Assallamuallaikum wrst
Saudara Raja Burhan Jaafar,
bagi susun galur Panglima Muda Kenaboi, hamba tidak dapat jelaskan secara terperinci kerana hamba hanya mendapat cerita lisan daripada orang tua-tua,
semasa hanya Al-marhum Tok Jang Hassan yang bersama dengan hamba serta Tok Pawang Di Raja Imam Perang Al-marhum Mubin, ada menceritakan:
-Panglima Muda Kenaboi seperti
-Panglima Muda Lok,
-Panglima Muda Kioi,
-Panglima Muda Kiai
semasa era
Memperang Kala dan Memperang Taha semasa Perang Saudara Di Jelebu,
cubaan rampasan kuasa keluarga Yamtuan untuk berkuasa di Jelebu serta menentang Dato Undang Jelebu dan Dato Dato Lembaga..
Jawatan Yamtuan dilupuskan kerana kezaliman pemerintahan Yamtuan..
maka Jelebu hanya dibawah kuasa Dato Undang Jelebu dan Dato Dato Lembaga sehingga sekarang....
untuk hasrat tuan hamba menemui Ayah Long, sila hubungi no hp diatas...
cerita lisan mulut hanya menyebut, Dato Raja dan Dato Paduka adalah adik beradik dan salah seorang telah ke Pahang...
hamba tidak pasti dan tiada sebarang catitan yang membuktikan nya..
HANYA DISEBUT
GENDANG SELABUH
SATU BERBUNYI
AKAN BERBUNYILAH KEDUA DUANYA
maka bila
Jelebu BERENTAK
MAKA SELURUH HULU PAHANG
AKAN BERANTAK SEHALUAN ADANYA,..
kerana WARIS-WARIS DARAT,...
tapi jawatan Dato Paduka tetap dikekalkan dalam Lembaga Adat di Jelebu....
BEGITU JUA SAUDARA NEGUAI...
sesungguhnya ahli keluarga dan sanak saudara ada disekeliling kita,
Kalau DARAT BERENTAK,
maka BARUH AKAN BERBUNYI,
LAUT AKAN MENYAHUT...
sesungguhnya MAHA BESAR DAN MAHA BERKUASA ALLAH SWT menyusun PERADAPAN MANUSIA...
wassallammuallaikum wrwt.
Sat 7-Apr-2012 08:04
Posted by:Tengku Arian Kirana
15 comments:
Salam....saya berminat serba sedikit sejarah jelebu
Jika diizinkan saya mahu bertemu dengan Pawang Jelebu Ayah Long
salam tuan ibnu manaf...
tuan boleh menyusur orang-orang tua di batu kikir(menyusur dan menyusus adat).minta izin dari mereka terlebih dahulu[hanya dengan kebenaran mereka, barulah yang lain akan dibuka]...inshaallah... tuan, inshaallah.
membuka adat membuka peristiwa, geduk tak bunyi tidak mengapa,tapi jgn meriam meletup 4 penjuru maka sudah sampai mala petaka. Yang dicari tak tiba apabila cukup masa, semua itu ketentuan dia.
saya cuma berminat mengkaji sahaja tuan
saya tak berminat terlibat dalam hal2 kancah seperti dalam LP ini
:)
salah saya menyauk ke dalam grup seperti ini....maaf ye ganggu
Kepada Ibnu manaf saya minta maaf banyak-banyak kerana kata-kata yang ditulis di Laman Pahang. Pihak kami tidak dapat mengawal semuanya kata-kat tersebut.
Inilah yang kami tempuh selama ini. Kerap kali ayat-ayat yang tajam ditujukan kepada:
1. Tulisan kami
2. Tukang tanya
3. Tukang jawab
Kami amat bimbang jika ada pembaca yang:
1. Menunjukkan Dendam, Benci, marah, terkilan disini.
2. Merasa kecil, sedih, sayu, hiba
3. Merasa malu
4. .......
kami sendiri kena buang rasa-rasa tersebut untuk membolehkan kami mentadbir blog Laman Pahang ini dengan seadanya.
Harap Ibnu manaf dapat memahami keadaan kami.
Bukan semua pembaca Laman Pahang memberikan ulasan kerana berminat mengkaji.
Ada yang mahu:
1. Menunjukkan dia lebih tahu
2. Menunjukkan ayat-ayat dia yang lebih tepat.
3. .......
4. .......
5. .......
kepada Ibnu manaf kami mohon maaf sekali lagi kerana tulisan kami atau tulisan pembaca kami membuat Ibnu manaf rasa begitu.
kami juga mohon maaf kepada semua pembaca Laman Pahang yang ada rasa yang serupa seperti Ibnu manaf.
Kami hanyalah insan kerdil. Pembaca-pembaca sekelian ada yang seperti kami dan ada yang jauh lebih hebat dari kami.
Moga Allah swt memberikan rahmat kepada semua pembaca Laman Pahang.
bukan benci bukan marah tapi membuka yang tak sepatutnya kerana banyak perkara yang harus menjadi rahsia kerana ramai yang mempunyai muslihat dari hakikat. Berniat baik tapi dalam diam ada yang berdendam itu yang merbahaya, lagi pun hak org tidak patut diumumkan biarkan mereka yang betul mencari sahaja. Cukup untuk umum sahaja tidak perlu di detailkan krn amat merbahaya itu yang sebenarnya. Dari dulu banyak muslihat yang mempunyai kepentingan diri hingga sekarang itu sebabnya harus dijaga . jgn memudahkan musuh masuk dalam rumah angkara kesilapan kita. setiap perkara ada sumpah dan geruhnya maka ianya harus dijaga.
"bukan benci bukan marah tapi membuka yang tak sepatutnya kerana banyak perkara yang harus menjadi rahsia kerana ramai yang mempunyai muslihat dari hakikat. Berniat baik tapi dalam diam ada yang berdendam itu yang merbahaya, lagi pun hak org tidak patut diumumkan biarkan mereka yang betul mencari sahaja. Cukup untuk umum sahaja tidak perlu di detailkan krn amat merbahaya itu yang sebenarnya. Dari dulu banyak muslihat yang mempunyai kepentingan diri hingga sekarang itu sebabnya harus dijaga . jgn memudahkan musuh masuk dalam rumah angkara kesilapan kita. setiap perkara ada sumpah dan geruhnya maka ianya harus dijaga. "
Apa yang tuan/puan tak bernama kata adalah betul. Orang tua dulu, ada yang memusing keliling nusantara mengesan cerita sebenar.
Sampai satu peringkat mereka juga sedar bahawa 'ada cerita yang tidak boleh dibuka sebarangan'. Kepada yang hendak SANGAT tahu pasal satu-satu perkara ... dengan izin Allah, dia akan mendapat ... tetapi mungkin khas untuk dia sahaja. Kalau orang lain nak tau kena lah memusing mencari macam dia ... akhirnya kita akan jumpa serupa macam dia juga.
'Ada cerita yang tidak boleh dibuka sebarangan'.
Kepada tuan/puan tanpa nama, terima kasih kerana berkongsi 'kenapa orang tua simpan rahsia'.
tahu pun ad rahsia dalam rahsia
saya bukan suka hati je nak sauk sana sini
saya tanya dengan sopan,jawab dengan sopanlah
tahu pun orang tua2 berpusing sana sini mencari maklumat.
dalam berpusing mencari maklumat mereka berapat kaki,peha ke peha,berbisik kalau perlu
tahu pun ada yg macam2 niat.
yg ad "niat" tu manusia,pihak tuan sendiri pun manusia.jngan lupa hakikat tu ye :)
tahu pun ada kisah yg disimpan orng2 tua
tapi kenapa tak terfikir ada banyak lagi maklumat yg tak terkumpul dari yg sedia ada
sedapkan menunding jari??
:) semoga terbuka seluas-luasnya cara pihak tuan meneliti keadaan dan maklumat
semoga Allah membuka Rahmat seluas-luasnya pada pihak tuan
"hakikat diri manusia" sila jangan lupa perkara itu
terpulanglah pada tuan,saya benar2 sakit hati dan terkilan dengan sikap tuan
mana perginya integriti sebagai "pemegang amanah"?
dalam hal perkara2 ni,ada ramai lagi di luar sana yg memegang amanah(sila ingat tu :) )
jazakallah...
Terima ksih kepada semua yang berkongsi info disini.
assalamualaikum tuan laman pahang
menggeletek hati saya baca post tuan2 ni semua
dalam mencari ni bro...,lu tak boleh sombong bongkak takabbur
suka suki lu aja campak pergi jauh Batin Terjali,lu orang ingat orang tua tu suka - suki pecah2 anak Maharaja Alif tu....
dah jumpa ke Biduanda Waris Nan Jerneh Luak Jelebu??
dah bukak ke terombo Biduanda Waris ngan waris tetua??
jangan luper ada ungkapan kalau tok undang jelebu naik
"waris sarin putus2 adat,waris kemin berterabur adat,waris jelebu tersusun adat"
schantekkk lu susun ayat kat sini
fuhhh....bravo3
naik menggerutu wa tengok....sorry lah bahasa kasar
Dari Tuan Ibnu Manaf:
assalamualaikum tuan laman pahang
menggeletek hati saya baca post tuan2 ni semua
dalam mencari ni bro...,lu tak boleh sombong bongkak takabbur
suka suki lu aja campak pergi jauh Batin Terjali,lu orang ingat orang tua tu suka - suki pecah2 anak Maharaja Alif tu....
dah jumpa ke Biduanda Waris Nan Jerneh Luak Jelebu??
dah bukak ke terombo Biduanda Waris ngan waris tetua??
jangan luper ada ungkapan kalau tok undang jelebu naik
"waris sarin putus2 adat,waris kemin berterabur adat,waris jelebu tersusun adat"
schantekkk lu susun ayat kat sini
fuhhh....bravo3
naik menggerutu wa tengok....sorry lah bahasa kasar
----------------
ULASAN:
Terima kasih kepada Tuan Ibnu Manaf atas teguran ini. Sesungguhnya tuan adalah orang yang amat hebat.
Penulis tajuk ini adalah Tengku Arian Kirana. Pihak kami hanyalah tukang terbit sahaja. Pihak kami akan cuba sampaikan TEGURAN tuan kepada Tengku Arian Kirana. Harap Tengku Arian Kirana akan ikhlas menerima TEGURAN dari Hamba Allah yang hebat macam tuan.
Moga tuan mendapat Rahmat dari Allah SWT atas TEGURAN yang dinyatakan disini.
Salam,
Sebagai keturunan Yamtuan Muda Abdullah dan seranta keturunan Baginda Raja Melewar, Yamtuan Hitam, Yamtuan Lenggang, Yamtuan Raden, Raja Adil, Raja Asil Rembau, patik rasa agak terguris dengan ayat2 di atas..
Saya sangat berminat nak tahu
Pasal Gendang Selaboh ini....dengan Siapa saya perlu bercakap.
Terima kasih.
Post a Comment