-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20130430

J60 Pawang Dua Beradik

Assallamuallaikum wrwt

Para Sahabat, Para Waris dan Ahli Bait, serta semua ahli keluarga
di Tanah Jawi dan Tanah Seberang,
Lawatan Pemangku Raja Alam Ke Jelebu, menemui Lembaga Dato, serta
lawatan Pemangku Raja Alam Ke Raub dan Kelantan menemui ahli
keluarga, serta lawatan balas Dato Dato Lembaga Jelebu dengan
menemui Dato Lembaga Besar Nan Lima Pagar Ruyong telah
dilaksanakaan dan dimaklumkan oleh Dato Lembaga Adat Jelebu.

Hanya ada Dua Pawang Dua Beradik, Di Baruh Pawang Di Raja Sg
Ujong ( Menjaga Alam Daratan - Alam Nyata ) manakala di Darat
Pawang Di Raja Imam Perang Jelebu ( Menjaga Alam Daratan - Alam
Ghaib / Daik ).

Maka Perjanjian yang di buat di sebuah tempat bernama Gunung
Pertemuan antara Bathin Terjali dan Maharaja Alif , melantik
utusan masing masing Lambung Setia Raja dan Shah Alam Raja
Sehari,m bertemu dan makan nasi sedulang dan kemudian nya di
namakan Kuala Dulang.. Lambung Setia Raja menukar nama nya kepada
BATHIN MAHA GALANG, manakala Bathin Terjali dan Maharaja Alif
berundur dan menghilangkan diri...

Maka Arahan Berundur Alam Tinggi adalah untuk memanggil mereka
semua yang terlibat untuk PEMBICARAAN ALAM TINGGI , untuk
bertanya kenapa PERTAHANAN ALAM DARATAN - TANAH MELAYU -
ditembusi musuh, maka susunan dan semua para waris, para sahabat
dikejutkan semula untuk PEMBICARAAN DI HADAPAN ALLAH SWT.

Mana mana waris dan ahli keluarga yang tidak mengenali seka dan
pesaka, agar mereka dapat mengenali asal usul keturunan mereka,
asal tidak di persendakan oleh orang menyemenda ( atau bukan ahli
waris ), atau lain lain bangsa yang bukan dalam rumpun melayu...

Halaman ini bukan untuk mencari kekurangan tetapi untuk
merapatkan kaum keluarga, dan menyemai semangat ukhwah sesama
seagama dan sebangsa... kerana Tanah Melayu saja yang ada untuk
Bangsa Melayu ( Bani Adam ).

Wassallamuallaikum wrwt.
    
Tue 29-May-2012 14:40
Posted by:Tengku Arian Kirana

1 comment:

Unknown said...

Salam, saya tertarik dengan artikel2 tuan... Ssetuju dengan nasihat dan saranan yg dikemukakan.. Keinginan mencari susur galur timbul... Ade bebarapa pertanyaan tapi tiada tempat utk dirujukan...