelian - Jangan di lupa Jalur Ketuhanan - Mencari Jalur Keturunan untuk tahu asal punca sempena diri - Bukan untuk mengangkat diri - Ingat barangsiapa menderhaka barang tercuit sikit padah merana - Barnagsiapa tahu membawa diri dan gelar maka bertuahlah sampai ke anak cucu nanti.

Terima kasih atas AMARAN yang tuan berikan kepada kita semua. "Buatlah yang terbaik MENGKOMER sekelian"

Anonymous said...

salam admin,saya ada satu kemusykilan nak bertanya tuan admin,macam mana saya nak berhubung terus dengan tuan admin,mintak pertolongan tuan admin merungkaikan kemusykilan saya,saya boleh dihubungi di talian Asri 0129395281,jasa baik tuan admin didahului dengan ucapan terima kasih...salam....

Laman Pahang said...

Tuan Asri 0129395281.

Maaf terlebih dahulu kalau tersalah pilih kata-kata. Minta tuan emalkan kepada saya kemusykilan tuan terlebih dahulu. Harap juga nyatakan jalur keturunan tuan yang paling tinggi untuk semakan dan pengesahan.

Kalau tak boleh tak apa. Kami mintak maaf sekali lagi.

Anonymous said...

salam admin..

Tq atas artikel..boleh koi mengenal susurgalur..dari cerita tersebut..koi teringat wan koi cerita malam dekat nak tido..dia adalah susurgalur dari kg bahala gantang(tok sihabuddin),,juga cerita raja 5 beradik..pagar ruyung kut..cerita tok antong,tok mengkarak..koi juga anak jati guai..

Laman Pahang said...

Kepada anak jati guai.

Terima kasih.

Jangan lupa semak dan sahkan cerita kami ni. Maklumkan jika ada kelainan. Boleh kita susun semula.

fadzili68 said...
This comment has been removed by the author.
fadzili68 said...

Assalamualaikum saya ingin mendapatkan maklumat mengenai Almarhum Moyang kpd moyang saya yg bergelar "Tok Bedu" dari Rawa.
beliau beristerikan Andak Sapiah

Sela Masa kira2 1880-1900

wassalam

Anonymous said...

Tok bedu asal kuala bera dan batu bor. Kumpulan Puak Tebing tinggi bera. Cari mereka di kawasan ini.

M.Hanif Hafiz said...

Assalammualaikum, admin, saya ingin, mendapatkan maklumat berkaitan dengan keluarga ayah saya di raub.. saya telah difahamkan yang saya berasal daripada keturunan panglima tok perak
dan dato pertemuan, mohon laman pahang berkongsi sekiranya ada maklumat

Laman Pahang said...

Terima kasih Saudara M.Hanif Hafiz.

Terlebih dahulu, minta saudara-saudara yang lain membantu menambah apa yang sedia tau.

Anonymous said...

Kepada M.Hanif Hafiz dan waris keturunan Panglima Tok Perak dan Dato Pertemuan.

Panglima Tok Perak dan Dato Pertemuan adalah sepupu.. Mereka berdarah campuran Seri Menanti dan Kelantan. Meninggalkan istana dan bermukim di Raub.

Laman Pahang said...

Tuan puan boleh mencari cerita dato pertemuan dan panglima tok perak ditulang padang raub.

Kami harap dengan izin Allah SWT serta niat yang jujur, saudara Hanif Hafiz akan dapat jumpa dengan orang tua tulang padang tersebut.

Azri Ramli said...

Assalamualaikum...
Saya bermukim di Raub Pahang...
Orang tua saya peneroka felda lembah klau...Abah orang utara...
Emak saya Zabedah Awang Samah asal Kg Jeragan Lanchang...Atok saya Awang Samah...org lama yg buka kampung jeragan tu menurut cerita... Nenek saya Habibah Hj Awang asal Kg Bangau Tanjung Temerloh...Aki Hj Awang ni ceritanya orang asal meneroka kampung... Nak tau juga salasilah keturunan bila orang tua dah tiada ni susah amat nak kenal saudara mara... sepupu sepapat...
Bekas MB Pahang Tan Sri Yahya Mohd Seth tu aki saya...
email saya : ayieklau@gmail.com.my

Laman Pahang said...

Kepada Tuan Azri Ramli.

Apa yang boleh saya katakan nak cara kenal saudara mara adalah:

1. BERDASARKAN SALSILAH. kita boleh mencantumkan salasilah kita dengan salasilah orang lain.

Pada masa ini terdapat seorang (lelaki) yang berhubung dengan kami secara email. Beliau menggunakan email kerana tidak mahu mendedahkan diri kerana sesuatu sebab yang saya tidak perlu tahu.

Jalur tuan Azri Ramli dan jalur orang tersebut boleh dicantumkan.

Saya harap orang tersebut akan berhubungan dengan tuan Azri Ramli bagi mengabungkan susunan saudara bagi menghubungkan saudara mara jalur tuan berdua.

2. BERDASARKAN BARANG LAMA. Barang lama/pusaka boleh dianggap sebagai tanda mengenal keturunan. Mungkin orang tua dulu ada simpan barang-barang, siasat barang tersebut dan cari kegunaan, amanah dan pasangannya.

Boleh baca cerita Saiful PPAP di [http://lamanpahang.blogspot.com/2010/10/loket-berkalimah-allah-dan-ayat-kursi.html]

petikannya:
"Loket ni koi dapat masa koi umur lebih kurang 5 tahun.

Pernah koi tunjuk pada satu orang tua yang tau banyak cerita-cerita lama. Orang tua kata, "Buah loket ni ada dua"

Setelah setahun Qaylaqaliff memaklumkan, bahawa " Saya ada memiliki loket yg serupa dgn loket saudara.. sudah 28thn dlm simpanan saya."

3. BERDASARKAN CERITA LAMA.

Azri Ramli said...

Salam...
Dato' Shahbudin bin Imam Mohamad, bekas SUK Pahang yg ke-14...
Beliau ni bapa saudara sebelah emak saya...emak saya dengan dia ni sepupu gitulah ceritanya...

Azri Ramli said...

Satu lagi kisah...
Jalur keluarga sebelah emak saya dikatakan keturunan yang tak boleh jejak makam sultan mahmud mangkat dijulang di kota tinggi johor... muntah darah katanya... sekarang ini entahlah dah lebih 7 keturunan...
Dah masuk umur 40an ni teringat cerita arwah wan dengan arwah emak...
seronok mendengar cerita lama tentang susur galur keluarga...
cuba untuk mencari asal usul yg mantap...

ros said...

Akum..sy dari keturunan kerabat di raja pagaruyung kata arwah tok sy..sy pun xpasti..semua tombak,keris pakaian @ ape2 yg berkaitan telah lama di buang n xnk jd keturun syarifah katanya nk jadi org biasa saje.dan xnak org tau kita semua asal dr susurgalur mana... .bnar2 ngak ngerti aku..

Laman Pahang said...

Kepada Tuan Azri Ramli dan Puan Ros.

Pihak kami ada kutip cerita-cerita lama dari orang-orang tua, antara nya adalah:

CERITA-CERITA LAMA

20 Pendekar 2 beradik
19 Pendekar dari ibu
18 Lada Kecil
17 Dusun Durian Saka
16 Orang Papan Sekeping
15c Koming Versi 3
15b Koming Versi 2
15a Koming Versi 1
14 Tok Shahibudin dengan Fakeh Batawi
13 Peran dan Langsat
12 Chief of Qadi Ibrahim
11 Istana Lubuk Pelam
10 Ali -Raja, Tengku. Hulubalang
9 Sultan Ahmad - Pencuri Brunei
8 Sulran Ahmad - Batin Budu
7 Moyang 16 di Pahang
6c Rawa dan Bugis Bersatu
6b Tok Bangau Bugis
6a Suji Dibilang Rawa
5 Mengelak retak menjadi belah
4 Nakhoda dan kapal dagangnya
3 Menyabung nyawa menebus Pahang
2 Pelayaran ke Negara Daik
1 Cerita Lubuk Pelam

Kakau ada sesiapa yang ada cerita-cerita lama boleh kita kongsi.

Orang tua kita sembunyikan siapa mereka dalam cerita. Terserah kepada kita anak cucu untuk mentafsirkan ceritanya.

cikgu rahimi said...

assalamualaikum.. sy pn tak tahu asal usul keturunan sebenar saya.. tp mak ayah saya memang anak jati kg mengkarak.. nama arwah datuk sy (al-fatihah) Sudin bin kitam.. seorang anak tunggal.. mcmana sy nak tahu salah-silah sebenar saya ni..?

LP said...

Harap pembaca Laman Pahang ada yang sudi membantu Cikgu Rahimi.

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt,

Keluarga ayah saya berasal dari Pekan. Nama Moyang saya Pin. Dikhabarkan dulu2 mereka seramai 14 org datang dari Indonesia ke Pahang. Tuan ada apa2 maklumat sila lah kongsi dengan saya kerana tiada keluarga saya yang tahu selain dari maklumat yang saya sebutkan tadi.

Terima kasih. Moga diberi keberkatan kepada kita semua. insyaAllah.

Anonymous said...

keluarga ni ramai dan merata dipahang ni.cuba telik-telik dan berjalan ke tebing tinggi bera dan bukit segumpal chenor dan kalau nak gi ke raub pun adajugak.

Anonymous said...

cikgu rahimi duduk tinggal dimana,jengok-jengoklah waris-waris di kg mengkarak tu, baru jumpa susur nya.

Anonymous said...

azri ramli;...kubur moyamg tuan ada
1. ditanjung keramat-susur haji ismail bugis
2. diteluk ira-susur tun salehuddin.
3. dipaya banir- susur zainal abidin
pergi-pergilah melawat makam mereka. barulah dapat jumpa waris-waris yang lain.

Anonymous said...

cuit jaafar ali;...panglima perang weh bukan bin jaafar ali.jaafar ali tu aki atau moyang panglima perang weh. pergi dapatkan orang tua-tua dicempaka untuk rujukannya

Anonymous said...

puan ros;...pagar ruyung tu luas.satu sumatra dan jawa dan boneo dan makasar dan filipina dan sampai ke sempadan negara kanggaro nu duduk bawah takluk pagar ruyung pada masa dulu.moyang puan dari negeri mana satu.kalau syed mereka asal dari arab menjadi waris apabila berkhawin dengan kerabat pagar ruyung.

Anonymous said...

waris ,,,raja hitam@panglima hitam...
pak subari tu betul dan utk perincian dan yang lebih tepat, tuan dipersilakan ke teratak luak undang jelebu,dan bertemulah ayahda abd rahman@undang luak jelebu.

Anonymous said...

jas saleh...ketua kumpulan tuan sedang sakit dan kebanyakan darinya dikenakan kifarah dan salah seorang diantara ahli kumpulan tuan telah mati[kumpulan tuan tiada muafakat]... sila rujuk kepada ayah long di mempaga.

Anonymous said...

shah,zura,danial,ifan;...kubur imam rasul ada di darat belengu. warisnya ramai di lebak,belengu,mengkarak dan di...cari waris tua dikawsan yang tersebut[imam perang rasu tu adalah orang berlainan dengan tok gajah imam rasul abd salam].

Anonymous said...

m. hanif hafis;...nama-nama dan susur tuan yang tuan cari tu,,, cari disekitar kg berhala gantang[kalau betul yang tuan nyatakan sebagai tok sabudin tu, tapi kalau tok sabudain yang lain, tuan kena bagi maklumat nya, tempat kg nya,...

Ibnu manaf said...

salam neguai

teman suke membace blog kome ni...
teman pun sedang mencari salasilah

nama moyang teman Manang,
nama anak Manang ialah Hamidah,Halimah,Ali

Manang datang dari Sumtra,belah Rao ni lah...
mohon ye ada maklumatnya berkongsi sama teman