Orang tu duduk dan memerhati sekeliling. Ada seorang budak kecil dibawanya bersama. Budak kecil tu, memanjat atas kaunter untuk bermain. Pak Ngah masih tak sempat nak layan orang tu, kerana oder air masih banyak.
Orang tu tegur budak kecil tu " ... jangan buat macam tu. Ini bukan rumah kita". Isteri Pak Ngah jawab "Tak apalah ... budak".
Pak Ngah sendiri tak tau orang tu datang dengan kereta sebesar mana. Tapi oleh kerana melihat Pak Ngah masih perlu menyiapkan oder air, maka orang tu berjumpa semula dengan Pak Ngah dan mintak diri nak balik. Pak Ngah mintak maaf kerana tak sempat nak layan. Tak pula Pak Ngah bertanya apa urusannya.
Orang tu masuk ke kereta. Keretanya berpusing dan lalu semula depan kedai Pak Ngah nak ke jalan besar. Tiba-tiba anak Pak Ngah ternampak loga depan kereta bersr tersebut. Terus anak Pak Ngah beritahu Pak Ngah dalam keadaan terkejut, "Ayah! ayah! orang tu, orang besar kerajaan. Ada logo kerajaan kat depan kereta dia".
Pak Ngah rasa tak sedap hati, terus Pak Ngah cari Tok Penghulu Jazam. Pak Ngah ceritakankan pada Tok Penghulu Jazam hal yang telah berlaku. Tok Penghulu jawab dengan selamba, "Orang dari negeri datang nengok awok, tak yah susah hati, buka nak jadi apa-apa."
>Cerita ini telah diolah/disusun semula mengikut kreativiti Laman Pahang. Cerita ini tidak disiasat dan tidak disahkan. Terserah pada mereka yang berminat dalam siasatan dan pengesahan. Laman Pahang hanyalah sebagai pengumpul dan penulis cerita lisan tentang Orang Pahang dan Negeri Pahang. Kalau ada salah dan silap tolong betulkan.<
No comments:
Post a Comment