DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH, LAGI MAHA PENYAYANG.
SELAWAT SERTA SALAM KEATAS NABI MUHAMMAD SAW DAN SALAM UNTUK KELUARGA,SAHABATNYA DAN SALAM JUGA UNTUK HAMBA DAN MAHLUK ALLAH YANG BERPEGANG TEGUH KEPADA KALIMAH SYAHADAH. DAN HADIAHKAN AL-FATIHAH BUAT MEREKA SEBAGAI TANDA INGATAN. INSAALLAH TA ALA.
Sufyan bin uyainah memberitahukan dari abd al-malik bin umair dari abd al-rahman bin abd-allah bin mas’ud dari ayahnya, bahawa nabi bersabda:
Ertinya: allah akan memberi kemakmuran kepada seorang hambanya yang mendengar kata-kata ku, mengingatinya, menjaganya dan memilikinya. Beberapa perawi hukum mungkin bukan ahli hukum dan beberapa orang dapat meriwayatkan hukum kepada orang lain yang lebih ahli dalam masalah hukum daripada mereka. Hati seorang muslim tidak akan pernah enggan untuk melakukan tiga hal: iklas beramal untuk allah, nasihat pada sesama muslim dan setia dengan jamaahnya.
Sufyan bin uyainah memberitahu kami dari salim abu al-nadhr dari umar bin ubaid-allah dari ubaid-allah bin abi rafi dari ayahnya, yang meriwayatkan bahawa nabi bersabda:
Ertinya: jangan sekali-kali aku dapatkan seseorang diantara kalian santai ketiduran di dipannya dan apabila dihadapkan kepada suatu kewajipan perintah atau larangan dariku dia berkata “aku tidak tahu (apakah itu diperintahkan); kami hanya mengikuti apa yang kami dapatkan didalam kitab allah.”
Patutkah setelah diberi peringatan, kamu mengancam kami. Sebenarnya kamu adalah kaum pelampau. [yasiin.a.19]
Bukankah aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak adam supaya jangan menyembah syaitan?. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.[yasiin.a.59]
Dan hendaklah kamu menyembah-ku; inilah jalan yang lurus. [yasiin.a.60]
Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan diantara kamu, sebahagian besar dari kamu, maka tidakkah kamu berfikir dan insaf?.[yasiin.a.61]
PENAFIAN: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ Ini koleksi Pengurusan Ilmu peribadi kami untuk pendidikan & pembelajaran, bukan perdebatan. Allah SWT beri ruang bertanya & berbincang. Perlu ada sabar & cerdik supaya tahu, kenal, faham, mengerti dan pasti dengan dalam iman. Inilah dakwah kecil (الدَّعْوَةُ الصَّغِيرَةُ) kami. Moga Allah SWT jauhkan kita dari keburukan, kerugian, kehinaan & kesombongan melalui apa yang dikongsi di sini. آَمِيْن.
KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN
PERTAMA Kaedah kajian adalah : Peluasan Epistemologi Pemikiran (Tajdid) dan Analisis Sosiohistoris (sejarah kemasyarakatan) dalam meneliti terjemahan Al-Quran Secara Kritis serta Analitis; satu Tugasan Ilmiah bagi Memahami Kelompok Ayat Yang Jelas (Muhkam) dan Yang Samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki.
5 comments:
Assalammualaikum,
sesungguhnya berhati hati,berjimat cermat,kasih mengasihani,adalah tuntutan allah pada umatnya kepada umatnya. Ini kisah antara umat dan umat. Kalau kita lihat persepsi manusia itu adalah sama tapi setiap manusia itu ada bedanya. Umpamanya cerdik bodoh,cantik hudoh,pendek rendah dan sebagainya. Kalau kita lihat pula jari kita sendiri pun ada panjang pendeknya. Tidak sama bukan?Kenapa ini terjadi? kenapa nabi kita mengajar kita lebih baik bersederhana dari mencari duniawi. Mengapa allah menjadi hati itu sama,tapi rambut boleh berubah.Justeru itu allah mengalakkan kita berhati2 lebih baik dari mengeluarkan.Dari itu fahamilah dahulu serta kenallah dahulu siapa lawan mu itu,apa hajatnya,apa tujuannya baru boleh di letakkan satu sangka baik atau sangka buruk untuk kehidupan di muka bumi ini. Sudah jatuh mengajar kita erti kehidupan. Perjalanan ahli sufi belajar dari pengalaman itu yang terbaik dari belajar secara ucapan.Maaf sekiranya tersalah bahasa terguris kata.
salam tuan...sila buat lapuran tugas amanah tuan kepada ayah long mempaga. kenapa tiada lapuran yang sampai.
Terima kasih tuan/puan berdua.
----------

assalamualaikum....
Biarkan ia menjadi rahsia buat seketika kerana masa belum sesuai,Biarkan allah menunjukan pada manusia yang mana bathil dan yang mana amanah rakyat. Biarkan manusia dihukum oleh manusia dahulu kerana semua perkara yang berlaku ini salah manusia. Masa untuk memperbetulkan belum sampai dan bukan masa yang sesuai. Cukup mengenai dari segi kata serta penyampaian yang di buat. in.allah suatu hari kamu akan tahu siapa yang benar antara kamu.Kirim salam pada semua....Assalammualaikum
Hebat ayat-ayat tuan. Sudah tentu berdasarkan pengalaman yang luas semasa masih bertugas. Walaupun telah bersara tetapi amanah tetap disempurnakan.
Semoga tuan menjadi contoh kepada insan-insan yang lain.
Post a Comment