KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

PERTAMA Kaedah kajian adalah : Peluasan Epistemologi Pemikiran (Tajdid) dan Analisis Sosiohistoris (sejarah kemasyarakatan) dalam meneliti terjemahan Al-Quran Secara Kritis serta Analitis; satu Tugasan Ilmiah bagi Memahami Kelompok Ayat Yang Jelas (Muhkam) dan Yang Samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki.

20130403

Negeri-negeri dalam dewan majlis pagar ruyung (mengikut adat istiadat melayu lama){54 negeri}

Asalnya  dari satu empayar besar dan dipecahkan tiga bahagian (mengikut pesaka maharaja bukit seguntang).

Waris-waris selepas dari itu telah membuka negeri-negeri  berpentadbiran sendiri tetapi masih dibawah naongan pagar ruyung(dewan tertinggi alam pagar ruyung). Kesemua negeri itu ialah sebanyak lima puluh empat negeri kesemuanya dalam nusatara.

Dari lima puluh empat itu, dua belas adalah tunggaknya (pemerintahan nya adalah dibawah waris keturunan ahli bait bersusur kepada muhammad rasullullah saw. Mereka ini lah pemegang mutlak kepada kerajaan bagi negeri-negeri di nusatara ini).

Yang selepas dari dihalau dari kerajaan masing-masing dan mengasingkan diri @ menjadi pendakwah islam @ pejuang kepada menegakkan islam dinusatara dalam masa penentangan terhadap portugis, belanda, inggeris, sepanyol dan dua tiga bangsa penjajah yang lain.(maaf,tidak dibincangkan tanpa kebenaran pemegang amanah).

Apabila tunggak mutlak telah tiada, pemegang amanah(wakil kuasa) telah diberi kepada waris-waris yang berebut dan dilantik memegang tampuk kerajaan negeri. Diantara mereka pun masih lagi berebut akan kerusi ketua negeri(walaupun mereka sendiri tahu kerusi itu hanyalah satu hak wakil kuasa sahaja sebagai pemegang amanah bagi kerajaan, negeri, waris dan rakyatnya).

Atas sebab itulah ada diantara mereka (waris-waris) yang sibuk mencari dan berebut akan keris,teremba dari kulit kijang putih,cop mohor@tempa, bendera@(.......) dan peralatan kerajaan. Untuk menunjukkan bukti yang mereka adalah waris yang layak dan berhak diatas kerusi kerajaan yang tersebut dituntut.

Yang sebenarnya barang –barang itu tiada apa-apa pun yang boleh dijadikan bukti kerana ianya hanya ingin menunjukkan, akan cerita(perkara)dan arah sebenar akan duduk perkara bagi negeri dan pemerintah yang sepatutnya memegang kerajaan mengikut  agama dan adat. Perkara yang tersebut menjadi sesuatu benda yang terang lagi jelas.

No comments: