-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20120131

Pak Ngah Majid - 3

Pada suatu hari anak sedara Pak Ngah telefon mintak koi balik kampung. Kampung asal Pak Ngah adalah Kampung Empau di Budu, Lipis. Dalam telefon anak sedara ni sampai menangis-nangis mintak sangat Pak Ngah balik Kampung Empau di Budu. Ada benda dia nak bercerita. Isteri Pak Ngah kata "Baliklah, orang dah beria-ia ajak". Pak Ngah pun setuju balik.

Di kampung Empau di Budu, anak saudara Pak Ngah ini ada tanah di sebelah depan tanah Pak Ngah . Tanah tu dia buat kem motivasi. Sebelah belakang tanah Pak Ngah pula ada tanah perkuburan. Arwah ayah Pak Ngah dikebumikan di tanah perkuburan tersebut. Kawasannya atas bukit.

Sampai atas kawasan tanah perkuburan dia mula buka cerita. Katanya "Pak Ngah kena balik ke sini, ini tanah Pak Ngah. Tanah pusaka dan tanah keturunan kita." Beria-ia sungguh dia meminta Pak Ngah balik ke Kampung Empau di Budu. Dia dah dapatkan duit sebanyak RM20 ribu untuk membuat rumah untuk Pak Ngah . Terkejut juga Pak Ngah, sampai situ nekad dia nak bawa balik Pak Ngah ke Kampung Empau di Budu ni.

Pak Ngah kata tak boleh, kena bincang dengan yang lain. Tapi dia beria-ia nak juga Pak Ngah balik berumah di Kampung Empau. Akhirnya Pak Ngah tanya dia, "Apa ke hel sebenornya yang Pak Ngah kena balik kampung"

Kata dia, "Kubur yang ada ini ada dua bahagian. Bahagian ini kubur orang biasa dan bahagian satu lagi adalah kubur pejuang-pejuang. Kubur ayah Pak Ngah telah tersalah tanam dan perlu dipindahkan ke kawasan kubur pejuang."

Pak Ngah jawab, 'Eh! kerja memindah kubur bukan kerja main-main, banyak perkara perlu diuruskan." Dia jawab "Koi tau, semua tu koi akan uruskan." Melihat kesungguhan dia dalam usaha nak memindah kubur ayahnda Pak Ngah maka Pak Ngah jawab, "Boleh, tapi Pak Ngan mesti ada masa kerja-kerja memindah."

Untuk mendapatkan penjelasan lanjut, Pak Ngah tanya dia, "Apa cerita sebenarnya sampai terdesak sangat nak pindahkan kubur ?"

Setelah menarik nafas dia bercerita ... ceritanya dia penah buat doa selamat di kem motivasi. Sebaik sahaja selesai doa, tiba-tiba ada tujuh orang berjubah putih mengeliling orang yang baru sudah berdoa. Salah seorang dari orang bertujuh yang berjubah tersebut memberitahu supaya memindahkan kubur ayah Pak Ngah ke kawasan kubur pejuang.

Maksudnya, ayah Pak Ngah adalah pejuang. Maksudnya juga, Pak Ngah adalah keturunan pejuang. Katanya lagi Pak Ngah tau pejuang yang dimaksudkan tersebut siapa. Tak perlu berpura-berpura tak tau.

Pak Ngah tau apa yang dia dah tau.


>Cerita ini telah diolah/disusun semula mengikut kreativiti Laman Pahang. Cerita ini tidak disiasat dan tidak disahkan. Terserah pada mereka yang berminat dalam siasatan dan pengesahan. Laman Pahang hanyalah sebagai pengumpul dan penulis cerita lisan tentang Orang Pahang dan Negeri Pahang. Kalau ada salah dan silap tolong betulkan.<



No comments: