Bukan semua orang mampu atau ada minat untuk menghargai benda-benda lama. Ramai yang menganggap benda lama sudah tak ada nilai. Kadang-kadang dalam keluarga ada banyak barang-barang lama. Barang-barang tersebut ada yang amat jarang-jarang dan amat susah nak kita jumpa. Tapi semua adik beradik tak mahu jaga atau simpan.
01. Ada juga yang takat cuba mencari orang yang minat menyimpan barang-barang lama milik keluarga mereka. Tapi tak jumpa ada kenalan yang berminat. Akhirnya lenyap identiti keluarga atau keturunan tersebut.
02. Sampai suatu ketika, biasanya bila dan tua-tua sedikit ... barulah berminat dengan sejarah keturunan dan barang-barang lama. Mulalah tercari-cari jalur keturunan masing-masing. Jalur sendiri tak jumpa tetapi jumpa jalur keturunan orang lain. Maka nak dipendekkan cerita supaya dirinya ada jalur keturunan yang habat-hebat maka mengaku jalu keturunan orang lain.
03. Bila sampai ke peringkat anak-cucu dan mula besar. Dah mula ingin tahu sejarah keturunan, maka disebutlah apa yang telah direka dan dicampur aduk. Anak cucu menerima dengan rasa insaf. Anak cucu teruskan kerja mencari dan mengesan jurai keturunan moyang yang telah dibayangkan oleh mak ayah aki wan.
04. Tiba didapati perkara tersebut memerlukan pengesahan. (1) Mana barangnya (2) Mana ceritanya (3) Mana dongengnya (4) Mana orangnga (5) Mana tempat asalnya. Anak cucu yang telah mengesan kelima-lima perkara tersebut menjadi hilang punca apabila hendak mencantumkan lima-lima fakta tersebut. Lebih 'membanjolkan' otak apabila ada fakta dalam dongeng. Lebih teruk lagi apa ada dongeng dalam fakta.
Bila disesak semual pada mak ayah aki wan, mereka tak berani nak bongkar rahsia bahawa mereka tak jumpa jalur sebenar keturunan mereka. semua tanda-tanda yang disimpan oleh keluarga mereka telah dibiarkan lenyap. Atau berpindak ketangan orang lain. Maka keluarga tersebut pula merasakan mereka adalah keturunan ......... Padahal, barang atau cerita atau dongen tersebut disimpan bagi pihak keluarga lain. Bukan milik keluarga mereka.
Contoh. Mungkin ada benarnya cerita satu puak memasukkan cerita keturunan Wali 9 dalam keturunan mereka. Kerana keturunan Wali 9 telah melenyapkan kehebatan keturunan asal mereka. Untuk menjadi hebat mereka mengaku duduk dalam jalur keturunan yang hebat.
Itulah sebabnya satu-satu perkara perlukan tukang sah. Untuk menjadi atau memilih tukan sah ini ada pula syaratnya. Kalau yang bercerita adalah pangkat anak maka tukan sah mesti pang yang lebih tinggi seperti poksedara atau moksedara atau tok wan dia.
No comments:
Post a Comment