Wednesday, July 6, 2011
Menurut adat istiadat turun temurun yang ada di Pahang, mengangkat sembah sebenarnya hanya dibuat kepada :
1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan
2. Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota (Bakal Raja)
3. Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara (Ketua Istiadat)
4. Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong (Pen. Ketua Istiadat)
Dalam mana-mana majlis sama ada di istana, Balai Rong atau di tempat-tempat lain yang dihadiri oleh Baginda Sultan; maka hendaklah diangkat sembah kepada Baginda sahaja dan tidak boleh diangkat sembah kepada yang lain.
Mana-mana majlis yang tidak dihadiri oleh Baginda Sultan, maka mengangkat sembah boleh dilakukan kepada mana-mana kerabat diraja terkanan sekali (mengikut susunan di atas). Hanya seorang kerabat diraja terkanan sahaja yang perlu diangkat sembah.
Apabila berangkat dua orang Sultan (dari negeri berbeza) dalam sebuah majlis, maka menurut adat istiadat Pahang hendaklah mengangkat sembah kepada Sultan yang memerintah negeri itu sahaja. Tidak boleh mengangkat sembah kepada dua orang Sultan dalam satu majlis.
Tatacara Mengangkat Sembah di Pahang
1. Cara Untuk Baginda Sultan Pahang
Sepuluh jari tangan disusun rapat, kemudian di angkat ke dahi dengan pangkal dua ibu jari tangan jejak antara dua kening.
2. Cara Untuk Tengku Mahkota Pahang
Pangkal dua ibu jari hendaklah terkebawah sedikit antara dua kening
3. Cara Untuk Tengku Arif Bendahara / Tengku Arif Temenggong
Pangkal dua ibu jari hendaklah jejak pada paras mata.
Rujuk : Peraturan Adat Istiadat Raja-Raja Negeri Pahang, YAM Tengku Arif Bendahara, Tengku Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (1971), hlm. 43 – 44.
PENAFIAN: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ Ini koleksi Pengurusan Ilmu peribadi kami untuk pendidikan & pembelajaran, bukan perdebatan. Allah SWT beri ruang bertanya & berbincang. Perlu ada sabar & cerdik supaya tahu, kenal, faham, mengerti dan pasti dengan dalam iman. Inilah dakwah kecil (الدَّعْوَةُ الصَّغِيرَةُ) kami. Moga Allah SWT jauhkan kita dari keburukan, kerugian, kehinaan & kesombongan melalui apa yang dikongsi di sini. آَمِيْن.
KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN
PERTAMA Kaedah kajian adalah : Peluasan Epistemologi Pemikiran (Tajdid) dan Analisis Sosiohistoris (sejarah kemasyarakatan) dalam meneliti terjemahan Al-Quran Secara Kritis serta Analitis; satu Tugasan Ilmiah bagi Memahami Kelompok Ayat Yang Jelas (Muhkam) dan Yang Samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment